CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 28-2-2011 10:53 PM | Show all posts
nextttttttttttttttt
sambung pa pagi plzzzzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2011 11:06 PM | Show all posts
masih menanti sambunganya

Arif dan Jasmine ini macam lurus bendul
mertua Post at 28-2-2011 15:30
amboi sesedap aja nak ngutuk hero & heroin tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 08:39 AM | Show all posts
salam fizzi... mana hilang?

next..next..next...  ( tak leh blah la..   mod pun hilang modal nak komen bila n3 tak de...)
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 10:49 AM | Show all posts
tetiba rasa lapo ..........................

fizzi, n3 plss.......;)
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 11:20 AM | Show all posts
citer yang bagus, bahasa yang digunakan pun senang nak faham ..... utk bling org dah rindu sangat nak baca karya2 yang selalu membuatkan org sentiasa makan tak lalu tido tak lena dan mandi tak basah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 11:22 AM | Show all posts
tetiba rasa lapo ..........................

fizzi, n3 plss.......
fiqrah Post at 1-3-2011 10:49



    lapo aje kan.... ish3...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2011 11:29 AM | Show all posts
citer yang bagus, bahasa yang digunakan pun senang nak faham ..... utk bling org dah rindu sangat na ...
atahanje Post at 1-3-2011 11:20



    tahan rindu nak mengspeku neh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 11:30 AM | Show all posts
lapo aje kan.... ish3...
fazss Post at 1-3-2011 11:22



    almaklum, dah lama tak melepak kat sini ..ssekali masuk
    lapo tak kire time ...uhuk !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 11:57 AM | Show all posts
almaklum, dah lama tak melepak kat sini ..ssekali masuk
    lapo tak kire time ...uhuk ! ...
fiqrah Post at 1-3-2011 11:30



    hahahaha...tapi fazss pun lapo sesgt ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 02:55 PM | Show all posts
Best... Layan citer Fizz ni mmg syok ahhh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 03:41 PM | Show all posts
sorry....
awal2 bulan ni, reja melambak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 03:43 PM | Show all posts
Jasmin mengatur langkah perlahan2. Bag-pack yang mengandungi baju2nya pemberian abang baik hati tadi masih tersandang kukuh dibahunya. Jasmin merenung genggaman tangannya. Dia berhenti sebentar buat melepas penat  ditepi sebuah pantai yang menghijau airnya.   Jasmin membuka genggaman jarinya.

Sebuah sampul kecil berwarna putih berada ditelapak tangannya kini. Sampul itu pemberian abang baik hati tadi sewaktu dia hendak melangkah keluar dari bilik hotel itu. Jasmin hendak membuka sampul itu sebaik diberikan tadi, tapi ditegah oleh abang baik hati itu.

“Bukak kemudian,” itu katanya. Jasmin membuka sampul itu. Jarinya mengoyak pelipat penutup sampul itu. Isi sampul ditarik keluar. Pantas, matanya membuntang melihat isinya.

Beberapa not RM100 yang berwarna ungu dimasukkan kembali ke dalam sampul. Jasmin tidak mengira berapa jumlahnya! Astaghfirullah!!!! Berderau darah Jasmin. Gementar hatinya. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia melihat not RM100. Dan, banyak pula!!! Kalaulah dia tahu dari awal isi sampul itu merupakan duit, awal2 lagi dia menolak.

Jasmin segera memasukkan sampul putih itu kedalam beg sandangnya. Betapa baiknya hati abang itu! Getusnya. Hati yang gemuruh tadi kembali reda. Jasmin merenung laut didepannya. Dia terbuai sejenak dengan keindahan ciptaan Tuhan di depannya.

Mana aku nak pergi sekarang? Niatnya untuk memohon kerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran tadi, ditolak. Kata penyelia yang bertugas, tiada kekosongan di situ. Hmm..meski nampak mudah hendak meminta kerja sebagai pencuci pinggan, tapi jika tak kena gaya boleh jadi susah juga…

Hendak memohon kerja yang lebih baik dari itu, dia segan. Yalah…kad pengenalan pun tak ada,  statusnya kini lebih teruk dari pendatang tanpa izin. Sekurang2nya, pendatang tanpa izin masih mempunyai pasport perjalanan. Kalau ada, lah….

Jasmin menggaru2 kepalanya. Dia bangun dari tunggul kayu yang hampir reput dimamah usia. Langkah kakinya diatur jua. Niatnya sekarang, dia mahu mencari pekerjaan terlebih dahulu. Jika sudah dapat kerja, barulah dia mahu mencari tempat berlindung. Bolehkah aku buat semua itu dalam masa sehari? Mata Jasmin merenung jauh ke depan sambil kakinya terus melangkah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 03:44 PM | Show all posts
Ikan2 yang beraneka warna dan saiz berlumba2 memakan cebisan roti yang dilemparkannya. Arif mendayungkan kakinya perlahan2 sambil sesekali menyedut oksigen melalui topeng gasnya. Beberapa pelancong lain yang turut serta melakukan aktiviti snorkling di pinggir laut hijau itu kelihatan gembira. Arif jua turut gembira. Aktiviti hariannya telah kembali seperti biasa.

Rancangan percutiannya kembali normal. Pagi tadi dia pergi berkayak, kemudian makan tengahari di restoran kampung, kemudian petang pula dia sudah berada di tengah2 laut memberi makan ikan2 yang cantik.

Sesekali, Arif mengaduh bila hujung jarinya digigit ikan2 berkenaan. Aku bagi kau makan, kau gigit jari aku pulak ya! Tak mengenang budi langsung!! Rungutnya, meskipun pada seekor ikan! Arif menyudahkan semua baki roti yang ada ditangannya. Sebaik habis, dia berenang ke permukaan. Hujung bot segera dicapai lalu badannya ditekan menaiki bot tersebut.

Topeng oksigen segera ditanggalkan. Zip baju renang dibuka hingga ke separuh dadanya yang bidang. Tuala yang tersedia dicapai, lalu seluruh wajahnya dilap. Tertelan air masin sekali sekala, buat Arif terasa loya. Botol air mineral dicapai lalu diteguk. Kemudian air itu dikumur dan diludah.

Hujung kakinya yang terjuntai ke laut, buat beberapa ekor ikan masih mengerumuni hujung kakinya yang putih. Agaknya, ikan2 ni nampak kaki aku macam roti tadi agaknya. Sama saja warnanya. Lain kali, sebelum snorkling, aku nak cat kaki aku warna hitam. Biar tak nampak macam warna roti. Arif tersengih sendirian.

Arif mencongak, apa dia mahu buat malam ini? Mungkin menikmati muzik jazz di kelab hotel pun bagus juga…Khabarnya, band yang bermain muzik di sana bagus. Arif bangun beredar ke dalam bot. Pemandu bot yang sejak dari tadi setia menunggunya  menghidupkan enjin apabila diarah berbuat demikian. Arif hanya merenung laut didepannya bersama beberapa pulau kecil yang terdapat ditengah2 lautan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 03:46 PM | Show all posts
Arif menyeluk kocek seluar bermudanya yang berwarna coklat muda. Malam ini dia mengenakan t-shirt berkolar berwarna biru muda berbelang coklat muda, senada dengan warna seluar untuk ke kelab. Sebelum sampai ke pintu masuk kelab, Arif merenung bingkai kaca yang menempatkan pelbagai lukisan motif tradisional yang terdapat di dinding hotel. Salah satunya, adalah bingkai yang menceritakan sejarah pulau itu.

“Pulau Tioman Island is the largest of the 64 islands that make up its region.  An ancient native legend states that the island is really the body of a powerful and beautiful dragon, Sri Gumom, who made the gods angry when she made the journey to visit her sister, Gunung Linga, whom they had forbidden her to see.  During her flight the gods turned Sri Gumom into a boulder and she fell from the sky, landing in the ocean to become the island of Tioman.  It is from Sri Gumom that island gets it wild beauty, and its uneven surface and twin mountains (looking like dragon's horns) do seem to suggest the outline of a dragon's body.

In truth, Tioman is a volcanic island.  Proof of human inhabitants there dates as far back as the 11th Century, and it has been inhabited by people from many lands over the centuries.  In its early days it served as a resting place for Arab sailors headed to Asia, and in fact has always been a stopping point for ships to rest and reload throughout its history.  

Tioman was taken over by the Chinese during the Song Dynasty and was fought over briefly by European nations looking to strengthen their trading power during the 1800's.  For a time Tioman also became a dangerous area, taken over by pirates in the early 19th Century who were known for kidnapping and murder.  Ships avoided the area for many years until it was taken over by the British in the late 1800's.

After several decades of peace, Tioman was invaded by the Japanese during World War II who wanted to use it as a base, but they were soon defeated by allied forces, unable to complete the airport they had begun to build.
Today Tioman is very diverse, reflecting the many cultures who have called it home.”

The end. Arif menarik lega sebaik selesai membaca sejarah tersebut. Dari mana sumber sejarah ni diperolehi. Arif menjungkit bahu. Khabarnya banyak sejarah yang ditulis berkenaan pulau ini.

Satu lagi versi sejarah pulau itu yang terdapat pada satu bingkai yang lainnya berbunyi begini pula;
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 03:47 PM | Show all posts
“Tioman Island (locally known as Gunung Daik Bercabang Tiga) is a small island located 32 km off the east coast of Peninsular Malaysia in the state of Pahang, and is some 39 km long and 12 km wide. It has eight main villages, the largest and most populous being Kampung Tekek in the north. The densely forested island is sparsely inhabited, and is surrounded by numerous coral reefs, making it a popular scuba diving spot. There are also a lot of resorts and chalets around the island.

Its beaches were depicted in the 1958 movie, South Pacific as Bali Hai. In the 1970s, TIME Magazine selected Tioman as one of the world's most beautiful islands.

Apart from its diverse marine life, the inland rainforest area, encompassing approximately 12,383 hectares, in Tioman is a strictly enforced nature reserve. There are several protected species of mammals on the island, including the Binturong, Long-tailed Macaque, Slow Loris, Black Giant Squirrel, Red Giant Flying Squirrel, Mouse deer, Brush-tailed Porcupine, and Common Palm Civet, from a total of 45 species of mammals and 138 species of birds, including the majestic Frigatebird. Moreover, Tioman has species that are endemic to its shores. The soft-shelled turtle and the Tioman walking catfish are both unique and can be seen on rainforest walks.

The island is served by ferries from the Malaysian mainland, and a propeller plane service by Berjaya Air from the Seletar Airport in Singapore and Sultan Abdul Aziz Shah Airport in Kuala Lumpur.


Tioman has been used for thousands of years by fishermen as an important navigation point and a source of fresh water and wood. During the past thousand years, it has played host to Chinese, Arab, and European trading ships, and often porcelain shards can be found on beaches around the island.

In more recent history, Tioman played host to both the British and the Japanese during the Second World War, and the waters around the island are littered with war remains (including HMS Repulse and HMS Prince of Wales).

According to legend, Tioman Island is the resting place of a beautiful dragon princess. Whilst flying from China to visit her prince in Singapore, this beautiful maiden stopped to seek solace in the crystal-clear waters of the South China Sea. Enraptured by the charms of the place, she decided to discontinue her journey. By taking the form of an island, she pledged to offer shelter and comfort to passing travelers.”

Samada ianya merupakan fakta atau mitos semata2, tiada siapa yang dapat memastikan kebenarannya. Kebanyakan sejarah yang di terbitkan lebih berbentuk mitos. Tapi, kadangkala masuk akal juga jika dilihat dari struktur geografinya.

Hmm…dah bertukar jadi pakar sejarah pulak kau Arif…gumamnya di dalam hati. Arif menghampiri kelab yang pintunya bertutup dari dalam. Pintu kaca yang gelap itu ditarik perlahan2. Muzik jazz mula memenuhi halwa telinga sebaik pintu ditutup kembali. Dan Arif terus melangkah masuk, mencari meja kosong untuk bertenggek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 03:49 PM | Show all posts
Jasmin menanggalkan beg sandang dari bahunya. Seharian melompat dari satu kedai ke satu kedai memohon kerja, semuanya gagal membuahkan hasil. Memandangkan hari sudah jauh malam, sudah mencecah jam 9 malam, cepat2 dia mencari tempat untuk berteduh. Bimbang, jika lambat, tutup pula kaunter pendaftaran mana2 chalet.

Chalet murah dari kayu dengan atap zink yang berjaya disewanya agak sunyi. Tidak ramai pengunjung yang menghuni di chalet murah itu. Mungkin sekarang bukan musim bercuti. Chalet itu Cuma ada satu ruang dengan tilam dan bantal ditepi sudut. Jika hendak ke bilik air, terpaksalah dia menapak ke tempat dia mendaftar tadi.

Jasmin mengeluh kecil. Mujurlah abang baik hati membekalkan dia sejumlah wang. Kalau tidak, malam ini dia tidur beratapkan langit dan berbantalkan pasir. Tapi, kalau wang itu digunakan terus menerus, lama2 akan habis juga. Maka, kerja harus dicari secepat yang mungkin.

Tapi, macam mana nak cari? Tadi, sewaktu di kedai yang menyewa peralatan skuba, dia sudah hampir2 mendapat kerja. Tetapi, bila diminta kad pengenalan oleh tuan punya kedai, dia terdiam kaku. Hanya gelengan menjawab permintaan tuan punya kedai itu. Natijahnya, dia gagal mendapat kerja itu.

Jasmin nekad, jika ditanya tentang kad pengenalan oleh sesiapa, dia akan sekeras2nya berbohong bahawa kad pengenalannya hilang. Atau terbakar? Atau rosak dan masih dalam proses mendapat kad baru?

Ya…dia nekad berbohong esok. Ala..macam tak biasa berbohong. Dengus Jasmin sendirian. Bungkusan plastik yang dibeli dari kedai runcit segera diselongkar. Harga barang runcit di sini rupanya lebih mahal sedikit berbanding di tanah darat. Hal itu benar2 membimbangkannya.

Plastik roti kaya segera dibuka dan roti tersebut dikunyah lahap. Penat, kecewa, marah, lapar dan letih, semuanya bercampur. Jasmin terdiam merenung roti ditangannya. Buat seketika, hati lirihnya mula tiba.

Kenapa semua ni berlaku pada aku? Kenapa bukan pada Misah? Bukan pada Siti? Atau orang lain? Sejauh mana lagi agaknya Tuhan mahu menguji aku? Airmatanya bergenang.

Jasmin mengunyah lagi. Bungkusan demi bungkusan dibuka dan dimakan, tanda dia benar2 lapar setelah menahan diri dari makan sejak tengahari tadi. Kali terakhir dia makan, adalah sewaktu pagi tadi bersama abang baik hati di bilik hotel mewah. Sesekali, Jasmin mengesat air hidung yang mengalir akibat menahan hiba di hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 03:49 PM | Show all posts
finally...ada update...yeaayyyy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 03:51 PM | Show all posts
Pulang dari jungle trekking bersama beberapa pelancong asing tadi, Arif memerap di dalam bilik . Usai mandi, dia terlentang di bilik tidur dengan TV yang terbuka. Matanya ralit menonton siaran HBO di kaca TV. Filem klasik ‘Gone with the Wind’ sedang keudara.

Arif sedikit tersentuh dengan watak Rhett Butler yang padanya, merupakan seorang lelaki yang penyabar menahan kerenah seorang perempuan yang benar2 dicintainya. Malangnya, cintanya tidak dihargai oleh si perempuan. Hensem betul Rhett Butler pada matanya di dalam filem itu. Misai melintang tak ubah seperti maskot Mr. Potato.

Arif mengurut2 bahagian atas bibirnya. Agaknya, kalau aku simpan misai macam tu, hensem tak? Papanya tidak mempunyai misai setebal itu, tetapi cuma kumis yang nipis. Arif pula, tidak mempunyai kumis langsung. Tetapi jika dibiarkan mukanya tidak bercukur lama2, timbul juga kumis manis di atas bibir atasnya itu. Arif mengukir senyum sendirian.

Telefon bimbit diambil lalu dibuka. Sudah 2 hari dia menutup telefon bimbitnya. Bukan sengaja tutup, tetapi baterinya telah habis. Arif yangmengecas kembali telefon bimbitnya, lalu membiarkan sahaja telefon bimbitnya mati. Tetapi, pagi tadi barulah dia ada hati hendak mengecas semula telefon bimbit itu.

Beberapa mesej dari mamanya timbul di paparan skrin telefon. Arif mengukir senyum. Matanya membaca satu demi satu mesej yang dihantar oleh mamanya.

“Arif, how’s your holiday? Is the hotel nice?” itu satu mesej.

“Arif, don’t go for snorkling if it’s storming. KL had a bad weather lately,” satu lagi mesej dari mamanya.

“Arif, bosan tak? Find a partner for yourself!!” haaaa…..ini mesej dari papa! Aku faham sangat maksud ‘partner’ di sini……Arif mengukir senyum. Beberapa huruf ditaip merangka beberapa ayat untuk membalas mesej2 mama dan papanya.

“The hotel is just nice. The food also nice. I’m enjoying my wonderful time so much here until I don’t have time to miss you two. Just Kidding!! C u soon” mesej itu segera dihantar ke telefon bimbit kedua orang tuanya agar kedua2nya dapat membaca dengan selesa di telefon bimbit masing2 dan tidak berebut membaca mesej darinya.

Telefon bimbitnya ditutup kembali. Tapi…Arif merenung telefon bimbitnya lama. Fikirannya bercelaru. Entah apa yang bermain di mindanya, dia sendiri keliru. Pandangan dihala ke arah TV, menghayati filem yang diputarkan. Namun mindanya gagal memberi tumpuan sepenuhnya pada skrin TV.

Malam ni makan di mana ya? Naik bosan pulak makan kat hotel ni…Arif terus berfikir.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 04:02 PM | Show all posts
salam...seronok jgk cte ni...layannnnn..
misteri sgug jasmin nih
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 04:30 PM | Show all posts
TQ fizzi ...
..mungkin abg baik hati akan bertembung dgn jasmine
di kedai makan kot ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.085612 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list