[quote]Originally posted by iDputera at 18-11-2008 03:56 PM
pipah ku intai ditepi pintu
sambil makan sekeping roti
betul ker kata2 mu itu
gaya bahasa lain dimengerti
Originally posted by iDputera at 18-11-2008 05:02 PM
jangan fikir yang bukan2
jika tak tahu,cepat2 BERtanya
semuanya sudah ditentukan
TERima saja yg seadanya...
--------------------------------------
hang jebat gagah perkasa
tuah dilawan s ...
MakNgah dr Gunung Tahan ada tahi lalat di kiri pipi hidup ini penuh dgn dugaan apakan daya,semuanya kena dihadapi
kalau tak esok pasti lusa
begitulah ramalan hari raya
manakan tidak resah sentiasa
mudah percaya senang diperdaya
* yes kanda id....
---------------------------------------------
lepas hujan pucuk bercambah
rindu dikirim berpucuk surat
mengapa bicara sudah berubah
adakah maksud yang tersirat...
MakNgah dr Gunung Tahan
ada tahi lalat di kiri pipi
hidup ini penuh dgn dugaan
apakan daya,semuanya kena dihadapi
-------------------------------------------------
akar menjalar ditengah hutan
lembah berduri mencari jalan
jangan dikejar segunung intan
cukuplah berkat jadi amalan...
Originally posted by iDputera at 19-11-2008 03:47 AM
MakNgah dr Gunung Tahan
ada tahi lalat di kiri pipi
hidup ini penuh dgn dugaan
apakan daya,semuanya kena dihadapi
-------------------------------------------------
akar menjalar ditengah hu ...
dalam kelas dapat nombor 4
berkawan baik dgn anak jiran
yang dikejar pula xdapat
yang dikendong abis BERcucuran
Originally posted by iDputera at 18-11-2008 04:44 PM
penat kan kalau berjalan kaki
kalau naik keta cam rasa malas
senang2 pipah ni nak kata lelaki
mana nk mengerti maksud tak jelas......
'oppocottt.....!!!..
Bila memandu berhati-hati
Takut nanti menyesal sakan
Kalau payah untuk mengerti
Lupakanlah saja tak yah teruskan....
Originally posted by iDputera at 21-11-2008 04:04 PM
dari petang hingga ke senja
kesibukan dia sangatlah paham
mendatang sini mencari dinda
hendak balas pantun xder ilham......
'harap dinda ceria sllu.......
bunga lili dalam kolam
hampas padi kena ditampi
datang sini lewat tgh mlm
yang disana tgh diulit mimpi
Originally posted by salju at 22-11-2008 01:54 AM
hajat nak pegi ke sg petani
singgah sekejap di bandar paka
lama benar tak singgah di sini
harap semuanya sejahtera belaka
sudah kenal sejak dr mula
tiga tahun di atas pesada
Salju datang sekali sekala
hilang juga rindu di dada