CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: babyanah

Untold Story.

  [Copy link]
 Author| Post time 10-6-2010 04:16 PM | Show all posts
Reply 155# tzaraz


    korang semua ni mmg kelakar aa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2010 04:18 PM | Show all posts
Reply 156# wwannurr


    kengkawan, sorry aar.....tengah patah kaki ni....laptop hantar repair...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2010 10:30 PM | Show all posts
Reply 162# babyanah


    patah kaki pulok ko??? tange ado ko,, taip guno tange khe buke guno kaki,,,,,, ishhh baby ni.... kat mano kaki baby patoh, mai nak urut,,,, sory baby, mummy gurau jee
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2010 11:10 PM | Show all posts
cerita ni menarik jgk ye! sorry baru selak2 novel2 yg korg tulis..huhuuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2010 09:27 AM | Show all posts
morning baby...laptop dah ok ke blm...klu dah ok jgn lupa letak n3 kat kami disini...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 10:23 AM | Show all posts
ika dh beli stereng kete blom ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2010 03:03 PM | Show all posts
Reply 163# wwannurr


    baguih jugak kalau nak urut....ehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 03:04 PM | Show all posts
Reply 164# jingga007


    terima kasih mek jing...muahhhh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2010 03:07 PM | Show all posts
Reply 165# asnita


    still dekat my sister, hopefully 2-3 hari ni akan okey....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 03:10 PM | Show all posts
Reply 166# kendOS


    question mark tu....ehehehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 03:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 14-6-2010 15:16

Episod 21

Hari ini hari Rabu. Sudah dua hari Hafizz tak ada kat Kuala Lumpur. Aku ingat nak jenguk apartment dia hari ini. Kunci pendua sudah berada dalam tangan. Apa lagi, mari kita ronggeng apartment dia…hehehe… Nak pergi apartment dia terus ker atau singgah apartment aku dulu? Heh, macamlah jauh sangat kedudukan apartment aku dengan apartment dia. Sepelaung jer. Aku sebenarnya sedang dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Biasalah naik public transport.

Pergi apartment dia dululah, fikirku ketika tiba di hadapan post guard. Lepas mengemas karang, bolehlah aku balik apartment terus mandi, makan dan tidur. Kalau aku balik apartment aku dulu, lepas tu keluar pergi apartment dia, lepas tu balik semula ke apartment aku. Huh! Itu dah dua kali kerja namanya. Hey… Si Hafizz ni pun satu, tak reti-reti ker nak telefon aku bertanyakan khabar berita. Tak tahu ker orang tengah rindu ni.

Aku tekan butang lif. Hafizz duduk kat tingkat dua. ‘Ting’, bunyi lif menandakan yang aku dah sampai kat tempat yang dituju. Serta-merta pintu lif terbuka dan aku melangkah keluar. Aku terus sahaja ke pintu apartment dia dan mencuba kunci pendua yang diberikan. Hmm…takde masalah. Boleh jer kunci itu masuk, jadi betullah kunci yang diberikan itu kunci apartment dia. Manalah tahu dia ada hati nak mengenakan aku, kan?

Haruman lavender menusuk lembut hidung ketika aku buka pintu apartment dan melangkah masuk. Wangian itu menguasai segenap ruang tamu. Aku buka lampu. Wah! Cantik betul apartment Hafizz ni. Kalah apartment aku, getus hatiku. Dinding apartment nya diwarnakan dengan ungu cerah manakala dinding utama dengan tona yang sedikit gelap. Set sofa berwarna senada menghiasi ruang tamu dengan langsir pula bercorakkan stripe ungu dan putih. Pada salah satu sudut dinding terdapat sebuah meja kecil yang diletakkan pasu bunga kaca bersaiz kecil dan tinggi dengan beberapa batang bunga lavender didalamnya. Sebuah cermin lebar digantungkan pada dinding yang sama. Kagum aku melihat suasana yang terasa nyaman dan romantik. Tak sangka aku si Hafizz ni ada bakat dalam dekorasi.

Aku melangkah pula ke dapur dan membuka lampu. Bersih. Terdapat beberapa buah cawan dan pinggan diletakkan pada rak bersebelahan dengan sinki dapur. Sudah siap dibasuh. Dapur dan kabinet juga bersih. Jarang masak kut. Seingat akulah sepanjang dua bulan dia ada kat sini, makan malam kat luar dengan aku jer. Hujung-hujung minggu pun lebih kurang juga. Entah bila masa dia memasak. Aku buka kabinet dapur. Uh! Macam-macam jenis biskut ada, cereal, dua tiga jenis 3 in 1, susu pekat, kopi, teh dan jus dalam botol. Semua belum digunakan masih kemas dalam bungkusan. Dia buat mini koperasi ker?   

Aku berpaling menghadap peti sejuk yang terletak bertentangan dengan dapur dan kabinet. Aku perasan ada sekeping nota yang sengaja dilekatkan pada pintu peti sejuk tersebut. Macam nama aku jer yang tertera pada nota tersebut. Aku menghampirinya. Heh! Memang nota yang ditujukan khas untuk aku dari Hafizz, dengan senarai perkara yakni tugasan yang perlu aku lakukan.

Salam Ika…  (siap dilukiskan smiley tu)

Tolong :-
1)        Bersih dan gantikan air pasu bunga aku
2)        Lap sliding door balkoni
3)        Bersih dan gantikan air dalam akuarium kecil, jangan sampai ikan-ikan aku mati ekkk…. bagi makan jugak….
4)        Hantar baju aku kat dobi, sorry tak sempat…   

p/s: baju-baju aku ada dalam bakul kat bilik utama
     

Nasib baik banyak tu jer…
Tugas yang pertama, bersih dan gantikan air pasu bunga. Aku cuma nampak ada satu pasu bunga kat ruang tamu. Aku ke ruang tamu, menuju ke meja kecil yang aku nampak masa mula-mula masuk tadi. Bila aku angkat jer pasu, baru aku perasan yang terdapat satu nota lagi dilekatkan pada dinding pasu.

Ada satu lagi pasu kat bilik kerja, bilik nombor tiga. Yang itu pun tolong basuh dan tukar airnya ekk….

Huh! Kurang asam! Sempat lagi dia nak mengenakan aku. Aku ke dapur dan bersihkan pasu yang pertama. Kemudian aku ke bilik nombor tiga, bersihkan pasu yang kedua pula. Okey, siap!!

Tugasan yang kedua, lap sliding door balkoni. Malam-malam tak nampak ar…esok jer lah aku buat yang ini. Zulaikha, esok pun kau boleh buat masa malam jer…. Aku terfikir semula…. Hmm…iye tak iye jugak er….

Aku lap ala kadar jer, janji nampak bersih. Aku ambil nota itu semula dan baca yang ketiga, bersih dan gantikan air dalam akuarium kecil, jangan sampai ikan-ikan aku mati ekkk…. bagi makan jugak…. Tapi aku tak nampak pun akuarium ikan kat mana-mana. Selalu orang letak kat mana? Aku masuk bilik utama, tak ada. Bakul dengan baju-baju Hafizz yang tiga-empat helai sudah digunakan itu adalah, aku perasan diletakkan di tepi tingkap.

Aku pergi ke bilik kedua, tak ada juga. Bilik ketiga, aku dah masuk tadi. Tak nampak pun. Aku pergi ke dapur semula. Memang tak ada. Aku keluar masuk lagi sekali semua bilik yang ada termasuklah bilik air. Kat mana? Aku dah rasa bengang semacam. Orang tak makan lagi ni, perut dah berbunyi-bunyi. Heh! Aku bukan apa, takut ikan-ikan tu mati jer…maklumlah hari ini baru aku pergi check, maksudnya dah dua hari ler ikan-ikan tu tak makan… aku yang baru sekerat hari tak makan pun lapar giler… ikan-ikan tu mau kebulur jawabnya.

Pantas aku ke sofa dan mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan. Aku dail nombor Hafizz. Dua tiga kali tidak bersambut, kali keempat baru kedengaran suara Hafizz dihujung talian. Selepas berbalas-balas salam, aku terus mengajukan soalan.

“Akuarium kau letak mana?”
“Kau kat apartment aku ekk?”
“Iyerlah.”
“Hari ini baru rindukan aku ker?”
“Huh?”
“Kalau aku tak buat cam gitu, kau tak akan call aku kan?” Apa maksudnya? Dia sengaja buat begitu ker? Maknanya tak adalah akuarium kat apartment ni? Aku menggigit bibir, geram.
“Aa? Kau saja kenakan aku ker?” Rasa macam nak menangis pun ada. Terduduk aku kat sofa.  
“Selama ini asyik aku jer yang call kau.” Terdiam aku mendengarnya.
“Sesekali, call lah aku pula.”  Dia menyambung. Terus cair marah aku, hilang entah ke mana.
“Err..” Aku tak terkata apa. Dia selalu buat aku hilang kata-kata.
“Aku rindu.” Aku terkebil-kebil. Me too, jawab aku tapi dalam hati jer.
“Kau tak rindu ker?” Dia bertanya pula.
“Arr…er…mmm…ar…” Aku tak tahu nak jawab macamana. Walang aku begini! Apasal tanya soalan macam tu kat aku, wei…
“Jangan lupa hantar baju aku kat dobi, ekkk…tapi kalau kau rajin, basuh jer lah untuk aku.”
“Hmm…okey…” Perlahan jer suara aku.
“Take care. I miss you.” Pesannya sebelum mematikan talian.

Aku menutup mata lantas menundukkan kepala. Oh Hafizz! Kau tak ada kat sini pun masih boleh mengenakan aku. Terpaku aku seketika kat sofa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 03:35 PM | Show all posts
baby
blh tepek byk2 x?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 03:56 PM | Show all posts
alaaa,, ciputnya.. nak lg baby....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2010 04:50 PM | Show all posts
Episod 22

Misi hari ini. Mencari hadiah hari lahir untuk Hafizz. Tommi Makinen Limited Edition-Momo Steereng. Begitu aku tulis pada sehelai kertas kecil lalu aku lipat dua dan muatkan dalam dompet.

Hari ini hari Jumaat. Waktu kerja habis cepat, jadi aku bercadang nak ke Kelana Jaya petang nanti. Kat sana ada sebuah kedai aksesori kereta yang besar. Bolehlah aku dapatkan stereng kereta untuk hadiah hari lahir si Hafizz tu. Aku pernah pergi sekali dengan adik aku Adli, masa dia datang ke Kuala Lumpur untuk konvokesyen kat Uitm Shah Alam. Dalam kesibukan menguruskan hal konvo, sempat lagi dia singgah membeli-belah. Dia beli apa entah kat kedai itu, kalau tak silap CD player nak letak kat kereta kancil dia. Macamlah kat Sabah takde jual benda tu. Tapi itu dah lama giler, aku pun ingat-ingat lupa.

Teringatkan semula pesanan sms itu. Tak tenteram aku memikirkannya.

“Aku nak stereng kereta…..” Aku baca sistem pesanan ringkas (sms) dari Hafizz. Mak aih! Hadiah pun nak demand.
“….Tommy Makinen Limited Edition Momo.” Sambungan sms tadi.  

Tommi Makinen. Kalau tak tahu, Tommi Makinen itu juara Rally dunia (WRC-World Rally Championship) sebanyak empat kali dan berbangsa Finnish. Mewakili team Mitsubishi, siap ada limited edition untuk beberapa jenis aksesori kereta bukan setakat stereng jer taw!

Petang yang mendung macam nak hujan. Aku terlari-lari ke stesen LRT Putra. Takut tak sempat, karang aku basah lenjun kang camana nak bergerak. Leceh. Aku dahlah jenis yang tak suka bawa payung. Seboleh-bolehnya aku nak jalan berlenggang jer tanpa perlu bawa apa-apa. Dari tempat aku kerja ke stesen tersebut ambil masa 10 minit jer. Aku naik kat Stesen Masjid Jamek dan tiba ker Stesen Taman Bahagia. RM1.10 jer harga tiket tu. Sampai kat Taman Bahagia aku naik feeder bus dan berhenti kat depan Giant lama. Jalan depan sikit lepas Restoran Mc Donald, ha… kat situlah letaknya kedai aksesori itu. Brothers namanya. Besar gak kedai tu, sebab ada dua tingkat. Terletak bersebelahan dengan Unitar, kat depan Unitar tu pula ada Giant Hypermarket Kelana Jaya.

Habis aku round kedai itu,  membelek sana membelek sini. Macam expert sangat. Aku tengok stereng bawah harga RM50.00 pun ada, melambak-lambak kat rak. Tapi ada juga yang diletakkan dalam kotak kaca. Aku tengok harga. Mak aih! RM60k?! Mahal giler tu…dah boleh beli rumah low cost tak pun Myvi standard sebiji. Aku perhatikan tulisan cam nota yang tertera kat kotak tu. Heh! Rupa-rupanya stereng tu untuk F1. Hmm…patut ar….

Setelah puas berlegar-legar dan aku tengok staf-staf kat dalam itu dah mula pandang aku semacam ajer, aku pun cepat-cepat menggamit salah sorang ‘leng chai’yang berbaju seragam khas menunjukkan dia staf kedai aksesori tersebut. Segera dia datang pada aku.

“Handsome boy, ini stereng berapa duit?”
“Yang mana satu amoi?” Dia dah panggil aku amoi. Ehehehe… sengaja aku panggil handsome boy supaya dia layan aku baik punya. Manalah tahu boleh dapat diskaun lebih. Aku tunjuk stereng brand Honda pada dia.

“Satu dua.” Dia menjawab. RM1,200.00? Aku meneguk air liur.  
“Kenapa mahal sangat?”
“Ini baru maa.. latest edition punya.”
“Itu stereng edisi Tommi Makinen ada ka?” Aku terus tanya apa yang aku nak.
“Sini tadak jual…ada jual dekat kedai potong saja” Kedai potong?
“Brand Momo lain pattern ada, kalau you mau leather, sini ada, you mau yang wood, sini pun ada. Semua baru-baru, kita tak jual second hand punya barang.” Dia siap tunjuk kat aku satu-satu. Aku bukannya pandang sangat pun sebab minda aku tang lain.

Hmm….kedai potong? Fikir aku lagi sekali. Kedai potong itu sebenarnya kedai yang menjual alat-alat ganti dan komponen kenderaan yang telah digunakan atau terpakai. Kebanyakkannya untuk kenderaan yang diimport dari Jepun, kat sana kan kereta cuma boleh digunakan untuk 5 tahun jer. Bila dah cukup 5 tahun haruslah dimusnahkan takpun dibuang. Itu yang sampai kat Malaysia tu. Bila dah sampai kat sini, kereta dilerai-leraikan dan komponen kereta dijual asing-asing.

“Sini mana ada kedai potong?” Aku tanya semula leng chai yang raut wajahnya ala-ala pelakon korea dengan rambut warna merah karat terjuntai di depan. Siap ikut slanga dia.

“Area sini tadak, you pergi itu Jalan Klang Lama atau Cheras….sana banyak kedai potong, Puchong pun ada, Kepong pun ada, Selayang.” Ewah! Ewah! Siap bagi aku list panjang.
“Selalu itu berapa duit aa?”
“ Itu apa? Tommi Makinen punya stereng ka? Second hand boleh dapat RM2,500.00.” Hah?! RM2,500.00?   

“Boleh masuk semua kereta kah?”
“Janji itu booskit sesuai, mesti boleh ngam punya.”

Haiya! Nampaknya misi hari ini tidak berjaya. Takkan aku nak pergi kedai potong. Esok-esoklah aku fikir. Perut aku dah lapar. Nak tapau ker nak makan kat sini ekkk? Kaki aku melangkah menuju ke arah McDonald yang terletak berdekatan. Senang ekk…lepas shopping jer singgah makan.

Kedengaran nada dering telefon bimbit aku. Aku berhenti betul-betul kat depan Restoran McDonald. Aku keluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan sebelum melangkah masuk dan duduk kat meja kosong berhampiran.  Aku lihat paparan skrin, tertera nama Hafizz. Aku tekan punat hijau.

“Assalamualaikum.”
”Waalaikumsalam.”
“Kat ne?”
“Kelana Jaya.”
“Buat apa?”
“Cari stereng kau arr.” Aku menjawab polos. Dia ketawa terbahak-bahak dihujung talian.
“Apasal gelak?” Dia tak tahu aku punya letih dari pejabat ke sini dengan perut lapar lagi. Dengan bersesak-sesak kat dalam tren tu. Macam-macam bau dan haruman ada. Kalau pepagi masa orang nak pergi kerja tak apalah juga, mesti lagi banyak yang wangi dari yang hapak. Ini masa orang balik kerja, faham-faham jer la… Hmmm… aku pun termasuk jugak ker? Minta-minta idaklah yer!

“Sayang juga kau kat aku ekkkk?” Dia tak jawab pun soalan aku. Aku dah boleh bayangkan dia punya sengih kat sebelah sana tatkala mendengar ayat itu.   
“Err….kata nak hadiah…” Aku jadi teragak-agak untuk mengeluarkan kata-kata. Lost. Dia tergelak panjang dihujung talian.
“Zulaikha…Zulaikha…” Dia menyebut nama aku.
“Kau tunggu aku kat sana, kejap lagi aku sampai.” Huh? Dah balik ker? Cepatnya.
“Nak tunggu kat mana?” Aku tanya dia.
“Kelana Jaya kat mana?” Dia tanya aku.
“Dekat dalam McDonald.”
“Nak makan McD ker?”
“Tak arr..baru masuk jer.”
“Kalau macam tu, tunggu kat bus stand depan McD. Aku ambil kau, kita makan kat tempat lain.”
“Kata seminggu kat Sabah?” Akhirnya soalan yang berlegar-legar diminda keluar juga.
“Tak tahan rindu dengan kau.” Mata aku pejam celik, pejam celik dengar dia berkata begitu. Urgh, janganlah duga aku macam itu….desis hati aku.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 04:57 PM | Show all posts
Salam.... babyanah... best cite..

sambung la lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 10:11 AM | Show all posts
aduhai,
cepat2 ler ko bg apiz tu stereng keter
apiz dah x tahan tu\hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2010 10:44 AM | Show all posts
Reply 175# adhlin83


    Thanks adhlin....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2010 10:46 AM | Show all posts
Post Last Edit by babyanah at 17-6-2010 12:18

Aku keluar dari Mc Donald. Cuaca mendung tadi sudah bertukar hujan renyai. Secepat yang mungkin aku berlari-lari anak ke perhentian bas yang terletak di seberang jalan sambil meletakkan beg tangan kat atas kepala. Nak mengelakkan hujan. Perut sedang memulas-mulas minta diisi. Hujan yang tadi renyai sudah bertukar lebat dalam sekelip mata. Aku baru jer berhajat nak ke seberang jalan berhadapan dengan perhentian teksi, sebab kat sana ada beberapa peniaga yang sedang berjualan menggunakan lori kecil atau van yang sudah diubah suai khusus untuk tujuan berniaga.

Dari tempat aku berdiri, aku boleh nampak makanan yang begitu menyelerakan. Maklumlah tengah lapar. Ada pisang goreng… err… pisang goreng ker goreng pisang? Apa-apalah, janji ia sejenis makanan. Mesti sedap kalau makan yang panas-panas, cicah dengan sambal kicap….pergh!!! Tambah-tambah lagi tengah sejuk ni. Kecur air liur aku mengenangkan. Aku meninjau lagi dari kejauhan, ada jagung bakar, jagung rebus, jagung cawan, burger, nuggets, …… huh! Berhentilah hujan ooi….., bagilah aku peluang untuk menjamah sedikit buat mengalas perut.

Lama lagi ker si Hafizz ni? Jangan-jangan dia tipu aku, kata kat sini rupa-rupanya masih kat Sabah. Aku pandang minah yang dari tadi berdiri kat hujung perhentian bas itu. Aku kat hujung sebelah kiri dia kat hujung sebelah kanan. Hujan-hujan ni pun masih nak duduk kat tepi-tepi. Duduklah kat tengah-tengah supaya tak basah. Aku kutuk diri sendiri, sekali dengan minah tu kena. Aku bergerak ke tengah, niat di hati nak bertanyakan waktu sekarang kat minah tu. Aku kan tak pakai aksesori. Jam tangan tu termasuklah dalam kategori aksesori bagi aku. Aku baru nak buka mulut, bila tiba-tiba feeder bus ke stesen LRT berhenti betul-betul kat depan minah tu. Terburu-buru dia naik dan meninggalkan aku. Wargh! Aku tinggal seorang. Hujan pula makin lama makin bertambah lebat. Bagai dicurah-curah gitu. Hey! Aku kan ada telefon bimbit, bolehlah aku melihat masa menggunakannya. Apadaa….

Aku pun keluarkanlah telefon bimbit dari dalam beg tangan. Puas aku menelek telefon tu, nak dapatkan pantulan cahaya. Kurang 15 minit ke pukul 10 malam. Huh! Dah pukul 10 malam? Pukul berapalah aku akan sampai ke rumah gamkanya. Telefon bimbit aku berbunyi. Alamak! Bateri telefon pula dah lemah. Tinggal satu bar jer. Habislah aku.

Aku menggigil kesejukan.  Baju aku dah basah kena tempias hujan. Kalau angin malam bertiup sepoi-sepoi bahasa, tak apalah juga. Ini macam ribut, badai nak melanda ker? Sama macam hati aku. Risau aku.  

Pin pin, pon pon! Sebuah kereta berhenti kat depan aku. Dalam keadaan malam yang semakin kelam, cahaya lampu yang samar-samar dengan cuaca yang tidak mengizinkan menyukarkan aku melihat dengan jelas. Hafizz ker? Aku memang berharap sangat Hafizz yang datang. Kelihatan kelibat seorang pemuda keluar dengan membawa sekaki payung dari kereta tersebut, rupa-rupanya dia ke hentian teksi kat seberang jalan. Haila! Bukan Hafizz ler.. kecewa gak aku. Dia kembali semula dengan seorang perempuan, masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Awek dia kut! Aku tak perasan pun kat hentian teksi tu ada orang lain sedang menunggu. Rupa-rupanya ada orang lain yang terkandas macam aku juga.

Selepas saja kereta itu berlalu, sebuah kereta berhenti mengambil tempat. Aku tersenyum lega melihat Hafizz keluar dengan sekaki payung. Lega sungguh-sungguh aku!

“Sorry! Jalan jam giler…” Jelas Hafizz bila kami berdua sudah berada dalam kereta. Aku menyapu tudung aku yang basah dek hujan. Macam boleh hilang basah tu. Tiba-tiba Hafizz menoleh ke arahku, tanpa pamit terus menarik tali pinggang keledar di sebelahku dan memasangnya untuk aku. Aku terkedu seketika dan dia tersenyum cuma memandang aku. Sengaja ker atau sekadar bersikap protective? Atau dua-dua sekali? Argh! Malas aku nak fikir, yang penting perut aku perlu diisi. Dah lain macam sakitnya nih……
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 12:42 PM | Show all posts
lagi? hehehheeheh
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2010 01:36 PM | Show all posts
a'ah lagi boleh baby?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.072917 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list