yang ni pulak ....
Parlimen tolak soalan tentang anak Rosmah![](http://l3.yimg.com/bt/api/res/1.2/aFDI7RlmQpTfKBfv.hkwqg--/YXBwaWQ9eW5ld3M7Zmk9Zml0O2g9Mjc-/http://media.zenfs.com/248/2011/06/24/mkinilogo-yahoo_094421.gif)
Tindakan Dewan Rakyat yang menolak menjawab soalan tentang kemampuan anak tiri perdana menteri membiayai filem The Wolf of Wall Street menandakan Dewan Rakyat mengakui laporan-laporan berkenaan, kata MP Segambut, Lim Lip Eng. Lim ( kanan ) berkata, soalannya kepada perdana menteri tentang filem AS$100 juta itu ditolak Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah melalui surat bertarikh 7 Mac 2014. Ia, menurutnya lagi, diajukan bersama soalan tentang pembelian kondominium berharga AS$33.5 juta di New York dan hartanah berharga AS$17.5 juta di Hollywood oleh Riza Shahriz Abdul Aziz. "Seolah-olahnya parlimen mengiktiraf ketiga-tiga laporan tentang Riza Aziz ini (sebagai) berasas sebab parlimen tidak menafikan apa-apa pun," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.
|