CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: GhostWalking

[Jenayah] Tanam Anak Di Lantai Dapur Rumah:HUKUMAN 24 Bulan Jer???#187

[Copy link]
Post time 6-6-2015 08:08 PM | Show all posts
Syd replied at 6-6-2015 05:03 PM
Penilaian Psikiatrik Untuk Suspek Wanita Kes Kanak-Kanak Ditanam Di Dapur RumahDiterbitkan: Sabt ...
Peguam yang mewakili wanita berusia 32 tahun itu memohon penilaian terhadap rawatan psikiatrik bagi membuktikan anak guamnya itu menghidap 'sindrom isteri didera'.


Abused or battered wife syndrome ni lebih kurang mcm PTSD katanya.

Ada kes kat US, isteri atau pasangan didera dijatuhkan hukuman, malah lebih berat drpd pendera...
sbb tidak melindungi dan menjamin keselamatan anak drpd keganasan suami/bf = bersekongkol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2015 08:26 AM | Show all posts
huhuhu...
ciannya....
agaknya lau jenis macam anak saya
kejap ma, kejap pa....
sebab penakut...nak kencing pon ajak teman, nak amek jajan pon ajak teman
nak minum air pon ajak teman....
dah lama selamat kena tanam agaknya kalau jadi anak dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2015 04:45 PM | Show all posts
Pasangan Suami Isteri Didakwa Bunuh & Lupus Mayat Anak                                Jun 12, 2015                35






KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Selayang berikutan penemuan mayat anak lelaki mereka yang telah reput dan ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong, Mac lepas.

Bapa kanak-kanak itu, Loo Chon Wen, 33, didakwa membunuh mangsa Loo Yong Shen Evan, 9, manakala ibunya Tan Boa Jia, 33, didakwa atas tuduhan melupuskan mayat mangsa.

Loo yang tidak bekerja, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan, dan tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Loo diwakili peguam K. Sarisnadevi dan didakwa melakukan kesalahan itu di rumah No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong, pada 2 petang, 29 Mac lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Majistret Nurul Izzah menetapkan 6 Ogos untuk sebutan kes.

Sementara itu, Tan yang merupakan seorang suri rumah, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menanam mayat mangsa di dalam rumah tersebut dengan niat melindungi suaminya di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam Kitson Foong, yang mewakili Tan untuk merujuk anak guamnya kepada pakar psikiatri bagi mendapatkan laporan mental tertuduh selepas peguam itu mendakwa ibu mangsa mengalami sindrom kemurungan.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Julai untuk sebutan semula kes terhadap Tan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy. – BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 05:09 PM | Show all posts
sayangnya anak tu.....kenapa lah buat macam tu....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi makpak amjadah ni...kawin awal agaknyer
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bapak muda lg..Tp kepala separuh botak..kepala pulau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2015 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat ya ,
No.26
Jalan 10
Taman Usaha Jaya
Kepong
Jangan tersewa pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2015 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la perasaan ponpuan ni masa kambus anak sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2015 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
susukambingbest replied at 6-6-2015 02:29 AM
tringat cite yg fizz fairus belakon.. amyza adznan jd jiran yg gila akibt pnderaan bkas suami.. adik ...

Tu memang ciri2 pendera.mula2 abuse lepas tu buat baik.sebab tu aku pernah dengar di radio kes2 macam ni bertahun baru boleh nak sedar dan tinggalkan abuser
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 09:51 PM | Show all posts
Dah membunuh pastu nak ngaku depressed pulak...pigidah!Mak jenis ape ntah x boleh nak lindungi anak sendiri..kalau aku mati pun aku sanggup utk anak aku...puiiii punya ponpuan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 5-6-2015 12:54 PM
Hah. Laki baran.
Aku cerai dgn my ex dulu sbb aku kejutkan dia tido..da lambat so kejutkan cep ...

Ksian ko kak..sbb kejutkn dia tdo trus jatuh talak 1.elok la dia jatuh talak..xpyh la akk hidup dgn org yg panas baran cmtuh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 10:19 PM | Show all posts
kenarihitam replied at 13-6-2015 10:05 PM
Ksian ko kak..sbb kejutkn dia tdo trus jatuh talak 1.elok la dia jatuh talak..xpyh la akk hidup dg ...

pompuan ni semua tabah2....
dah jadi hamba depa pun kena talak lagi..
pas2 baru padan, giler talak...
hidup pun tumpang rezeki bini..
zaman sekarang ni kalau xtumpang rezeki, tumpang tenaga,
urusan2 anak sekolah, tadika, sakit isteri yg uruskan.


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 10:20 PM | Show all posts
MelahJanda replied at 6-6-2015 05:55 PM
ada org baran yang taknak ceraikan bini
bila bini cuba nak bercerai
diorg ugut macam2

betul tu melah..... it happened to my sis. bukan hadap sgt ke btg jantan tu tp lebih takutkan nasib anak2 kalau dirampas hak penjagaan etc sbb pompuan tu x bekerja. takut jantan tu agresif sampai ngamuk or lebih teruk membunuh..... semua tu kena kira.
sampai aku ckp kat kakak aku takper aku n abg aku akan tolong financially. mintak cerai ngan jantan tu... kita buat step by step mintak cerai....

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 13-6-2015 10:19 PM
pompuan ni semua tabah2....
dah jadi hamba depa pun kena talak lagi..
pas2 baru padan, giler tal ...

Tu la kan..smp sanggup jd hamba pun still kne talak.langsung x hargai pengorbanan bini yg sanggup bsusah payah mbantu meringankn beban suami.

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 10:34 PM | Show all posts
kenarihitam replied at 13-6-2015 10:24 PM
Tu la kan..smp sanggup jd hamba pun still kne talak.langsung x hargai pengorbanan bini yg sanggup  ...

lelaki sekarang baran giler2..xreti nak fikir panjang..

kalau ikut pompuan lagi byk benda nak kena buat..
kerja rumah lagi
anak2 lagi



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2015 02:25 PM | Show all posts
Kes Bapa Bunuh Anak Dipindah Ke Mahkamah Tinggi                                Sep 4, 2015                1



2Shares


KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Selayang di sini memindahkan kes seorang bapa yang didakwa membunuh anak lelakinya yang mayatnya dijumpai ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Kepong, Mac lepas, ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Namirah Hanum Mohamed membuat keputusan itu selepas kes tersebut disebut di hadapannya hari ini.

Beliau turut membenarkan permohonan peguam Mak Kah Keong yang mewakili tertuduh Loo Chon Wen, 33, supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil memaklumkan laporan forensik dan kimia telah diperoleh dan kertas siasatan sedang dalam penelitian.

Pada 29 Mac lepas, Loo didakwa membunuh anak lelakinya Loo Yong Shen Evan, 9, di rumah No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong, pada 2 petang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pada 12 Jun lepas, isterinya, Tan Boa Jia, 33, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melupuskan mayat anak mereka dengan cara menanam mayat itu di bawah lantai dapur di tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2015 02:47 PM | Show all posts
senang tul lupuskan anak
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2015 03:00 PM | Show all posts
panas baran smpai makan diri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2015 04:09 PM | Show all posts
Mahkamah: Kes Ibu Lupus Mayat Anak Disebut Semula 13 Okt                                Sep 11, 2015                44

Suri rumah Tan Boa Jia, 33, dihadapkan di Mahkamah Majisteret Selayang atas dakwaan melupus mayat anak lelakinya dengan menanam mayat Loo Yong Shen Evan, 9, di dapur rumahnya di Taman Usaha Jaya, Kepong, 29 Mac lepas. - Foto BERNAMA


4Shares


KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Selayang hari ini menetapkan 13 Okt untuk sebutan semula kes seorang suri rumah yang didakwa melupuskan mayat anak lelakinya dengan menanam mayat itu di bawah lantai dapur pada Mac lepas.
Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zulia Balqish Syed Agil untuk menyempurnakan proses serahan dokumen.
Pada 12 Jun lepas, Tan Boa Jia, 33, didakwa atas tuduhan melupuskan mayat Loo Yong Shen Evan, 9, yang didakwa dibunuh suaminya Loo Chon Wen, 33, di rumah No. 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong, pada 2 petang, 29 Mac lepas.
Tan, yang diwakili peguam Kitson Foong didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda, manakala suaminya didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.- BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2015 09:59 AM | Show all posts
susukambingbest replied at 6-6-2015 10:29 AM
tringat cite yg fizz fairus belakon.. amyza adznan jd jiran yg gila akibt pnderaan bkas suami.. adik ...

tajuknye FIRDAUS...aku dah tolong carikan...hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.217794 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list