|
makasih2.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Just wanna say yours are truly ULTRA BEST.
Keep writing bro. John. We like it. We appreciate it. We thank you for sharing.
|
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 27-6-2019 02:58 PM
Aiyoo.. Mana ada Kim.. Bila baca tu.. Mcm pelik.. Pasal apa bila ada Fendi saja depa akan berdepan ...
Oo..tak perasan hehe cekap sis |
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 27-6-2019 03:27 PM
Setelah beberapa bulan kerja part time, akhirnya aku dapat juga kerja tetap di sebuah syarikat swast ...
Sedap cerita bro. Paling best pernah baca kat sini
Plot twist, girlpren Fendi tu Haryati |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 28-5-2020 04:06 PM
Kejadian malam itu betul2 meletakkan aku dalam keadaan serba tak kena. Kalau aku pusing belakang, dengan aku pun akan terbeliak macam Ramli…nak buat2 tidor pun tak boleh…kalau nak lastik getah kat dahi Ramli mungkin tak ada respon yang best…tunjuk jari hantu karang dia memang hantu. Jadi aku mendiamkan diri tanpa menoleh ke belakang.
“Berani kau campur urusan aku!”, terdengar suara kasar lelaki. Aku tersentak mendengarkan suara itu. Aku expect mungkin suara budak atau suara Haryati seperti yang dikatakan Kim.
Ternyata sangkaan ku meleset sama sekali…dan dalam kes ini bukanlah budak yang baru start kerja ofis lawannya. Memang lauk abis lah aku ni karang. Tiba2 aku mula terbau hancing, “cis! Ramli dah terkencing dalam seluar”, kataku di dalam hati.
“Kau jangan kurang ajar dengan aku, ayuh kita bersemuka”, kata suara dari belakangku itu lagi. Aku masih lagi mendiamkan diri dan buat2 tak reti. Serta mengharapkan pakcik jiran sebelah yang selalu pergi masjid dan mempunyai anak dara hot kemain tu tolong settlekan. Tapi setelah sekian lama aku menunggu masih lagi krik krik…awkward silence je dari tadi.
“Dah pergi kot?”, kataku di dalam hati. Indicator makhluk kat tingkap di hadapanku (Ramli) dah pengsan pula.
“Tak ada jalan lain ni…”, kataku di dalam hati. Aku pun menoleh ke belakang, maka terlihat lah aku akan orang tua berpakaian selekeh dan koyak2, kulitnya pula berkedut2 dan melepuh di sana sini. Matanya menyorot tajam ke arahku. Kami berpandangan seketika, not in a romantic way tapi bloodlust dia macam nak bunuh aku tu dapat dirasakan.
“Aku akan ingat muka kau”, katanya sebelum berlalu pergi.
“Aduh…mana boleh macam tu…tengok pakaiannya dah macam bomoh/dukun, mau muntah darah aku dibuatnya karang”, kataku di dalam hati.
Malam tu aku tidur di ruang tamu sebab Ramli terlalu berat untuk aku tarik keluar bilik, aku tak boleh tidor bau hancing dekat2 dengan aku. Sebelum tidor, aku menghantar SMS kepada Fendi, “bila kau nak kenalkan awek baru kau kat kitorang? Esok kau free tak?”.
Kebetulan esoknya tu cuti hujung minggu, jadi masa yang sangat sesuai untuk aku kidnap budak Fendi ni. Malam tu aku tak dapat tidur kerana gangguan telah bermula…ketukan pintu pukul 3 lebih, takkan budak nak hantar pizza malam2 buta ni kan? Lagi best pintu beranda dekat dapur pun diketuknya. Sangat2 lah tak logik orang ketuk pintu beranda aku yang tingkat 3 itu.
Keesokan paginya aku macam mamai2 mengantuk tapi aku berkata dalam hati, “game on, orang tua…kau susahkan hidup aku ye?”. Selepas aku suruh Ramli mandi dan menjemur tilamnya, kami pun berangkat ke Sungai Buloh untuk mengambil si Fendi. Sewaktu di dalam perjalanan, tiba2 aku berada di dalam kawasan tanah perkuburan. Orang tua itu muncul di hadapanku sambil berkata, “kau akan mati jika melawanku”.
Disebabkan aku dah tak boleh nak pergi ke mana2, aku pun jawap, “ajal maut urusan tuhanku, bukan kau yang tentukan”.
Orang tua itu tiba2 saja gelak terbahak2, lalu berkata, “jadi…kau rasakanlah ini”. Dia menghembuskan sesuatu kepadaku, membuatkan aku terjaga dari tidurku dan seterusnya memuntahkan darah.
“Kurang ajar ni…ni lah kali pertama dalam hidupku kena macam ni”, kataku di dalam hati. Manakala si Ramli pula mula huru hara melihatku muntah2 darah. Dalam masa yang sibuk itu jugalah tiba2 henfon aku berbunyi, nombor yang aku tak kenali.
Aku pun menjawap, lalu terdengar suara, “Hello? John ke ni? Boleh tolong Pak Mud? Pak Mud kena kidnap ke Rawang, boleh tolong hantarkan balik ke Perak tak?”.
“Yes…nasib berpihak kepadaku…”, kataku di dalam hati.
Bersambung…
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah...makin menarik...xsabar tunggu..... |
|
|
|
|
|
|
|
wow makin suspen, makin best, sambung cecepat ye TT . tak sabo ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti girlfren si fendi tu hantu |
|
|
|
|
|
|
|
Wah makin mendebarkan citer ni...tak sabor rasanya nak tggu update tt |
|
|
|
|
|
|
|
tunggu sambungan dengan sabarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Exoskeleton at 28-5-2020 09:59 PM
Fendi di dalam keadaan tercengang2, dia tidak tahu kami mahu bawa dia ke mana. “Kita nak pergi mana ni? Bukan korang nak tengok awek aku ke?”, tanya Fendi kepada kami.
Aku yang masih tengah hangin satu badan tak pasal2 aku yang muntah darah tak berkata apa2 waktu itu. Ramli pula yang tolong jawapkan, “kau ikut lah kami ke Perak, kita jalan2, makan2…nanti balik kita lepak Shah Alam, jumpa awek kau”.
“Ooo…best tu. Macam zaman kita student dulu…bla3, bla3, bla3…”, Fendi bercerita dengan senang hati. Ketika ni memang kami keep him in the dark, biar tak tahu apa2 pun.
“Eh? Kenapa korang kat Rawang ni?”, tanya Fendi kehairanan.
“Belum cukup korum lagi…ambil sorang lagi kat sini”, jawap Ramli bersahaja.
Selang beberapa ketika, kami pun tiba di lokasi yang diberitahu Pak Mud. Kelihatan Pak Mud berbaju t-shirt pagoda dan berkain pelikat saja menghampiri kereta Ramli.
“Assalamualaikum…”, Pak Mud memberi salam sambil memasuki kereta.
“Wa’alaikummusalam…dah kenapa Pak Mud pakai rope ni je ke Rawang?”, tanyaku kepadanya.
“Ni lah dia…aku kena kidnap pagi tadi, ajer naya”, jawap Pak Mud sambil menggeleng2kan kepalanya.
Kisah Pak Mud
Pak Mud bercerita, sedang dia tengah sedap2 menyapu di laman rumah sambil menunggu isterinya menyiapkan sarapan di dapur, tiba2 sebuah kereta berhenti di laman rumahnya. Kelihatan seorang perawat yang agak terkenal juga di dalam Malaysia keluar dari kereta tersebut. Aku bagi nama dia Hamid je lah…nama betul aku tak boleh bagi.
“Assalamualaikum…ni Pak Mud ke?”, tanya Hamid.
“Wa’alaikummusalam…ya, betui. Ada apa ye?”, tanya Pak Mud kembali kehairanan.
“Pak Mud kena ikut saya sekarang juga”, jawap Hamid sambil menarik tangan Pak Mud ke dalam kereta.
“Eh…eh…udah ngape ni? Londeh ler kain aku karang”, kata Pak Mud dalam kekalutan itu. Sudahnya Pak Mud masuk juga ke dalam kereta. Hanya sempat melambaikan isterinya yang sedang mengangkat dulang sarapannya.
“Ape kehainye ni? Udah ler aku belum sarapan lagi ni”, tanya Pak Mud kehairanan.
“Begini Pak Mud, saya ada kes yang agak berat juga ni, sudah puas saya mencuba tapi tak boleh nak selesai. Benda tu tak mau keluar dari badan budak perempuan tu”, terang Hamid kepada Pak Mud.
“Ooo…ater? Ape kena mengena dengan aku?”, tanya Pak Mud lagi.
“Jadi saya buat solat istikharah minta petunjuk, saya dapat alamat dan nama Pak Mud dalam mimpi tu. Saya minta sangat Pak Mud tolonglah tengok2kan kes saya ni kalau2 ada yang terlepas pandang ke, kalau boleh selesaikan terus ke”, terang Hamid dengan panjang lebar.
“Ooo…insyaAllah, kat mana tempatnya?”, tanya Pak Mud kepada Hamid.
“Rawang”, jawap Hamid ringkas.
“Rawang?”, kata Pak Mud dengan nada terkejut, di dalam kepalanya memikirkan isterinya tadi masak menu kegemarannya iaitu ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis.
*kembali kepada kami di dalam perjalanan ke Perak
“Ooo…dah selesai lah kesnya tu?”, tanya Fendi yang tak berapa boleh nak pakai tu.
“Alhamdulillah selesai lah juga, tapi Hamid tu nak belajar pulak dari aku. Aku bukannya ada apa benda nak diajarkan”, ujar Pak Mud.
“Ooo…Pak Mud lari lah ni?”, tanya aku sambil tersengih.
“Ater…dah lepas kes tu, ada satu lagi pula. Bukannya dia tak boleh selesaikan kes yang satu lagi tu, tapi sebab dia nak nengok belajor apa yang aku buat je”, terang Pak Mud sambil mengesat2 peluh di dahinya.
Aku sedikit sebanyak faham mengapa Pak Mud berkata begitu, Pak Tahir pernah menerangkan kepadaku dahulu, antara orang yang tahu dan orang yang hanya baca2 tu berbeza. Nak diajarkan kepada orang lagi lah sukar, tambahan pula tak semua boleh menerimanya. Kita hanya boleh memberitahu tetapi yang memberi faham tu Allah, dan yang membuatkan ia menjadi juga Allah. Kalau tak menjadi, kita pula yang disalahkan.
“Eh…kejap…korang ni macam ada masalah je?”, tanya Pak Mud tiba2 memecah kesunyian.
“Hah…tu lah. Kami memang sebenarnya tengah nak cari Pak Mud”, jawapku kepadanya.
“Eh? Kita bukan nak jalan2 cari makan ke?”, tanya Fendi. Aku dan Ramli hanya menggeleng2kan kepala mendengarkan si Fendi.
“Nanti kamu makan lah di rumah Pak Mud dulu sebelum apa2 hal…tadi Pak Mud dah minta orang rumah masakkan lebih malam ni”, Pak Mud memujuk Fendi sambil memegang bahunya.
Kami tiba di rumah Pak Mud dekat2 waktu maghrib, Pak Mud mencadangkan kepada kami supaya bermalam saja di rumahnya. Malam itu isteri Pak Mud masak ikan temenung goreng, gulai lemak ikan masin dengan terung dan beberapa ulam2an. Memang berselera aku makan malam itu, macam orang tak muntah darah siang tadi. Tapi si Fendi pula kelihatan macam ayam nak kena sembelih, senyap semacam sejak dari sampai di rumah Pak Mud. Usai makan malam kami melepak di luar rumah, kelihatan Pak Mud sedang menggulung2kan rokok daunnya.
“Pak Mud hisap ganja”, kata Ramli kepadaku.
“Hoi…ni namanya rokok daun lah", kata Pak Mud kepada Ramli dengan nada terkejut.
“Ooo…sedap ke rokok daun? Boleh saya rasa sebatang?”, kata Ramli tersengih2.
“Aku penat2 gulung, kamu pulak nak rokok aku. Nah ambil ni, gulung sendiri”, kata Pak Mud sambil menghulurkan seiikat daun nipah dan tin berisi tembakau.
Pak Mud menyalakan rokok daunnya sambil berkata kepadaku, “benda yang orang tua tu hantar kat kau, aku dah pulangkan balik pada dia”.
“Ooo…alhamdulillah. Apa masalah orang tua tu sebenarnya Pak Mud?”, aku bertanya kepada Pak Mud dalam perasaan yang lega kerana masalahku dah diselesaikan dulu.
“Dia patutnya dah lama mati, tapi sebab benda dalam dia tu tak diturunkan…jadi tak selesai lah. Dia target si kawan kau tu, tapi nasib lah budak ni blur2. Tak faham apa yang dah jadi kat sekeliling dia.”, terang Pak Mud sambil menunjukkan kepada Fendi yang sibuk dengan Ramli mengirakan rokok daun.
Bersambung…
|
|
|
|
|
|
|
|
dah update dah
|
|
|
|
|
|
|
|
dah sambung dah
|
|
|
|
|
|
|
|
anda pasti? jawapan muktamad?
|
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 28-6-2019 07:25 PM
anda pasti? jawapan muktamad?
Haha.. kalau bukan hantu mungkin perempuan jadian |
|
|
|
|
|
|
|
Best sgt2 citer TT, seram tu smpai seriau, Lawak pulak smpai ketawa mengekek2.. OT jap, sy pulak tak reti nak bercerita walau pernah bukak thread kat sini sbb mcm tlalu complicated kisah sy tu hurm |
|
|
|
|
|
|
|
Exoskeleton replied at 28-6-2019 07:22 PM
Fendi dalam keadaan tercengang2, dia tidak tahu kami mahu membawa dia ke mana. “Kita nak pergi mana ...
Aku dah agak dahhh.. Mesti si Fendi ni ada benda luar nak jadi saka dia.. Bukan dari keturunan sendiri.. Plus tok imam masa mula makhluk x berfaedah tu muncul dah buat pendinding kat dia.. Cuma Fendi tahap dense dia.. Buatkan dia ingat semua mahkluk tak faedah tu manusia.
Aiyooo.. Stress oo kalau ada kwn mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|