Post time 6-9-2021 05:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 6-9-2021 08:01 AM
Tak ada pun dia bagi tau bulan pernah terbelah 2.
Ustaz zaman aku sekolah tak sekali.pun sebut pasal bulan terbelah 2
Jd bila aku berckp dgn kawan di sekolah lain..aku terkejut dgn kisah bulan terbelah 2
PERISTIWA bulan terbelah adalah satu mukjizat baginda Nabi SAW sebagai bukti kerasulan baginda kepada kaum kafir Quraisy. Peristiwa yang berlaku lima tahun sebelum hijrah Nabi SAW ke Madinah ini digambarkan oleh Allah SWT dalam al-Qur'an: "Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan." (Surah al-Qamar ayat 1)
Sebab penurunan ayat ini adalah ketika kaum kafir Makkah meminta kepada Rasulullah SAW memperlihatkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT serta menguji kebenaran risalah baginda dengan meminta baginda membelah bulan.
"Orang-orang Makkah meminta Nabi SAW untuk mendatangkan sebuah mukjizat. Bulan pun terbelah dua di Makkah. Turunlah firman Allah: 'Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.' Sampai firman-Nya '(Ini adalah) sihir yang terus-menerus." Al-Qamar: 1-2] (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Maka Allah SWT mengabulkan doa baginda hingga pada malam tersebut jelas bulan terbelah menjadi dua bahagian. Satu bahagian Gunung Abu Qubais dan satu bahagian di as-Suwaida.
Dari Abdullah bin Mas'ud RA, ia berkata: "Aku melihat bulan terbelah menjadi dua bahagian sebanyak dua kali. Peristiwa ini terjadi di Makkah sebelum hijrahnya Nabi SAW. Satu potongan di atas Gunung Abu Qubais dan potongan lainnya di atas as-Suwaida. Mereka berkata: 'Bulan telah disihir'. Turunlah firman-Nya: 'Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan.'" (Hadis Riwayat al-Hakim)
Ketika musafir tiba, mereka turut menyaksikan hal yang serupa. Tetapi kaum kafir Makkah tetap mengingkari mukjizat tersebut dan berkata: "…(Ini adalah) sihir yang terus menerus."
Maharaja China Melihat Peristiwa Bulan Terbelah Dua
Islam bertapak di China lebih dahulu dari tanah melayu. Tanah Melayu menerima Islam kira-kira 800 tahun dahulu sedangkan China telah menerima Islam lebih 1400 tahun dahulu. Saya pernah membaca satu artikel berkenaan kisah seorang maharaja China yang melihat kejadian bulan terbelah dua pada zaman Nabi Muhammad SAW. Maharaja Cina tersebut telah memanggil ahli-ahli astronomi China pada masa itu untuk bertanya berkenaan kejadian aneh bulan terbelah dua.
Ahli astronomi China tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Lalu dicadangkan supaya dipanggil pedagang-pedagang Arab yang berdagang di China untuk mengetahui apa yang berlaku. Lalu pedagang Arab memberitahu kejadian bulan terbelah dua ini ada kaitan dengan seorang lelaki di negara Arab yang telah dilantik menjadi Rasul dan mengajak manusia menyembah tuhan yang satu. Sejak dari itu China terus berhubung dengan Arab dan Islam berkembang.
@fother mucker - den cabar ekau.. ado tak dalam Bible
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Hampir sungai Furat kering airnya kerana telah dipenuhi simpanan emas. Maka siapa yang mendapati masa itu, jangan diambilnya barang sedikit pun."(Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1882)
kalau berpegang pada Al-Quran, hari kiamat tu pasti so tak payah la duk letak batu cepoa kira bila nk kiamat. Sebagai Muslim ni, teruskan bekerja cari duit seolah akan hidup selamanya & beribadat seolah esok nk mati/kiamat. Bila duit banyak, byk la peluang berbuat pahala.
Kalau asik duk kira bila nk kiamat, tanda kiamat nk jadi apa? Ingat org yg duk dendiam gigih kerja tak ingat mati ka?