|
[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN
[Copy link]
|
|
Reply 156# cmf_blingblings
Oh kak... betul la tuh... antara makhluk yang turut sama mengerjakan haji ke baitullah ialah jin... |
|
|
|
|
|
|
|
up sikit thread ni, jom perah otak sikit bg sumbangan cerita masing-masing |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 162# cmf_blingblings
blings..
bagi peluang forumers lain bercerita...
pasti mereka jua ada kisah-kisah menarik
untuk dipaparkan buat pembaca..
(asyik nama kita timbul, nanti orang bosan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blingblings
blings..
bagi peluang forumers lain bercerita...
pasti me ...
cmf_azure Post at 31-1-2011 22:48 pasal tu yg upkan thread ni, nak kasi org lain nampak, mana tahu ada yg teringin nak berkongsi cerita....betullah kalau kita aja yg asyik letak cerita, nanti org boring...krohhhhh..krohhhhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 164# cmf_blingblings
Bila nak buka rumah baru cik oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Mek Jing dah tabur tacang pada yg sertai |
|
|
|
|
|
|
|
Mek Jing dah tabur tacang pada yg sertai
jingga007 Post at 1-2-2011 00:54
TQQQQQQQQQQQQ...........banyak-banyak Mod Jingga
...cepat-cepat hantar karangan anda ..penuh poket I |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blingblings
Bila nak buka rumah baru cik oiii
qimi08 Post at 1-2-2011 00:40 lambat lagilah, kasi chance orang lain pulak, ramai lagi yg lom habis cerita tu... |
|
|
|
|
|
|
|
sheeshh sila hantar yg bebetul best ye
ceh tetibe kedekut
rupa2 nya byk ...
jingga007 Post at 1-2-2011 01:11 namapun lubuk credit, kasi chance lah Mod Jingga, biasalah cerita2 khayalan, cerita pengalaman sendiri....nak kasi credit percuma sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
wahahahahhah...perkataan baru...berukban |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 166# jingga007
terima kasih mek jing... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 171# cmf_blingblings
kat pej diaorg duk panggil beruk aje... mula2 tak fhm gak, igt sbb beruk yang keliling.. |
|
|
|
|
|
|
|
Basikal.
Saya sebuah basikal. Saya sebuah basikal berwarna merah. Tuan saya gemar menungang saya bersiar siar. Saya merasa gembira kerana disayangi tuan saya.
Pada satu hari Maya Karin telah menunggang saya.
Saya sangat gembira. Saya tersenyum ria. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Basikal.
Saya sebuah basikal. Saya sebuah basikal berwarna merah. Tuan saya gemar menungang saya ...
bintangporno Post at 3-2-2011 13:09
Menda ni????:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Senja dah lama berlabuh. Aku duduk memandang ke tengah tasik. Damainya. Mataku beralih pula melihat sepasang kekasih yang bertaut tangannya. Terpancar kebahagiaan di wajah yang mula kendur. Balik mata yang semakin kabur, tetap terlihat silau cinta yang tidak akan padam. Kaki mereka melangkah seiringan. Sudah berpuluh tahun mereka menyusun langkah bersama. Ya, ada hari yang mana rentak mereka berlawanan namun tetap akan kembali seirama. Ketawa mereka yang halus berkongsi canda yang hanya mereka tahu hinggap di telingaku di bawa angin petang. Aku turut ketawa kecil. Indahnya cinta hingga ke akhir usia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AttOkz datang lagi!!!
Pigun-Pigun Kehidupan
+ Pigun I - Tadi, saat mahu menunaikan kewajipan di sebuah masjid di tengah kota, aku melalui sebuah lorong masjid. Di hujung kelihatan seorang pengemis menadah kolenya. Seorang dewasa lalu, wajahnya kelihatan bersih. Serban terlilit rapi di kepala. Bajunya putih bersih, tentu orang berkemampuan, hati kecil berdesis. Dia lalu di depan pengemis dan terus ke atas. Seorang pemuda; berpakaian biasa, berseluar jeans lusuh, berselipar buruk. Tentunya seorang pemuda biasa, lalu di depan pengemis. Berhenti. Menyeluk-nyeluk poketnya yang sendat. Mencari-cari dan akhirnya menarik keluar segala syiling yang ada dalam poket yang sendat itu. Kemudian berdering-denting jatuh ke dalam kole pengemis. Pemuda biasa itu segera berlalu ke atas untuk menunaikan kewajipan.
+ Pigun II - "Semalam aku ada RM100. Tapi semalam, lepas membeli 3 botol arak sebagai santapan berbuka puasa, aku hanya tinggal ini..." Dia berkata sambil menunjukkan pada aku sekeping duit not RM10. Aku tersenyum dengan temanku yang seorang ini. Kumal dan jerahak sungguh raut roman wajahnya. Kasar tapi mesra, wataknya. Setelah itu, kami menyeberang jalan. Di tepi bangunan, ada sepasang suami-isteri buta, sedang mendendangkan lagu, manakala di tepinya 2 orang kanak-kanak kecil bertinggung diam dan belas. Lalu dengan wajah bening dan simpati, temanku yang jerahak ini menghulurkan sumbanganya. Berlalu.
"Bukankah itu sahaja duit yang kau ada?"
Aku bertanya memecah kesepian setelah jauh berlalu dari pasangan pengemis tadi.
Dia menepuk bahuku.
"Kawanku, yang benarnya umur manusia ini terlalu pendek. Hanya 3 detik. Satu detik yang telah berlalu, yang tak dapat kita kembalikan lagi. Sedetik lagi ialah detik sekarang yang kita lalui dan tekuni. Dan, sedetik lagi ialah yang akan datang, yang tidak dapat kita bayangkan. Yang tidak dapat kita ramalkan. Jadi apa yang ada pada kita hanyalah sedetik-detik yang sekarang. Esok, kita sendiri tidak pasti sama ada kita masih sempat menikmati kehadiran detik itu lagi."
Dia berfalsafah dan menyambung lagi.
"Aku telah belajar dari masa, aku telah belajar dari angin, aku telah belajar dari alam dan aku tahu bahawa manusia hidup bukan kerana dan hanya untuk kehidupanya semata. Memberi apa yang kita perlu punyai kepada orang yang lebih memerlukanya adalah kebahagiaan. Dan, ini memberi suatu rasa puas yang dalam kepadaku, yang mereka anggap cemar ini". Temanku itu menghabiskan katanya dengan mengesat pelupuk mata. Bungkam. Sepi.
Aku terpegun. Terpana. Temanku ini tidak pernah bersuara tentang kebaikan yang di berinya. menyimpan keikhlasan dalam ketersembunyian di lubuk nubari tanpa ingin pun menabik kemegahan, tidak seperti tokoh-tokoh ternama yang menderma ke tabung kebajikan, lalu tampang muka terpampang seminggu di dada akhbar. Ikhlas di balut gebar riak! Nihil!
*** Katarsis...prediksi terhadap aroma dan pigun kehidupan. Figura kota rupanya banyak menyaksikan rencah keletah dan kerenah manusia untuk sama-sama di tafsir fikir. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by annehuda at 13-2-2011 15:47
cerpen one shot saya. sila komen ( nak buat benang sendiri segan. hehehe TT tlg jgn marah ek?)
Hana mengerling ke jam dinding yang tergantung di atas papan putih kelasnya. Sudah pukul 6.20 petang. Hujan di luar masih lebat, masih belum ada tanda-tanda akan reda. Hana memeluk dirinya yang kesejukan. Sweater nipis berwarna biru yang dipakainya sehari-hari ke sekolah tidak dapat menghangatkan dirinya yang disapa angin itu. Tak habis-habis dia menyumpah dirinya sendiri. Ah sepatutnya aku dah balik ke rumah sejam lalu. Tetapi tugasan menghasilkan jadual waktu belajar baru yang diamanahkan kepadanya perlu diselesaikan hari itu juga. Bersusah payah dia melukis dan merekabentuk sendiri jadual waktu kelas 5 Gigih seorang diri hari itu.
“Perlu ke kau nak stay sorang-sorang bersihkan kelas tu? ”. Kata-kata Imrie tiba-tiba terngiang di telinganya.
Imrie, anak lelaki kepada ibu tiri yang baru mengahwini ayahnya 3 bulan lalu. Ayahnya mengambil keputusan untuk membawa Imrie tinggal bersama-sama mereka setelah mengahwini Mak Halimah. Ayahnya memang kepingin memiliki seorang anak lelaki, sementalahan ayahnya hanya memiliki 2 orang anak perempuan dari perkahwinannya dengan arwah ibu Hana. Imrie yang pada mulanya belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh berprestij tinggi itu akhirnya mengambil keputusan untuk menetap bersama keluarga baru ibunya di sebuah bandar kecil bernama Bagan Datoh.
“Tapi….tapi semua orang kat kelas cakap aku pandai lukis. Dan aku paling rajin. Aku yang paling sesuai buat kerja tu”. Hana tersenyum kecil. Imrie mengetap bibirnya menahan kegeraman.
“Ko ni naïf ke bodoh? Ko tau tak yang diorang tu sebenarnya tengah buli ko?”. Hana tertunduk malu. Hana seorang yang pasif, semenjak dari kecil lagi dia tidak tahu melawan apa sahaja yang diperkatakan orang tentang dirinya, segalanya di simpan dalam hatinya. Dia gadis yang sederhana dalam serba-serbi. Tiada yang menonjol pada dirinya. Hana umpama gadis halimunan yang tidak disedari kehadirannya dalam sekolah itu. Gadis halimunan yang kesunyian.
Semasa Hana baru Tingkatan 1, Hana pernah mengalami kemalangan. Basikal yang ditungganginya dilanggar oleh seorang pelajar lelaki senior. Motosikal yang dinaiki oleh pelajar senior itu mengalami kerosakan brek, dan akhirnya Hana dirempuh sehingga tercampak ke parit. 3 bulan Hana tidak dapat hadir ke sekolah kerana kakinya patah. Apabila Hana kembali ke sekolah, semua pelajar sekolah itu memulaukan Hana. Tiada siapa pun yang berani menegur atau mendekati Hana. Pada mulanya Hana tidak memahami kenapa jadi begitu, sehinggalah dia terdengar perbualan rakan sekelasnya. Bapa Hana mengamuk di sekolah dan mendesak pihak sekolah agar membuang pelajar tersebut dari sekolah. Apa yang bapa Hana tidak tahu, pelajar tersebut adalah pelajar paling disenangi di sekolah. Kes itu membuatkan Hana dibenci oleh semua pelajar di sekolah itu. Menurut mereka, Hana adalah bom jangka. Kalau berlaku apa-apa pada Hana, pasti akan berlaku kekecohan. Jauhkan diri dari Hana.
Keyakinan Hana benar-benar musnah. Berkali-kali dia cuba menjalinkan persahabatan dengan rakan-rakan sekolahnya, tapi setiap kali itu jugalah mereka makin menjauhkan diri darinya. Dan akhirnya dia berputus asa begitu saja. Selama 4 tahun, dia dipencilkan. Jadi apabila hari ini kesemua rakan sekelasnya mengundi dia, hanya dia saja untuk bertanggungjawab dengan projek kebersihan kelas, Hana berasa sangat gembira. Dia menerima saja cadangan itu. Untuk pertama kalinya Hana merasakan kehadirannya akhirnya disedari.
“Tapi ini pertama kali aku dapat peranan dalam kelas. Ini kali pertama kawan-kawan kelas aku mintak pertolongan aku. Jadi aku nak stayback dan siapkan keje ni.”
Imrie mendengus marah. Dia mengalihkan pandangannya ke kepingan manila kad dan bahan-bahan kraf yang baru dibelinya bersama Hana di kedai buku sekolah tadi. Logik akalnya membantah kata-kata Hana itu. Apa jenis manusia Hana ni, rela saja dirinya dipergunakan? Membesar tanpa seorang ayah, Imrie sering menjadi mangsa buli di zaman kanak-kanaknya. Walaupun sering dibuli dan dipukul, Imrie tetap akan bangun kembali dan menentang pembulinya. Bagi Imrie,kerana dia tiada ayah, maka dia harus mempertahankan dirinya sendiri. Bagai ikan kap yang berenang melawan arus, begitulah personaliti Imrie. Dirinya sangat meluat dengan personaliti Hana yang tidak tahu meluahkan pendapatnya, hanya mengangguk dan menerima sahaja. Kalau diikutkan hati dia, mahu saja dia membangkang cadangan rakan-rakan sekelas mereka. Tapi sifat Hana yang cepat saja bersetuju menyakitkan hatinya. Ah perempuan ni!
“Boleh tak, Imrie?”, sentuhan lembut Hana di bahunya mengejutkan Imrie. Dia tergamam seketika. Ada sesuatu pada Hana yang menyebabkan Imrie terpegun seketika…. Segala ayat yang ingin dihamburkan pada Hana hilang begitu sahaja apabila memandang wajah Hana yang mengharapkan keizinan darinya.
“Sukati kau lah. Just don’t get home too late”. Imrie terus menggalas beg sekolahnya dan keluar dari kelas menuju ke padang sekolah untuk latihan hoki. Kenapa dengan aku ni? That idiot is just my sister! Imrie bermonolog sendiri, cuba menafikan perasaan ganjil yang tiba-tiba terbit di ruang hatinya….
DDUUUMMMM!!!!
Panahan guruh yang mendentum itu mengejutkan Hana dari lamunannya. Beristighfar dia berulang kali. Hatinya semakin digamit kerisauan. Bilakah hujan akan berhenti akhirnya?
DDDUUUMMMM!!!
Serentak itu lampu kelas terpadam. Litar pintas. Hana menjerit ketakutan. Spontan dia bangun dari kerusi yang didudukinya dan berlari keluar dari kelas. Hana berlari menuju ke tangga keluar. Malangnya nasib Hana, dia tergelincir. Tergolek-golek dia jatuh dari tangga yang licin akibat tempias hujan itu. Seluruh badannya sakit, terutama kedua-dua lututnya. Dia tidak berdaya hendak bergerak lagi. Hana hanya mampu berbaring, dan menangis kesakitan. Dia keseorangan lagi, dan kini dia dalam kegelapan. Dan kegelapan itu mengingatkan Hana tentang kesunyiannya. Kesunyiannya, dalam terang tanpa kawan, dalam kegelapan tanpa teman. Bayangan arwah ibu Hana yang selalu tersenyum muncul dalam ruang kenangannya.
“Makkk….”. Hana memanggil-manggil ibunya. Hana terkenang semasa kecil, setiap kali selepas ibunya memadamkan lampu bilik tidur, ibunya akan mencium dahi Hana. Walaupun dalam kegelapan, Hana rasa selamat. Kerana dia tahu ibunya ada berdekatan.
“Kalau Hana takut, panggil mak tau”, ibunya akan berpesan apabila Hana merengek mahukan ibunya menemaninya tidur.
“Mak ada je kat sini sayang…”. Di saat-saat begini, Hana begitu merindui ibunya….
”Makkk….” Hana merintih lagi, dan menangis, walaupun menyedari tiada siapa yang akan mendengar rintihannya ketika ini.
“Hana!”. Telinganya menangkap suara seseorang yang sangat dikenalinya. Hana terpinga-pinga. Tapi…tak mungkin!
“Hana! Hana!”. Imrie menjerit memanggil nama Hana. Apabila melihat hujan semakin lebat, Imrie menjadi risau dengan keadaan Hana. Kerisauannya menjadi kebimbangan yang menggila apabila sesampainya di tingkat bawah kelasnya, dia terdengar suara Hana menjerit ketakutan.
“Imrie! Imrie! Aku kat sini, kat tangga makmal. Tolong !”. Dengan susah payah, Hana berpaut pada railing tangga, cuba berdiri. Tapi buku lalinya terasa berat sekali. Imrie menghembus nafas lega apabila akhirnya ditemui juga Hana. Imrie berlari mendapatkan Hana.
“Are u ok?”.
“Kaki aku….Aaaahhh….”.
“Meh sini aku angkat kau”.
“Eh tak payah lah. Boleh jalan lagi ni”. Hana cuba menolak. Tapi Imrie tidak menghiraukan penolakan itu. Dengan mudah dia mengangkat Hana yang kurus itu. Hana tergamam. Wajahnya kemerahan menahan malu.
Imrie mendukung Hana terus hingga ke kawasan parking sekolah belakang kantin. Hujan masih menggila. Sampai sahaja di kawasan kantin, Imrie terhenti tiba-tiba. Dia teringatkan sesuatu.
“Kenapa ni?”, Hana bertanya apabila Imrie tiba-tiba berhenti berjalan. Imrie mengeluh berat.
“Macam mana nak balik dalam hujan lebat ni? Aku datang sini naik basikal”. Imrie tunduk, menutup matanya tanda kecewa yang teramat sangat.
“Erm Imrie…errr… ape kata ko turunkan dulu? Kita duduk dulu kat kantin tunggu hujan reda baru balik ok?”. Kali ini wajah Imrie pula yang kemerahan. Entah macam mana baru dia tersedar dia sedang mendukung Hana. Dengan perlahan Imrie mendudukkan Hana di kerusi panjang kantin. Untuk seketika kedua-duanya tidak berani bertentangan mata. Mereka berdua menjadi kekok, untuk beberapa saat, sehinggalah...
”Kau sejuk ke?”. Imrie bertanya. Belum sempat Hana menjawab, Imrie menyarungkan baju panas yang dipakainye ke badan Hana yang sedikit kebasahan.
“Terima kasih”. Perlahan sahaja suara Hana.
“Kau ada duit syiling? Kita telefon Pakcik Samsul jemput kita balik”. Pakcik Samsul adalah ayah Hana. Imrie masih memanggilnya Pakcik Samsul sedangkan Pakcik Samsul sendiri membahasakan dirinya Ayah kepada Imrie. Hana menggeleng kepala. Dia tidak sempat menyambar beg sekolahnya semasa berlari keluar dari kelas tadi.
“Kau datang balik?”, Hana cuba mencari ayat yang sesuai untuk memecahkan kesunyian antara mereka. Entah kenapa soalan pelik ini pula yang muncul. Imrie masih tidak mahu memandang wajah Hana.
“Kenapa?”. Hana bertanya lagi. Cukuplah dia dalam keseorangan dalam kegelapan lagi. Kehadiran Imrie yang tiba-tiba itu ibarat ditarik keluar dari lubang yang dalam. Sekian lamanya dalam kegelapan, akhirnya dapat melihat cahaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|