CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: vous_me6

Uqasha, Hefny Bakal Bertunang, (Updated 12 Feb'18)Kosmo: Tiada Perancangan untuk

[Copy link]
Post time 13-1-2018 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
So..bila nak kawen nya psangan ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2018 02:32 PM | Show all posts
muka iras2 mandy moore kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by vous_me6 at 12-2-2018 09:56 PM

PENCARIAN UQASHA SENROSE

Bayangan impian, cinta Uqasha Senrose
Tengku Suzana Raja Hamat
12 Februari 2018 3:00 AM
Kosmo:

Selain watak wanita keras kepala, kasar atau gadis baik-baik, Uqasha mendambakan watak agresif dan beraksi lasak jika diberikan peluang dan kepercayaan.

SEPERTI kata pengacara dan pelakon yang sedang mengukir nama, Hefny Sahad yang tidak mahu lagi kisah peribadi dengan Uqasha Senrose terus menjadi isi perihal perkembangannya, begitulah juga pendekatan yang sedang diambil si bunga sensasi itu bagi meleraikan pemahaman ramai tentang kisah mereka.

Mendalami isi hatinya, kata Uqasha, selama ini pun, Hefny yang lebih banyak bercerita kisah mereka berbanding dirinya. Sekarang, biarlah mereka sama-sama fokus terhadap kerja untuk mengukuhkan nama di lapangan industri.

“Kalau boleh saya tidak mahu banyak bercakap tentang lelaki (Hefny). Tahun lepas banyak sungguh cerita kami didedahkan kepada umum, kalau tidak ke mana, saya juga yang malu. Buat masa ini, kami berkawan macam biasa tetapi perancangan untuk ke tahap serius (bertunang atau berkahwin) belum ada. Saya baru 26 tahun, masih banyak perkara terutama kerjaya yang hendak dilakukan,” katanya mohon dimengertikan.

Si cantik itu tegas dan kuat mengunci banyak persoalan tentang percintaan yang digembar-gemburkan sepanjang 2017. Uqasha, atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, tahun 2018 hanya mahu digunakan sebaik mungkin untuk meningkat portfolio seninya. Bukan menolak soal jodoh, namun jika belum ditiupkan seru oleh Tuhan, sekuat mana seseorang berkeras pun, jika tidak sampai waktu, ia tetap tidak ke mana.

“Cukuplah. Rasanya saya sudah matang. Kalau betul-betul sudah bersedia dan untuk pergi lebih jauh dengan seseorang, saya tidak akan berselindung. Kalau tiada apa-apa, saya akan diam. Dengan Hefny pula, saya memang tiada sebarang perkembangan untuk diceritakan tentang hubungan kami. Hubungan kami masih macam biasa,” jawabnya.

Karier vs kontroversi

Menghormati permintaannya, Uqasha dibawa bercerita tentang keberadaannya di pentas seni. Sepanjang enam tahun bergelumang dengan skrip dan berada di depan kamera, biarpun tidak dikenali sebagai anak wayang berkarakter atau unggul pada mata khalayak, dia tetap berbesar hati kerana telah berpeluang bekerjasama dengan nama-nama besar yang secara tidak langsung memberi ilmu bermakna bagi melengkapkan diri bergelar pelakon.

“Macam dengan hero untuk projek drama terbaharu sekarang bertajuk Esok Untuk Kita, saya bergandingan dengan Beto Kusyairy. Sebenarnya, Beto ialah antara hero pertama saya semasa mula-mula dan tidak tahu berlakon dahulu,” katanya sewaktu ditemui di lokasi penggambaran telefilem terbitan Kembara Sufi Sdn. Bhd. tersebut di Kuantan, Pahang itu, baru-baru ini.

“Dalam soal lakonan, saya tidak memilih tetapi setiap kali dapat tawaran, saya suka mencuba, tak kisah sama ada dengan rumah produksi baharu atau dengan pelakon yang tidak pernah digandingkan bersama.

“Macam dalam drama ini, ia diterbitkan oleh sebuah rumah produksi yang baru pertama kali menerbitkan drama, saya okey sebab skrip yang ditawarkan agak unik,” katanya yang membawa watak Zulia, isteri kepada Hisham lakonan Beto.

Kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu turut bercerita tentang harapan dan kesan pandangan mata masyarakat yang sering melabelnya sebagai pelakon kontroversi.

“Kalau hendak dikira sebagai pelakon yang banyak kisah sensasi, rasanya bukan saya seorang. Tidak perlulah untuk saya namakan orang lain, setakat ini saya cuba belajar daripada pengalaman. Agaknya sebab saya pun masih muda, jadi banyak perkara yang dilakukan ada sahaja yang tidak ke mana atau jadi perhatian,” ujar si wanita yang hidupnya tidak lekang daripada kehangatan bualan orang.

Bercinta dan putus tunang dengan pelakon Pekin Ibrahim, isu buka tudung kerana pendirian masih rapuh, sekadar menyebutkan dua kisah sensasi, perihal itu sudah cukup untuk melekatkan nama wanita kelahiran Kota Bharu, Kelantan ke carta panas dingin sekitar tiga tahun lalu.

Impak

Selama enam tahun dalam dunia seni, apa yang dicari oleh aktres Paku Pontianak itu sebenarnya? Adakah populariti, sensasi atau mengisi waktu muda semata-mata? Menanyakan perkara tersebut, jelas Uqasha sudah tidak terlalu mentah untuk membiarkan dirinya untuk mudah diratah.

“Dalam soal kerja, memang saya masih hijau, tetapi tetap tidak akan mensia-siakan peluang dan kepercayaan penerbit atau pengarah. Saya juga tertarik dengan salah satu luahan aktres Nabila Huda dalam Twitter baru-baru ini tentang kemampuan pelakon baharu yang semakin ramai hari ini membawakan watak yang diamanahkan.

“Ramai pelakon baharu wanita sekarang yang tiba-tiba mendapat watak penting, namun impaknya kurang memuaskan. Semasa saya mula-mula berlakon dahulu, saya tahu tempat saya di mana. Sampai saat ini, saya sedar bahawa pengarah atau pelakon lain di lokasi bukan cikgu yang kena mengajar kita berlakon. Setakat minta pandangan itu biasa,” luahnya yang mengimpikan watak aksi seperti kepolisan atau melibatkan pertarungan suatu masa nanti.

Ditanya, tercabarkah dia dengan kehadiran pelakon baharu yang dengan sekelip mata dipuja dan meraih banyak perhatian, Uqasha pantas menggelengkan kepala.

“Tidak, saya tidak fikir tentang persaingan dengan sesiapa. Alhamdulillah. Setakat ini, saya okey dengan setiap tawaran yang datang. Saya terima ikut kemampuan, tetapi kalau ada perkara yang boleh merisikokan diri saya lebih rela tolak,” katanya yang turut muncul dalam telefilem fenomena, Pok Ya Cong Codei arahan Sabri Yunus.

Tambah Uqasha: “Saya suka bekerja dengan pengarah yang mengkaji skripnya. Jadi, dia tahu apa kelemahan dan kelebihan sesuatu naskhah, yang ada pemahaman tersendiri bukan sekadar ikut skrip semata-mata. Saya pernah bekerja dengan Redza Minhat untuk drama Ilham, Sabri Yunus, Michael Ang dan sekarang Isma atau Azma Aizal Yusoof. Dia seorang pengarah yang banyak memberi pendekatan lakonan kepada saya.”

Kata Uqasha, karya Isma kali ini sangat realistik dan dekat dengan kehidupan masyarakat.

“Saya melakonkan watak seorang isteri yang mendominasi rumah tangga, tentang suami, anak dan perniagaan. Disebabkan terlalu bekerja kuat, Zulia kurang menjaga kesihatan sehingga dia disahkan menghidap kanser. Akibat berasa hidupnya sudah berakhir, dia memutuskan agar suaminya berkahwin dengan kawan baik sendiri, lakonan Sara Ali. Konflik tercetus apabila, Hisham benar-benar jatuh cinta terhadap kawan baiknya itu,” cerita Uqasha yang mengakui, Beto sangat serius dan sukar untuk dikenali secara mendalam walaupun telah kerap digandingkan bersama sebelum ini.

Dalam soal tawaran juga, pelakon yang turut dipuji impak lakonan menerusi drama bersiri Hero Seorang Cinderella nyata lebih gemarkan naskhah telefilem berbanding drama bersiri.

Hal ini kerana fokus dapat diberikan dan setiap subjek diamati dengan lebih mendalam.

“Kalau dalam setahun, dapat satu drama episod pun sudah memadai. Selebihnya saya lebih menantikan telefilem,” katanya.

Kelihatan sedikit susut berbanding sekitar akhir tahun 2017, Uqasha mengakui, mengalami sedikit penurunan berat badan.

“Pada hujung tahun 2017, berat badan saya 60 kilogram (kg). M asalah utama saya kalau berisi adalah bahagian pipi dan perut tetapi sekarang rasanya berat saya agak normal, turun sikit jadi 58kg,” katanya tertawa menutup perbualan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh mcm Hefny ni kena friendzone pulok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 12-2-2018 10:12 PM
Dh mcm Hefny ni kena friendzone pulok

Tak ready nak kawen lagi kot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah putus di tengah jalan ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2018 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik macam hepni sekadar kawan je all these while dah kenapa??
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 07:26 AM | Show all posts
vous_me6 replied at 12-2-2018 09:48 PM
PENCARIAN UQASHA SENROSE

Bayangan impian, cinta Uqasha Senrose
selama ini pun, Hefny yang lebih banyak bercerita kisah mereka berbanding dirinya.
Bertabahlah Hefny.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 12-2-2018 10:12 PM
Dh mcm Hefny ni kena friendzone pulok

Dah jumpa yg lebih ‘baik’ lettewww... seiring dgn ketebalan poket huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan dulu dia try hefny at first
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis teksi jgk ka ppuan ni??? Ramai trgila2kn dia ek..wlupn perangai hauk
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorry Uqasha, iols lagi minat lakonan & personaliti Nely dari uols. Rasanya Nely lagi kurang mencapub kat media sosial
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kene frenzone lagi ke hefny.. Kesian jugak ye.. Baik cari yg bukan retis je lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 06:00 PM | Show all posts
is barang baik is barang baek
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah la kena buang rancangan muzik muzik, kena frenzone pulak dgn uqasha.

Sian hefny..moga ada rezki yg akan menunggu di masa akan dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Last time interviewed mcm bebetul nak kawen esok hari dah. Skrg dah bunyi mcm lain sikit. Dunia berubah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2018 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 13-2-2018 06:36 PM
Dah la kena buang rancangan muzik muzik, kena frenzone pulak dgn uqasha.

Sian hefny..moga ada rez ...

Aku baru tau hepni kena buang muzik2.. pasaipa tu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak apalah kena frenzone. Dulu masa dengan nanad jenal dia game kan nanad jenal. Now dia pulak kena...

Tapi padan muka jugekkk kat nanad. Tnggalkan boyfie time tu untuk si hefny tu

Meols x minat ketiga-tiga nye
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2018 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
willow12 replied at 13-2-2018 10:17 PM
Aku baru tau hepni kena buang muzik2.. pasaipa tu?

Kata penerbitnya..kurang pengetahuan pasal muzik. Tp iols tgk ok jah si hefny tu. Ada yg lg bimbo dari tu pon aman2 jah jd pengacara hiburan bertahun2.

Penggantinya haziq hot fm.

Bosn betol. Iols suka hefny jd pengacara mm33.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 08:05 AM GMT+8 , Processed in 2.955262 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list