|
annehuda posted on 9-8-2014 06:22 PM
kaka pulak suka pakai safi balqis jah. alhamdulillah mmg sesuai n mmg kaka pakai satu set dr pencu ...
akak dahulu sedari sekolah menengeh lagi sudah berseksperimen dengan kulit muka akak. Akak pernah cuba Clean & Clear habis kering kulit muka akak, ada satu hari tu terlebih sapu merekah habis lah dia terlampau mengeringkan, ada satu kali tu akak cuba try test tengok Fair & Lovely, banyak pulak jerawat yang timbul, pernah jugak akak try Biore Men For Wash tu eh Biore Wash For Men, pun sama gak kulit tak compatible compliance, merah merah merengsa pelbagai, ujung-ujung akak teringat yang gamat ni sangatnya menyembuhkan.
kawan akak dahulu purnah seksiden kereta, luka-luka semua tu hilang sapu minyak gamat jah, kadang-kadang akak syak gamat ni SK-II edisi mulayu, sangatnya menyembuhkan kulit luka. Terus akak cuba guna Safi Balqis perisa gamat tu, terus kulit akak halus mulus pilus sebegitu, jerawat pun teda, memang akak suka sangat-sangat Safi Gamat pencuci muka, terus sampai ke hari ni akak borong Safi Gamat jah sebagai pencuci muka, dahulu, malam-malam akak ada jugak tenyeh masking nak rejuvenate kulit akak, la ni, pakai Safi Gamat okay jah, tak payah nak ada supplemen punya produk kulit, guna pencuci muka jah, guna time mandi jah, dah lah berkesan, mujarab pulak tu. |
|