CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 16-4-2013 08:31 AM | Show all posts
mattj posted on 15-4-2013 05:00 PM
In shaa Allah kami sekeluarga akan bertolak ke Makkah utk umrah pada 25 Mei depan. Peraturan baru Ar ...


itu kena uruskan sendiri ke TA yang uruskan?
TA kami takde pulak inform apa-apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 08:36 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 15-4-2013 08:29 PM
Ya betul selipar-selipar tersebut akan dibuang akhirnya, TETAPI ... ini tidak bermakna kita boleh  ...

terima kasih sama-sama kita ingat-mengingatkan.
oh, inilah salsilah syeikh abdul kadir jailani.
kebetulah saya sedang baca buku sheikh abdul kadir jailani sekarang "lautan hikmah kekasih Allah"
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:02 AM | Show all posts
dranne posted on 16-4-2013 08:31 AM
itu kena uruskan sendiri ke TA yang uruskan?
TA kami takde pulak inform apa-apa

TA kami bagitau ni. Saya buat sendiri kat Kementrian Luar Negeri, memang setiap cop utk satu salinan dikenakan RM20.00. Tapi saya tak tau lah maybe TA anda handle semua dan charge anda semua kemudian.
Hari ni TA saya minta tambah RM200 lagi setiap jemaah kerana kenaikan kos penginapan dan makanan di Makkah. Semua ini adalah  sebahagian dari cabaran bagi saya. In shaa Allah, semua dipermudahkan Allah SWT niat suci kami sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:07 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 15-4-2013 08:29 PM
Ya betul selipar-selipar tersebut akan dibuang akhirnya, TETAPI ... ini tidak bermakna kita boleh  ...

terharu saya membaca kisah ini.  

saya telah membaca beberapa panduan umrah dlm blog tuan.  terima kasih di atas ilmu dan pengalaman2 yg tuan catitkan dlm blog itu.  sgt membantu saya selain dr mengikuti kelas2 umrah yg dianjurkan oleh TA.

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:15 AM | Show all posts
mattj posted on 16-4-2013 10:02 AM
TA kami bagitau ni. Saya buat sendiri kat Kementrian Luar Negeri, memang setiap cop utk satu salin ...

saya pun melalui proses ini.  utk pengesahan surat beranak suami (sbg mahram utk adik suami yg belum kahwin), adik suami dan anak saya (umur 15 thn) dikenakan RM10 setiap satu dan sijil nikah saya/suami RM20 setiap satu.  TA memaklumkan ada penipuan utk sijil nikah dilakukan oleh TA lain utk kes mahram menyebabkan semua ini kena pengesahan wisma putra.

musykil juga kenapa dikenakan bayaran. tp dlm kes ini bg saya ini semua ujian sebelulm berangkat. so semua yg ditetapkan oleh pihak2 berkenaan dan TA saya terima dgn lapang hati.     
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:26 AM | Show all posts
Memang dah tak sabar hati nak kesana semula, selepas mengerjakan haji tahun 2005 dahulu.
Hasrat hati nak membuka mata, minda dan hati anak2 serta isteri untuk rindu kesana dan inshaa Allah mengumpul duit utk haji masing2.
Isteri juga telah ditawarkan haji juga tahun ini dan sekiranya tidak ada masalah saya akn pegi sebagai mahramnya dengan bayaran 15,000+ (tanpa subsidi).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2013 11:04 AM | Show all posts
dranne posted on 16-4-2013 08:28 AM
murah tambang dia ya hj. agak jauh la plak terminal bas area masjid kucing.
tapi klu nak convenie ...

Sebenarnya average tambang teksi ialah SR40/= pergi balik. Kami naik 4 orang, jadi tambang seorang ialah SR10/= sahaja.

Masa saya naik bas ke tan'iem drivernya orang Indonesia. Dia nak bagi naik free sahaja. Tapi kita kan nak buat umrah, dan bas itu adalah milik SAPTICO. So saya terpaksa tolak tawaran naik bas percuma tersebut - bukannya saya sombong ke apa, tapi benda-benda macam inilah kita kena alert sebab syaitan memang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggagalkan atau mengurangkan pahala ibadah umrah. Kena ingat selalu benda tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:07 AM | Show all posts
wawin posted on 16-4-2013 10:07 AM
terharu saya membaca kisah ini.  

saya telah membaca beberapa panduan umrah dlm blog tuan.  ter ...

Alhamdulillah. Kita kena sentiasa fokus akan tujuan asal kita ke sana. Jangan biarkan benda-benda kecil macam tu mencacatkan pahala ibadah kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
mattj posted on 16-4-2013 10:02 AM
TA kami bagitau ni. Saya buat sendiri kat Kementrian Luar Negeri, memang setiap cop utk satu salin ...

Harapnya TA uruskn lah. Kami ni kat kelantan. Haru klu nak gi kementerian luar negeri nak buat pengesahan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:17 AM | Show all posts
wawin posted on 16-4-2013 10:15 AM
saya pun melalui proses ini.  utk pengesahan surat beranak suami (sbg mahram utk adik suami yg bel ...

Inilah bahananya bila TA hanya mementingkan keuntungan semata-mata sehingga sanggup menipu sijil nikah supaya jemaah wanita dapat visa umrah.

Juga peringatan bagi jemaah wanita, janganlah kerana tersangat ingin mengerjakan umrah sampai sanggup menipu mahram atau tumpang mahram untuk dapatkan visa.


Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 11:54 AM | Show all posts
dranne posted on 16-4-2013 11:13 AM
Harapnya TA uruskn lah. Kami ni kat kelantan. Haru klu nak gi kementerian luar negeri nak buat pen ...

Kami sekeluarga kat Kuching Sarawak. Kena pegi Kementrian Luar Negeri kat pejabat Persekutuan Bangunan Sultan Iskandar. Susah nak park kereta jalan jauh kesitu and counter dia tutup 12.30 tengahari. Tapi Alhamdulillah dah selesai semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 04:42 PM | Show all posts
dranne posted on 16-4-2013 08:24 AM
menarik juga tu. tq tukangkebun


tu terpulanglah pd masing2, mmg susah sikit sbb perhentian bas jauh, sbb sy masa 1st dimaklumkan bhw hotel jauh sekitar 850 meter, tp redha memikirkan niat kita ke sana bukan utk bersenang lenang

tu bila masa rakan sehotel beritahu ada  bas ke Tana'aim, sy usahakan juga mencarinya, sbb shj nak merasa kelainannya  yg org lain x pernah buat, agar menjadi pengalaman berharga bg sy sekeluarga



ni 1 lg pengalaman menarik sy disana  utk dikongsi bsama , asyik solat jenazah setiap solat kali solat fardhu, terpanggil & tergerak hati utk  mengangkat  sendiri, jenazah tersebut, akhirnya dpt juga setelah membuat kajian dimana jenazah diletakkan sebelum solat, dimana laluan keluar serta dimana kenderaan jenazah diletakkan,  

fush rupanya ramai yg mengambil berkat utk mengusung jenazah tersebut, setiap laluan semua menunggu, tray jenazah bukan diusung, tapi dihulurkan (dipas2), akhirnya sampai ke van jenazah (ambulan), tp yg istimewanya ambulan tersebut boleh memuatkan 2 jenazah (atas / bawah 2tingkat), cdg nak ikut sekali ke tanah perkuburan, tp pemandu van tu ckp, dia pergi terus ke tanah perkuburan & x dtg balik, terus sy cancel   ..... (kalu sapa nak try rasa angkat jenazah, 1st kena pakai tracksuit, brg2 peribadi x bw & siap sedia berkaki ayam) Last edited by TUKANGKEBUN on 16-4-2013 04:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 09:54 PM | Show all posts
ummi_ina posted on 15-4-2013 04:38 PM
Iman ke tu?
dah pandai di aye...insyaAllah....kita susuli dengan membawa anak2 kita pulak lps ni
...

Ye kak ina. Iman la ni. InsyaAllah, ada rezeki anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:37 PM | Show all posts
AsSalam Semua

Umrah saya tahun 2008 pernah duduk kat hotel berdepan dengan Saudi Post ni. Jauh lebih kurang 450m - 500m. Area masjid kuching keatas kebanyakan bangunan dah habis runtuh.

Remove one of the landmarks of Makkah


Awaits the people of Mecca to remove the Post building, which more than a quarter of a century old, which is the oldest building, in the fourth phase of the project to develop North arenas, where they will be creating the world's largest train station around the central region in Ghazah in the field Mukarramah building site current mail.

Has been unplug building an Ghazah as they call it, and the seven-storey building, which has been associated بأهالي Mecca dramatically as they mean is often to send telegrams to the officials and to send messages to their children outside the Kingdom and other services that were provided and nearly distances before they develop modern appliances and closer ways communicate more than ever before.

The building another Ghazah mail building will be removed during the next few days, part of a project to expand the North squares.

The Assistant Under-Secretary for development projects in the secretariat of the Holy City and the supervisor of the project to develop arenas North Campus Makki Engineer Abbas Qattan acceleration currently working to customize and create three locations for train stations around the Haram al-Sharif, one building site of Saudi Post, all of which will be combined with bus stations and cars taxis around the Grand Mosque in Mecca.

Among Kattan that work was underway in the fourth stage of the phased expansion of the Haram al-Sharif, where shift work to the positions of transport and trains existing plans established in three locations first behind the stop King Abdulaziz Balmesflh and the second train station in the area Ghazh at the site of Saudi Post and the train station third in Jarwal, They differ from transfer stations, which also will be present next to them in those sites which belong to taxis and buses, adding that the Saudi Building Post will be held by the largest train station around the central region.






Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 01:35 PM | Show all posts
menghitung hari untuk berangkat pd 22/4 ni.  hati rasa sayu je nak tinggalkan anak yg bongsu...7 thn.  hari2 saya tanya 'Kira ok ke ibu prgi ni'?  Dia geleng kepala dan bgtau nak nangis nanti.  Sedih...masa prgi haji thn 2007 dulu dia baru 1 1/2 thn, saya tak lah rasa sedih mcm ni...

bersyukur ya Allah kerana aku terpilih untuk menjadi tetamu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 02:54 PM | Show all posts
aily posted on 18-4-2013 12:37 PM
AsSalam Semua

Umrah saya tahun 2008 pernah duduk kat hotel berdepan dengan Saudi Post ni. Jauh le ...

hotel kami (2009) pun depan masjid kucing.
nampakla jugak bangunan post-office ni dari jauh.
penuh nostalgic bangunan ni rupanya ya. untuk generasi atuk-nenek kita dululah.
zaman sekarang main whatsapp je. takde dah telegram bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 03:10 PM | Show all posts
Bestnya baca pngalaman yg dah pergi haji/umrah. Saya tringin sgt nk gi...tp blom ada rezeki lgi..
Hari2 dok niat nk gi sana berdoa dpn kaabah. Ya Allah..moga niat ku ini dimakbulkan... Aminn..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 04:41 PM | Show all posts
wawin posted on 18-4-2013 01:35 PM
menghitung hari untuk berangkat pd 22/4 ni.  hati rasa sayu je nak tinggalkan anak yg bongsu...7 thn ...

nnti balik, leh cite  kat sini, bg manafaat bersama ye

kerana ilmu (pengalaman) yg ada harus dikongsi bsama
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 05:58 PM | Show all posts
assalam... lama dah x jengah masuk forum ni eheheh.. nak tanya pada yg arif.. saya ni br daftar pegi haji persendirian ni.. in shaa Allah kalau ada rezeki jadi tetamu Allah, lps Aidilfitri ni bleh dpt tau la.. kata TA, kami bakal buat Haji Ifrad.. tp mlm td saya pegi ceramah haji lps maghrib dkt masjid, Imam tu ckp kalau kita dah buat umrah pd luar bln haji tahun yg sama, haji nya tu nanti jadi Haji Tamattuk, tp x dikena kan dam.. kira nye mcm saya dan suami dah pegi Umrah awal March aritu, kami nanti bakal buat Haji Tamattuk la kalau buat haji tahun ni jugak.. ni berdasar kan muzakarah apetah imam tu ckp kt kuantan taun lps.. ada situasi mcm tu yg dibincangkan..

imam tu ckp smpi mekah, kami leh trus niat haji.. tp mcm saya nanti, sampai mekah in shaa Allah lg 10 ari sblom ari Wukuf, jadik nye buat ape eh dlm masa tu..? bleh x buat umrah..? yg saya paham, kalau kami nak buat umrah time tu, kena baya dam sbb buat umrah dlm musim haji.. ke ms tu beribadat kt masjidil haram je smpi la waktu nak buat kerja haji..?

satu lg tawaf qudum tu tawaf selamat dtg kan.. maksud nye mcm kami nnti, sampai2 trus buiat tawaf qudum ke..?

ehehehe tima kasih pd yg dpt membantu.. saya betul2 blur ehehe.. kena byk membaca dan attend kursus ni.. mlm td x smpt nak tny imam tu psl masa nye suntuk, lps tu dah kalut2 nak solat isyak.. in shaa Allah kalau smpt, ceramah minggu dpn saya cuba tny dia jugak
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 09:42 PM | Show all posts
kata TA, kami bakal buat Haji Ifrad.. tp mlm td saya pegi ceramah haji lps maghrib dkt masjid, Imam tu ckp kalau kita dah buat umrah pd luar bln haji tahun yg sama, haji nya tu nanti jadi Haji Tamattuk, tp x dikena kan dam.

Walaikumsalam...
Saya cuba jawab...tapi apa apa pun bertanyalah kepada Ustaz yg lebih arif..
Kalau suami buat Umrah dalam bulan haji..(Syawal Zulhijjah n Zulqaedah)..maksudnya..kalau suami puan buat umrah bulan syawal lepas tu dia nak buat haji dia tak boleh buat haji Ifrad sebab dia dah buat Umrah dulu dlm bulan Haji.Dia kena buat Haji Tamatuk..
Dalam hal ini suami puan buat Umrah pada bulan Mac diluar musim Haji.
So Suami Puan boleh buat Hajii Ifrad sekiranya ambil penerbangan akhir.
Insyallah..Alhamdulillah saya akan mengerjakan Haji tahun nii.Dah dpt surat panggilan Haji tahun ni.
Saya ambil penerbangan akhir 7 oktober..dan saya bersama memilih utk buat Haji Tamatuk..Insyallah. Last edited by aziefa on 18-4-2013 09:43 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.082351 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list