CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tossee

Bilakah korang mula bertolak balik raya?

[Copy link]
Post time 14-9-2009 04:53 PM | Show all posts
anis lebih suka ikut highway....jalan persekutuan/negeri ni anis tak baper suka nak ikut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2009 11:50 PM | Show all posts
pada pandangan teman, jem strawbery masa musim perayaan seperti hari raya adalah sebahagian daripada sambutan hari raya berkenaan. Jem ni lah yang menambahkan kemeriahan suasana menyambut hari raya, k ...
zzcbr Post at 14-9-2009 15:53


Skrg nih Myvi dah tak brape nak nampak dah zek...maklum ler nak raya owner Myvi berlumba2 menghias kete masing2...siap tukar jenama wooOo...jika tahun lepas pulang berhari raya naik Perodua Myvi....tahun nih lak balik naik Toyota Passo ataupun Daihatsu Boon woOooo...balik beraya dgn kete jepang la katakannnn......
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 01:40 AM | Show all posts
oleh sbb kg mak bapak aku satu negeri,aku blk raya pertama.pg belah pilah,ptg belah sban lak..memandangkn highway ub-sban cm xberapa siap lg,mesti jem kt ub-bukit putus..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 02:01 AM | Show all posts
tak balik raya takda ke?


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 07:49 AM | Show all posts
164# freekey

pikri ni nak kena belasah ke apa....soalan sensitif ni:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 07:56 AM | Show all posts
164# freekey

itu tak cukup sensitp lagik..... camner yg tak sambut raya langsung......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2009 08:32 AM | Show all posts
165# zzcbr

abe zek,
raya diperantauan.....sabor ajer ler...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 08:42 AM | Show all posts
165# zzcbr

keh keh keh keh..kasi gelak sama dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2009 11:00 AM | Show all posts
kebanyakkan warga KL akan pulang ke kampung pada petang jumaat selepas waktu bekerja...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:06 PM | Show all posts
isk.... tak sabarnye nak balik kg.. tapi kete tak servis lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:26 PM | Show all posts
apa beza ngan schedule yg plus buat tu kaeri???
takumi86 Post at 14-9-2009 03:31 PM


tatau.... aku tak baca lak plus nye
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:27 PM | Show all posts
tak sabor nak balik kg gak..tp kete x antor wax lg.....tu keje hb sbb dia baru dpt gaji arini..esok bonus pulak....huhuhu! leh mintak duit raya byk sikit.... sy gaji raya ke3
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:29 PM | Show all posts
kak, saya belok esok pagi..
tak jadi balik khamis..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:30 PM | Show all posts
Anis balik kg pagi raya pun anis tak kesah.....balik kg lepas solat sunat hari raya pun anis tarak kesah......jem teruk sabtu ni time nak balik kg pun..anis tarak kesah jugak...sampai lambat ke kg pun anis tak ambik kesah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:32 PM | Show all posts
173# dune1989

ye ke? awainye dune....dpt cuti awai ek?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:38 PM | Show all posts
173# dune1989  

ye ke? awainye dune....dpt cuti awai ek?
220796 Post at 15-9-2009 12:32 PM


saya dah abes exam dah kak..
jadi tak mo la balek2 lewat nih..
tak syok hu4..
otak dah pikior umah le..
hu4..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2009 12:39 PM | Show all posts
check list teman sebelum perjalanan hari raya ni.

1. check tayar ~ ok
2. check enjin ~ ok
3. check bateri ~ ok
4. check radiator ~ ok
5. check CD raya ~ ok
6. check car perfume ~ ok
7. check minyak ~ ok
8. check minyak enjin ~ ok
9. check minyak brake ~ ok
10. check brake pad ~ ok
11. check brake disk ~ ok
12. check tayar spare ~ ok
13. check air wiper ~ ok
14. check nak balik mana ~ Tak OK
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:41 PM | Show all posts
177# zzcbr

simpati tuk yop Z.....klu online pon smua pakat offline nih sebok makan lemang....hehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:47 PM | Show all posts
Balik kampung 'bukan untuk Melayu saja' Sep 15, 09 12:23pm
Di minggu terakhir Ramadan ini, lagu Balik Kampung oleh allahyarham Datuk Sudirman Arshad terasa bagai dinyanyikan dalam jiwa ramai penghuni di kota raya ini.

Beberapa hari sebelum Aidilfitri, yang dijangka pada hujung minggu ini, jalan-jalan menghala keluar dari bandar-bandar utama di negara ini akan mula sesak dengan kenderaan membawa ribuan penghuni kota untuk 'balik kampung'.

"Balik kampung sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia bukan sahaja pada Hari Raya tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali.

"Bukan sahaja bagi orang Melayu tapi untuk semua bangsa," kata bekas pendidik Fatimah Mansur.

Kata beliau balik kampung kini telah bertukar menjadi satu fenomena.

"Cakap saja balik kampung, satu transformasi akan menyelinap ke dalam jiwa anda," katanya.

Kenapa perlu balik kampung?

Balik kampung ialah satu perkara yang memenatkan. Terdapat kesesakan jalan yang teruk, kemalangan termasuk kemalangan maut, juga kos yang tinggi dari segi pengangkutan.

Jadi kenapa perlu balik kampung dan kenapa tidak menyambut Hari Raya di kota sahaja.

"Masyarakat kita memang gemar menziarah kaum keluarga dan berjumpa mereka secara langsung, bukan hanya bercakap melalui telefon atau berkomunikasi melalui e-mel atau teknologi yang lain.

"Balik kampung adalah satu proses mengeratkan pertalian keluarga," kata Fatimah.

Bagi jururawat Elizabeth Choo, Aidilfitri adalah untuk semua.

"Ia merupakan cuti kebangsaan, jadi kita semua perlulah balik kampung kalau boleh, dan berjumpa orang tua.

"Mereka agak sukar untuk datang ke sini. Bila lagi, sebab pada hari lain kita sibuk bekerja," kata Choo yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Balik kampung - dulu dan sekarang

Penulis masih ingat pada tahun 1982, ketika beliau seorang mahasiswa di sebuah universiti di sini, beliau terpaksa duduk di lantai gerabak kereta api kelas tiga untuk 'balik kampung' kerana ingin menyambut Hari Raya bersama ibunya di Pasir Mas, Kelantan.

Semuanya kerana tiket bas kehabisan. Untuk naik kapal terbang jauh sekali kerana penulis tidak mampu. Ketika itu perkhidmatan bas tidaklah sebanyak dan sebaik yang ada sekarang.

Sekarang untuk balik kampung sahaja, beratus-ratus bas yang selesa serta berhawa dingin disediakan. Tak cukup lagi, beratus permit bas sementara juga disediakan oleh pihak berkuasa pengangkutan.

Naik kapal terbang untuk balik kampung juga kini satu kemudahan untuk semua.

"Naik kapal terbanglah pakcik, sekejap je dan tambang pun tak mahal," kata seorang pelajar universiti, Nurul Huda, bila ditanya penulis bagaimana beliau hendak balik kampung.

"Dulu kalau mahu pulang ke Sabah untuk sambut Hari Raya cukup mahal dan susah. Tidak lagi sekarang," kata Surami Saimi yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu.

Tiga dekad yang lalu, hanya syarikat penerbangan MAS yang beroperasi. Kini, telah wujud syarikat penerbangan tambang murah seperti Firefly dan AirAsia yang boleh menerbangkan anda kemana-mana saja destinasi di dalam dan luar negara.

Bagi yang memilih untuk naik kereta api, perjalanan mereka juga selesa kerana semua koc KTMB mempunyai pendingin hawa serta kerusi yang bernombor.

Jadi, bukanlah satu kerumitan untuk balik kampung dan menemui sanak saudara di musim perayaan ini.

Selamat Hari Raya. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 12:48 PM | Show all posts
balik kampung
balik kampung
hati girang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.433363 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list