|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: SEMANGAT TETAP MEMBARA
[Copy link]
|
|
Guru direman 7 hari, bantu siasatan kes amang seksual
KOTA BHARU: Seorang guru sekolah kebangsaan di Tumpat direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun.
Perintah reman terhadap lelaki berusia 49 tahun dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret di sini, bermula hari ini hingga 14 September.
Ia bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Kejadian didakwa bermula sejak Mac lalu, dipercayai berlaku di sekolah ketika sesi persekolahan dan disyaki turut dilakukan dalam kereta di sebuah pusat beli-belah di sini dan sebuah resort di Pantai Cahaya Bulan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki ada 34 rekod lampau dalang curi kabel TM
MUAR: Lelaki dengan 34 rekod jenayah lampau antara tujuh ditahan selepas disyaki mendalangi sindiket curi kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia (TM) di beberapa kawasan sekitar daerah ini Khamis lalu.
Suspek, 35, ditahan bersama yang lain termasuk dua wanita hasil maklumat serta intipan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar kira-kira jam 4.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata siasatan mendapati suspek utama memiliki 26 kes jenayah, lima berkaitan dadah serta tiga rekod kecurian kabel.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati semua ditahan berusia 23 hingga 47 tahun memotong kabel dari lubang utama sebelum menariknya menggunakan pacuan empat roda.
"Polis turut merampas beberapa peralatan digunakan antaranya pemotong kabel, papan tanda, kon, tali yang disyaki digunakan dalam kegiatan ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan 431A Kanun Keseksaan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reman suami isteri disyaki miliki dadah RM768,000 disambung 6 hari
KUALA TERENGGANU: Reman pasangan suami isteri yang ditahan bersama pelbagai jenis dadah seberat lebih enam kilogram bernilai RM768,000 disambung enam sehingga Sabtu depan.
Majistret Iffah Nabihah MohdIshak membenarkan reman suspek berusia 34 tahun dan isterinya yang berusia 37 tahun disambung bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sebelum ini, pasangan berkenaan direman tujuh hari bermula 2 September lalu namun polis memohon lanjutan reman bagi melengkapkan kertas siasatan.
Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Kubang Ikan di sini jam 1 tengah hari pada 1 September lalu.
Susulan penahanan mereka, polis turut merampas dadah dan menyita kenderaan, wang tunai dan barang kemas dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM1.05 juta.
|
|
|
|
|
|
|
|
hi tashu
weekend ni internet mmg hauk
harap okay la esok
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|