CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 14-5-2008 06:00 PM | Show all posts
hebatnya amalan bulan ramdhan..bila nak pi nie...semoga ALLAH murahkan rezeki semua dalam forum nie untuk pergi umrah ramadhan insyaALLAH...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 06:02 PM | Show all posts

Reply #1725 rinafarha1709's post

Betul tu..yang ada pm dgn Rina..sebelum pi umrah hari tu..
Yang tanya pasal Niat Umrah bersyarat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 06:05 PM | Show all posts

Reply #1726 Rosputih's post

Kak Ros siap beli kerusi duduk lipat tu..pasal nak duduk kat masjid lama..
Terpaksa bawa balik....tak muat masuk beg..suami bising sikit ..
Banyak sangat mak nenek yg di bawa balik.
Suami memang tak suka beli apa apa kalau pi Mekah..
Habis tinggi dia akan tempah Jubah di Jedah setiap kali dia pi Mekah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 06:13 PM | Show all posts

Reply #1727 HUSSAINTAHIR's post

Hussain... kalau cerita pasal Nasi Mandi..suami Mak cik pun suka makan nasi kambing.
Kalau pi Mekah mesti punya kita orang akan pergi berbuka or bersahur nasi mandi kambing.
Tapi Mak cik tak makan kambing...so Mak cik makan ayam aje...
Tapikan kalau makan nasi aje pun dah cukup sedap...
Kalau Hussain teringin sangat Makan Nasi Mandi ,,dekat Malaysia pun ada.
Dekat Chulan square..sebelah Pavilion KL.
Restoran Hadramaut..
Marilah Mak cik belanja...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 06:17 PM | Show all posts

Reply #1722 aziefa's post

Dengan keizinan Allah,  Kakak  telah berpeluang beberapa kali  mengerjakan umrah di bulan  Ramadan, di awal dan akhir Ramadan.  Tahun lepas  pada mulanya bercadang ingin menggambil pakej 14 hari terakhir Ramadan, tetapi memandangkan harga yang ditawarkan berbanding manfaat yang akan diperolehi sekiranya mengambil pakej sebulan Ramadan, dengan persetujuan suami, kami  memutuskan mengambil pakej sebulan Ramadan dan mengambil cuti rehat yang agak panjang  yang  memang dikumpul  untuk tujuan berumrah.

Kakak tinggal di hotel Wardatul Mona, hotel taraf biasa sahaja  di kawasan pasar zing yang kini  sudah pasti telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan.  Kakak balik pada 2 hariraya kerana  memang  sengaja memilih untuk balik lewat sehari dua untuk merasai suasana berhari raya di Makkah pula  kerana sebelum ini  kakak balik pada malam hariraya atau pada pagi hariraya, tak sempat nak merasai  bersolat sunat hariraya di Masjidl Haram.

Malam terakhir berpuasa, bila imam sebak membaca  surah ketika solat Isya', hati berkata mungkinkah hari ini hari terakhir berpuasa kerana imam telah merasai kesedihan Ramadan akan meninggalkan kita semua.  Jemaah menunggu-nunggu sambil berbual sesama sendiri , adakah lagi solat tarawih malam itu.  Bila kami lihat  wargatua, ibu-ibu dan anak-anak  keturunan arab yang datang berkumpulan untuk solat mula mengemas barangan mereka dan mengangkat beg masing-masing sambil berpeluk-pelukan, tahulah kami hari esok adalah hariraya Aidilfitri dan kamk jjuga  beransur-ansur pulang ke tempat penginapan dengan perasaan yang hiba juga.

Esoknya selepas solat suboh, kakak ingat nak balik ke hotel sekejap sebelum  kembali semula ke masjid untuk solat sunat aidilfitri.  Bila kakak keluar dari masjid nak menuju ke jalan raya, di luar masjid telah penuh sesak dengan jemaah, termasuk di laluan dan jalan-jalan raya hingga kakak tak lepas nak lalu.  Kakak berpatah balik dan masuk semula ke masjid menunggu waktu solat sunat aidilfitri.  Menurut suami kakak beliau dapat keluar untuk pulang ke hotel  pada awalnya, tetapi bila nak ke masjid semula, jalanraya telah penuh sesak hingga menyebabkan beliau tidak dapat masuk semula  ke dalam masjid dan hanya mampu  bersolat di jalanraya sahaja. Begitulah suasana di sekitar Masjidil Haram ketika pagi raya aziefa.  Selain tu tiada kemeriahan seperti di malaysia, cuma kita dapat lihat kanak-kanak dan gadis-gadis manis arab yang berpakaian menarik dengan jubah modennya.

Di malam 10 terakhir juga, kalau di waktu malam,  kita tak tau betapa sesaknya di luar masjid ketika solat tarawih kerana kita selalu berada di dalam masjid. Ada rakan yang menceritakan beliau solat  tarawih 8 rakaat sahaja dan ingin pulang ke hotel, tetapi tak dapat nak keluar dari masjid kerana tiada laluan dan suasana yang sesak dengan jemaah higga ke jalan-jalanraya dan kaki lima kedai.

Insya Allah aziefa, kalau diizinkan Allah mungkin suatu hari nanti kita semua akan dapat bersua muka kerana kita menceritakan pengalaman di sini tiada niat lain, kecuali semata-mata kerana Allah dan mana-mana kesilapan dan teralpa, mohon diampuni Allah SWT. Semoga Alalh swt merahmati dan memperkenankan doa kita semua.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 06:25 PM | Show all posts

Reply #1731 Rosputih's post

Ya..Allah seronoknya Kak Ros dapat duduk kat Mekah penuh sebulan Ramadan.
Teringin sangat nak duduk kat Mekah sebulan dlm bulan Ramadan...
Tapi sekarang tak boleh coz ada anak  ..kesian pulak Raya nanti anak tak de Mak Bapa...
INsyallah kalau umur panjang  ...anak dah besar dah kawin..keinginan itu memang ada...
moga tercapai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2008 08:45 PM | Show all posts
?v=0

Gambar dari Jendela Bilik Penginapan Tingkat 10 Marwa Tower.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:59 PM | Show all posts
Assalamualaikum Hussain...
Terima kasih ajar Mak Cik macamana nak paste gambar kat sini..
Testing..berjaya...pandai anak mak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 09:06 PM | Show all posts
waalaikumsalam tahniah makcik..tak payah saya hantar email baru ingat nk hantar malam nie hehehe

makcik hadramawt restaurant tu nasi mandi dia sedap ke..kalau sedap boleh pi makan...
sebab yg tu yemen restaurant..original taste mcm arab ke? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 09:07 PM | Show all posts

Reply #1732 aziefa's post

seriously to say it is a nice picture to share..marwa tower nie hilton tue kan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 09:27 PM | Show all posts

Reply #1735 HUSSAINTAHIR's post

Marwa Tower tu sebelah Hotel Hilton.
Hussain tengok gambar Dindon paste #1436.
Bangunan warna Hijau..yg nampak ada 3 bangunan.
Dari kiri tulah Marwa Tower sebaris dgn nya Safa Tower dan belakan dia Zam Zam Tower.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 09:31 PM | Show all posts

Reply #1734 HUSSAINTAHIR's post

Itu memang Yemen Restaurant...Mak cik belum cuba lagi makan kat situ..
Suami Mak cik yang beritahu...
INsyallah hujung minggu ni mungkin makan kat situ..suami ajak makan.
Nanti Mak cik rasa sedap ke tidak...???
Tapi yg Mak cik makan kat Mekah...nama restaurant dia pun Hadramaut kat Aziziah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 09:36 PM | Show all posts
hehe i know the place..besarkan menara tue...mesti seronok duduk situ..hehhe...makcik cuba dulu nanti bagitahu saya sedap ke tak nasi mandi kt situ... heheh! nanti saya balik kl..boleh try skali...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 09:39 PM | Show all posts
?v=0

Saya Budak baru belajar.Testing..
Gambar dari bilik penginapan Tingkat 10 Marwa Tower.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:20 PM | Show all posts
ala hussain ajarlah aunty rina cara cara paste gambar....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:28 PM | Show all posts

Reply #1740 rinafarha1709's post

Semoga sedikit sebanyak gambar yang saya paste tu dapat mengubat rindu Rina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 14-5-2008 06:02 PM
Betul tu..yang ada pm dgn Rina..sebelum pi umrah hari tu..
Yang tanya pasal Niat Umrah bersyarat tu...


rina mmg cari posting akak sbb nak baca pengalaman 6 hari kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:32 PM | Show all posts
cantik sgt gambar yg akak paste tu...bertuah nya bilik hotel permandangan masjidilharam..thanks byk2 sudi kongsi gambar.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 12:33 AM | Show all posts

Reply #1723 rinafarha1709's post

akak teringin sangat nak p umrah musim posa ni...cuma tk tahu lg nk p awal/ akhir ramadhan....
skrg akak dok intai2 kat iklan pakej umrh musim posa..smuanye 8ribu lebih...tp kalu 10 akhir lg mahal...lg pun hotel yg dkt dgn masjid dh tk ade...yg paling2 dekat pun hijaz hotel (belakang hilton).
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 07:39 AM | Show all posts

Reply #1734 HUSSAINTAHIR's post

Wah...wah... nampaknya hussain kena ajar ibu juga, ibu pun tak pandai selama ni nak paste gambar .... maklumalah generasi lama husssain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.082716 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list