Edited by Leafumi at 3-4-2015 03:49 AM
Epilog
Adira bangun lalu mengambil beg dan menggalasnya. Kemudian dia mengangkat beberapa buah buku di atas meja kemudian memeluknya rapat ke dada. Dia juga menyertai beberapa orang rakan sekelas yang berpusu-pusu keluar dari kelas. Sofia telah terlebih dahulu mendahuluinya.
“Jom pergi minum !” pelawa Hakimi yang mengekori mereka. Hakimi ceria seperti biasa. Ketika itu mereka sudahpun berjalan di koridor.
“Jom,” balas Sofia setuju. Adira menurut saja.
Mereka ke kafe yang selalu dikunjungi. Berdekatan dengan tasik. Apabila Adira merenung kearah sisi tasik, dia terkenang saat duduk lepak bersama Hadif. Ya, Hadif yang dulu kawan baiknya. Kini, Hadif adalah insan yang ditakuti. Adakalanya sebak memikirkan Hadif.
“Ira.. Dira ?” tindakan Sofia yang memanggil namanya sambil melambai-lambai di hadapan muka menyebabkan Adira tercengang.
“Kau ni..berangan apa ? Nanti cair ais kiub Teh O Ais kau tu. Tawar pulak,” Sofia menunjuk ke arah gelas berisi Teh O Ais dihadapan Adira. Hakimi memerhati saja sambil menghirup minumannya.
“Sofia, teman aku petang ni,” Adira membuat permintaan.
“Teman pergi mana ?”
Adira mengajak Sofia menemaninya ke suatu tempat. Sofia bersetuju. Dia memandu kereta membawa Adira ke tempat yang ingin ditujui. Setibanya di tempat itu, mereka sama-sama mencari. Akhirnya mereka tiba di satu kubur. Di batu nisan itu terukir nama Nuraina Zafira.
"Aina, aku harap kau tenang di sana. Aku dah maafkan dosa-dosa kau pada aku,” bisik Adira.di antara dengar dan tidak. Sofia hanya merenung perbuatan sahabatnya itu.
Beberapa bacaan surah disedekahkan kepada arwah Aina. Sofia turut berbuat demikian. Kemudian mereka mula beredar. Adira tidak mahu menyimpan dendam kepada arwah Aina. Meskipun Aina pernah menyakitinya, dia mahu Aina pergi tanpa hutang dengannya. Biarlah. Orangnya sudah pergi. Tiada guna lagi untuk didendami. Hidup berdendam ini tidak membahagiakan. Sebab itu orang berdendam selalu tidak tenang. Selalu tidak senang melihat kebahagiaan orang lain. Adira tidak mahu jadi begitu. Sekurang-kurangnya untuk orang yang sudah pergi. Dia pasti hatinya akan lebih tenang dengan memaafkan Aina.
“Assalamualaikum,”seseorang memberi salam ketika dia dan Sofia sedang hampir ke kereta. Mereka berpaling. Faiz, Irfan serta Pn.Anita. Mereka juga baru tiba. Sedang keluar dari kereta milik Pn.Anita.
“Waalaikumusalam,”jawab Adira dan Sofia serentak. Mereka menghampiri Pn.Anita dan bersalam-salaman.
“Kebetulan pulak,” ujar Pn.Anita.
“Auntie apa khabar ?” soal Adira.
“Auntie baik aje. Kamu sihat ke ?”
“Sihat, auntie.”
“Melawat kubur arwah ?” soal Pn.Anita. Adira dan Sofia mengangguk.
“Auntie macam tak percaya aje Aina dah tak ada,” ujar Pn.Anita. Faiz dan Irfan berdiri di sebelahnya.
“Siapa sangka dia nak pergi dulu. Kita maafkan salah silap dia ya, auntie,” ujar Adira. Pn.Anita mengangguk faham. Sayu.
“Auntie pergi dulu,” Pn.Anita meminta diri. Adira mengangguk. Irfan sempat memberikan senyum sebelum menuruti Pn.Anita. Tinggal Faiz yang masih bersama mereka.
“Saya tak tau nak cakap apa. Apa yang mampu saya buat bertaubat dan doakan arwah,” ujar Faiz.
“Maafkan aje salah dia,” balas Adira. Suasana terasa sayu. Faiz mengangguk faham.
“Ada berita pasal Hadif ?” soal Adira pula. Sofia dari tadi hanya memerhati. Tak mahu menyampuk.
“Tak ada.”Faiz menggeleng dengan wajah berkerut. Ternyata Hadif masih belum dijejaki. Adira tunduk dengan hampa.
“Kita tunggu berita dari pihak polis,” ujar Faiz lagi.
“Kalau macam tu saya mintak diri,” ujar Adira ingin beredar.
“Kejap..” Faiz menahan.
“Hope awak bahagia dengan dia lepas ni. Maafkan saya dengan segala apa yang saya dah susahkan awak sebelum ni. Saya belajar dari kesilapan. Saya takkan kacau awak lagi. Doakan saya berjaya, ya,”ujar Faiz. Adira mengangguk.
“Thanks, Faiz. Thanks sebab faham. Ya. Saya pun harap awak boleh teruskan hidup awak dengan baik lepas ni. Antara kita mungkin tak ada jodohnya. Awak kena faham tu,” balas Adira. Faiz hanya mengangguk.
“Assalamualaikum.Take care.” ujar Adira.
“Waalaikumusalam. Take care jugak ya, Dira..”jawab Faiz. Dia menghantar Adira dan Sofia ke kereta dengan ekor mata. Setelah mereka masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi, barulah dia masuk ke dalam kawasan perkuburan.
Sebulan kemudian, Junaidi sudah pun keluar dari wad hospital. Dia sudah boleh kembali bekerja dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Cuma ada beberapa kali dia perlu bertemu doktor untuk pemeriksaan. Semua orang bersyukur dengan Junaidi yang semakin pulih. Adira juga lega mendapat tahu khabar itu.
“Dira, jom teman saya pergi makan,” pelawa Junaidi di suatu petang. Dia bercakap di talian.
“Awak boleh bawak kereta ke ?”
“Eh, mestilah boleh. Saya kan dah baik.”
“Okay lah. Nanti datang ambik saya lagi sejam.”
“Yeah ! Ada awak baru lah selera nak makan.”
“Awak saja nak kasi saya gemuk ? Asal nak makan aje, ajak saya. Asal ajak saya aje, pergi makan.”
Hanya ketawa yang diberikan Junaidi di hujung talian.
Selesai menjamu selera di restoran, mereka melepak pula di taman yang biasa dikunjungi. Adira memerhatikan sekeliling untuk memastikan tiada anjing liar yang sesat disitu. Tak ingin lagi dikejar anjing. Apalah nasib hidupnya dari kecil hingga besar dikejar anjing saja. Adira menggeleng sendiri. Dia terpandang pula di satu sudut. Ya, di situ lah dia tersadung dan mendarat ke rumput. Terasa malu pula apabila terkenangkan saat itu. Namun disebabkan ketakutan yang amat sangat dan menahan sakit, hilang malunya ketika itu. Sudah tentulah peristiwa itu mengingatkannya kepada Hadif yang turut ada bersama ketika itu.
“Jun, dulu kat sini lah saya jatuh kena kejar anjing tu,” Adira memberitahu Junaidi perihal itu. Dia menuding ke arah tebing di tepi laluan pejalan kaki itu. Junaidi turut menghalakan pandangan ke arah yang ditunjuk.
“Masa dengan Hadif tu ke ?” soal Junaidi. Adira mengiyakan.
“Awak ni macam kena sumpahan pulak. Dari kecik kena kejar anjing aje,” komen Junaidi.
Dia kemudian tergelak. Membuatkan Adira tidak senang. Eh,sedapnya dia gelakkan aku ! Ujar hatinya.
“Ingat lawak ?” bentak Adira.
“Tak apa lah.Saya sanggup terima awak seadanya. Kan saya dah cakap sebelum ni. Walaupun terkena sumpahan, saya sanggup menjaga tuan puteri,” ujar Junaidi mengusik.
“Tengok tu.Tak habis nak kenakan saya,” Adira merungut.
“Tak adalah.Saya cakap sungguh ni. Saya sanggup jaga awak.”
Tatkala itu Junaidi tidak menunjukkan canda dalam katanya. Adira memandangnya dengan sedikit pelik.
“Takkan awak tak nampak ? Dari dulu saya dah biasa jaga awak kan ?”
Adira masih blur. Apa maksud lelaki ini ? Mungkinkah..
“Lambat lagi ke awak nak habis belajar ?” soal Junaidi pula.
“Kenapa ?” Adira bertanya.
“Sebab saya nak plan bila nak masuk meminang ni. Boleh lah saya kumpul duit siap-siap.”
Adira terkedu. Biar betul mamat ni ?Fikirnya. Terasa haba panas menyerbu di muka. Namun dia menggagahkan diri mengangkat muka memandang Junaidi. Cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata lelaki itu. Junaidi tenang saja. Kemudian senyuman terbit di bibirnya. Adira tahu itu bukan senyum kambing atau senyum sumbing. Senyuman bermakna.
“Dah puas tengok ke belum ?” tegur Junaidi.
Adira malu. Dia melarikan mata.
“Tulah, kalau dah handsome sangat. Nak confess pun, orang tak boleh dengar betul-betul. Asyik nak tenung muka kita,” keluar pula loyar buruk dari Junaidi.
Adira terus menjelingnya. “Confession ke ni ? Teruk betul confession awak ni,”Adira mengejek pula. Ini bagi mengawal rasa gugupnya.
“Ye ke ? Habis macamana yang awak nak ? Nak saya melutut melamar awak ke ?” Junaidi tersengih-sengih. Adira sebenarnya sudah rasa tidak tentu arah. Malu dan gugup cuba dikawal. Sedangkan Junaidi boleh selamba pula.
“Cuba lah buat kalau berani,” Adira menguji. Junaidi mengangguk setuju. Bab-bab merapu macam ni adakalanya seronok juga untuk dibuat. Dia pun mula melutut.
“Pejam mata.Cakap dengan feel,” Adira memberi arahan.
“Saya, Muhammad Junaidi Dasuki ingin mengakui bahawa saya suka..” Junaidi membuka mata apabila dia terdengar bunyi tapak kaki yang kian menjauh. Rupa-rupanya Adira sudah menjauh. Terdengar ketawa Adira meletus.
“Kenakan orang !” laung Junaidi. Dia mengekori langkah Adira.
Adira masih melangkah dengan tawa yang bersisa. Yang sebenarnya dia nervous setelah Junaidi sanggup bertindak sebegitu. Biarlah dia mengenakan Junaidi untuk menutup resah gelisahnya. Junaidi di belakang masih mengekorinya. Dia faham dengan apa yang Junaidi ingin sampaikan.
“Dira, jangan pergi jauh-jauh sangat. Nanti kalau apa-apa jadi kat awak, silap-silap saya membujang sampai ke tua,” laung Junaidi dapat didengarinya. Adira ketawa mendengarnya. Sudah lama tak rasa bahagia sebegini.
Langkahnya terhenti apabila tersedar akan sesuatu. Dia pantas melemparkan pandangan ke arah celahan pokok-pokok berdekatan. Tiada anjing. Tetapi dia terasa seperti ada orang mengintai di situ tadi. Kini tiada. Mungkin hanya perasaannya saja.Dia tahu fobianya belum habis. Hadif juga masih menghilangkan diri.
Junaidi sudah dekat dengannya.
“Jom balik,”ajak Adira.
“Jom,” balas Junaidi. Mereka bergerak beriringan. Adira sempat menoleh sekali lagi ke arah tadi. Tidak ada sesiapa. Dalam hati dia berdoa agar dia dan Junaidi selamat. Berdoa agar Hadif tidak kembali.
"Jun, betul ke awak nak jaga saya ?" soal Adira. Kali ini dia tidak main-main macam tadi.
"Betul," jawab Junaidi.
"Saya pun nak jaga awak," balas Adira. Bersungguh. Namun disebabkan malu dia menunduk. Junaidi senyum.
Adira sendiri belum pasti andai Junaidi adalah orang yang betul baginya. Namun pengalaman lalu banyak mengajarnya. Mungkin betul bak kata orang, Tuhan sengaja mempertemukan kita dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang sebetulnya. Jika selama ini Junaidi lah orangnya untuk Adira, dia terima. Biarpun Junaidi tidak sesempurna Faiz Haikal. Biarlah Faiz Haikal menjadi kenangan dalam hidupnya.
-TAMAT- |