Originally posted by masarju at 10-4-2008 06:35 PM
waktu malam ada bintang
bilang bintang dgn jari
ku sangka panas hingga ke ptg
rupanya hujan di tengah hari
sarung cincin dihujung jari
hadiah untuk dia yang baru dibeli
kalau hujan ditengah hari
sabarlah petang nanti panas kembali.......
Originally posted by itik_serati at 12-4-2008 08:17 AM
Sayang ku....
Pergi ke pasar di hari minggu
Keringat menitis dek panas mentari
Biarlah berkasih pada yang satu
Agar tak berpisah di kemudian hari...... '......
tali pedati didalam sampan
apa pastikah adanya harapan..........
Originally posted by jusoren12 at 12-4-2008 08:49 AM
Sungguh pandai adik memandu
Pasang aircond panas pun hilang
Kalau SMS tandanya rindu
Bila miss call tandanya sayang
merajuk dia xnampak bayang
ku simpan elok kuntum melati
kalau sms rindu, miss call sayang
jika selalu termimpi dah dekat dihati.........
Originally posted by jusoren12 at 15-4-2008 07:49 AM
bangun awal nak gosok gigi
lalu bersantap kuih yg disedia
masuk sini di awal pagi
kerana hendak menunggu dia
beli carrot untuk usagi
sayang usagi takde gigi
jus dah ke mandi pagi
si dia tak bgn tido lagi