|
sapa sapa boleh bagi tau yg kaji pasal wacana bahasa /
discourse bahasa dalam debate ni apa yg depa tengok ....
Cubalah baca karya-karya imam asy-syafie. imam sibawayh dan tokoh-tokoh ulama linguistik AlQuran silam.
tapi u mesti kena belajar asas teori nahu &saraf dulu.
bila dah faham nahu &sorof, mesti u exited punya sebab kita dah nampak bahasa AlQuran tuh "sebijik-bijik".
1 lagi yg istimewa pasal bahasa AlQuran ialah kerana ia adalah PELINDUNG bahasa arab yg tulen di zmn nabi SAW.
tak rugi tau belajar bahasa AlQuran nih sebab fakta fizik &sains pun ada dlm AlQuran.
dr. maurice bucaile, pengarang "la bible, le Qoran et science" pun terpaksa mendalami bahasa arab jugak tau....
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 25-10-2009 22:50
Kesemua yg anda tanya ni tidak mengubah status langsung keumuman frasa Ya Abati.
maknanya boleh digunakan utk bapa tiri.
saya selalu perhatikan yg anda suka sangat mengulang soalan yg telah dijawab.
cubalah kembangkan mentaliti saudara tuh seperti yg pernah ditegur oleh bill...
sirrikhafi Post at 25-10-2009 14:25
Anda tidak menjawabnya secara jujur sebaliknya mengelak dan buat tuduhan off topik provokasi pula.
Untuk pembaca budiman, disebabkan sirrikhafi enggan menjawab, maka biar saja saya yang tolong jawabkan (dengan izin Allah):
1. Terdapat contoh dalam Al-Quran frasa YA ABATI merujuk bapa kandung, SETUJU atau TIDAK?
SETUJU. Frasa YA ABATI ada dalam Al-Quran merujuk kepada panggilan ANAK kepada BAPA KANDUNG seperti dalam Surah Yusuf ayat 4 dan juga Surah As-Saaffaat ayat 102
2. ADA atau TIDAK dalam Al-Quran menunjukkan contoh YA ABATI merujuk kepada bapa tiri SELAIN dari panggilan Ibrahim terhadap Azar
Bila YA ABATI itu menjadi isu bapa Nabi Ibrahim, kita patutnya ambil ayat lain yang tidak berkaitan dengan bapa Nabi Ibrahim untuk menguatkan hujjah samada YA ABATI itu ayah kandung atau bapa tiri Nabi Ibrahim.
Saya tidak menjumpai satu ayat pun YA ABATI tu merujuk kepada bapa tiri. Sirrikhafi pun sampai sekarang TAK MAHU JAWAB SOALAN INI.
Dan soalan ketiga saya JUGA masih BELUM TERJAWAB:
3. Sesiapa pun boleh kata Azar itu bapa kandung, bapa tiri, bapa angkat, atau datuk yang digelar bapa, atau bapa saudara yang digelar bapa, atau sesiapa saja yang layak digegar ‘bapa’ dalam bahasa Arab, sebab anda kata perkataan dasarnya ‘aba’ itu bersifat global. Macamana anda boleh tetapkan ia bapa tiri? Dalil anda: Azar bukan ayah kandung belum cukup kuat untuk mengISBATkan Azar itu sebagai bapa tiri. Dalil 'tak salah' untuk bapa tiri juga tak kuat, sebab orang lain seperti tuan Pendakwa kata bapa saudara. Ada bukti dari Al-Quran bahawa Azar itu bapa tiri?
Kenapa bapa tiri, tidak bapa angkat, bapa saudara, datuk yang digelar bapa? KENAPA?
Sebab azar bukanlah bapa kandung ibrahim yg di doakan dlm surah ibrahim ayat 41.
Ini saja jawapan anda? Langsung tidak menjawab soalan. Kalau Azar tu bukan bapa kandungnya, boleh jadi juga azar tu bapa angkat. Kenapa anda kata bapa tiri? Sampai sekarang anda tak bawakan dalil bapa tiri, tapi buat kesimpulan bapa tiri.
Tidak ada bukti dlm AlQuran bahawa azar itu bapa kandung ibrahim. bukti kedua org tua ibrahim yg sebenar itu ada tersirat di dlm doa ibrahim dlm surah ibrahim ayat 41.
Hujjah berdasarkan andaian tafsiran diri anda sendiri. Apa saudara rasa tafsiran Ibn Kathir, Tafsir Jalalayn, Tafsir At-Tabari, Imam Bukhari dan lain-lain itu juga ada masalah dalam memahami dan menafsir Al-Quran?
so,
azar hanya termasuk dlm frasa abu @ya abati yg menjurus kpd bapa tiri shj. bukan bapa kandung yg sebenar.
Dari mana pendapat Azar itu bapa tiri? Kalau orang lain kata bapa angkat atau bapa saudara bagaimana pula?
Tidak ada yg mengetahui takwilnya kecuali ALLAH dan org-org yg mendalam di dlm ilmu.
Saya tidak menguasai 14 cabang ilmu alat untuk menafsir ayat Al-Quran apatah lagi menafsir ayat mutasyabihat, jadi saya bawakan tafsiran Ulama ahlussunnah dalam hal ni.
Adakah anda telah menguasai 14 cabang ilmu alat dalam menafsir Al-Quran? Boleh senaraikan nama guru-guru anda?
APA?
WALIDAYYA MU'ANNAS?
anda belajar bahasa arab di mana?
jelaslah anda semakin salahfaham.
kalau saudara tak tahu dgn kaedah ilmu nahu, janganlagh saudara paksa diri saudara utk berdiskusi dgn saya.
ada baiknya saudara belajar nahu dahulu.
saudara mesti mencontohi sikap pendakwa yg sentiasa merendah diri.
Maafkan saya, typo error. Sepatutnya muthanna bukan muannath.
Apapun, saya bukannya nak menandingi ilmu bahasa Arab tuan, cuma saya nakkan jawapan tuan. Dalam bahasa Arab, tuan selalu kata saya keliru dan salah faham jadi seeloknya saya tanya tuan. Telah saya maklumkan yang saya ni BUKAN pakar dalam bahasa Arab, hanya saya ingin bertanya atau menyampaikan apa yang saya tahu benar.
Saudara,
AlQuran itu bahasa arab yg jelas.
walaupun jelas tetap terbahagi kpd 2 ayat. yg satu muhkamat. yg kedua mutasyabihat.
saya katakan mutasyabihat kerana keumuman lafaz Ya Abati amat samar-samar bagi org-org yg tidak mendalam ilmunya seperti tuan yg sentiasa salahfaham dgn kaedah bahasa arab yg tulen.
Saya boleh terima yang saya tidaklah berilmu seperti tuan. Tuan selalu kata dan berhak untuk kata atau tuduh saya keliru.
Apa pendapat tuan tentang tafsiran Ibn Kathir, As-Suyuti, Ibn Jarir At-Tabari, Imam Bukhari dan lain-lain tentang siapa bapa Nabi Ibrahim?
Soal aqidah bukan soal cabang tetapi soal pokok. nampaknya anda sudah silap lagi.
tentang keimaman ahlulbayt itu memang ada dlm Quran malah termasuklah soal imam mahdi itu
so,
tak timbul lagi soal cabang kerana semuanya ada dlm AlQuran.
dlm masaalah aqidah. kita wajib menggunakan AlQuran& hadis mutawatir shj. tak cukup hanya dgn saheh shj.
Saya menghormati tuan dalam bidang bahasa Arab, namun saya tidak dapat menerima jawapan tuan yang di atas berkenaan Aqidah.
Tuan sudah silap, Imam Bukhari dan Imam Ibn Kathir adalah antara Ulama Ahlussunnah yang termasyhur, mereka menggunakan hadith sahih dalam menerangkan perihal bapa Nabi Ibrahim AS. Tolong janganlah paksa kami terima pendapat tuan tentang cabang Aqidah yang tuan tolak.
Ada lagi soalan saya yang tuan TIDAK menjawabnya, harap tuan berilah JAWAPAN bukannya MENGELAK dan membuat tuduhan provokasi :
Kalau ikut Tafsir Ibni Kathir, Azar itu bapa kandungnya...... Adakah Hafiz Ibn Kathir RA telah keliru juga?
Dalam Tafsir Jalalayn (Gabungan Tafsir Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin As-Suyuti) Azar itu adalah gelaran kepada bapa Nabi Ibrahim, dan nama sebenarnya itu adalah Tarih.
Kedua-dua tafsir di atas adalah antara yang paling popular dan paling muktabar.
Imam Bukhari menukilkan riwayat hadith tentang Azar adalah bapa Nabi Ibrahim AS.
Hadith ini terkandung dalam tafsir Ibn Kathir dan selaras dengan Al-Quran.
Pendapat Ahli Kitab bahawa Tarikh adalah bapa Nabi Ibrahim.
Tafsir At-Tabari menyatakan pendapat yang paling tepat ialah Azar dan Tarikh adalah orang yang sama, iaitu bapa kandung Ibrahim AS.
Jika tuan sirri masih tidak bersetuju dengan penjelasan di atas, sudikah tuan sirri bawakan hujjah berkaitan siapa bapa kandung Nabi Ibrahim?
Kami tidak dapat menerima hujjah tuan yang tuan sendiri isytihar diri tuan ahli dalam bahasa Arab. Kami tidak kenal tuan, siapa tuan, apa pegangan tuan, dan adakah semua kenyataan tuan itu benar. Mesti ada pengakuan dari orang lain juga.
Dan akhir sekali mari kita fikirkan sejenak, jika benar BAPA Nabi Ibrahim itu orang yang beriman, sudah tentulah Nabi Ibrahim dididik bapanya dari kecil untuk beriman kepada Allah, namun kenapa dikisahkan Nabi Ibrahim AS ‘mencari’ Allah untuk berIMAN kepada Allah?
Sila rujuk Surah Al-An’aam ayat 76-80
Fikirkanlah.....apa jawapannya? Adakah patut seorang bapa yang beriman tidak mendidik anaknya untuk beriman kepada Allah? |
|
|
|
|
|
|
|
Sila rujuk Surah Al-An’aam ayat 76-80
Fikirkanlah.....apa jawapannya? Adakah patut seorang bapa yang beriman tidak mendidik anaknya untuk beriman kepada Allah?mnm77 Post at 25-10-2009 22:13
Ya...tentu saja tidak patut tetapi Nabi Ibrahim tidak di bela oleh ayah kandungnya tapi sama ada oleh bapa tiri ataupun bapa saudaranya yang musyrik.
Banyak lagi boleh berikan jawapan ni bro...tapi nampaknya oleh sebab soalan2 menduga akal tu ditujukan kepada sirri maka saya rasa nak tumpang jer dulu belajar istilah2 arab dalam al-quran yang dikemukakan beliau.
Hari pun dah lewat malam so....
Ilal liqo' |
|
|
|
|
|
|
|
Ya...tentu saja tidak patut tetapi Nabi Ibrahim tidak di bela oleh ayah kandungnya tapi sama ada oleh bapa tiri ataupun bapa saudaranya yang musyrik.
Gravedigger Post at 26-10-2009 00:21
Terima kasih atas pandangan bro di atas. Justeru untuk mempercayai Nabi Ibrahim TIDAK dibela oleh ayah kandungnya, boleh bro beri dalil yang kuat dari Al-Quran atau Hadith Sahih?
Sedikit lagi tambahan untuk tuan sirrikhafi yang mengaku dirinya Ahli Bahasa Arab yang faham Al-Quran:
tentang keimaman ahlulbayt itu memang ada dlm Quran malah termasuklah soal imam mahdi itu
so,
tak timbul lagi soal cabang kerana semuanya ada dlm AlQuran.
sirrikhafi Post at 25-10-2009 14:25
Kita percaya Imam Mahdi akan muncul di akhir zaman, dan berita ini dari Hadith. Tuan sirrikhafi kata tak boleh ambil hadith sahih (yg belum mutawatir) dalam bab Aqidah, maka boleh jelaskan kat mana Ayat Al-Quran perihal IMAM MAHDI datang AKHIR ZAMAN?
Allahummahdina-s-Siraat-Al-Mustaqeem |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 26-10-2009 12:44
SETUJU atau TIDAK?
SETUJU.
Apabila anda merasa terdesak?
anda selalu memaksa saya mengikut pendapat &persetujuan anda.
maafkan saya.
saya tidak setuju.
Frasa YA ABATI ada dalam Al-Quran merujuk kepada panggilan ANAK kepada BAPA KANDUNG
Tidak semestinya.
bahkan frasa ini boleh di gunakan utk bapa tiri seperti dlm kes azar.
ADA atau TIDAK dalam Al-Quran menunjukkan contoh YA ABATI merujuk kepada bapa tiri SELAIN dari panggilan Ibrahim terhadap Azar
Hanya azar shj bapa tiri yg dipanggil dgn frasa ya abati di dlm AlQuran.
Apa saudara rasa tafsiran Ibn Kathir, Tafsir Jalalayn, Tafsir At-Tabari, Imam Bukhari dan lain-lain itu juga ada masalah dalam memahami dan ]
menafsir Al-Quran?
&
Yang saya bawakan ialah penerangan dari Tafsir Ibn Kathir.
&
Bahawa, pada awal perkembangan Islam, orang Islam kebiasaan berdoa keampunan untuk saudara-mara dan keluarga walaupun mereka Musyrik. Mereka kata ini adalah cara Nabi Ibrahim, Khalil-u-LLAH…
&
Dalam Tafsir Jalalayn (Gabungan Tafsir Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin As-Suyuti) Azar itu adalah gelaran kepada bapa Nabi Ibrahim, dan nama sebenarnya itu adalah Tarih.
&
Imam Bukhari menukilkan riwayat hadith tentang Azar adalah bapa Nabi Ibrahim AS.
Hadith ini terkandung dalam tafsir Ibn Kathir dan selaras dengan Al-Quran.
&
Pendapat Ahli Kitab bahawa Tarikh adalah bapa Nabi Ibrahim
Semua tafsiran ini berdasarkan hadis &cerita isra'iliyyat. boleh saya tanya satu perkara?
mutawatirkah hadis-hadis di atas itu?
kalau tidak mutawatir, maka ia tak boleh lagi di jadikan aqidah.
di harap mnm patuh dgn displin aqidah ulama' sunni beliau sendiri.
Boleh senaraikan nama guru-guru anda?
Sila fokus kpd perbincangan& abaikan soalan yg remeh temeh.
Tuan sudah silap, Imam Bukhari dan Imam Ibn Kathir adalah antara Ulama Ahlussunnah yang termasyhur, mereka menggunakan hadith sahih dalam menerangkan perihal bapa Nabi Ibrahim AS. Tolong janganlah paksa kami terima pendapat tuan tentang cabang Aqidah yang tuan tolak.
Maaflah saudara.
nampaknya anda maseh tidak mengetahui lagi tentang disiplin bidang aqidah& usuludin sunni anda sendiri.
nah,
saya bawakan kata-kata ulama' sunni anda yg tersohor dlm bidang hadis:
"Usuluddin ('Aqidah) harus di yakni berdasarkan pada sanad yg mutawatir sedangkan masaalah furu' dlm fiqh tidak harus mutawatir."
sumber: istidlal biz-zhonni fil-'aqiidah, fathi muhammad salim.
Adakah patut seorang bapa yang beriman tidak mendidik anaknya untuk beriman kepada Allah?
Ibrahim AS tidak dibela oleh ayah kandungnya jadi bagaimana ia mahu mendidik ibrahim?
takkanlah nak di didik oleh seorg musuh ALLAH yg akhirnya ibrahim AS pun berlepas diri dgnnya?
dalil anda yaitu surah al-an'am ayat 76-80 tidak ada kena mengena langsung dgn soal perbincangan kita.
anda menggunakan analogi yg amat rendah terhadap peribadi ibrahim AS.
analogi yg sama juga anda gunakan terhadap S.Fathimah SA dlm kes pertikaian fadak.
di harap anda tidak prejudis lagi dgn peribadi org-org yg suci.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
nah,
saya bawakan kata-kata ulama' sunni anda yg tersohor dlm bidang hadis:
"Usuluddin ('Aqidah)
harus di yakni berdasarkan pada sanad yg mutawatir sedangkan masaalah furu' dlm fiqh tidak harus mutawatir."
sumber: istidlal biz-zhonni fil-'aqiidah, fathi muhammad salim.
ini adalah kata-kata imam nawawi RAH. saya terlupa nak taipkan nama beliau dlm posting di atas.
kalau edit lebih 2 kali takut hilang posting terus!
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 26-10-2009 13:25
Post Last Edit by sirrikhafi at 26-10-2009 12:44
Ibrahim AS tidak dibela oleh ayah kandungnya jadi bagaimana ia mahu mendidik ibrahim?
takkanlah nak di didik oleh seorg musuh ALLAH yg akhirnya ibrahim AS pun berlepas diri dgnnya?
dalil anda yaitu surah al-an'am ayat 76-80 tidak ada kena mengena langsung dgn soal perbincangan kita.
anda menggunakan analogi yg amat rendah terhadap peribadi ibrahim AS.
analogi yg sama juga anda gunakan terhadap S.Fathimah SA dlm kes pertikaian fadak.
di harap anda tidak prejudis lagi dgn peribadi org-org yg suci.
sirrikhafi Post at 26-10-2009 12:43
Nampaknya sirrikhafi tidak menjawab soalan-soalan saya, sebaliknya kata saya prejudis. Beliau tidakpun membawa BUKTI Ibrahim TIDAK dibela oleh ayah kandungnya.
Nampaknya sirrikhafi yang prejudis, dan terdesak lagi maka beliau membuat provokasi off topik isu FADAK pula (yang dah selesai di sub-board)
Maaflah saudara.
nampaknya anda maseh tidak mengetahui lagi tentang disiplin bidang aqidah& usuludin sunni anda sendiri.
ini adalah kata-kata imam nawawi RAH
Itu isu AQIDAH POKOK, jangan paksa kami terima kefahaman anda dengan mengambil kata-kata Imam Ahlussunnah tanpa usul periksa. Isu Aqidah cabang seperti turunnya Imam Mahdi di akhir zaman, diterima Ahlussunnah.
Semua tafsiran ini berdasarkan hadis &cerita isra'iliyyat. boleh saya tanya satu perkara?
mutawatirkah hadis-hadis di atas itu?
kalau tidak mutawatir, maka ia tak boleh lagi di jadikan aqidah.
di harap mnm patuh dgn displin aqidah ulama' sunni beliau sendiri.
Oh yaaa semua penerangan Ulama Ahlussunnah anda tolak kalau tafsir mereka tak sama dengan tafsir anda sendiri yang mengaku ahli bahasa Arab. Cukupkah bahasa Arab itu nak tafsir Al-Quran?
Dan anda tuduh mereka semua bawa cerita & hadith Israilliyat? Anda pula tafsir sendiri sudah mencukupi?
Soalan-soalan saya masih ada yang belum terjawab dalam post #162. Sila perhatikan balik ya tuan sirri.... |
|
|
|
|
|
|
|
Satu dari banyak soalan yang tuan sirri tak mahu jawab, MACAMANA tuan sirri boleh buat kesimpulan AZAR itu BAPA TIRI, tidak bapa angkat, tidak bapa saudara, tidak datuk yang dipanggil bapa?
Apa dalil-dalilnya bapa tiri? |
|
|
|
|
|
|
|
Itu isu AQIDAH POKOK, jangan paksa kami terima kefahaman anda dengan mengambil kata-kata Imam Ahlussunnah tanpa usul periksa. I
su Aqidah cabang seperti turunnya Imam Mahdi di akhir zaman, diterima Ahlussunnah.
Saudara,
Aqidah islam itu WAJIB dibina dgn dalil-dalil yg bersifat qot'ie lagi meyaqinkan yaitu hadis-hadis saheh yg bertaraf mutawatir.
tidak cukup hanya dgn hadis saheh ahad @ hadis saheh mutawassith shj kerana ia maseh belum bersifat qot'ie lagi meyakinkan seperti hadis-hadis saheh yg bertaraf mutawatir.
jadi,
sudah tentulah khabar yg mutawatir itu menghasilkan ilmu yg pasti lagi meyaqinkan kpd kita berbandeng khabar ahad @khabar mutawassith yg menghasilkan faedah zhan (sangkaan) semata-mata.
dan apabila sesuatu perkara itu maseh mengandungi zhan (sangkaan),
maka sebetulnya ia tidak boleh lagi dijadikan dasar dlm masaalah usuluddin& aqidah.
kerana ALLAH SWT menuntut manusia membawakan bukti-bukti, dalil-dalil& burhan-burhan yg kukuh dari sisi NYA.
ini adalah soal agama.
bukan soal perasaan.
maka sebetulnya manusia wajib mengikuti dalil yg lebih kuat& meyaqinkan yaitu AlQuran &hadis saheh yg mutawatir.
bukan mengikut dalil-dalil yg maseh memberi berfaedah sangkaan.
dan bukan mengikut perasaan semata-mata.
kerana ini dituntut oleh agama.
sedangkan hadis-hadis itu adalah bukti dari sisi manusia.
sedangkan AlQuran itu bukti dari sisi ALLAH.
makanya,
hujjah dgn bahasa AlQuran itu jauh lebih kukuh dari berhujjahkan hadis-hadis yg mutawatir sekalipun.
di harap saudara tidak lagi mendahulukan perasaan ketika berhujjah kerana ALLAH SWT menuntut kita supaya membawakan bukti, dalil& burhan yg kukuh dari sisi NYA.
jika saudara maseh mahu berhujjah hadis dgn saya,
silalah pastikan dahulu hadis-hadis itu adalah dari sanad yg mutawatir.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 26-10-2009 16:44
hujjah dgn bahasa AlQuran itu jauh lebih kukuh dari berhujjahkan hadis-hadis yg mutawatir sekalipun.
di harap saudara tidak lagi mendahulukan perasaan ketika berhujjah kerana ALLAH SWT menuntut kita supaya membawakan bukti, dalil& burhan yg kukuh dari sisi NYA.
jika saudara maseh mahu berhujjah hadis dgn saya,
silalah pastikan dahulu hadis-hadis itu adalah dari sanad yg mutawatir.
sirrikhafi Post at 26-10-2009 15:16
Saudara,
Buat masa ni, kita tepikan dulu hujjah hadith, sebab anda tolak Hadith Sahih. Hujjah saya adalah dari tafsir Ibni Kathir:
Dalam ayat 41 Surah Ibrahim, disebut doa Nabi Ibrahim AS untuk KEDUA-DUA ibu dan bapanya. Tafsir ayat ini adalah seperti berikut:
Bahawa, pada awal perkembangan Islam, orang Islam kebiasaan berdoa keampunan untuk saudara-mara dan keluarga walaupun mereka Musyrik. Mereka kata ini adalah cara Nabi Ibrahim, Khalil-u-LLAH…
Maka Allah Turunkan Ayat berikut:
Sesungguhnya telah ada contoh teladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri dari kamu dan dari apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari [kekafiran]mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapanya: "Sesungguhnya aku akan memohonkan keampunan bagi kamu dan aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu akan [siksaan] Allah"…..(Al-Mumtahinah, 4)
Dalam ayat di atas, hendaklah kita mencontohi Nabi Ibrahim AS, kecuali perkataan mohon keampunan Nabi Ibrahim terhadap bapanya (yang Musyrik).
Dan Allah menjelaskan lagi:
Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat, sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahannam. (At-Taubah, 113)
Seterusnya Allah menjelaskan lagi:
Dan permintaan ampun dari Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya itu. Maka tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun. (At-Taubah, 114)
KURNIAAN ALLAH kepada Ibrahim AS:
Maka ketika Ibrahim sudah menjauhkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, Kami anugerahkan kepadanya Ishaq, dan Ya’qub. Dan masing-masingnya Kami angkat menjadi nabi. Dan Kami anugerahkan kepada mereka sebagian dari rahmat Kami dan Kami jadikan mereka buah percakapan yang baik lagi tinggi (di kalangan manusia).
(Maryam, 49-50)
Dan juga:
jika benar BAPA Nabi Ibrahim itu orang yang beriman, sudah tentulah Nabi Ibrahim dididik bapanya dari kecil untuk beriman kepada Allah, namun dikisahkan Nabi Ibrahim AS ‘mencari’ Allah untuk berIMAN kepada Allah.....
Sila rujuk Surah Al-An’aam ayat 76-80
Menguatkan bahawa:
1. Bapa Ibrahim tidak beriman, jadi secara fitrah bapanya tidak menyampaikan Tauhid kepada Ibrahim AS
2. Ibrahim AS TIDAK PERNAH menerima agama bapanya, yang seterusnya baginda menTAUHIDkan Allah setelah mencari sendiri keESAan Allah.
Hujjah di atas adalah hujjah Al-Quran, bukan hadith.
Dan, panggilan YA ABATI Nabi Ibrahim kepada ayahnya AZAR, menunjukkan ayahnya itu ayah kandungnya sepertimana contoh dalam Al-Quran, walaupun tuan tak setuju:
1. Panggilan Nabi Yusuf AS kepada bapa kandungnya Nabi Yaakob AS
(Ingatlah) ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku (YA ABATI) sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."
2. Panggilan Nabi Ismail AS kepada bapa kandungnya kepada Nabi Ibrahim AS
Maka tatkala anak itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab: "Hai ayahku (YA ABATI), kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar"
Bila saudara tidak setuju dengan hujjah di atas, saudara TETAP tidak membawa contoh ayat-ayat lain yang menunjukkan panggilan YA ABATI merujuk kepada bapa tiri. Dan kenapa saudara BEGITU YAKIN dengan bapa tiri, bukannya bapa saudara, bukan bapa angkat, bukan datuk yang digelar bapa?
Saya tak memaksa tuan, tetapi saya sudah menyampaikan HUJJAH dan DALIL dari Al-Quran sendiri tentang Azar itu ayah kandung Nabi Ibrahim, sedangkan tuan tidak menerima hujjah itu TETAPI tetap bertegas kata bapa tiri TANPA MEMBAWAKAN DALIL KUKUH KENAPA BAPA TIRI BUKANNYA BAPA ANGKAT, bukan bapa saudara atau bukannya datuk yang digelar bapa.
Jikalau tuan tidak menerima, saya tidak memaksa, namun tuduhan tuan saya keliru itu juga menunjukkan tuan sendiri tidak adil kerana tidak membawakan dalil yang kukuh
Saya masih sabar menunggu soalan-soalan yang lepas moga-moga tuan menjawabnya dengan jujur.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya masih belum ada dalil-dalil dari pendakwa dan sirri berkenaan bapa tiri dan bapa saudara. Soalan saya lagi, macam pendakwa dah bawakan sebelum ni, bahawa bapa Nabi Ibrahim a.s. adalah Tarukh. Itu mengikut nasab berikut:
Adam - . Shis - Anoosh - Qinaan - Mahlaael - Yaarad - Akhnook - Mutto Syeikh - Lumuk - Noah - Saam - Arfakhad - Shale - Aabir - Taligh - Abraghoo - Sharoo - Taaboor - Tarukh - Ibrahim A.S .... nasab ni kita boleh jumpa dalam kitab perjanjian Lama (Kejadian). Dan hanya dari kitab kejadian OT sahaja rujukan kitab yang memberikan nama bapa Nabi Ibrahin bukan Azar.
Sebab pendakwa bawa hujah kitab perjanjian lama, mari kita buka kitab perjanjian lama juga.
(King James Version) Joshua 24:2 - And Joshua said unto all the people, "Thus saith the Lord God of Israel, 'Your fathers dwelt on the other side of the flood in old time, even Terah, the father of Abraham, and the father of Nachor: and they served other gods'."
semua versi terjemahan sebut benda sama...
terjemahan yang dibold tu = .... Terah (atau Tarukh), bapa kepada Ibrahim, dan bapa kepada Nahor, mereka menyembah tuhan-tuhan lain.
Kesimpulan saya = Kalau nak kata bapa Nabi Ibrahim adalah Terah (atau Tarukh) macam kitab kejadian kata, kitab Joshua kata Terah kafir jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
wow....semuanya nampak terer2 belaka. sesuai dgn tajuk thread nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih atas pandangan bro di atas. Justeru untuk mempercayai Nabi Ibrahim TIDAK dibela oleh ayah kandungnya, boleh bro beri dalil yang kuat dari Al-Quran atau Hadith Sahih?
mnm77 Post at 26-10-2009 07:34
Asas yang pertama sekali perlu kita letakkan bahawa Nabi Muhammad SAAW bukanlah sebarang manusia yang sama dengan manusia2 lain yang Allah ciptakan. Justeru dalam penciptaan Beliau SAAW, maka Allah SWT pastinya telah memelihara asal usul keturunannya agar tidak tercemar dengan kekotoran2 yang akan mencemarkan kemuliaannya sebagai nabi yang terakhir untuk memikul satu amanat menyampaikan risalah yang haq kepada manusia. Antara kekotoran tersebut tentunya sifat kemusyrikan seperti mana yang dinyatakan dalam al-quran iaitu..'...orang-orang yang musyrik itu najis".(9:28). Dari itu tentu saja tidak mungkin dalam keturunan nabi Muhammad SAAW daripada ADAM terdapat benih-benih kekotoran tersebut.
Berdasarkan juga daripada al-quran dari surah 26 al-syu'ara' yang dinyatakan....'dan (melihat pula)gerak-geri mu di antara orang-orang yang sujud. (26:219), terdapatnya ulama seperti Sheikh Sulayman Balkhi al-Hanafi serta yang lain lagi telah menyampaikan daripada Ibn Abbas yang berkata berhubung maksud pengertian ayat suci ini: "Allah pindahkan benih kejadian nabi yang suci dari Adam kepada para nabi berikutnya, dari satu kepada yang lain, kesemuanya adalah beriman, sehingga dia jadikan dari ibubapanya melalui pernikahan yang halal dan bukannya haram."
Terdapat juga Imam Hadis seperti Imam Thalabi mencatatkan bahwa ..."Allah menghantar aku ke dunia melalui Adam dan dipindahkan kepada Ibrahim. Dia terus memindahkan aku dari tempat peranakan yang mulia dan yang suci sehinggalah dia menjadikan aku dari bapa dan ibu aku, yang tidak pernah berjumpa secara haram"
Didalam hadis yang lain dia dikatakan telah berkata "Allah tidak pernah memcampurkan kepada aku sebarang benih yang jahil".
Ada banyak lagi terdapat hadis-hadis yang lain yang bersependapat bahawa tidak mungkin bapa nabi Ibrahim itu seorang kafir musyrik.
(for advance reading bolehlah merujuk pada site ini tentang kejadian nabi Muhammad SAAW... http://swaramuslim.net/islam/more.php?id=A5223_0_4_0_M )
Satu hal yang menarik tentang hadis-hadis yang disampaikan ini terdapat banyak yang bersumberkan dari Imam ahlul-bait sendiri seperti Abu Ja'far Muhammad ibn `Ali serta Imam Ali AS dan ia diambil pula oleh ulama2 ahli sunnah dalam kitab-kitab mereka. Tentu saja Imam-imam Ahlul-Bait AS ini akan membersihkan pemikiran manusia yang tercemar dengan cerita2 israilliyat yang menghina dan memburukkan Rasulullah SAAW dengan ketinggian keilmuan mereka yang tiada boleh ditandingi oleh sesiapa pun lebih-lebih lagi yang bersumberkan daripada al-quran..."tidak menyentuh al-quran kecuali orang-orang yang disucikan...(maksud al-quran)
Hati-hatilah dengan hadis2 israilliyat kerana ia bukan saja terdapat unsur-unsur jahat penghinaan terhadap Rasulullah SAAW malah terhadap nabi-nabi yang lain juga seperti kononnya Nabi Lot berzina dengan anaknya, nabi Daud mengintai isteri orang dan mengahwininya secara tidak sah, nabi Musa berbogel dsbnya.
Ilal liqo' |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 27-10-2009 08:25
Satu hal yang menarik tentang hadis-hadis yang disampaikan ini terdapat banyak yang bersumberkan dari Imam ahlul-bait sendiri seperti Abu Ja'far Muhammad ibn `Ali serta Imam Ali AS dan ia diambil pula oleh ulama2 ahli sunnah dalam kitab-kitab mereka. Tentu saja Imam-imam Ahlul-Bait AS ini akan membersihkan pemikiran manusia yang tercemar dengan cerita2 israilliyat yang menghina dan memburukkan Rasulullah SAAW dengan ketinggian keilmuan mereka yang tiada boleh ditandingi oleh sesiapa pun lebih-lebih lagi yang bersumberkan daripada al-quran..."tidak menyentuh al-quran kecuali orang-orang yang disucikan...(maksud al-quran)
Gravedigger Post at 27-10-2009 01:12
Terima kasih di atas maklumat yang dikongsi. Seperti yang kita sedia maklum, dalam bab kepercayaan, hadith-hadith yang dipakai mestilah SAHIH. Kalau ikut sirrikhafi pula, hadith sahih saja tak cukup, kena mutawatir juga. Apapun, dalam bab ni saya masih menerima hadith sahih. Cumanya hadith-hadith yang dibawakan tidak dinyatakan kesahihannya, melainkan diambil terus dari Kitab Al-Mawahib yang dikarang oleh Al-Qastallani.
Kita sedia maklum tentang kewujudan hadith palsu yang dikatakan dari Rasulullah SAW, maka kita tentulah berhati-hati dalam mengambil hadith-hadith berkaitan kepercayaan. Tidak menghairankan juga terdapat banyak riwayat palsu dari riwayat-riwayat yang dikatakan bersumberkan dari Imam Ahlulbayt. Maka kesahihannya mestilah diutamakan.
Mengikut tafsiran Ibn Abbas RA, ayat "tidak menyentuh Al-Quran kecuali yang disucikan" itu merujuk kepada Malaikat, bukannya manusia.
Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. (Asy-Syu'ara, 210)
Hati-hatilah dengan hadis2 israilliyat kerana ia bukan saja terdapat unsur-unsur jahat penghinaan terhadap Rasulullah SAAW malah terhadap nabi-nabi yang lain juga seperti kononnya Nabi Lot berzina dengan anaknya, nabi Daud mengintai isteri orang dan mengahwininya secara tidak sah, nabi Musa berbogel dsbnya.
Setuju dengan bro. Namun link yang bro bagi tu dari kitab Al-Mawahib banyak meriwayatkan dari Ka'ab Al-Akhbar RA (yang asalnya Yahudi sebelum keIslamannya) yang tidak bersambung kepada Rasulullah SAW, menunjukkan riwayat-riwayat itu adalah besar kemungkinan Israiliyyat. Justeru, mengambil hadith dan riwayat dari situ kenalah dipastikan kesahihannya....
satu contoh dari banyak-banyak riwayat tersebut:
Ka'ab al Ahbaar radhiy-Allahu 'anhu mengatakan, "Ketika Allah SWT menginginkan untuk menciptakan Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, Ia memerintahkan Malaikat Jibril untuk membawa kepada-Nya tanah liat yang menjadi jantung dari bumi, yang menjadi kemegahan dan cahayanya. Jibril pun turun, ditemani beberapa malaikat dari Tempat Tertinggi di Surga. Ia mengambil segenggam tanah untuk penciptaan Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam dari suatu tempat yang kini menjadi makam suci beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam; tanah itu berkilau putih cerah. Kemudian ia meremas dan mengadon tanah itu dengan air ciptaan terbaik dari Air Terjun Surgawi Tasniim, yang berada dalam sungai-sungai jernih yang mengalir di Surga. Ia mengadoninya sampai tanah itu menjadi suatu mutiara putih dengan pancaran warna putihnya yang cemerlang. Para malaikat membawanya, mengelilingi 'Arasy Surgawi dan gunung-gunung dan samudera. Dengan begitu, para malaikat dan seluruh makhluq menjadi tahu akan keberadaan junjungan kita Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam dan kehormatan beliau; sebelum mereka mengetahui Adam."
Kesahihan riwayat adalah penting, sebelum dijadikan sebagai kepercayaan. Jikalau nak ambil riawayat di atas sekadar FADHILAT (kelebihan), itu tak mengapa sebab fadhilat tidak menceritakan tentang keburukan. Sebab itulah Ulama Ahlussunnah meringankan pengambilan hadith atau riwayat yang dhaif dalam bab Fadhilat.
Antara kekotoran tersebut tentunya sifat kemusyrikan seperti mana yang dinyatakan dalam al-quran iaitu..'...orang-orang yang musyrik itu najis".(9:28)
Ayat ini berkaitan perintah Allah untuk mengharamkan orang Musyrik masuk ke Masjidil Haram:
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjidilharam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Tafsiran Ibn Kathir: Masa zaman Jahiliyyah mereka (orang Musyrik) bertawaf sambil berbogel, dan Allah menurunkan ayat tersebut lalu Rasulullah SAW memerintahkan Ali RA dan Abu Bakr RA mengumumkan pengharaman Masjidil Haram ke atas orang-orang Musyrik.
Berdasarkan juga daripada al-quran dari surah 26 al-syu'ara' yang dinyatakan....'dan (melihat pula)gerak-geri mu di antara orang-orang yang sujud. (26:219)
Tafsiran Qatadah, `Ikrimah, `Ata' Al-Khurasani dan Al-Hasan Al-Basri berkaitan ayat di atas ialah: Apabila kita bersolat, ALLAH MELIHAT kita samada bersolat berseorangan atau bersolat berjamaa'ah
WAllahu a'lam
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 27-10-2009 08:11
Tentang sirah, tuan boleh lah merujuk
History of al-Tabari, v 1 muka surat 119
Tafsir Tabari, oleh Ibn Jarir al-Tabari, v 7 muka surat 158
pendakwa Post at 21-10-2009 15:10
Sumber Ahlussunnah dimanipulasikan
Khusus kepada tuan Pendakwa,
Maaflah jika saya dapati hujjah-hujjah tuan sama seperti hujjah dari pihak Syiah. Saya mendapati juga rujukan di atas adalah asalnya dari laman web Syiah yang mensabitkan kepada rujukan Ahlussunnah. Jika anda mengambilnya dari sumber Ahlussunnah, boleh jelaskan dari mana anda mengambilnya?
Web Syiah menyatakan Rujukan Sunni:
http://www.al-islam.org/encyclopedia/chapter5a/8.html
But what is surprising, that knowing for fact Ibrahim's ( as ) father was
'Tarakh' and not 'Azar' as stipulated by some Sunni historians, which
is in total conformity with the opinion of Shia. Ibn Katheer in his work
on history writes:
Ibrahim ( as ) was the son of Tarakh. When Tarakh was 75 years of
age, Ibrahim ( as ) was born to him.
Sunni reference: al-Bidaya wan Nahaya, by Ibn Katheer, v 1 p 139
This is also confirmed by Tabari, as he gives the lineage of Ibrahim's (AS)
family in his history collection, but then also in his Commentary of the
Quran he states that 'Azar' was NOT the father of Ibrahim (AS).
Sunni references :
- History of al-Tabari, v 1 p 119
- Tafsir Tabari, by Ibn Jarir al-Tabari, v 7 p 158
Ponit-Point yang Tidak dibentangkan oleh laman web di atas:
-Ibn Kathir ada memasukkan beberapa riwayat dari At-Tabari berkenaan nama bapa Nabi Ibrahim adalah Tarikh sekadar perbandingan. Malangnya, mereka (laman web tersebut) tidak memasukkan kesimpulan yang dibuat oleh Ibn Kathir berkaitan Hadith Sahih tentang bapa Nabi Ibrahim adalah Azar.
- Begitu juga dalam Tafsir Tabari dan Tarikh Tabari, memang ada dimasukkan riwayat yang menyatakan bapa Ibrahim AS adalah Tarikh. Ada juga riwayat bahawa Azar adalah bapa Nabi Ibrahim, namun pendapat ini disembunyikan. Lebih teruk lagi, pendapat At-Tabari yang paling tepat adalah Azar dan Tarikh itu adalah orang yang sama tidak langsung disebut.
Berhati-hatilah dengan sumber yang kita ambil....
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
1# hyree_hybrid
Salam sejahtera pd semua...
Saya cuba teka teki anda...
Soalan2 anda melibatkan Tuhan dan hambanya...
Usah dipersoalkan apa yg Tuhan lakukan....
Sebaliknya ada baiknya kita persoalkan tugas kita..... tugas dan sifat2 seorang hamba kpd tuhannya...
Ringkasnya... 1) Kalau seorang hamba tak berdoa pd tuhan.... ibarat dia sudah sempurna.... tiada apa lagi yg dia perlu dari tuhannya.....
Sedangkan rasul yg sudah terjamin masuk surga masih solat ditengah mlm sampai bengkak2 kaki beliau.... hanya utk meyampaikan yg beliau itu hanya seorang hamba yg wajib bersyukur... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 27-10-2009 08:25
Terima kasih di atas maklumat yang dikongsi. Seperti yang kita sedia maklum, dalam bab kepercayaan, hadith-hadith yang dipakai mestilah SAHIH. Kalau ...
mnm77 Post at 27-10-2009 07:42
Mereka juga ada yang tak sedar pendapat yang menyatakan Azar bukan bapa kandung tu hasil dari kitab Perjanjian Lama yang menyebut bapa kandung Nabi Ibrahim adalah Terah atau Tarukh. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibnur: nasab ni kita boleh jumpa dalam kitab perjanjian Lama (Kejadian). Dan hanya dari kitab kejadian OT sahaja rujukan kitab yang memberikan nama bapa Nabi Ibrahin bukan Azar.
&
Mereka juga ada yang tak sedar pendapat yang menyatakan Azar bukan bapa kandung tu hasil dari kitab
Perjanjian Lama yang menyebut bapa kandung Nabi Ibrahim adalah Terah atau Tarukh.
Mnm: Pendapat Ahli Kitab bahawa Tarikh adalah bapa Nabi Ibrahim.
Sebenarnya siapa yg bawak sumber israiliyat ke sini &membincangkannya?
tak lain tak bukan awak& mnm lah orgnya!
kalau hadis yg dibawa mnm itupun ditolak oleh disiplin aqidah& usuluddin islam kerana tidak mutawatir.
bagaimana pula kita nak bincangkan nasab ibrahim yg dtg dari sumber israiliyyat?
sumber israiiyyat tidak mengenal konsep saheh mahupun mutawatir.
so abaikanlah sumber israiliyyat serta sumber yg tidak mutawatir &kembali fokus dgn hujjah bahasa AlQuran.
kalau ada hadis mutawatir, bawak mai sini.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
| |
|