baru2 ini saya terdengar suara manusia yg berdakwah menyatakan begini -> sistem konvekesional entah apa tah yg dibenarkan dalam bersyariat? entah apa2lah yg mereka katakan.
1) apa yg diwajibkan terkandung di dalam Alquran - terbaik bagi sesiapa juga
2) apa yg dilakukan di dunia sekadar selain dari apa yg diwajibkan olehNya disebut harus. jika disertai dengan niat (perkara sunat) yg betul, maka itulah antara amalan yg diterima olehNya. jika berlaku syubahat (tidak jelas maksud sesuatu) contoh 20 tahun lepas RM1 boleh beli gula, tapi kini RM2.50 (sebagai contoh). ini jelas maksud riba dari segi masa dan nilai. seakan2 RM itu susut nilai sedangkan yg diperintahkan olehNya bukan bermaksud susut nilai. maka barang sesiapa yg berani bertanya perihal ini, itulah orang2 yg tidak memahami agama. dan jika ada manusia yg menerangkan RM itu perkara wajib, maka tertolaklah amalannya samaada dirinya suka atau tidak, perkara harus (syubahat) tidak boleh dicampurkan dalam urusan agama.
saya boleh nyatakan macam2. jika hari ini anda simpan duit dalam bank, ketahuilah anda tetap juga sama seperti dahulu. tiada perubahan melainkan seperti sedia ada. inilah hakikat yg terjadi yg sebenar2nya. itulah yg dimaksudkan apa yg Dia tetapkan pada sesiapa yg mahu mengikut perkara2 yg diadakan dalam bentuk kebatilan.
kita umat Islam yg dalam keadaan daururat. so, kalau nak buat apa jua perkara, berimanlah kepada Allah dalam erti kata yg sebenar2nya. jika anda bersyubahat perkara yg jelas syubahat, maka rugilah apa yg anda dakwahkan selama ini kerana perkara syubahat tidak akan membantu diri anda dari azabNya.
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
ini suatu perintah dwi makna.
jika kita lihat pada keterangan awal, dinyatkaan wahai orang2 yg beriman (kenapa tak dikatakan wahai manusia? -> kerana terdpt perintah dariNya) dan dinyatakan perihal sesuatu kaum yg menghalangi manusia dari jalan Allah untuk menjelaskan maksud sesuatu keadaan yg merujuk pada kenyataan seterusnya (yg merujuk kepada emas dan perak). kemudian tiba2 Dia menyatakan perihal emas dan perak? kamu tak sedar ke itu yg dinamakan perintah (yg diwajibkan) untuk ditaati? dan dalam masa yg sama terdapat larangan penyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, dinyatakan akan diazab olehNya.
soalan saya, jika kamu tidak tahu perihal ini, boleh atau tidak saya katakan : kamu buta mata hati?
siapakah itu orang2 yg beriman?
1) orang2 yg tidak terikat dengan permasaalahan (undang2) dunia
2) orang2 yg terikat dengan undang2 dan ketetapan Allah
ini bermaksud orang2 yg beriman itu tahu dan memahami apa itu agamaNya. minda mereka ini free dari kongkongan duniawi. saya beri satu contoh (orang2 yg tidak beriman):
jika dikatakan kepada orang2 yg tidak beriman kepada keteranganNya dengan diburuk2kan akan dirinya orang2 yg tidak beriman dengan perkataan "bodoh" maka akan keluarlah pelbagai2 sangkaan sedangkan diri orang2 yg benar2 beriman tidak boleh wujud perkataan sangkaan!
ouch! saya tertarik untuk berbicara perihal ini kerana kita yg hari2 mendakwah manusia2 ketika berforum tidak sedar diri sendiri yg sepatutnya didakwah. orang2 yg benar2 beriman itu jika dikatakan "pelik","bodoh","jumud" dan apa juga perkara yg cukup nampak seakan2 keburukkan, tidak akan terasa pada hatinya akan hal2 keduniaan melainkan takut akan pada dirinya jika dia melanggar undang2 dan ketetapanNya dari apa yg diperkatakan oleh orang2 yg tidak berakal/waras.
justeru itu, ada orang akan berkata : macam ler kamu itu bagus? apa saya kisahkan dengan kata2 kamu jika diri kamu sendiri pun tak der apa2 makna bagi diri saya melainkan tugas saya untuk menjelaskan suatu ilmu : orang2 yg beriman itu bukan seperti anda semua.
orang2 yg beriman itu bercita2 untuk mentaati perintah Allah supaya diri mereka tidak dikongkong oleh permasaalah dunia untuk zaman ini. kerana apa yg Allah tetapkan itu bermaksudkan "tiada kongkongan dalam kehidupan yg bersifat sementara terhadap sekelian makhluk ciptaanNya".
kenapa hari ini kita lihat generasi muda mula bertindak liar? kerana minda mereka mahukan kebebasan dari kongkongan dunia kerana tidak mengenaliNya. mereka2 ini sekadar tahu Allah, akan tetapi tidak diberi pendedahan yg sewajarnya oleh masyarakat umumnya yg meletakkan pelbagai2 andaian/tanggapan/ketetapan malah ada yg terkeluar dari maksud mentaati perintah Allah!
bila anak2 kita dikongkong, ketahuilah wahai kaum ibu dan bapa, di dalam jiwa anak2 yg berhati besar itu tersimpul makna kebebasan akan tetapi jalan memilih kebebasan disekat dengan diletakkan syarat keduniaan sehingga anak2 ini memilih jalan yg menyebabkan kebebasan itu disalah-letakkan pada maksud hawa nafsu tanpa bimbingan dan petunjukNya akan mengarahkan diri mereka ke lembah kerosakkan dan juga merosakkan. malah disebabkan dendam lama anak2 kepada kejadian yg berlaku yg membentuk keperibadian yg dikongkong oleh sistem yg sedia ada, menjadilah mereka seperti yg kita kenal sebagai manusia2 yg pasti bertindak liar jika berlaku ancaman dari pelbagai sudut keadaan.
cukuplah mukadimah saya menjelaskan ilmu yg sedang berlaku kepada yg belum kenal makna iman kerana orang2 yg beriman itu sentiasa mendengar apa yg kamu semua katakan dalam erti kata mentaatiNya dalam tiap tindakan agar sejajar dengan apa yg berlaku pada zaman ini.
soalan : seronokkah kita jika kita mendengar ceramah perihal hukum (sambil berjenaka) sedangkan hati kita masih belum mahu taat apa yg diperintahkan olehNya disebabkan kebebasan yg kita cari selama ini? ditambah dengan kehendak hawa nafsu kepada sesuatu maksud kelebihan keduniaan. maka tenggelamlah diri kita dalam lautan kelebihan yg dimaksudkan sehingga sukar untuk dipimpin untuk kembali kepada petunjukNya.
saya manusia yg lemah. saya faham kamu suka menduga akan tetapi saya diamanahkan untuk menjelaskan perkara2 yg terjadi kerana saya antara yg diberi petunjuk mengenai apa yg kamu semua lalui. kerana itulah tanda kasih sayang saya kepadaNya dalam mentaati apa yg diizinkan olehNya kepada diri saya.
ketahuilah Allah itu maha Esa. jika Dia berkehendakkan kebaikkan, berpagi2lah kita dalam suasana yg penuh keceriaan yg dianugerah olehNya. jika terdapat sinar mentari diawal pagi, ketahuilah! Allah sentiasa bersama2 hambaNya yg mendengar dan mentaati dalam memperjelaskan sesuatu perkara untuk kembali beriman (beramal soleh/bertakwa) semata2 keranaNya. Last edited by AdAkAmA on 1-10-2013 11:47 PM
Dzulqarnain posted on 2-10-2013 12:38 AM
Mengapa berhukum dgn yg subahat, adakah ini dikatakan beriman?
- pendek kata yg bersubahat tu ber ...
kerana kita sememangnya sedang bersyubahat samaada sedar ataupun tidak. kerana itulah bertepatan untuk zaman ini makna iman sebesar biji sawi melainkan kepada mereka yg benar2 mendengar dan mentaati perintah Allah.
Post time 6-10-2013 06:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bagaimana nk tentukan org tuh beriman atau x? Bagaimana kita tahu kita ni beriman? Adakah cara kita dan atuk nenek kita beribadat itu adalah cara beriman yg btol?
Post time 6-10-2013 06:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
True-X posted on 6-10-2013 05:10 PM
Bagaimana nk tentukan org tuh beriman atau x? Bagaimana kita tahu kita ni beriman? Adakah cara kita ...
I believe...ONLY GOD CAN JUDGE US! .......dan peranan pentingnya utk kita menimba ilmu Quran serta Sunnah Rasulullah s.w.s... ........ILMU ITU PELITA HIDUP!
True-X posted on 6-10-2013 06:10 PM
Bagaimana nk tentukan org tuh beriman atau x? Bagaimana kita tahu kita ni beriman? Adakah cara kita ...
Allah swt menjelaskan di dalam Alquran tanda orang2 yg beriman kepadaNya. dalil (tafsir):
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata : ) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali.
jika seseorang yg berbicara ketika berforum atau diluar sana yg tidak pernah sama sesekali merasakan diri pernah mengaku kesilapan (menyangkakan diri itu maksum) atas maksud berniat/tidak berniat untuk melanggar perintah Allah dan Rasul2Nya, juga mereka2 yg tidak pernah memikirkan akan maksud kehidupan di dunia itu itu sementara sebelum dijemput olehNya itulah tanda2 orang2 yg tidak dimaksudkan beriman dalam erti kata yg sebenar2nya.
4 kondisi untuk tanda orang2 yg beriman :
1) mendengar
2) taat
3) keampunan
4) kematian
saya beri contoh mudah untuk mengenali orang2 yg tidak beriman (contoh), jika Dia tidak pernah menyatakan dajjal itu penghuni neraka, maka barang sesiapa yg menyebut2 perkataan dajjal itu penghuni neraka (mengadakan sesuatu yg tidak pernah dinyatakan), atau menyindir2 dengan mempermainkan perkataan dajjal, atau menyatakan sesuatu tanpa ilmuNya (ilham dariNya yg berbentuk ketakwaan), malah tidak pernah sama sekali mengaku diri itu pernah melakukan kesilapan, maka fikirkanlah sendiri adakah orang yg dimaksudkan itu beriman atau tidak.
bagaimana kita mengatasi masaalah orang2 yg tidak beriman walaupun mengaku Islam? jgn bergaul dengan orang2 ini kerana bagi orang2 yg beriman itulah bentuk ujian yg datang dariNya (yg menuntut kepada mematuhi syariat mengikut aturan). antara aturannya adalah seperti berikut :
1) mendengar apa yg dimaksudkan ujian
2) memberikan peringatan (petunjukNya) jika berlaku kefasikan - ketaatan padaNya
3) jika ditentang oleh mereka2 yg tidak beriman (walaupun zahir Islam), jauhkan diri dari berbicara dengan orang2 yg dimaksudkan sambil mengikut apa yg diperintahkan olehNya dan Rasul2Nya. (memohon keampunan dan mengingati kematian - amal yg akan dibawa).
barulah amalan yg dilakukan itu diterima olehNya. selain dari itu, kebarangkalian tinggi ditolak melainkan jika Allah kehendaki pada sesiapa yg Dia kehendaki (atas maksud ujian atas fitnah- yg ini boleh diperincikan jika mahu).
banyak kisah2 yg dirakamkan menerusi Alquran yg menjelaskan Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyantun. akan tetapi ramai jugaklah manusia yg sukar untuk memahami kehendakNya sambil memperolok2kan sesuatu yg diri mereka sekadar berhukum tanpa melihat dasar kepada sesuatu maksud yg dikehendaki olehNya sewaktu dikembalikan kepadaNya kelak.
Allah memandang orang2 yg beriman itu pada apa yg Dia nyatakan. maka barang sesiapa (termasuklah diri sendiri) tidak pernah melakukan apa yg dinyatakan setiap hari (siang dan malam), maka belum boleh dikatakan beriman. jika kita amati, bertepatan makna iman untuk umat Islam zaman ini (beriman di siang hari, kufur dimalam hari, beriman dimalam hari, kufur disiang hari). saya boleh jelaskan jika mahu mengetahui kebenaran (hakikat) yg terjadi.
isy76 posted on 6-10-2013 01:02 PM
Well said.......jangan menduakan Allah serta wujudkan sebarang makhluk.di antara hubungan kita den ...
harap perincikan apa yg anda nyatakan kerana terdapat kesamaran pada apa yg dinyatakan. sila spesifikkan apa yg anda nyatakan supaya jelas apa yg anda cuba maksudkan (walaupun pada hakikatnya saya faham apa yg kamu maksudkan) kerana saya lebih suka berbicara dengan orang2 yg tahu memelihara hati dan bukannya orang2 yg tidak tahu memelihara hati. kerana orang2 yg tidak tahu memelihara hati itulah orang2 yg dimaksudkan olehNya fasik.
isy76 posted on 6-10-2013 06:58 PM
I believe...ONLY GOD CAN JUDGE US! .......dan peranan pentingnya utk kita menimba ilmu Quran serta ...
wajib berilmu kearah wajib beramal. mendengar itulah ilmu, mentaati itulah amal. sambil diri hamba itu memohon keampuan kepadaNya atas setiap amalan yg dilakukannya berserta dengan mengingati kematian sebelum dihidupkan olehNya untuk dihisab, inilah yg dimaksudkan orang2 yg beriman.
ingatlah perkataan ini sebagai hikmah yg dizahirkan olehNya pada diri orang2 yg beriman kepadaNya :
1) perihal hati dan akidah : orang2 yg beriman itu tidak mempunyai perasaan sakit hati (kerana dunia itu tiada apa2 melainkan penjara bagi dirinya), jika masih terdapat perasaan sakit hati (anggaplah diri itu belum beriman-hakikat yg dinyatakan olehNya jelas itupun jika kamu mengaku beriman kepada Alquran)
2) perihal akal dan akidah : orang2 yg beriman itu tidak akan menyatakan sesuatu jika tiada dalil dari Alquran dan Sunnah (jika mempergunakan Alquran dan Sunnah tanpa petunjukNya, sia2lah amalan orang2 yg menyangka diri itu beriman)
orang2 yg beriman itu tahu dan memahami apa yg dimaksudkan hukum dan tahu dirinya pasti melakukan kesalahan setiap saat. maka itulah maknanya orang2 yg benar2 beriman kepadaNya. jika terdapat 1 saat lalai dari mengingatiNya, itulah maksud tidak beriman kepadaNya (sunnahtullah atas diri makhluk yg bersifat lemah). dan saya amat jelas perihal ini. adakah kamu faham apa yg saya nyatakan sekarang ini ataupun kamu belum mahu memahami apa itu petunjukNya?
Post time 7-10-2013 03:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
AdAkAmA posted on 6-10-2013 09:27 PM
harap perincikan apa yg anda nyatakan kerana terdapat kesamaran pada apa yg dinyatakan. sila spesi ...
Yelah....WYSIWYG...dlm bahasa komputer......makna yg tersurat dan tersirat adalah SAMA.......jgn menyembah selain drpd Allah ataupun mempercayai kewujudan tuhan yg lain drpd Allah serta menyamakan kuasa Allah dengan sebarang makhluk yg lain.