belum lawan lagi kat goodison?? uiks..
sudugaru Post at 14-3-2012 09:04 AM
eh eh.. ape yg aku kerepekkan ni? malu malu.. maksud aku kalo lawan kat goodison..lineup king kenny tak macam ni..
sorryla..pakcik dah tua.. pagi pagi blur sket..
Gerrard cabar Liverpool akhiri musim dengan cemerlang
2012/03/14
LIVERPOOL: Stevan Gerrad mencabar Liverpool supaya menamatkan musim ini dengan cemerlang selepas menyumbatkan tiga gol hatrik pada perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Gerrard muncul pemain pertama Liverpool sejak Ian Rush pada 1982-83 menjaringkan tiga gol menentang Everton ketika kelab itu mencatat kemenangan 3-0 ke atas jiran mereka di Anfield.
Kemenangan itu menamatkan penyeksaan mereka selepas tumpas dalam tiga perlawanan iaitu kepada Sunderland, Arsenal dan Manchester United dan kini meletakkan Liverpool dua mata di belakang kelab di tangga keenam, Newcastle United. - AFP