CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 13-5-2008 10:59 PM | Show all posts

Reply #1703 dang_anum's post

Teringat masa solat terawikh di Mekah pada malam 29 Ramadan Tahun lepas...
Ya ..Allah ramainya manusia..disetiap ceruk jalan sampai keatas bukit belakang Hotel Dar tauhid Intercontinental...dgn keadaan yag berhimpit himpit.
Masa dia baca doa qunut bukan main panjang..masa tu menitis juga airmata bila membayangkan
mungkin beginilah keadaannya di Padang Mahsyar dimana kita hambanya meminta ampun dan mohon dilepaskan seksaan.Keadaan yag berhimpit peluh meniitis hampir basah baju...
Subhanallah...rasanya keadaan dia lebih ramai dari musim Haji...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 07:41 AM | Show all posts

Reply #1708 aziefa's post

syahdu saya baca pengalaman makcik..teringinnya nak pegi bulan puasa..insyaALLAH kumpul duit pegi bulan puasa pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 07:58 AM | Show all posts
hari hari teringat mekah dan madinah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:05 AM | Show all posts

Reply #1699 aziefa's post

kak azie....waktu bila bumbung masjid tu akan dibuka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:13 AM | Show all posts

Reply #1707 aziefa's post

kak azie....masa mak saya g umrah tahun lepas , saya ada minta mak amik gandum yg ditaburkan utk makanan burung kat Mekah tuh...
saja nk bg kawan yg belum mengandung.....s'rang kawan saya dah mengandung 6 bulan...tak tahu la hanya kebetulan atau mmg rezeki dr Allah...itupun saya penah terbaca kt dlm majalah mengenai pasangan yg sukar dpt anak..itu antara petua dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:20 AM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 14-5-2008 08:05 AM
kak azie....waktu bila bumbung masjid tu akan dibuka?


Masa di Madinah selalu bumbung masjid dibuka waktu diantara Maghrib & Isyak. Jadi waktu tu angin masuk sepoi sepoi dalam masjid. Nyaman nya.

Ada sekali tu masa menunggu nak masuk raudah (masa ni terlalu ramainya jemaah) kawasan menunggu tu sedikit panas akak berkata alangkah bagusnya jika payung tempat menunggu tu dibuka supaya redup sedikit (maaf edit sedikit), habis je akak berkata begitu payung tu terus terbuka kami kat situ memanjat syukur. Ada jemaah menegur, kata kata akak dimakbulkan he he!!!

[ Last edited by  aily at 14-5-2008 08:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2008 09:18 AM | Show all posts

Reply #1706 aziefa's post

Begitu juga dengan kakak aziefa, membawa bersama pesanan doa dan berdoa   untuk adik yang dah 10 tahun berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat lagi.  Setahun lepas itu kami mendapat khabar gembira beliau berbadan dua dan sekarang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 13 dan 10 tahun.  Begitu juga ketika mengerjakan umrah tahun lepas membawa bersama pesanan dan berdoa untuk rakan pejabat yang baru setahun lebih mendirikan rumahtangga, tetapi asyik keguguran sahaja.  Alhamdulillah, sekarang kandungannya berusia hampir 7  bulan dan kelihatan sihat sahaja.

Sebagai hambaNya  kita hanya mampu berdoa, berdoa dengan sepenuh hati dan ikhlas dan bertawakkal.  Segala ketentuan adalah milik dan kehendak Allah SWT jua.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 09:32 AM | Show all posts

Reply #1707 aziefa's post

Rupanya kita berada di dalam Rumah Allah yang paling mulia  dan berimamkan imam yang sama pada waktu itu  aziefa.  Hanya mereka yang pernah  berada di sana yang dapat merasai suasana sebenarnya.

Kepada rakan-rakan, anak-anak dan adik-adik, kalau berpeluang, aturkanlah  jadual, agar  anda dapat mengerjakan umrah di bulan Ramadan, terutamanya 10 terakhir Ramadan, agar dapat  merasai sendiri  nikmatnya beribadat di sana yang mana akan dirindui bila menjelangnya setiap Ramadan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 10:00 AM | Show all posts
Kalau tak silap ustaz, malam 27 Ramadhan tahun lepas adalah yang paling ramai sekali di Masjidilharam kerana dikatakan malam itu adalah malam Lailatulqadar. 2 juta umat berjemaah dari maghrib hingga subuh. Terlampau ramai hingga ada yg solat di tangga, di jalan raya, di atas bangunan, di atas kenderaan, di mana2 yg ada ruang. Kerajaan saudi telah mengerahkan 3,000 askar utk mengawal keadaan. Subahanallah.... itu baru 2 juta dah padat, macamana agaknya cadangan mereka utk memuatkan 10juta jemaah pada tahun 2020?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 11:08 AM | Show all posts

Reply #1715 ustaz's post

Ustaz, saya pernah dimaklumkan bahawa bagi orang-orang arab khususnya di Makkah memang menganggap malam 27  Ramadan setiap tahun  adalah malam  Lailatulqadar.  Malam tersebut memang tersangat ramai jemaah yang  bersolat di tambah dengan bacaan imam yang mendayu-dayu dan teresak-esak dengan tangisan hingga ada masa tak mampu meneruskan bacaan. Masjidl Haram juga bergema dengan esakan dan tangisan jemaah-jemaah yang sedang bersolat terutama ketika mengaminkan doa.  Dan kalau  tak silap  ingatan kakak juga, imam membaca surah terakhir Al Quran dan diikuti  bacaan  doa Khatam Al Quran pada malam 27 Ramadan.  Esoknya kita mendengar pelbagai cakap-cakap atau cerita-ceita aneh  dari jemaah-jemaah  mengenai Malam Lailatulqadar ini.  Malam berikutnya ketara jemaah agak berkurangan sedikit.  Walau bagaimanapun masih ada juga jemaah-jemaah yang meramalkan ianya berlaku pada malam-malam ganjil yang lainnya.

Malam Lailatulqadar yang mana manusia  hanya boleh meramalkan bila berlakunya. Sesungguhnya Ianya dalam ketentuan dan pengetahuan Allah swt jua.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 11:39 AM | Show all posts
akak pergi umrh bulan poso thn leps..... ya allah pd mlm 27 tu...trlalu2 ramai org sehigga akak nk balik hotel pun terpaksa kena tunggu lama.. pada hal jarak hotel tu tk sampai 5 minit berjaln....kalu ada rezeki lebih teringin nk p lg....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 12:08 PM | Show all posts
teringin nak gi pada bulan ramadan....nak rasa suasana berpuasa danberbuka puasa di sana..kalau masa berbuka puasa selalunya hanya berbuka dgn kurma dan air zam zam dahalu...lepas terawih baru mkn kan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 03:38 PM | Show all posts

Reply #1715 ustaz's post

Alhamdulillah saya tak merasa sangat kesesakannya malam 27 Ramadan sebab dapat masuk masjid .
Solat di bahagian bawah masjid..turun kebawah.Bahagian bawah masjid bumbung dia rendah..saya dapat
betul betul bawah air cond.....tapi malam 29 tak dapat masuk masjid...
Malam 25 Ramadan saya dapat solat kat luar..kat Dataran..
Tapi masa tgh solat tu ada rasa angin sejuk dan tiba tiba terasa gerimis hujan..
Saya ingat saya seorang merasakannya tapi jemaah sebelah saya turut merasakan..habis solat terawikh
2 rakaat..nampak dia org tadah tangan sebut..mator..mator (hujan)..
Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 03:44 PM | Show all posts

Reply #1718 rinafarha1709's post

Insyallah kalau dah ada niat tu..akan sampai masanya.
Cubalah sesekali pergi masa akhir ramadan.
Saya pun selalu pi awal n tengah ramadan.Tak pernah pergi akhir Ramadan.
Bila dengar cerita kawan kawan yang pergi akhir Ramadan...suasana ibadahnya..Ya Allah teringin sangat.
Suami payah nak pi akhir Ramadan coz dia banyak program kerja dia.Tapi kita berdoa kat Allah.
Alhamdulillah dapat pergi akhir Ramadan tahun lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 03:58 PM | Show all posts

Reply #1718 rinafarha1709's post

Masa pi akhir Ramadan...waktu dia padat..
Masuk waktu maghrib...berbuka di masjid dgn kurma  Air zam zam.
Solat Maghrib..habis solat balik Hotel berbuka nasi masakan Msia.Hotel dekat sangat dgn masjid.
Kalau solat kat Dataran nampak Hotel kat belakang.
Lepas berbuka bersiap pi Masjid utk solat Isyak n terus Terawih.
Habis solat terawih pukul 10.30 balik Hotel..
Tidor..then pukul 12.30 mlm bangun bersiap pergi masjid..
Qiamulail berjemaah bermula dari pukul 1 mlm sampai pukul 3...or 3.30 pagi
Habis qiamulail balik hotel...bersahur...
Habis bersahur bersiap pi masjid ...solat suboh..
Habis solat suboh mengaji sikit tunggu hingga waktu syuruk...
Balik bilik tidor.or basuh baju sikit sikit..
Pukul 10 pagi bangun ..bersiap pi masjid...
Duduk kat masjid mengaji ke.solat sunat..etc..sampai solat zuhor...
Selepas solat zohor kadang kadang balik..kadang kadang tidak..
Kalau balik lepas zohor..saya tak balik lepas asar.Dudok dari asar sampai maghrib.
Kalau tak balik zuhor saya kan balik lepas asar..
Macam tulah routine saya..Alhamdulillah pergi pakej 9 hari 7 malam dapatlah khatam Quran.
Kalau kat Msia tak dapatlah nak khatam quran secepat tu...
Masa kat sini tu...nak duduk masjid aje...
Bila duduk kat bilik rasa rugi n terasa macam masjid tu melambai lambai kat kita..
Bila bali suasan ibadah tu memberi kesan yang amat mendalam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 04:08 PM | Show all posts

Reply #1714 Rosputih's post

Kak Ros rupanya kita ada sama sama di Bumi Mekah pada 10 Terakhir Ramadan.
Kak Ros duduk kat mana di Mekah?...Kak Ros balik bila?
Saya balik pada malam Raya di Arab Saudi(Mekah Raya dulu sehari dari kita)
Kalau saya lewatkan sehari ..dapatlah saya berHari raya di Mekah..
Sampai Msia puasa lagi...
Kak Ros kalau lepas pencen Kak Ros berniat pi Umrah Ramadan..mungkin kita dapat pi sama..
Saya bercadang nak pi Umrah pada Ramadan ni...cuma tak tentu bila ...awal? tengah? or Akhir?
Best kalau dapat pi sama..
Pi sama.Kak Ros..Ustaz...Hussain...Rina dan kawaan kawan yg lain dlm forum ni
Bolehlah Ustaz beri tazkirah kat kita orang kat sana...Insyallah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #1710 Mas916's post

Selain dari waktu maghrib to Isyak...waktu suboh pun dia ada buka..i
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 14-5-2008 03:58 PM
Masa pi akhir Ramadan...waktu dia padat..
Masuk waktu maghrib...berbuka di masjid dgn kurma  Air zam zam.
Solat Maghrib..habis solat balik Hotel berbuka nasi masakan Msia.Hotel dekat sangat dgn ...



seronok baca pengalaman akak  berpuasa d mekah.terus rasa mcm nk rasa pengalaman berpuasa di sana...
mcm kalau pergi time biasa...lepas zohor mestu kena balik hotel sbb time makan tghari...kalau pergi bulan ramadan,boleh luangkan byk masa di masjid..klu kt malaysia mmg tk dpt khatam quran selama tu.ambik masa yg lama utk khatam....bertuahnya akak aziefa..
aunty rina ada cerita ...dia heran  benar..bila di mekah,perut dia boleh tahan hanya berbuka dgn kurma dan air zam zam..lps terawih baru dia blk hotel utk mkn nasi.klu disini mmg perut dia tk tahan klu tk mkn nasi lps berbuka..rina teringin nk rasa suasana berpuasa di sana.. berQiamulail berjemaah...bersahur di sana...
jom kak aziefa,kak ros,mas,ustaz,hussain,walkstar kita pergi sekali  pada ramadan ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 04:36 PM | Show all posts
rina nk tnya...akak aziefa kan yg pergi umrah baruni 6 hari.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 05:14 PM | Show all posts

Reply #1721 aziefa's post

Tepat sekali  jadual harian seperti yang dipaparkan oleh aziefa bila berada dalam  10 Ramadan terakhir di Makkah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055311 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list