|
Reply #155 Syd's post
Assalamualaikum semua,
Melihat photo2 yg ada membuat saya terpanggil utk kesana semula, teringat 6 thn lalu (2001), dibulan syaaban saya, suami dan 2 anak (6 thn & 2 thn) telah mendapat jemputan kesana. Masyaallah, segalanya indah, tak dapat digambarkan. Sayu saya melihat gambar2 tersebut. Apakah dapat lagi saya dan keluarga kesana.
Saya bedoa kita semua dapat menjejakkan kaki ke sana, Insyaallah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #158 lailaisabella's post
amiklah.
takde masalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aiharanaoki at 22-5-2007 07:23 PM
my hubby plan nak bawa aku n our toddler gi umrah bulan posa, kl boleh nk raya skali. dgr citernya jemaah mmg ramai masa tu. cuma aku nak tau dr segi keselamatan macm mana? penah dgr satu citer n ...
Kalau first 2 weeks, ok lagi, tapi menjelang 3rd week onwards, mmg ramai sangat orang, so dengan beranak kecil tu advisable pergi before 15th Ramadan. Pasal cerita tu mmg selalu ada dengar2 dan tak tau la kebenarannya.燚ari爏egi爇eselamatn爇alau nak buat perbandingan, lagi爏elamat燿ari燢L,營nsyaAllah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelebihan ziarah, ibadah di Tanah Suci
Oleh Minarni Mat Saad (Yang mengikuti lawatan insentif mengerjakan Umrah pengedar Hai-O Marketing, baru-baru ini)
Sebaik menghadap Kaabah, rasa kesayuan, kesyahduan sukar digambarkan
PELUANG menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, baru-baru ini, membolehkan 212 usahawan HAI-O Marketing Sdn Bhd, melihat sendiri keagungan sejarah peninggalan Islam serta mengimbau sejarah perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi ini.
Sepanjang 10 hari di Tanah Suci, pihak pengurusan Tabung Haji Travel diketuai Pengurus Pemasaran Pembangunannya, Mohd Yusof Wadi serta pegawai visa, Mohd Shukri Amin dan pegawai umrah, Norhayati Jaafar sentiasa memastikan lawatan ke sana berjalan lancar dan usahawan Hai-O dapat mengerjakan Umrah dengan sempurna.
Sesuai dengan tema program iaitu beribadat sambil mendekati sejarah peninggalan nabi, destinasi pertama dituju sebaik tiba di Jeddah ialah Madinah bagi menziarahi Masjid Nabawi yang dikenali sebagai Masjid Nabi kerana di sinilah letaknya Makam Nabi Muhammad SAW.
Kelebihan amalan menziarahi makam Nabi SAW terkandung di dalam beberapa hadis. Antaranya sabda Rasulullah SAW bermaksud: 揃arang siapa menziarahi kuburku pasti dia mendapat syafaatku. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Insyaallah...
dengan izinNya saya akan dapat mengunjungi Baitullah satu hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
subhanallah...cantiknya gambar2 fea....
hopefully...some other day....ill be in mecca n medina...Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 rezeki's post
tengok gambar2 ni teringat lagi masa pegi umrah gan arwah ayah dan nenek dulu.rasanya kalau ada rezeki lagi nak pegi lagi sebab teringatkan lantai masjidilharam begitu sejuk walaupun masa tu masa tu betul2 tengahari dan lagi satu bau batu hajarul aswad wangi betul sampai sekarang masih lagi terbau2 dan tak boleh nak cari kat mana pun bau wangi dia 2. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #167 adda2611's post
saya baru balik dari umrah akhir julai lalu. Terlalu banyak airmata yang jatuh di sana. Tapi jatuh airmata di sana tak sama macam nangis tengok cerita hindustan or bila gaduh dengan suami. Terlalu indah dan membuatkan diri ini terlalu rindu dengan masjid nabawi dan juga masjidil haram. Pohon doa Allah murahkan rezeki dan sihatkan tubuh badan untuk kesana lagi. Tak sama macam gi London, Paris etc yang pernah saya pergi. Haji masih lagi dalam status rayuan. Ada sesiapa disini yang boleh membantu untuk sya mendapat kuota haji hujung tahun ini. Salam penuh keinsafan yang melampau dan penuh rendah diri dari saya pulau_cawan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Al-Kiswah Kaabah
Oleh Minarni Mat Saad
BENANG emas diasingkan sebelum kerja menenun.
Raja Mesir beli 10 kampung untuk dapat hasil tenunan bagi dihantar ke Makkah
SELAIN hitam, pernahkah anda melihat kelambu Kaabah atau Al-Kiswah berwarna merah, hijau, kuning dan putih? Sebenarnya, sebelum kelambu Kaabah dilitupi kain sutera berwarna hitam, ia juga melalui zaman evolusi serta berubah warna mengikut perkembangan Islam dan kehendak pemerintah ketika itu.
Sejarah kelambu Kaabah boleh diikuti di Muzium Dua Masjid Suci yang menyimpan pelbagai kisah dan perkembangan Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.
Jika selama ini penulis kurang mengambil berat mengenai sejarah kelambu Kaabah, namun kunjungan ke Muzium Dua Masjid Suci ketika menziarahi tanah suci Makkah, Ogos lalu, membolehkan penulis menghayati sejarah kelambu Kaabah serta peristiwa lain berkaitan perkembangan Islam.
Muzium yang dibina berhampiran kilang menenun Al-Kiswah itu turut memaparkan kegigihan umat Islam dalam memulihara kesucian Masjidil Haram serta usaha keluarga diraja dan Kerajaan Arab Saudi menjaga keutuhan masjid berkenaan.
Selain itu, pelbagai peralatan yang berkaitan Kaabah disimpan di sini, antaranya pintu Kaabah, tangga, peralatan menenun Al-Kiswah, penutup Hajar Aswad, al-Quran tanpa baris yang mula-mula ditulis oleh sahabat nabi, replika pancur emas dan penutup telaga zam zam.
MESIN menenun Al-Kiswah.
Ada perselisihan pendapat di kalangan sejarawan mengenai siapa yang mula-mula memasang Al-Kiswah. Ada mengatakan Nabi Ismail yang menggunakan kain diperbuat daripada kulit haiwan.
Satu pendapat lain pula mengatakan orang pertama memasang kelambu Kaabah ialah Raja Yaman, Tubba Abu Karb As'ad, kira-kira 220 tahun sebelum Hijrah yang menggunakan kain buatan Yaman ditenun benang perak.
Tradisi itu diteruskan oleh raja dan pembesar Arab yang menyediakan kelambu Kaabah daripada pelbagai warna antaranya putih, kuning, hijau dan hitam menggunakan kain sutera kasar.
Bagaimanapun, ketika itu mereka tidak membuka kelambu Kaabah yang lama sebaliknya terus meletakkan yang baru di atas dan membiarkan kelambu lama hancur sendiri.
SEORANG pekerja sedang menenun Al-Kiswah, kelambu Kaabah.
Sebelum kedatangan Islam, iaitu ketika Kaabah di bawah penguasaan kaum Quraisy, mereka menggunakan kain sutera sebagai Al-Kiswah.
Selepas penaklukan kota Makkah oleh orang Islam pada tahun ke-8 Hijrah, Rasulullah SAW memasang Al-Kiswah menggunakan kain tenunan Yaman, diikuti Khalifah Abu Bakar dan Umar Ibn Khattab. Bagaimanapun, Saidina Uthman menggunakan kain Qibti ketika pemerintahannya.
Kain sutera digunakan semula untuk Al-Kiswah pada pemerintahan Khalifah Abdul Malik Marwan.
Pada 1342 Masihi, Raja Mesir, Sultan al-Malik as-Saleh Ismail yang prihatin dengan penyediaan Al-Kiswah membeli tiga kampung, Basus, Sandabis dan Abil Ghit di daerah Qalyub untuk dijadikan wakaf bagi mendapatkan hasil tenunan membuat Al-Kiswah.
Kemudian Sultan Salim Al Usmani membeli pula tujuh kampung bagi tujuan sama.
Sewaktu Mesir diperintah oleh Mohammad Ali Basya, diwujudkan pula jawatan khusus bagi urusan pembuatan Al-Kiswah. Kelambu Kaabah yang dihasilkan di Mesir itu akan dikirim ke Makkah melalui Sinai menjelang musim haji setiap tahun.
Bagaimanapun, apabila berlaku peperangan, pemerintah Mesir tidak menghantar kelambu Kaabah pada saat tibanya musim haji seperti lazimnya pada 1924 dan 1925.
Tindakan itu mengejutkan Raja Abdul Aziz kerana Arab Saudi sudah bersedia untuk menyambut tetamu Allah menunaikan haji. Bagaimanapun, mujur ada satu kelambu Kaabah buatan Iraq yang sudah siap, masih belum dipakai dan disimpan dalam gudang. Raja Abdul Aziz segera memerintahkan kelambu itu dikeluarkan dan diletakkan pada Kaabah.
Peristiwa itu menghairankan pihak Mesir kerana Raja Abdul Aziz dapat menyiapkan kelambu Kaabah yang cukup lengkap dalam tempoh 10 hari saja. Berikutan peristiwa itu juga, Raja Abdul Aziz mengambil keputusan mendirikan sebuah kilang khusus untuk membuat Al-Kiswah.
Pada 1926, Kerajaan Mesir mengeluarkan larangan penghantaran Al-Kiswah ke Makkah membuatkan Raja Abdul Aziz segera mengumpulkan pakar kaligrafi, tukang tenun, tukang jahit dan pakar pencelup yang bertungkus lumus menyiapkan kelambu Kaabah dalam tempoh beberapa hari saja.
Raja Abdul Aziz amat berpuas hati dengan hasil kerja tangan Al-Kiswah buatan anak tempatan yang siap pada 1927 itu kerana selain diperbuat daripada kain tebal bermutu tinggi, ia diperindahkan lagi dengan tulisan kaligrafi daripada benang perak bersadur emas manakala tabir pintu Kaabah diperbuat daripada sutera asli bersulamkan benang perak bersadur emas.
Pada musim haji tahun itu dan tahun seterusnya Kaabah dipasang dengan Al-Kiswah buatan Arab Saudi.
Bagaimana pula dengan Al-Kiswah yang terpakai?
Sebelum kedatangan Islam, kelambu Kaabah ditinggalkan berlapis-lapis dan bertompok-tompok hingga buruk dan hancur sendiri sehingga timbul kebimbangan akan membebankan dan lama kelamaan berkemungkinan meruntuhkan Kaabah.
Akhirnya kelambu itu ditanggalkan dan disimpan di rumah penjaga Kaabah iaitu orang Bani Syaibah.
Sementara ada pula riwayat menyatakan pada permulaan zaman Islam, pemegang anak kunci Kaabah ketika itu, Syaibah bin Othman al-Hujubi bertanya kepada Saidatina Aisyah mengenai Al-Kiswah yang bertimbun-timbun di atas Kaabah sama ada hendak ditanggalkan dan ditanam di satu tempat supaya tidak digunakan oleh orang yang berjunub dan haid.
Aisyah menjawab: "Tidak baik dilakukan demikian, bahkan hendaklah dijualkan dan harganya itu dibelanjakan kepada jalan kebajikan dan disedekahkan kepada fakir miskin."
Ketika pemerintahan Raja Abdul Aziz as-Saud, kelambu itu diserahkan semuanya kepada Bani Syaibah dan dijual menurut budi bicaranya sendiri.
Bagaimanapun, pada awal 1960, Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan perintah menegah jualan kelambu Kaabah bagi menjaga kesucian Islam.
FAKTA: Kelambu Kaabah
Ditenun daripada 670 kilogram sutera putih asli dan dicelup dengan warna hitam. Luas keseluruhannya adalah 2,650 meter persegi.
Mengandungi 47 kepingan empat segi bujur berukuran 14 meter kali 95 sentimeter.
Sulamannya pula menggunakan 120 kilogram benang perak bersadur emas.
Kelambu Kaabah pertama buatan anak tempatan dipasang pada 10 Zulhijjah dan padanya tertulis perkataan, 揔elambu ini yang pertama kali dibuat di Arab Saudi atas perintah Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman as-Saud |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lambaian Kaabah
Oleh Nasron Sira Rahim
[email protected]
Ibadat haji punyai sejarah dan simbolik perjalanan hidup manusia
"AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!"
Laungan syahdu 'talbiah' bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam kelima, menunaikan ibadat haji.
Hati mereka bercampur baur - diasak sayu, insaf dengan kekhilafan diri, kagum dengan kebesaran Tuhan dan sebak gembira menjadi tetamu jemputan Allah SWT untuk menunaikan ibadat haji di kota suci-Nya.
Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi empat rukun Islam yang terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan dan menunaikan zakat.
Pensyarah Kanan, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Roslan Mohamed, berkata pelaksanaan ibadat haji melalui sejarah panjang dalam tamadun manusia.
"Sejak zaman Nabi Adam AS lagi sudah ada ibadat haji, begitu juga pada zaman Nabi Ibrahim AS tetapi tidak banyak ulama mengkaji kaedah pelaksanaan pada zaman itu.
"Pelaksanaan ibadat haji secara lengkap dan sempurna seperti hari ini bermula pada tahun kesembilan Hijrah apabila turunnya wahyu daripada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab menunaikan haji pertama di Makkah.
"Seterusnya pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW sendiri mengetuai rombongan haji dan ia adalah haji tunggal dan terakhir Baginda sebelum wafat," katanya.
Roslan berkata, pelaksanaan rukun dan wajib haji serta pelbagai amalan lain dalam ibadat itu memiliki sejarah dan simbolik tertentu kepada perjalanan hidup manusia dari dunia ini sehingga ke alam akhirat.
Mengelilingi Kaabah atau tawaf adalah simbolik perjuangan manusia dalam pelbagai lapangan untuk meneruskan kehidupan di dunia, namun matlamat akhirnya tetap untuk mendapatkan keredaan Allah.
Tawaf dilakukan tujuh kali kerana ketika mula membina Kaabah, Nabi Ibrahim memastikan kedudukan tegak binaan itu berpandukan bahu dan mata dengan mengelilinginya tujuh kali. Selain itu, tawaf juga adalah amalan malaikat di Baitul Makmur di langit yang terletak betul-betul di atas Baitullah (Kaabah).
Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijah bererti berhenti seketika di padang itu. Berada di Padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia - tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan - akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka semasa di dunia.
Padang Arafah juga adalah tapak bersejarah dalam kehidupan manusia kerana di Jabal Rahmah yang terletak di kawasan itu, Nabi Adam dan isterinya, Hawa bertemu kembali selepas diturunkan dari syurga. Di situ jugalah Nabi Muhammad (SAW) menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.
Saie yang menjadi satu daripada rukun haji pula bersempena peristiwa isteri Nabi Ibrahim, Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali antara Safa dan Marwah untuk mencari air bagi anaknya, Nabi Ismail iaitu ketika Makkah belum terkenal.
Hajar mendaki satu tempat tinggi dikenali Safa dengan harapan dapat melihat air, tetapi tiada. Kemudian dia turun dan menuju ke tempat lain, iaitu Marwah, tidak ditemui air.
Sampailah tujuh kali dia berulang-alik antara tempat itu, akhirnya dia menghampiri Marwah dan mendengar satu suara. Dia lalu menoleh dan mendapati malaikat menguis tanah dengan sayapnya sehingga keluar air zam-zam.
Sesetengah pendapat mengatakan, Nabi Ismail yang menguis tanah dengan dua kakinya atau kedua-dua tangannya ketika menangis kehausan, hingga keluar air zam-zam.
Saie secara simbolik memberi gambaran supaya manusia sentiasa berusaha mencari rezeki di dunia selain berusaha mendapatkan pahala di sebalik amal kebaikan untuk menjadi bekalan memperoleh syurga di akhirat kelak.
Melontar Jamrah pula berkait dengan kisah ketika Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail ke sebuah lereng gunung di Mina dan di situ, muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim supaya membatalkan niatnya. Nabi Ibrahim kemudian mengusir iblis itu.
Menerusi peristiwa itulah umat Islam kemudian diwajibkan melontar Jamrah menggunakan batu kecil, sebagai simbol mengusir syaitan dari dalam diri manusia selain simbolik lain adalah 'melontar' jauh sifat kufur dan maksiat dari dalam diri.
Wahyu supaya Nabi Ibrahim menyembelih puteranya itu juga menjadi titik tolak ibadat korban yang dilakukan sempena haji atau Aidiladha. Seperti juga semangat dan keimanan Nabi Ibrahim AS, ibadat korban memberi maksud simbolik betapa manusia itu perlu mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkorban apa saja demi menunaikan perintah-Nya.
FAKTA
Rukun Haji
Ihram dan berniat mengerjakan ibadat haji dimulai sesampai miqat (batas-batas yang ditetapkan).
Wukuf di Arafah, iaitu berhenti di padang Arafah sejak tergelincir matahari 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Zulhijah.
Tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
Saie iaitu berlari kecil atau jalan cepat antara bukit Safa dan Marwah.
Mencukur atau menggunting rambut, sedikitnya memotong tiga helai rambut.
Tertib iaitu menjalankan rukun haji secara berurutan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #172 Dunhill.'s post
Tengok gambar ni rasa best sangat...macam sedang berada di situ ...terima kasih Dunhill |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #177 Syd's post
Alangkah pesatnya perkembangan umat manusia, khususnya umat Islam masakini berbanding zaman silam. Peredaran masa dan waktu yang tak dapat diundur walaupun sesaat. Namun yang pasti roti yang di dalam gambar tu masih sama sperti yang dijual pada masa ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, saya, suami dan anak2 (11 thn, 10 thn, 5thn) telah selamat mengerjakan umrah pada penghujung ramadan tempohari. Kami sempat berpuasa di Madinah & Makkah dan berhari raya di Makkah. Satu pengalaman manis yang mungkin tak dapat kami lupakan walaupun menghadapi dugaan2 yg tidak disangka2 dr anak kecil kami. Sesampai saja kami di kota Makkah, anak kecil kami lgsg tidak mahu berjalan, jadi terpaksalah suami saya mendukungnya sambil melakukan tawaf dan saie dlm keadaan berpuasa dan panas terik ketika itu. alhamdullillah, rasa syukur tidak terhingga kerana telah dimurahkan rezeki dan sampai ke sana dan berharap semoga dimurahkan rezeki di tahun2 akan datang supaya dapat sampai ke sana lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #179 Hani02's post
gembiranya baca pengalaman awak nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|