VIENNA: Rapid Vienna mengejutkan kelab Perdana Inggeris, Liverpool dalam satu perlawanan keraian menyambut ulang tahun ke-110 bandar raya ini, awal pagi tadi.
Steffen Hofmann memperoleh gol tunggal Rapid menerusi tendangan percuma di hadapan lebih 50,000 penonton di Stadium
Ernst Happel.
Bagaiamanpun, The Red agak kurang menyerlah dengan ketiadaan beberapa pemain bintangnya.
Liverpool dalam rangka lawatan ke Asia dan akan singgah di Thailand dan Singapura. - AFP
Liverpool slumped to a 1-0 defeat against rapid vienna in their latest season friendly in austria.
Rapid skipper steffen hofman netted the only goal with a second half free kick to see off a string reds side which included Steven Gerrad, Jamie Carragher and Youssi Benayoun
p/s: berita melayu kat atas tuh macam dah diedit je.. hahahha
VIENNA: Rapid Vienna mengejutkan kelab Perdana Inggeris, Liverpool dalam satu perlawanan keraian menyambut ulang tahun ke-110 bandar raya ini, awal pagi tadi.
...
along3746 Post at 20-7-2009 08:59
dgn bas rapid kl pon leh kalah...
mcm mane nak jd jore...
LONDON - Pengurus Liverpool, Rafael Benitez meramalkan, Ryan Babel akan menjadi tonggak serangan utama di Anfield musim ini.
Benitez membayar lebih £10 juta (RM58.4 juta) untuk membawa pemain sayap berusia 22 tahun itu ke England dari Ajax pada 2007, namun Babel bergelut dengan prestasinya dan jarang diturunkan dalam skuad utama.
Begitupun, setelah menghabiskan dua tahun di England, Babel dilihat sudah bersedia untuk mengambil alih peranan utama dalam kempen musim ini.
"Kami sangat kagum dengan aksinya tahun ini kerana dia kembali semula dalam keadaan cergas," kata Benitez.
"Dia cuba melakukan yang terbaik dan ia sesuatu yang positif apabila kamu ada pemain yang berbakat sepertinya.
"Dua musim pertama di negara lain memang selalunya menyukarkan tetapi saya rasa jika kamu ada mentaliti yang tepat seperti- nya ketika ini, dia akan meningkat lagi."
The Reds akan berdepan Thailand di Bangkok hari ini pada siri jelajah pramusimnya ke Asia, termasuk juga Singapura.
Xabi Alonso yang dikaitkan dengan Real Madrid, menyertai kunjungan itu bersama skuadnya dan Benitez enggan memberi sebarang komen mengenai spekulasi terbaru.
"Alonso masih bersama kami dan dia akan diturunkan," kata- nya.
Sementara itu, Benitez menegaskan bahawa kunjungan mereka ke Asia kali ini bukanlah se- mata-mata untuk peluang pernia- gaan, sebaliknya bagi memberi peluang kepada peminat fanatik The Reds untuk mendekati mereka dengan lebih dekat.
"Kami mempunyai tugas untuk penglibatan dalam pemasaran bola sepak dan juga bersama peminat-peminat kami di rantau ini," tambah Benitez. - Agensi
PEMAIN Liverpool, Ryan Babel (kiri) diasak oleh pemain Thailand, Suree Sukha dalam perlawanan persahabatan di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi. - AP
BANGKOK - Liverpool sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Thailand dalam perlawanan pra-musim pertama di Stadium Nasional Rajamangala, semalam.
The Reds gagal mempertahankan gol yang dijaringkan Ryan Babel seawal minit keenam apabila pemain gantian skuad bimbingan Peter Reid itu memperoleh gol penyamaan melalui pemain gantian, Panupong Sutee pada minit ke-72.
Thailand terlebih dahulu melakukan serangan terhadap pasukan bimbingan Rafael Benitez dan Datsakorn Thonglao melakukan percubaan dari jarak 28 meter, namun bola tersasar.
Liverpool yang rata-rata menurunkan pemain muda memperoleh gol pertama melalui penyerangnya, Babel pada minit keenam selepas menerima hantaran dari ketua pasukan, Jamie Carragher.
Selepas 15 minit beraksi Thailand lebih banyak bertahan tatkala Liverpool melakukan beberapa serangan melalui gandingan penyerang muda, David Ngog dan Krisztian Nemeth.
Pada minit ke-20 Lucas melakukan hantaran cantik kepada Babel, namun sepakan voli yang dilakukannya tidak menepati sasaran.
Sebaik separuh masa kedua bermula The Reds melakukan tujuh pertukaran dengan memasukkan pemain berpengalaman termasuk Glen Johnson, Andriy Voronin dan Javier Mascherano.
Mascherano melakukan percubaan dari jarak jauh pada minit ke-63 tetapi ditumbuk keluar oleh penjaga gol Thailand, Kosin Hathairattanakool.
Thailand memperoleh gol penyamaan pada minit ke-72 hasil gerakan menarik Sutee yang berjaya melepasi pertahanan Liverpool.
Pada minit ke-80 Liverpool memasukkan penyerang sensasi mereka, Fernando Torres menggantikan Daniel Pacheco, namun gagal mencari gol kemenangan sehingga perlawanan tamat.