|
Nicki_Meow posted on 19-4-2013 10:21 AM
Arrgghhh...semua sibuukkk dengan cincin ke hulu ke hilir! >>>>>> Ayat dengki
hahahahahahah.
INiiiiiii semuaaa poyoooooo.
nota kaki : kucing tu gaya macam nak mengorat si eddie.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 19-4-2013 10:21 AM
Arrgghhh...semua sibuukkk dengan cincin ke hulu ke hilir! >>>>>> Ayat dengki
Cair jugak hati ai yg tengah emo niii...
|
|
|
|
|
|
|
|
comeinye nicki... rasa nak picit2... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 50
Kampung Bharu.
4 hari yang lalu.
“Syirah! Baik kau cakap betul-betul tentang Rahul.”
“Cakap apa?”
“Tadi tu...Rahul cakap dengan aku dia dah Islam. Kalau dia Islam mana pulak datangnya idea memurtadkan orang ni? Kau main petik aje, ya?”
“Dia kata dia dah Islam?”
“Dia cakap... sama akidah... Kalau sama akidah dengan Jiha, maknanya sama akidah dengan kita ni... Dah Islamlah, kan?”
“Atau... Jiha yang dah ikut agama dia?”
“Kau biar betik! Tak kanlah Jiha dah murtad? Aku tengok elok aje dia bertudung.”
“Allah! Macam-macam cara orang boleh buat untuk sorok rahsia. Awak pernah dengar cerita mengenai seorang perempuan yang selalu berjubah? Nampak warak tapi rupa-rupanya dalam jubah dia ada salib.”
“Astaghfirullahala'zim! Betul ke ni?”
“Kat pejabat saya tu, bertimbun kes murtad yang masih belum selesai. Permohonan untuk murtad pun ada, tau!”
“Biar betik!” Sekali lagi Lili tak percaya.
“Dunia akhir zaman, Lili! Zaman fitnah berleluasa. Sekarang ni, orang yang nampak baik pun belum tentu boleh dipercayai. Sebab itu kita kena berhat-hati. Orang perempuan ni Lili... kalau masuk bab cinta... punah. Sanggup korban apa saja. Bukan setakat korban harta atau pun nyawa. Agama pun sanggup tau!”
“Tapi dia suruh kau buat report kalau betul dia cuba memurtadkan perempuan Melayu.”
“Saya tak cukup bukti, macam mana nak buat report?” |
|
|
|
|
|
|
|
syanamir posted on 19-4-2013 10:27 AM
comeinye nicki... rasa nak picit2...
Siapa? Eddie ke Nicki?
- bp Pn Meow.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Aku kan Syirah.... kadang-kadang rasa macam susah je nak percaya apa yang kau cakap ni. Kalau kau tak cukup bukti, kau tak boleh tuduh dia senang-senang macam tu, kan? Itu fitnah namanya!”
“Err...”
“Ni, Jiha pergi mana? Dah berapa hari dia tak balik...”
“Entah... Dia tak beritahu apa pun. Agaknya dia merajuk sebab awak tuduh dia rampas Eddie.”
“Eh, yang kau tu? Kau lagi teruk tuduh dia murtad tau!”
“Saya tak kata dia murtad. Saya cuma takut dia ikutkan sangat perasaan cinta dia tu. Saya cuma nak mengingatkan dia supaya jangan terpengaruh dengan Rahul.”
“Ah... banyaklah kau punya alasan. Sudahlah! Aku pergi layan forum lagi baik.” Lili kemudiannya meninggalkan Insyirah di ruang tamu.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
geramnya dengan syirah ni.. emo terlebih |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 19-4-2013 10:30 AM
Siapa? Eddie ke Nicki?
- bp Pn Meow.
tentulah nicki yg pandai menaip lagi comei....bkn nicki yg pandai mengeow...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 19-4-2013 10:30 AM
Siapa? Eddie ke Nicki?
- bp Pn Meow.
nicki the cat.....
eddie tu bukan taste iollls....
|
|
|
|
|
|
|
|
Insyirah termenung di birai katilnya sambil mengingatkan kembali kata-kata Lili. “Awak dah Islam, Rahul? Tapi sejak bila?”
Kemudian teringat pula kata-kata Rahul ketika bertemu dengannya buat kali pertama setelah tiga tahun berpisah. Menurut Rahul, dia tak pernah memberi ruang dan peluang.
“Mungkin betul katanya. Kenapa aku tak dengar dulu penjelasan darinya? Ya Allah! Aku dah memfitnah dia! Astaghfirullahala'zim!”
Lama dia bermenung mengenangkan kesalahan yang telah dia lakukan kepada Rahul. Kemudian dia buka laci yang terletak di tepi katil. Gambar Rahul dikeluarkannya. Dan dia kembali menatap wajah tampan yang pernah bertakhta di hati...
“Kalau betul, awak dah Islam, maafkan saya Rahul. Saya tuduh awak tanpa usul periksa.”
“I miss you!” Kata-kata Rahul bergema di cuping telinga.
“Benarkah, Rahul? Did you really really mean it?” Dia kembali termenung.
“Kalau benar, mahukah awak maafkan saya dan...” Bicaranya terhenti buat beberapa ketika lamanya.
“Terima saya balik?” Perlahan dia meluahkan hasrat hati. Hasrat yang telah lama dia cuba semadikan namun tak pernah berjaya. Sebaliknya hasratnya itu terus terpendam di lubuk hati yang paling dalam. Dan nampaknya hasrat itu sudah mula bangkit perlahan-lahan sejak pertemuan dahulu....
Apabila teringatkan Najiha, hatinya kembali berkocak. Dia mula memikirkan sejauh mana hubungan Rahul dan Najiha.
“Awak cintakan Jiha, Rahul? Kalau tak, masakan awak beria-ia mahu mempertahankan dia. Apakah saya sudah tiada lagi dalam ruang hati awak?”
Nafas beratnya dihela panjang. “Walaupun marah dan sakit hati dengan sikap awak dahulu, saya sebenarnya tak mampu terus membenci dan saya tak mampu melupai. Semakin saya membenci dan semakin saya cuba melupai, semakin melekat awak dalam ruang hati saya....”
Rahul... nama dan kenangan bersama lelaki itu masih menempati di suatu sudut kecil dalam ruang hatinya yang paling dalam. Mungkin benarlah kata orang, cinta pertama amat sukar dipadam.
**********
Habislah... pasti ramai yg |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 19-4-2013 10:31 AM
Nicki bukan nak ngorat Eddie.....dia nak mintak makan sebenarnya. Tuan tengah bersedih, lupa nak l ...
hahahahhahah.patutttt la meleser semacam
notakaki: lama tak nampak auntie.Dia pi melawat anak dia kat oversea ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 19-4-2013 10:34 AM
tentulah nicki yg pandai menaip lagi comei....bkn nicki yg pandai mengeow...
Betul betul betul... Tentu comel dgn perutnya yg boroi!
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 19-4-2013 10:39 AM
Insyirah termenung di birai katilnya sambil mengingatkan kembali kata-kata Lili. “Awak dah Islam, R ...
ohhhhhhhhhhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 19-4-2013 10:41 AM
*tersipu-sipu malu....
hahahaha.....
nicki & baby mmg genius...
|
|
|
|
|
|
|
|
freddianza posted on 19-4-2013 10:42 AM
hahahahhahah.patutttt la meleser semacam
Patutlah dia reply sekali aje tred Fred Kougar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama aku merenung cincin pemberian Rahul yang tersemat di jari. Kata Rahul, ini adalah lambang penyatuan hati kami. Baru hati saja yang bersatu, katanya lagi. Aku tersengih malu. Dan mukaku berbahang sebaik sahaja teringatkan satu lagi perbualan dengannya semasa di kampung, di tepi sawah padi...
“Buat masa ini, nampaknya saya cuma boleh memiliki hati awak dulu.”
“Maksud awak?”
“Saya akan berikan satu lagi cincin. Dan cincin yang kedua itu nanti adalah sebagai lambang penyatuan dua jiwa. Bukan dari sudut hati dan nurani sahaja... semuanya sekali. And, on that day... you are totally mine. Honey, I can't wait to hold you in my arms, to kiss your tears away and...”
Aku tekup kedua-dua telingaku yang berselimut tudung. Aku tak mahu dengar dia meneruskan ayat-ayat menggodanya. Bulu tengkuk aku sudah meremang.
TOK.. TOK..TOK.. Bunyi ketukan pintu bilik menyedarkan aku. Uhh... aku termalu sendiri apabila aku mendapati kedua telapak tanganku berada di kedua cuping telinga. Ahh... berangan tak sudah!
“Masuk!” Tangan dijatuhkan. Aku mengagak ketukan itu dari Lili.
TOK.. TOK..TOK.. Sekali lagi ketukan berbunyi. Aku bangkit dari katil dan menuju ke pintu.
“Ya, Lili... masuklah. Macam tak biasa.” Aku pandang wajah Lili yang tampak serba-salah. Kemudian aku tarik tangannya.
“Jiha! Aku minta maaf...” Suara Lili kedengaran tertahan.
“Dah... dah... Jangan nangis. Buruk!” Aku cuba melawak, padahal Lili tak menangis pun.
“Kau... mana ada aku nangis. Aku sebak aje.” Lili tersengih kecil. Kami sama-sama melabuh duduk di atas katil bujangku.
Lili menunduk. Mungkin dia malu apabila wajahnya aku tenung. Aku tahu dia bukan malu sebab aku renung dia tapi dia malu dengan sikapnya yang terburu-buru menuduh aku mahu merampas Eddie darinya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|