|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Reply #1732 haziq_97's post
could be la haziq...
ingat dulu my aunt went haj
they took bilik berdua tu
baru 25k soang..
skang ntalah yerk..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayangan_rindu at 15-9-2008 08:16 AM ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
salam semua......
Pengelola pakej haji yang telah saya dan suami pilih telah menelefon serta meminta saya dan suami membuat bayaran baki setelah di tolak RM7,562 (potongan wajib TH).
Jantung s ...
Sesungguhnya sesiapa yg berada dalam situasi sebegini akan merasa resah . Tidak dapat dibayangkan keresahan di dalam
hati . Ianya agak sukar digambarkan kerana kami juga pernah mengalaminya pada tahun 2007 . Sesungguhnya qada dan qadar , rezeki itu telah ditentukan sejak azali lagi . Hanya ALLAH yang maha mengetahui setiap yang akan berlaku kepada hambaNYA .
Bayangkan apabila mengetahui rakan-rakan lain yang sama2 mengikuti kuliah dan ceramah haji saban hujung minggu telah mengetahui status pemergian mereka, kami masih dalam status "menunggu rayuan". Bayangkan apabila mereka semua telah dipanggil secara berkumpulan utk melakukan pemeriksaan kesihatan sedangkan tiada apa2 berita tentang permohonan rayuan kami. Apabila diajukan secara panggilan ke LUTH , status kami masih lagi dalam pertimbangan dan belum ada kata putus samada dapat pergi atau tidak. Namun kami tidak berputus asa dan usaha yang terus dilakukan ialah memanjat doa ke hadrat ALLAH SWT agar kami dapat mengunjungi Baitullah dan mengerjakan rukun yang ke 5 ini pada tahun ini juga kerana kita sebagai manusia tidak mengetahui samada masih adakah nafas , nyawa dan kesempatan yang diberikan kepada kami oleh ALLAH di mukabumi ini pada hari2 yang mendatang. Selepas itu, hanya berserah kepada ALLAH secara total .
Proses kelulusan kuota haji dan status kita samada dapat pergi atau tidak hanya dikeluarkan oleh LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI . Itulah sebabnya kita membuat rayuan kepada LUTH bukan kepada pihak pakej . Selepas mendapat keputusan status pemergian kita, barulah kita diberi pilihan samada mahu mengerjakan haji secara muasasah atau pakej haji swasta. Tabung Haji Travel Services merupakan salah satu pakej haji swasta namun ia mempunyai kelebihan dari segi kuota kerana ianya merupakan anak syarikat LUTH. Ada orang beranggapan jika berdaftar dgn pakej, "garenti" dapat pergi . Ini merupakan satu tanggapan yang salah .
Saat hari raya Aidil Fitri yang akan tiba nanti , saya terkenang akan peristiwa yang berlaku pada tahun lepas . Segala persiapan yang kami lakukan hanya dari segi kerohanian sahaja dalam mempersiapkan diri sekiranya terpilih sebagai tetamu ALLAH . Tiada persiapan lain kerana masih belum mendapat kata putus. 2 hari sebelum pulang bercuti sempena hari raya, kami dikejutkan dgn panggilan telefon dari pejabat LUTH berdekatan utk urusan pasport haji. Maka kepulangan ke kampung terpaksa ditunda . Gambar untuk pasport haji juga belum dilakukan. Dalam keadaan yang tergesa2, semua urusan perlu disiapkan dalam 2 hari . Begitu juga dgn urusan pemeriksaan kesihatan dan buku kesihatan . Alhamdulillah, semuanya berjaya diselesaikan . Dalam hati hanya ALLAH saja yang mengetahui kegembiraan kami. Inilah hadiah penghujung ramadhan yang sangat bernilai yang tak terucap dgn kata-kata.
Jadi kepada bay.. , bersabarlah dan perbanyakkan doa . Insyallah apa yang kita hajati akan dimakbulkan oleh ALLAH . Sekiranya tidak dimakbulkan , jgnlah kita bersangka buruk kerana ALLAH SWT maha mengetahui apa yang terbaik kepada hambaNYA.
![](http://i52.photobucket.com/albums/g24/zaman2859/MEKAH%202007/27123168.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...
Kalau sweetmama emotional... ustaz lagi emotional...
hari ni 16 September... genap satu tahun lepas ustaz kembali dari menunaikan umrah.
Dan dalam penerbangan 45 minit sebelum mendarat, ibu mertua saya yg bersama2 saya telah pengsan.
Jantungnya semakin lama semakin lemah... dan dia telah pergi begitu sahaja dgn tenang sekali. Tahun itu kami sambut hari raya dgn kesedihan. ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1735 rezeki's post
Tahun ni berbeza rasanya. Walaupun belum mendapat pengesahan daripada LUTH, segala urusan pemeriksaan kesihatan, tangkap gambar passport, tandatangan passport dan juga mengambil suntikan Meningitis tetap dilakukan oleh bakal Haji. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 16-9-2008 11:29 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam...
Kalau sweetmama emotional... ustaz lagi emotional...
hari ni 16 September... genap satu tahun lepas ustaz kembali dari menunaikan umrah.
Dan dalam penerbangan 45 minit sebelum menda ...
innalillah...
al-fatihah...
byk nya knangan...terpahat didalam hati kita ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun kenaikan mendadak.. tapi sesiapa yng terpanggil menjadi tetamu ALLAH pasti mereka x berganjak lagi keran peluang wajib hanya sekali yng penting lengkapkan diri dgn ilmu.. bab ongkos tu . rezeki ALLAH yg beri ..insyaallah... x pernah lg yg dengar ada jemaah yg papa sekembalinya dari menunaikan ibadah haji ataupun umrah...malah berlipat kali ganda plak tu..nawaitu tu yg pentingkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HarizAzhari at 16-9-2008 11:37 AM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Tahun ni berbeza rasanya. Walaupun belum mendapat pengesahan daripada LUTH, segala urusan pemeriksaan kesihatan, tangkap gambar passport, tandatangan passport dan juga mengambil suntikan Meningit ...
tahun lepas sama jugak Hariz
those on standby list pun kena pergi buat pemeriksaan dan etc etc.....
begitu juga ketika hadiri kursus perdana...d final kursus |
|
|
|
|
|
|
|
'Jadi kepada bay.. , bersabarlah dan perbanyakkan doa . Insyallah apa yang kita hajati akan dimakbulkan oleh ALLAH . Sekiranya tidak dimakbulkan , jgnlah kita bersangka buruk kerana ALLAH SWT maha mengetahui apa yang terbaik kepada hambaNYA.'
Bay,
Benar sungguh apa yang dikatakan oleh rezeki seperti di atas.
Pintu rezeki untuk menunaikan haji masih lagi berbuka dan ketentuan di tangan Allah jua. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by haziq_97 at 16-9-2008 12:04 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Walaupun kenaikan mendadak.. tapi sesiapa yng terpanggil menjadi tetamu ALLAH pasti mereka x berganjak lagi keran peluang wajib hanya sekali yng penting lengkapkan diri dgn ilmu.. bab ongkos tu . ...
betul sangat2...
remember d sept 11 incident
ketika tu my uncle di jadualkan utk berangkat for umrah...
ramai dlm his group, withdraw ..
he and famiili proceed terus..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 16-9-2008 11:29 AM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Salam...
Kalau sweetmama emotional... ustaz lagi emotional...
hari ni 16 September... genap satu tahun lepas ustaz kembali dari menunaikan umrah.
Dan dalam penerbangan 45 minit sebelum menda ...
Assalamualaikum ustaz,
lama tak nampak ustaz di sini.
Masing-masing sedang mengimbau pelbagai kenangan
Kakak juga mempunyai kenangan tersendiri kerana berada di bumi Madinah ketika menyambut hari lahir kakak tahun lalu.
Mendapat kiriman sms ucapan dari rakan-rakan di Malaysia ketika itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 16-9-2008 12:07 PM ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
'Jadi kepada bay.. , bersabarlah dan perbanyakkan doa . Insyallah apa yang kita hajati akan dimakbulkan oleh ALLAH . Sekiranya tidak dimakbulkan , jgnlah kita bersangka buruk kerana ALLAH SWT ma ...
Betul tu kak Ros. It semua rezeki.
Nak cerita pasal rezeki ni, ada sorang jemaah haji lelaki sama maktab dengan saya menunaikan haji tanpa isteri disebabkan isteri bersalin pada waktu itu. . Tahun 2007 saya dengar suami isteri ni dapat pergi lagi. Yang herannya mereka ikut muasassah juga seperti suami tahun lepas. Kami tanyalah macam mana suaminya dapat pergi lagi sedangkan dia baru je tahun sebelumnya dah buat haji. Sebenarnya suami ni pergi merayu kat LUTH ceritakan keadaannya, katanya isteri dulu bersalin tak dapat ikut serta jadi kali ni dapat pergi tapi tak ada mahram. Mula mula LUTH tak luluskan rayuan suami ni pasal itu adalah peraturan tapi suami ni kata kat LUTH mana lebih penting mahram atau peraturan . Rezeki dia dapat pegi berturut turut tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak imbau kenangan haji lalu...
ustaz dan isteri masa berlepas ke Jeddah pada wedding anniversary kami yg ke 11... dan kami pulang ke Kuala Lumpur pada hari lahir isteri saya yg ke 33... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1740 Sweetmama's post
Ooo ye ke? Itu yang suspens sesangat tu.
Tapi sebelum ni, katanya mereka yang on stand-by list tak terlibat kursus perdana dengan urusan membuat passport. |
|
|
|
|
|
|
|
Ish..rindunya nak ke ke Mekah Madinah lagi. Bila tgk solat terawikh live kat Astro, syahdu aje rase di hati. Ntah bila la lagi boleh jejakkan kaki kesana... |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua.........
terima kasih di atas kata kata semangat yang telah diberikan oleh rakan rakan semua yang ada di sini. Bersemangat juga untuk menulis pada pagi ini.
Tahun lepas saya dan suami merupakan bakal jemaah berstatus 'rayuan' di TH. Kami juga mendaftar dengan syarikat tempat suami bekerja ( awal awal lagi pada tahun 2007 ) kerana setiap tahun kerajaan Arab Saudi menghantar lebih kurang 80 jemputan. Tahun lepas juga baru saya faham akan bilakah kita perlu menghantar surat "rayuan". Jumlah tabungan wajib ada dalam akaun TH juga apa perbezaan jemputan kerajaan Arab Saudi dan kuota dari TH untuk bakal bakal jemaah. Senang cakap "memang tidak faham" kerana selama hari ini cuma tahu ada kuota yang telah diberi oleh Arab Saudi kepada Malaysia. Kerana tidak terlibat urusan pemergian ke tanah suci untuk mengerjakan haji. Saya juga tidak pergi kursus haji kerana kemalasan mengatasi segala galanya. Konon konon boleh baca buku aje. Juga tidak tahu bila kursus haji bermula. Ini lah keadaan saya pada tahun lalu. Membaca dan membaca membuatkan saya menjadi takut kerana saya tahu saya sungguh jahil kerana faham haji ini bukan sahaja perbuatan malah lebih dari itu pengisian nya.
Pengalaman tahun 2007 itu telah membuatkan saya lebih bersedia. saya mulakan tahun 2008 dengan persiapan yang lebih tersusun. Awal awal tahun sudah ke TH menghantar surat rayuan. Syukur dan gembira kerana dari status rayuan telah berubah kepada "standby". Pergi kursus anjuran TH setiap minggu ( ada juga yang termissed ) dan jika berkesempatan menyertai juga kursus haji anjuran pengelola pakej yang bakal dipilih. Sebagai bakal jemaah "standby" kami juga di panggl oleh TH menyertai kursus intensif, pemeriksaan kesihatan, urusan passport haji & mengambil barang2 keperluan haji. Semasa kursus intensif di pejabat TH, saya dan suami cuma berdiam diri melihat bakal bakal jemaah yang sibuk mengambil passport haji untuk menampal gambar. Kerana sedar diri kami calon "standby"........ sehinggalah petugas pada hari tersebut memaklumkan kepada sesiapa yang belum menampal gambar sila lah berbuat demikian. Masih tak faham lagi sehinggalah saya bertanya dengan rakan yang duduk disebelah..... dia pun jawab ...... semua yang datang hari ini dah siap passport haji. kami berdua tiada gambar pun untuk di tampal pada hari itu dan datang kembali pada hari yang lain untuk tujuan passport haji itu.
dari awal tahun kami telah bersedia......... pengisian rohani ..... dan bagi menguatkan otot otot kami berjogging Sebelum ini saya malas solat sunat tapi kini sudah ada perubahan. Tahun 2008 ini saya menjadi diri saya yang sungguh "baru".
Saya masih tidak putus putus berdoa supaya saya dan suami serta abang ipar dan isteri menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini.. Saya rasa sungguh tenang.... kerana jika kali ini rezeki kami maka insyallah itu adalah hak kami jika sebaliknya .......kami taidak akan berputus asa dan akan senantiasa berdoa untuk rezeki musim haji yang seterusnya. Bukan gelaran haji atau hajjah yang kami kejar.
Begitu lah coretan rasa di pagi hari ......... dari Bakal hajjah "standby" ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
[ Last edited by bayangan_rindu at 17-9-2008 09:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|