|
sumber - Utusan Online
Peneroka dapat tanah tambahan
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

Mohd. Najib Tun Abdul Razak menyampaikan set komputer kepada Hashim Abdul Manaf Kadir sempena majlis penyerahan surat hak milik kampung tradisional dan rancangan Felda di Sungai Tekam, Jerantut, kelmarin.
JERANTUT 17 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber - Utusan Online
Lulus tanah bina kilang baja
Oleh ALI MAHMOOD
KUALA LIPIS 17 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber - Utusan Online
Warga emas terima bantuan benih ikan, kerbau
KUALA LIPIS 17 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber - Utusan Online
APMM tingkatkan rondaan cegah penceroboh
KUANTAN 17 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber - Utusan Online
Kolej Komuniti Pahang Barat dibina
Oleh HARIS FADILAH AHMAD
JERANTUT 18 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber - Utusan Online
Hasilkan produk tembusi pasar raya
TEMERLOH 18 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber - Kosmo Online
Teratai kembali berbunga

Peruntukan sebanyak RM7.5 juta ini merangkumi usaha memulihara tasik serta meningkatkan taraf kemudahan asas di Tasik Chini seperti calet dan kemudahan infrastruktur.
TASIK Chini yang merupakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera, kedua-duanya di Pahang merupakan sebuah destinasi ekopelancongan yang menarik.
Keindahan alam semula jadinya yang diperkaya dengan legenda naga Seri Gumum menempatkannya dalam kedudukan yang sama seperti Tasik Loch Ness di Scotland.
Namun, pada tahun lalu, tasik ini hanya menerima kira-kira 17,000 pengunjung. Ini satu angka yang tidak boleh dibanggakan berbanding tempat-tempat tarikan pelancong lain di negara ini. Bagaimana sebuah tasik panorama yang kaya dengan flora dan fauna dan diiringi legenda tersendiri, gagal menggamit lebih ramai pelawat?
Jawapannya mungkin terletak pada kemusnahan yang dialami oleh tasik itu yang kini membimbangkan mereka yang pada satu ketika dahulu mengagumi keindahannya. Mereka pasti mahu sesuatu dilakukan bagi menjaga warisan yang tidak ternilai ini.
Baru-baru ini, nasib Tasik Chini mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya sedih kerana Tasik Chini tidak lagi serupa Tasik Chini yang kita kenali dulu di mana teratai tumbuh dengan banyak tetapi hari ini... tak dapat tengok satu pun," katanya menjelaskan keadaan semasa tasik itu.
"Sekiranya Tasik Chini dipulihkan, saya yakin ia akan menjadi pusat ekopelancongan yang mampu menarik pelancong dari serata dunia untuk datang menikmati keindahannya," kata Najib pada majlis meletak batu asas Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) yang diselenggarakan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Najib berkata, kehijauan dan kejernihan air tasik berkenaan kini bertukar kepada warna perang dan berbau.
Tambahnya, keadaan itu sudah cukup menunjukkan kemusnahan yang dialami Tasik Chini.
"Kita tiada pilihan. Kita mesti mulakan langkah selamatkan Tasik Chini daripada terus pupus agar terus kekal sebagai warisan kita," kata Najib.
Menyedari bahawa Tasik Chini satu warisan ekopelancongan yang perlu diberi perhatian serius, kerajaan negeri mengambil langkah bersepadu melibatkan semua agensi berkaitan bagi memastikan tasik itu dipulihara secara menyeluruh.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Pahang Datuk Maznah Mazlan berkata, sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan bagi meningkatkan taraf kemudahan dan memulihara tasik itu.

TASIK Chini bukan sahaja kaya dengan keindahan alam semula jadi tetapi juga keunikan kebudayaan suku kaum Orang Asli yang menghuni di sekitarnya.
Tasik Chini masih ada harapan
"Tasik Chini belum mati. Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar Pahang, kualiti air ialah pada indeks dua, iaitu masih sesuai untuk mandi-manda dan minum.
"Kini, kita merancang satu pembangunan yang menyeluruh dan penubuhan satu pasukan pemantau keadaan Tasik Chini yang dipengerusikan bersama oleh saya dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Pahang, Datuk Hoh Khai Mun," kata Maznah.
Maznah berkata, peruntukan sebanyak RM7.5 juta ini merangkumi usaha memulihara tasik serta meningkatkan taraf kemudahan asas di Tasik Chini seperti calet dan kemudahan infrastruktur sedia ada bagi mencapai standard antarabangsa.
"Program homestay di Kampung Salong dekat Tasik Chini melibatkan kos RM500,000 juga akan dibangunkan bagi merancakkan lagi aktiviti ekopelancongan kawasan ini," katanya.
Selain itu, usaha menaiktaraf landskap kawasan calet dan kawasan berhampiran tasik, pembinaan jeti baru, projek pembangunan kraftangan juga dirancang dalam pelan bersepadu itu.
Menggalak aktiviti penyelidikan
Mengenai PPTC, Maznah berkata, kerajaan negeri telah meluluskan kawasan seluas empat hektar bagi penubuhan pusat berkenaan.
PPTC antara lain diwujudkan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan berasaskan air, tanah, kepelbagaian flora dan fauna di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Melalui kajian yang dijalankan oleh PPTC, punca dan faktor yang menjejaskan tasik ini akan dikenal pasti dan mekanisme pemulihan tasik itu akan ditentukan oleh kerajaan pusat.
Bagi perancangan jangka panjang, Maznah berkata, pusat berkenaan akan melakukan penyelidikan sepanjang masa bagi memastikan ekosistem tasik itu sentiasa dipantau bagi merumuskan satu langkah pemuliharaan yang lebih berkesan
"Insya-Allah, menjelang akhir 2009, Tasik Chini akan berwajah baru. Teratai akan kembali berbunga," katanya. - Bernama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sumber Harian Metro
Dua rangka manusia dalam tong racun
KUANTAN: Seorang buruh warga Bangladesh menemui dua rangka manusia di dalam sebuah tong racun ketika sedang melakukan kerja pembersihan kebun sayur di kawasan lereng bukit di Kampung Raja, Cameron Highlands, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Asisten Komisioner T Narenasagaran, berkata kedua-dua rangka itu yang bercampur dengan tanah, ditemui pada jam 12 tengah hari selepas buruh terbabit terhidu bau busuk yang dipercayai datang dari sebuah tong racun di kawasan itu.
"Selepas memeriksa tong terbabit lelaki berkenaan melihat objek seperti kepala manusia selain beberapa tulang dipercayai rangka manusia sebelum memaklumkan kepada majikannya, |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber - Utusan Online
UMNO Pahang tumpu lapan kawasan kelabu
Oleh Ali Mahmood
TEMERLOH 19 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber - Utusan Online
Kerajaan sedia banyak prasrana pendidikan
RAUB 19 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber - Utusan Online
Bandar Tun Razak Jengka lahirkan ramai usahawan
KUALA KRAU 19 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelajar kemaruk telan sabun mandi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Faizatul Farlin Farush Khan
KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai tabiat pelik segelintir pelajar yang mengaku ketagih memakan sabun mandi yang didakwa enak persis 憁anisan |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan online
Peneroka digesa kenang budi
Oleh: SALEHUDIN MAT RASAD
BANDAR JENGKA 21 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Bakap bina pusat hemodialisis RM5 juta
Oleh: SHAMSIAH ZULKAFLI
KUANTAN 21 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Norhayati dapat pinjaman RM50,000
MARAN 21 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Nelayan jumpa mayat di halaman rumah
KUANTAN 21 Feb. |
|
|
|
|
|
|
|
Sumber - Kosmo Online
Enam sekawan hilang mandi di Sungai Pahang
[email protected]">

ANTARA ahli-ahli keluarga enam sekawan yang dipercayai lemas di Kampung Benta mukim Langgar berkumpul di salah sebuah rumah sementara usaha mencari sedang diteruskan.
PEKAN |
|
|
|
|
|
|
|
Sebulan tidak tidur lena pilih calon Pahang
Oleh: ARSHAD KHAN dan YUSRI SAHAT

ADNAN Yaakob ditemani Tan Mohd. Aminuddin Ishak (duduk dari kiri) dan Mohamad Abdullah (duduk kanan) bergambar bersama sebahagian calon baru yang terpilih selepas mengumumkan calon BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 bagi negeri Pahang di Kuantan, semalam.
KUANTAN 22 Feb. - Bagi Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, pemilihan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di Pahang adalah sesuatu yang agak berat bagi diri beliau secara peribadi.
Dalam ucapannya semasa mengumumkan calon Barisan Nasional (BN), beliau berkali-kali menekankan kepada semua bahawa jatuh bangun dalam politik adalah lumrah.
Beliau berkata, sudah hampir sebulan tidak tidur lena kerana memikirkan siapa yang perlu dikekalkan dan siapa yang perlu diminta meninggal kedudukan.
揌ati cakap lain, kepala cakap lain, sebulan saya tidak tidur lena, menjawab telefon dan SMS (khidmat pesanan ringkas), |
|
|
|
|
|
|
|
Undi Melayu penentu kemenangan di Triang
Oleh: SITI MARIAM M. ZAIN
BERA 22 Feb. - Barisan Nasional (BN) mampu merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang daripada DAP jika UMNO dapat memastikan orang Melayu mengundi BN.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, ini kerana jumlah undi Melayu hampir 30 peratus merupakan penentu utama kemenangan BN di kawasan itu.
''Walaupun kita kalah di Triang sebelum ini tetapi pengundi UMNO dekat 30 peratus, kalau kita menang, ia akan menjadi satu bonus kepada pucuk kepimpinan," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan jentera pilihan raya UMNO bahagian di sini malam semalam.
Mengulas tentang pertemuan tertutup tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu memberitahu, beliau berpuas hati dengan taklimat yang diberikan dan berharap semuanya akan berjalan dengan baik.
''Saya dimaklumkan bahawa semua peti undi sudah bergerak. Saya juga tekankan kepada mereka, kita boleh menang jika bersatu kerana kita ada kekuatan sendiri," katanya.
Malah jelas beliau, kemenangan BN di kerusi yang kini disandang oleh parti pembangkang itu penting kerana ia akan menjadi hadiah paling bermakna kepada Timbalan Pengerusi BN merangkap Pengarah Pilihan Raya Umum ke-12, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan anak jati Pahang.
''Sebagai anak Pahang, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mahu kita berkerja keras untuk menjadikan negeri ini sebagai kubu kuat BN," kata Jamaluddin.
Beliau turut mengingatkan ahli-ahli parti supaya menyokong sesiapa juga yang dipilih sebagai calon oleh pucuk kepimpinan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngah Ngah pertahankan DUN Triang
BENTONG 22 Feb. - DAP Pahang terus mempertaruhkan Leong Ngah Ngah bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Triang dalam senarai calon parti itu yang diumumkan semalam bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-12 ini.
Walaupun Ngah Ngah pernah beberapa kali menyatakan hasrat tidak mahu mempertahankan kerusi itu kerana faktor kesihatan tetapi beliau terpaksa akur dengan kehendak pucuk pimpinan DAP kerana bimbang calon lain tidak mampu mempertahankannya.
Triang adalah satu-satunya kerusi yang dimenangi pembangkang sejak tiga penggal lalu di Pahang.
Dalam pilihan raya kali ini, parti itu mengumumkan bertanding di dua kerusi Parlimen iaitu Cameron Highlands dan Raub serta tujuh kerusi DUN.
Ketujuh-tujuh kerusi itu adalah Tanah Rata, Tras, Mentakab, Bilut, Ketari, Sabai dan Triang,
DAP mengemukakan dua muka baru yang akan bertanding bagi kerusi DUN Ketari iaitu Lee Kok Yeep dan Kamache Doray Rajoo di Sabai.
Bagi Parlimen Cameron Highlands, parti itu mengekalkan calonnya, J. Apalasamy yang bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, K. Devamany dalam pilihan raya umum 2004.
DAP mencalonkan Abu Bakar Lebai Sudin di Parlimen Raub yang sebelum ini pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Bentong tetapi kalah kepada Datuk Liow Tiong Lai (BN) dari MCA.
Bagaimanapun dalam pilihan raya kali ini parti itu tidak bertanding bagi kerusi Parlimen Bentong |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|