CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: twinps

ADNAN SEMPIT

[Copy link]
Post time 30-1-2010 03:03 PM | Show all posts
dialog si adnan ni banyak yang kelakar...
broken english, berfalsampah, poyo....

part menyanyi tu paling hampeh...terlalu panjang

lawak pada scene dalam bilik meeting
dan scene nan ngan boss nya nak baik balik....

lain biasa biasa saje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2010 08:40 PM | Show all posts
td ptg tgok cite..mula nk tgok alih2 full n beli tiket cite legion..lps tu saje kitaorg tanye adnan sempit tu de lag x tiket..dia kata de lagi..terus kitaorg tukar tiket cite tu..

pendapat akulah..aku suke sam berlakon..diaa mmg talent..muka dia selamba..mcm tu watak dia yang sebenr..yg lain biase aje...
babk paling kelakr ending hehe..kitaorg gelak x henti..adui berair mata aku time ending..biase film melayu endig hampes...tapi yg ni ok hehe...
aku bg 3.5 bintg..coz aku rase sam yg paling menonjol...yg lain biase aje berlakon...
sam aku bg 4.5 bintang..besh adnan hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 11:27 PM | Show all posts
aku dengar je pengarah filem si idham tu malas dah aku nak pg tgk filem ni.
mamat ni layak buat filem org rosak akhlak,org x bermoral dgn filem sampah jerk.

aku amik filem remp-it sbg ukuran.
bodo piang punya director.
ada ke tunjuk scene org raba tetek, pastu scene org beromen dlm bilik.
ni la cth org melayu urban nak mampos.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 12:53 AM | Show all posts
aku tgk movie mmg untuk enjoy. kalo tgk utk fikir, mmg tetiap ari pun dah memikir bermacam isu dr yg kecik smpai besar. pada aku adnan sempit ni berjaya buat aku enjoy dan gelak. sudah cukup...tgk movie tak perlu nak berat2 kepala memikir....huhu

ramai dlm ni tak puas ati, tp utk aku yg mencari hiburan dan nak ilangkan tension, this is the best movie
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 01:26 AM | Show all posts
owh..ada lagi tayang ek cite ni?
da sminggu x p jenguk cinema..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 01:27 AM | Show all posts
btw..
nape xde thread tuk pilem 2 hati 1 jiwa ek?
nak jugak baca review korang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2010 02:59 PM | Show all posts
smalam g GSC time square .. ingat nk tgk toothfairy the rock.. tiket penuh..
so, amek lah muvie adnan nehh ... not bad .. tergelak2 ajerr..  camera shot menarik, 3.5/5 aku bagi ..  overall x rugi lahhh duit 11 henget aku tu..  
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 09:56 PM | Show all posts
br tgk kamis lepas..
ok ar citer nie..
berbal0i gak duit kuar
bley buat byk lg improvement
esp yg belakon kayu2 skit tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2010 09:59 PM | Show all posts
aku suke sam berlakon..mmg talent lah dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 12:10 PM | Show all posts
aku suka sam brlakon...mcm real jek...tp, x ska intan ladygaga ni...cmno?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 01:02 PM | Show all posts
biasa2 je citer ni...ringan & lawak....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 01:41 PM | Show all posts
Cite ni ok la...utk relaks..tak ajak penonton berfikir..kira nak lepas tension tu ok la..dan malangnya cite ni asyik penuh panggung je..sampai mid nite pun full...HuHu...semalam tengok kat Pavillion k ...
revolusi_30 Post at 18-1-2010 11:53



iols don think so...bagi aiols...filem nan sempit ni sarat dgn kritikan sosial hokeh.

bagaimana pandangan masyarakat terhadap rempit, and vice verse.

skrip nye genisu sbb mempertembungkan dua dunia, dgn bersyarat.

aiols rasa filem ni mmg filem ahmad idham yg paling mendalam maknanya...

buat mat rempit berfikir, n org2 x tak rempit pun berfikir ...filem ni bagi kesan, akibat, cadangan, harapan dan persoalan. complete semuanya.

ini bukan filem komedi ringan...tp komedi spoof yg sarat dgn kritikan sosial. cuma pembawakan filem ni saja yg ringan, light2 coz nk seimbangkan dgn unsur komersial.

iols bagi 3.25 bintang utk filem ni, and aiols harap SAM sangkut untuk BEST ACTOR FFM , and YANA - BEST SUPORTING ACTRESS. skrip filem ni patut masuk lakonlayar terbaik.

harap ahmad idham perbaiki mutu pemilihan pelakon, tonasi dialog (ada dialog2 lite yg meleret2....serta paling HAZAB, PEMILIHAN PELAKON TAMBAHAN. aiols perasan lama dah, extras2 dalam movie melayu selalu yg asal boleh jah. pilihlah yg elok2 n boleh berlakon n x mencacatkan pemandangan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 05:11 PM | Show all posts
161# makhluk

yes..ai agree...

film ni sbnya mmg ajak kita berfikir secara santai...mmg byk kritikan2 sosial idham masukkan..congratz idham...karya ko kali ni mmg terbaek!!!:pompom:

isu rempit- kepala bergolek tu mmg bes! seram+kelakar...suruh mat2 rempit yg sebenar tu berpikir la tu...

isu streotaip- org2 kaya (terutamanya) selalu berpandangan yg naik moto tu je mesti merempit

isu orang atas vs orang bawahan- orang atasan leh dpt apa saja dia nak sbb dia ada status (cth: nadia jadikan adnan boypren tipu2 untuk mengaburi kawan2 dia..takot digelar andartu)

friendship, mannerism, melayu urban vs melayu kampung, sosial remaja...

so, citer ni mmg sgt bagus bagi ai!!! sam mmg kekuatan citer ni..ai pun harap dia leh dpt best actor untuk FFM and anugerah skrin..dua2 boley???

yana,along, cat, angah and julia hana pun bes...:pompom:  and lastly intan ladyana..lakonan dia mmg improved...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 05:13 PM | Show all posts
145# WhiteTulip1

so so pada ko jer..pada org lain x...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 09:34 PM | Show all posts
bila aku tgok sam tu berlakon aku rase kite ade pelakon yg cukup talent..
yalah dia watak jahat jadi..watak kelakar pun boleh..
aku harap dia dpt film yg lagi best ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 02:10 AM | Show all posts
aku rase Sam ni ada potensi la jadi pelakon berkaliber...gitu...haha...tgk dia kat Jangan Pandang Belakang Congkak...and i think Adnan Sempit punya character macam sama je... cuma yup...dia banyak improvise dengan mimik muka dia yang selamba tu....this movie i gave it 4 stars untuk isu n plot penceritaan...paling best if the ending, the guy betul2 tetap pendirian and lupekan minah tu. but that won't happen la kan....untuk lakonan Sam 4 stars and the others 3 bintang....


untuk Angah raja lawak...pergh...penat aku ketawa bab2 karaoke tu...huhu...cat/julia hana punya watak/scene sambung remp-it tuuu...hampir terlupa aku...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2010 10:46 AM | Show all posts
aku observe psl intan ladyana ni, dia ni mcm ada potensi je jadi nama besr dlm industri
sbb lakonan dia sume box office
Jangan Pandang Blkg
Adnan Sempit
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 12:07 PM | Show all posts
aku observe psl intan ladyana ni, dia ni mcm ada potensi je jadi nama besr dlm industri
sbb lakonan dia sume box office
Jangan Pandang Blkg
Adnan Sempit
cmf_premierleag Post at 3-2-2010 10:46






of kos dia xkan jadi sesapa atau apa2 dlm industri...
setakat jadi pak pacak dlm filem...xde orang pandang pun...
x ramai pun yang ingat lakonan dia tu...


waktu jangan pandang belakang tu nama pierre naik gila2...
tapi xde yang angkat si intan...
sama gak cite ni..ramai yang puji yana dari intan...


tapi walau dia x pandai berlakon aku rasa dia ada luck la...
senang cita boleh kata yang dia bwk rezeki gak la kat penerbit...
byk filem dia meletup gak...murah rezeki ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 02:44 PM | Show all posts
bagi hidden intan ni boleh lah tahan..
lakonan dia ada improvement
berbanding citer jangan pandang belakang tu
semoga dia terus perbaiki mutu lakonan dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 11:55 AM | Show all posts
Epilog: Apa hebatnya Adnan Sempit hingga raih RM6.6juta?
Oleh Akmal Abdullah

KETIKA ini tiga filem tempatan sedang rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara. Filem 2 Hati 1 Jiwa memulakan tayangannya sejak Khamis minggu lalu dengan kutipan yang dikatakan agak sederhana tetapi masih terus bertahan di pawagam, manakala filem Cina tempatan, berjudul Woo Hoo dikatakan mendapat sambutan yang baik - muncul sebagai filem tempatan bukan berbahasa kebangsaan yang pertama meraih pencapaian box-office dengan anggaran lebih RM2.1 juta.

Satu lagi filem Melayu yang masih bertahan untuk minggu keenam ialah Adnan Sempit arahan Ahmad Idham. Filem itu membuat kejutan awal dengan kutipan pada hari pertama tayangannya yang dianggap luar biasa iaitu melebihi RM500,000. Filem itu dijangka terus ditayangkan hingga musim cuti perayaan Tahun Baru Cina meskipun satu lagi filem Melayu, Lu Fikirlah Sendiri de Movie arahan Aminah Rhapor bakal memasuki pawagam bermula 11 Februari ini.

Filem 2 Hati 1 Jiwa arahan Prof Madya Razak Mohaideen adalah kisah mengenai dilema dan konflik pasangan kembar siam. Ia cerita segar dan diinspirasikan daripada peristiwa kembar siam Iran yang maut ketika pembedahan dulu, iaitu Laden dan Laleh. Ia bukan filem serius sebaliknya sebuah kisah komedi drama tetapi mungkin kerana gandingan pelakonnya yang dikatakan kurang serasi dan lakonan tidak begitu berkesan menyebabkan kutipannya masih belum mencapai box-office.

Ketika ini juga filem mega Hollywood yang mencipta sejarah kutipan jualan tiket tertinggi dunia untuk sepanjang zaman, Avatar masih berterusan ditayangkan, selain filem tempatan juga menghadapi saingan daripada filem import seperti Legion, Fame, Universal Soldier: A New Beginning, The Spy Next Door dan You Can’t Handle The Tooth masih menghiasi pawagam tempatan.

Meskipun berdepan saingan cita rasa penonton dan berebut tayangan di pawagam dengan banyak filem import termasuk juga dari India dan Indonesia, filem Melayu masih mampu berdiri kukuh dari segi pasaran menerusi sokongan padu peminat. Buktinya dilihat pada pencapaian Adnan Sempit dari segi kutipan.

Dalam kalangan pihak industri filem, beberapa individu yang ditemui mengakui berasa agak hairan dan sesetengahnya terperanjat kenapa filem komedi yang dianggap sekadar cerita biasa seperti Adnan Sempit mampu bertahan agak lama di pawagam iaitu selama 22 hari sehingga hari ini. Lebih mengejutkan kerana kutipannya semakin menjadi-jadi. Apa istimewanya filem itu? Apa resipi dan rahsia kejayaan filem itu? Mungkin kerana publisiti dan promosinya yang begitu kuat kerana sudah dipaparkan trailer di pawagam sejak empat bulan sebelum tayangan. Apakah kerana mutu komedi atau kerana ramai pelakon popular yang beraksi dalam filem itu? Atau, ia sebuah filem yang tinggi nilai estetikanya, atau ia sebuah komedi cerdik yang mampu memenuhi selera khalayak besar?

Atau, mungkin kerana cerita Adnan Sempit ada elemen kisah mat rempit menyebabkan penonton berpusu-pusu ke pawagam? Mungkin juga kerana ia filem berjenama MIG Productions?

Bukan saja pada hari pertama tayangannya sudah mencipta sejarah baru kutipan filem tempatan iaitu lebih RM500,000 tetapi pada hari ketiga tayangannya pada 16 Januari lalu, ia mampu mengumpul lebih 100,000 penonton sehari dengan kutipan sekitar RM950,000. Sepanjang dua minggu tayangannya pula ia sudah mencecah RM5.8 juta.

Usah terperanjat kerana kutipan Adnan Sempit sehingga semalam sudah mencecah RM6.6 juta menerusi tayangan di 65 pawagam, iaitu 61 pawagam menerusi skim Syarat Wajib Tayang dan empat lagi panggung bebas. Dan, berdasarkan momentum sambutan ini, diandaikan ia terus bertahan sehingga musim cuti perayaan pertengahan bulan ini, tidak mustahil Adnan Sempit mampu meraih kutipan sekitar RM7.7 juta sehingga berakhirnya tayangannya kelak. Jumlah penonton sehingga Ahad lalu sudah mencecah 730,000 orang dan jika ramalan kutipan ini tercapai, ia bererti sasaran produsernya untuk melihat filem itu meraih sejuta penonton bakal berjaya.

Jika ini berlaku, Adnan Sempit akan mencipta satu lagi sejarah baru dalam industri filem Malaysia dari segi kutipan dan jumlah penonton. Ini

adalah pencapaian yang menunjukkan filem tempatan tidak kira komersial atau bukan, memperlihatkan ia semakin mendapat sokongan padu daripada masyarakat. Ini juga bererti filem Melayu makin selesa dan boleh berbangga dengan pencapaian yang meyakinkan untuk membawa masa depan sinema Malaysia mampu bersaing dengan filem import yang antaranya kutipan kebanyakan filem mega Hollywood meraih angka sehingga RM12 juta atau RM15 juta di Malaysia, manakala rekod filem import yang mencatat kutipan tertinggi ialah Transformers 2: Revenge of the Fallen yang dikatakan mencatat RM27 juta di negara ini pada tahun lalu.

Berbalik pada Adnan Sempit, filem itu bukan komedi sembarangan kerana meskipun ia membariskan pelakon muda dan antaranya bukan pelawak tetapi konsep komedi dipaparkannya mudah diterima kerana ia bukan jenaka bodoh-bodoh alang seperti gelagat anggota Senario. Kombinasi pelakonnya memang mantap terutama watak utama, Shaheizy Sam, selain Along Raja lawak dan Angah Raja Lawak selain Cat Farish.

Konsep komedi bersahaja, cerdik dan segar menjadikan Adnan Sempit bagaikan tidak jemu ditonton meskipun naratifnya adalah kisah biasa tetapi olahan dan persembahan daripada Ahmad Idham menjadikan ia tidak jemu ditonton berulang kali. Inilah faktor menyebabkan ada penonton yang menontonnya sampai tiga kali di pawagam. Ahmad Idham bijak memenuhi selera penonton yang rajin ke pawagam menerusi adunan kreativiti dan idea, selain jika mahu merujuk kepada kajian secara akademiknya juga filem ini boleh dinilai dari aspek nuansa budaya kontemporari, estetika makna dan bentuk serta subteks yang boleh dikupas dari sudut imej dan bahasa filem mengikut gaya sebuah komedi.

Biarpun ada pihak tertentu dalam industri filem yang prejudis dan berasa tidak seronok kerana filem komersial sejak akhir-akhir ini membuat kutipan hebat tetapi ia sebenarnya penting untuk memastikan survival masa depan sinema Malaysia terus bertahan di negara sendiri. Industri filem tidak boleh lagi dibiarkan terus merosot kerana faktor sambutan juga penting untuk menentukan maruahnya dari segi pasaran, peluang karyawan filem dapat terus berkarya sekali gus memberi semangat kepada pelajar filem di universiti untuk lebih bersedia secara realistik menjadi orang filem.

**berita harian**

gila ah 6.6 jota tu................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.760822 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list