|
|
Faye & Azmi Hatta Kahwin Juga Akhirnyaaaa
Edited by bobok_berhabok at 9-4-2017 07:37 PM
KUALA LUMPUR: Sering berdolak dalik mengenai tarikh pernikahan, pelakon Faye Kusairi, 30, mencetuskan kontroversi apabila memuat naik gambar kad undangan perkahwinan di akaun Instagram, beberapa jam lalu.Lebih hangat, tindakan kelab penyokong Faye berkongsi gambar dipercayai berkaitan majlis nikah aktres itu bersama pengarah, Azmi Hatta, yang dikatakan berlangsung hari ini, menambah spekulasi peminat berhubung perkara itu.Usaha BH Online mendapatkan Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Adnil Awang Kusairi juga gagal apabila panggilan dan mesej melalui aplikasi WhatsApp tidak dijawab.Minggu lalu, ketika ditemuramah program Melodi terbitan TV3, Faye menafikan dia sudah melayangkan kad perkahwinannya bersama bekas suami penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein itu.Sebelum ini, Faye yang mula mengenali Azmi ketika bekerjasama dalam drama Istikarah Cinta, dihambat kontroversi apabila dituduh menjadi punca pergolakan rumah tangga Azmi bersama Elly.Azmi dan Elly bercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, di sini selepas 11 bulan berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/269678
Selamat pengantin Baru.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|