Nafas beratnya dihela panjang. “Walaupun marah dan sakit hati dengan sikap awak dahulu, saya sebenarnya tak mampu terus membenci dan saya tak mampu melupai. Semakin saya membenci dan semakin saya cuba melupai, semakin melekat awak dalam ruang hati saya....”
Rahul... nama dan kenangan bersama lelaki itu masih menempati di suatu sudut kecil dalam ruang hatinya yang paling dalam. Mungkin benarlah kata orang, cinta pertama amat sukar dipadam.
UsuFie posted on 19-4-2013 11:26 AM
lady..apsal stop mcm tergantung jer...
ada sambung lagi kat takdak pagi ni?
Bergaduh dgn boboi nih.... emo aiii!
Lady sambung skit jer ya? Boboi nak juga guna lappy aii. Dia nak tengok naruto! Suruh guna PC kat bwh, yg sorang lagi konker main game!
------
“Rahul dah cerita pada aku semuanya. Aku minta maaf sebab berburuk sangka dengan kau. Sorry!” Lili mengangkat kepala memberanikan diri memandang aku.
“Aku dah lama maafkan. Alah! Perkara kecil aje tu. Kita lupakan saja lah...” Memanglah perkara kecil. Disebabkan perkara kecil itulah terbitnya perkara besar.... Aku kini telah menjadi tunangan Rahul secara tak rasmi. Aku sepatutnya berterima kasih dengan Lili.
“Cantik cincin..” Lili baru perasan jari manisku sudah tersarung cincin ketika aku menggenggam tangannya.
“Oh... cantik, ya?” Aku menyoal tersipu-sipu.
“Siapa bagi ni? Kau hilang seminggu....” Bicara Lili terhenti. Wajah aku direnungnya dalam. Kemudian kedua biji matanya membundar.
“Kau balik kahwin, ya?”
Terburai tawa aku. “Eeee... apalah! Cuba tengok jari aku... Ada inai? Tak, kan?”
“Ok, ok... Kau bertunang ya?”
Aku angguk sambil tersengih-sengih. “Bertunang secara tak rasmi. Cara urban gitu! Dia jumpa mak ayah aku, lamar, aku setuju dan tadaaa!” Cincin di jari aku tayangkan kepada Lili sambil jari-jemariku ligat menari-nari. Maklumlah tengah happy!
“Serius?”
Anggukan kepala menandakan apa yang didengarinya adalah benar.
“Dengan Rahul? Eh, kau.. Aku baca tred kau malam tadi. Romantik gilerrr kau! Tak sangka MT tu Rahul, kan? Jeles aku nyahhh!”
Tertawa aku mengingatkan tred yang aku buka. Gila betul Rahul. Kegilaannya itu akhirnya menjangkit pada aku. Sekarang aku pula yang jatuh 'gila' dengannya.
redsentra posted on 19-4-2013 11:27 AM
X mo shirah ngan fahmi.....sila suh shirah jadi isteri no 2 ustaz don hahahahahw
Syirah tu lain sikit...pemikirannya sempit sgt...tp, kalu lady nak garp watak syirah agar berubah pandgn ke hapa...mungkin bolh dipertimbangkn...lgpun my mujahid sorg pensyarah yg cemerlang......boleh aja patah2kn hujah syirah hingga terkedu nak menyangkal...
ok.. last one. (belum habis lagi bab ni tp terpaksa beralah dgn boboboi...)
---
“Dah! Tubuh aku ni aku reserve untuk Rahul saja tau!” Aku sindir Lili dengan mengajuk ayatnya yang dahulu. Dulu, sewaktu aku cium pipinya, dia kata pipinya hanya untuk Eddie.
“Tapi, pastikan setelah halal, ya!” Sekali lagi terburai tawa apabila aku pula tersindir apabila ayat yang pernah aku ucapkan dipulangkan kembali. Pandai Lili kenakan aku balik.
“Jiha! Selepas Rahul cakap dia satu akidah dengan kau, aku dah tak percaya cakap Syirah. Suka-suka dia nak petik aje. Kesian kau, tak pasal-pasal dia tuduh kau murtad.”
“Oh, jadi kaulah yang beritahu Rahul pasal kes kasanova tu?”
“Ha ah! Kenapa?”
“Tak... aku hairan macam mana dia boleh tahu.”
“Dia ada cerita pasal Insyirah?” Lili kembali menyoal.
Aku angguk. “Dia kata itu cerita lama... Sekarang dia nak mulakan hidup baru dengan aku.”
“So sweet! Tapi aku rasa Insyirah masih suka kat Rahul lah.”
Kata-kata Lili membuatkan aku terdiam. Wajah Lili aku tenung dalam.
“Aku... aku nak keluar dulu. Lama dah kita berborak ni. Kau mesti penat, kan? Maklumlah... baru balik.”
Angguk lagi. Aku perhatikan saja Lili keluar sehinggalah pintu bilikku tertutup.
“Kak Syirah masih ada hati pada Rahul?” Mindaku ligat berfikir.
“You must face those morons.”
“And I don't want to see you crying like a baby after this. ”
Dua ayat dari Rahul petang tadi semasa kami berbual sambil menikmati angin tepi sawah, membuatkan aku tergelak kecil.
cmf_conan posted on 19-4-2013 02:07 PM
isk..isk..iskkk...
Hat ni betul tp tak kena dgn situasi yg lady nak.
Meh lady perincikan...
Gaya yg dikeluarkan bila mengejek/menyinis (errr ada ke menyinis? huhu...)
mcm ni lah...
mamat gayah saiko eddie ni cakap sorang2 mengejek seseorang yg tertipu dgn lakonannya...