CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 2-10-2012 10:03 AM | Show all posts
Sian shark


Boleh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2012 10:15 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 2-10-2012 10:03 AM
Sian shark



takleh...

padan muka shark...

itu yg betul......






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2012 10:21 AM | Show all posts
The Sign, Sri Hartamas

Beberapa orang anggota polis sedang berdiri di kiri dan kanan penthouse bernombor 17-1021, lengkap dengan senjata api dan baju kalis peluru. Inspektor Zamani menganggukan kepala kepada seorang angota polis yang berdiri paling hampir dengan pintu, sebagai arahan untuk memulakan tindakan.

“You may open the door now, Mr. Ravi” Encik Ravindran, ketua pengawal keselamatan yang menjaga bangunan ini kelihatan tenang-tenang sahaja mendengar arahan itu. Dalam masa beberapa saat, pintu terbuka.

“Back off now” Sekali lagi Inspektor Zamani memberi arahan dan sekali lagi juga Encik Ravindran menurut. Inspektor Zamani mengarahkan supaya Encik Ravindran segera meninggalkan tempat ini, di temani oleh salah seorang anggotanya. Dengan menggunakan isyarat jari, Inspektor Zamani mengarahkan supaya serbuan di lakukan dalam kiraan tiga.

Penthouse itu di serbu. Setiap bilik dan ruangan yang ada di dalam rumah ini di periksa. Namun tiada tanda-tanda yang penghuni rumah ada menjejakkan kaki ke sini. Inspektor Zamani menarik nafas. Tindak-tanduk Shark dapat di jangka dengan mudah. Shark memang licik, pastinya dengan mudah Shark dapat mengagak yang rumahnya akan di serbu. Tidak mungkin dia akan kembali menjejakkan kaki ke rumah ini walau atas alasan apa sekalipun.

Mata Inspektor Zamani melingas ke serata ceruk. Sekali pandang, tidak kelihatan seperti rumah ini di huni oleh penjenayah. Semuanya kemas dan teratur. Malah, susah hendak melihat walau segaris habuk sekalipun.

“Inspektor Zamani” Dia menoleh.

“Clear” Seorang anggota polis memberi laporan kepada Inspektor Zamani. Inspektor Zamani hanya mengangguk dan melepaskan keluhan.

“Periksa rumah ni” Arahan di berikan sekali lagi. Setelah itu, Inspektor Zamani mengeluarkan walkie-talkie untuk menghubungi Inspektor Sabri yang sedang mengawal di bahagian bawah.

“Inspektor Sabri”

“Yes”

“Clear. Tak ada tanda-tanda yang Shark balik ke rumah”

“Noted” Perbualan dimatikan. Inspektor Zamani kemudiannya menuju ke bilik tidur utama. Keadaan di dalam bilik itu diperhatikan seketika. Matanya mengarah kepada almari lalu langkahnya di halakan ke situ. Pintu almari di tolak. Satu persatu dia melihat barang-barang yang ada di dalam almari. Pakaian yang ada di dalamnya tidak terusik. Matanya memandang lama kepada satu beg hitam yang kelihatan agak tersorok di sudut paling hujung. Beg itu di tarik keluar dan di buka.

“Duit” Inspektor Zamani berkata perlahan. Beg hitam itu di penuhi dengan duit. Bercampur-campur antara wang ringgit Malaysia dan mata wang Amerika. Inspektor Zamani sekadar memeriksa wang itu secara rambang. Masih belum dapat di jangka berapa banyak yang di dalam beg itu.

Inspektor Zamani bangun, memeriksa kembali almari pakaian. Kali ini, sebuah beg pakaian yang bersaiz sederhana di bawa keluar. Beg itu juga di buka. Terdapat dua pucuk pistol separa automatic jenis Beretta M9 lengkap dengan magazines pelurunya. Beretta M9 adalah pistol buatan Italy yang selalunya di gunakan oleh Tentera Amerika Syarikat. Selain itu, terdapat sepucuk revolver jenis Smith & Wesson 442 buatan Amerika. Senjata api ini bersaiz lebih kecil dan ringan. Semua senjata api itu di belek sebentar dan kemudian di masukkan kembali ke dalam beg. Ianya akan di bawa ke ibu pejabat dan akan menjadi bahan-bahan bukti.

Sekarang, Inspektor Zamani melangkah pula ke arah katil. Selimut dan cadar yang terletak kemas di singkap. Mencari apa saja yang berkemungkinan tersembunyi di situ. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Laci di tepi katil pula di buka. Terdapat beberapa kotak rokok berjenama Dunhill dan pemetik api. Dan juga, sebotol kaca kecil berisi pil pelbagai warna.

“Ekstasi” Inspektor Zamani berkata sambil menggelengkan kepala. Ekstasi adalah dadah stimulasi sintetik yang di ubah suai. Dadah jenis ini selalunya di mudah di dapati di kelab-kelab malam atau disko.  Ekstasi juga dikenali sebagai 'love drug', 'yuppie drug', 'pink lady' dan 'playboy'. Pengambilan pil ekstasi boleh menyebabkan kesan halusinasi kepada penagih. Selain itu, tekanan darah akan menjadi lebih tinggi dan jantung berdenyut lebih cepat. Pengambilan pil ekstasi secara berterusan boleh menyebabkan kegagalan jantung dan seterusnya menyebabkan kematian.

“Zam” Inspektor Zamani menoleh. Isnpektor Sabri sudah pun berada di dalam rumah ini.

“Ada apa-apa?” Dia bertanya pendek. Insperktor Zamani mengangguk lantas menunjuk ke arah dua buah beg yang terletak di atas lantai.

“Dalam beg hitam ada duit. Dalam beg sebelah tu ada pistol dengan revolver” Inspektor Zamani menerangkan ringkas. Inspektor Sabri sekadar mendiamkan diri.

“Lain?”

“Tak ada” Sekali lagi Inspektor Sabri mengangguk seraya menarik nafas. Buat sementara waktu ini, rumah ini akan di sita untuk tujuan penyiasatan.




Dari kejauhan, mata Shark mencerun memandang beberapa kereta polis yang di parkir di bawah kawasan The Sign. Hatinya menyumpah buat kesekian kali. Perlahan-lahan, kereta di pandu keluar menjauhi kawasan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 10:45 AM | Show all posts
Fuh, cemas....terasa lak aku kat tempt kejadian....

Best2....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 10:53 AM | Show all posts
makin mendebarkan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 12:14 PM | Show all posts
Best3x..... padn muka shark....
Lin Dan ok la dari c Chong Wei..... Rashid Sidek pun xmo tau...
hhahahhaa...
Nicki ...sambung la lg..... citer abg fandi ngan fifi plak yerrrrrrr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2012 06:59 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-10-2012 09:15 AM
One pack pun okay... janji 'pack'

one pack utk mengisi five pack yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2012 08:08 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 2-10-2012 09:03 AM
Coming... (but not so soon )

Tak apa sabar menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2012 10:43 AM | Show all posts
next
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 02:46 PM | Show all posts
hero n heroin dh tggelam ..bila nk kluar ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2012 04:56 PM | Show all posts

PUN TAKDE LAGI
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 09:09 AM | Show all posts
harap2 hari ni ada la n3....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2012 03:10 PM | Show all posts
nicki.. ooooooooo nicki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 12:53 PM | Show all posts
Salam semua...

Rindu iols takkk?      *tangan ke dada, mata ke atas, lidah terjelir...perasan,  macam ada org rinduk kat kau katenyeeee

Cheq kurang sihat dan sangat2 busy. Cheq sambung sikit aje ek....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 01:00 PM | Show all posts
Episode 67

Sky KTV, Pub & Lounge

Shark memakirkan kereta milik Bella di tempat yang agak jauh sedikit dengan tempat hiburan karaoke ini. Sengaja dia berbuat begitu kerana Shark perlu memastikan kehadirannya di tempat ini tidak di sedari. Shark agak yakin, Sony pasti akan memburunya hingga ke lubang cacing. Tetapi, Shark tidak mempunyai tempat lain yang hendak di tuju. Dia perlu mencari tempat bersembunyi sehingga dia dapat mencari jalan untuk melarikan diri dan tempat ini nampaknya yang paling sesuai. Wanita itu pasti akan membantunya walaupun hanya sementara.

Dengan penutup jaket yang sengaja di sarungkan di kepala dan tangan di poket seluar, Shark berjalan menunduk, menyusup masuk ke ruang utama tempat karaoke ini. Suasana agak bising dengan lagu berentak ‘house music’ berkumandang memekakkan telinga. Sinaran lampu laser menyuluh ke sana sini seiring dengan irama lagu. Pengunjung tidak terlalu ramai, mungkin kerana hari ini bukan hari minggu. Masih menundukkan kepala, Shark pergi ke arah meja di hadapan bar, memilih satu sudut paling hujung, dekat dengan dinding. Dia melabuhkan punggungnyya di atas kerusi sambil matanya melingas ke kiri kanan mencari seseorang.

“Drinks sir?” Tidak semena-mena, dia di tegur oleh seorang pelayan bar. Shark mengangkat muka, memandang ke arah suara yang bertanya namun tidak menyahut.

“Drinks sir?” Sekali lagi pelayan wanita, kemungkinan berasal dari Filipina berdasarkan slanga yang dituturkan, bertanya.

“Coke” Shark menjawab sepatah. Selalunya, Coke bukanlah minuman pilihan utama. Tetapi saat ini, Shark tidak mempunyai ‘mood’ untuk berseronok mahupun bermabuk-mabukan. Dia perlu sentiasa berfikiran ‘waras’ supaya dia dapat mencari jalan untuk melepaskan diri.

“Dunhill” Shark memesan lagi apabila segelas Coke di letakkan di hadapannya. Pelayan itu mengangguk tanpa banyak bicara. Beberapa saat kemudian, pelayang itu kembali dan meletakkan sekotak rokok di letakkan di atas meja. Tanpa berlengah, kotak itu di buka. Sebatang rokok di keluarkan lalu di nyalakan. Shark menghisap rokok itu dalam-dalam. Asap di hembuskan perlahan. Rasa yang menyesakkan jiwanya sejak akhir-akhir ini bagai turut dilepaskan bersama melalui asap yang  yang keluar dari bibirnya. Ketenangan sementara di rasai. Mata Shark melilau ke sekeliling lagi, mencari-cari seseorang. Agak susah mencari wanita pertengahan umur itu di dalam suasana suram ini. Shark kembali menghadap ke depan lalu menggamit tangannya ke arah pelayan tadi.

“Cakap melayu?” Pelayan itu mengangguk.

“Mana Madam Zoey?” Kening pelayan itu berkerut memikirkan sesuatu. Sepuluh minit sebelum kehadiran lelaki di hadapannya, Madam Zoey ada ke sana ke mari menegur ramah pelanggan tetapnya. Tetapi kini tidak nampak bayang pula. Pelayan itu pergi ke arah rakan sekerjanya lalu bertanyakan sesuatu. Sambil berkata, jarinya menunjuk ke arah Shark. Rakan sekerjanya mengangguk. Tidak mahu tahu atas urusan apa lelaki itu bertanyakan Madam Zoey, dia segera melangkah mencari wanita itu.

“Tunggu sekejap. Dia pergi panggil” Shark mengangguk mendengar kata-kata itu. Pelayan itu pula segera kembali menjalankan tugasnya.

Tidak berapa lama kemudian, Shark terdengar suara berceloteh di belakangnya. Shark masih menundukkan wajah, langsung tidak berpaling ke belakang.

“Siapa cari?” Kedengaran suara agak bingit bertanya.

“Ini orang cari Madam” Suara yang menjawab seperti takut-takut. Last edited by Nicki_Meow on 7-10-2012 09:31 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2012 01:08 PM | Show all posts
“Okay okay. Pergi sambung kerja’ Arahan di berikan. Tanpa banyak soal, arahan itu di turuti.

“Hello mister, looking for me? Wanna have fun tonight?” Madam Zoey bertanya ramah, mengada-ngada. Terdengar saja suara itu bertanya, Shark menoleh ke arah Madam Zoey. Penutup kepalanya di turunkan. Tiada segarit senyuman di wajahnya. Mata Madam Zoey terbeliak.

“Aiyo Shark. You datang sini buat apa?” Suara Madam Zoey kedengaran cemas. Serentak dengan itu, matanya memandang ke sekeliling. Bimbang seandainya kehadiran Shark di sini di sedari seseorang yang tidak diingini.

“Kenapa tak boleh?” Shark menjawab dengan soalan. Satu dengusan keluar dari mulutnya.

“Sony punya orang ada sini ma…” Shark tidak menjawab. Tidak perlu di khabarkan, dia tahu tentang itu. Tetapi Shark tidak punya pilihan lain. Risiko ini tetap di ambil. Dia yakin, Madam Zoey akan membantunya.

“Sini, ikut I” Madam Zoey berkata, seperti berbisik. Dia sudah berjalan beberapa tapak ke depan. Mahu tak mahu, Shark menuruti langkah Madam Zoey yang semakin lama semakin pantas. Mereka menuju ke arah pejabat kecil yang terletak agak tersorok di dalam pub ini.

“Masuk” Madam Zoey mengarah setelah membuka pintu pejabat. Shark akur tanpa banyak bicara. Dia kemudian duduk di kerusi yang terletak berhadapan dengan mej. Madam Zoey segera menutup pintu pejabat dan di kunci dari dalam. Setelah itu dia berpaling, dahinya berkerut memandang Shark. Mereka terdiam, berlanjutan untuk beberapa minit.

“You mau apa datang sini?” Suasana sunyi di pecahkan dengan soalan dari Madam Zoey.

“I mau mintak tolong sama you” Shark menjawab.

“You mau mintak tolong apa? You tau ke, you datang sini bikin I susah tau. Kalau Sony dapat tahu you ada sini, macam mana? Habis I punya bisnes” Madam Zoey berkata, nada suaranya berbunyi kurnag senang.

“I tahulah. Tapi I betul-betul mahu mintak tolong you. Polis cari I, Sony cari I. I nak cari tempat sembunyi. You saja boleh tolong I” Madam Zoey menarik nafas.

“Betul ke, you bunuh Jedi?” Madam Zoey bertanya lagi. Shark tidak menjawab, hanya mengangguk perlahan.

“You sudah gila ke Shark? You bunuh sama itu taiko, memanglah Sony cari sama you. You mesti mati kali ni…” Shark merengus mendengar kata-kata dari mulut Madam Zoey. Itu juga tidak perlu di khabarkan, dia sudah sedia maklum. Cuma, dia tidak akan mudah menyerahkan leher untu mati di sembelih.

“You mahu tolong I ke tak mau?” Shark bertanya kasar. Madam Zoey menarik nafas. Muka Shark di pandang lama.

Dia sudah lama mengenali Shark. Bukan saja Shark, malah wanita yang menjadi penjaga Shark sejak pemuda di hadapannya ini berumur setahun. Wanita itu adalah Rozana, atau lebih glamour di panggil Roxanne untuk sesiapa yang mengenalinya. Zoey dan Roxanne memang rapat, sementelah mereka bekerja di ‘bidang’ yang sama. Pelayan kelab dan menjadi kupu-kupu malam bila mana keadaan menjadi terdesak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2012 01:10 PM | Show all posts
Zoey juga tahu cerita di sebalik kehadiran Shark dalam hidup Roxanne. Roxanne jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Salleh yang kerap hadir di kelab malam tempat mereka bekerja dahulu. Tidak memperdulikan latar-belakang Roxanne yang kelam, Salleh mengajak Roxanne berkahwin. Demi cinta, Roxanne menurut. Tetapi, sedikit pun Roxanne tak menyangka, Salleh rupanya suami orang. Perkahwinan mereka dapat di hidu oleh isteri pertama Salleh lalu Salleh di beri kata dua. Ceraikan Roxanne ataupun ceraikan isteri pertamanya. Salleh menceraikan Roxanne ketika Roxanne sarat mengandungkan Shark dan kemudian, mereka berdua di tinggalkan begitu saja. Roxanne kembali menjadi pelayan demi kelangsungan hidup.

“Hei, apa pasal you diam?” Shark bertanya setelah melihat Madam Zoey termenung sahaja. Madam Zoey menarik nafas.

“I kalau tengok you, mesti I teringat sama Roxanne” Shark merengus apabila mendengar kata-kata Madam Zoey.

“Kenapa you mau sebut nama dia?” Shak bertanya kasar.

“Roxanne you punya mak ma. Dia sayang sama you, you tak tahu ke?” Shark hanya tersengih sumbing. Sejak dia mula menghirup udara di muka bumi ini, rasanya dia tidak pernah merasa kasih sayang dari wanita itu.

“Dia sudah matilah Zoey. Tak payah cerita pasal dialah. Sekarang ni, you mau tolong sama I ke tak mau?”

“I mesti tolong sama you punya” Dalam keluhan, Madam Zoey berkata.

“Thanks” Shark menjawab sambil tersenyum.

“You boleh stay sini dulu” Madam Zoey berkata seraya bangun dari tempat duduknya. Satu lagi pintu yang terletak di belakang meja pejabat di buka.

“Sini ada katil sama tv. Toilet pun ada dekat belakang. Selagi you tak tunjuk muka, you selamat duduk sini” Shark mengangguk, sedikit lega.

“You dengar sini baik-baik. I boleh kasi you tinggal sini tapi, kalau you mahu duit, you sendiri kena cari. Macam mana mau cari, itu you punya pasal. You jangan kacau I punya bisnes” Madam Zoey berkata, seperti memberi amaran. Shark mengangguk.

“Lagi satu, you pun tak boleh duduk sini lama-lama. I tak mahu Sony dapat tahu. Kalau Sony dapat tahu…” Madam Zoey melalukan jarinya ke leher, menunjukkan isyarat ‘sembelih’ sekaligus memberi peringatan. Shark mengangguk tetapi tidak menjawab apa-apa.

“Okay, I mahu keluar dulu” Madam Zoey berkata dan terus berlalu meninggalkan Shark. Shark hanya memandang sehingga wanita separuh umur itu hilang dari pandangan. Setelah itu, Shark ke bilik air.

Usai melepaskan hajatnya, Shark merebahkan tubuhnya ke atas katil bujang yang berada di dalam bilik itu. Dalam keresahan dan kepenatan mental dan fizikal, dia cuba melelapkan mata tetapi tak boleh. Otaknya ligat memikirkan cara bagaimana dia boleh mendapatkan sejumlah wang yang banyak. Shark terkebil-kebil memandang siling. Merangka perancangan satu demi satu. Tetapi dengan bersendirian seperti ini, agak sukar untuk dia melaksanakan perancangannya. Shark mengeluh. Tangannya di letakkan di atas dahi.

Secara tiba-tiba, hatinya teringatkan seseorang. Seseorang yang sehingga saat ini, amat di rindui. Seseorang yang telah mencairkan hatinya. Seseorang yang telah menyinari dunia gelapnya walau hanya sementara.  Seseorang yang telah di buang dari hidupnya sebelum dia menyedari bahawa orang itu benar-benar di cintai. Seseorang yang telah menjadi hak milik orang lain walaupun hakikatnya, anak yang di kandung itu adalah anaknya. Shark menarik nafas.

“Fifi” Shark membisikkan nama itu dan hilang di bawa angin lalu….

************************************************ Last edited by Nicki_Meow on 6-10-2012 11:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 03:53 PM | Show all posts
kesian pulak kat Shark.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 04:32 PM | Show all posts
mahu memaklumkan kepada nicki dan donia
apabila diseru nama abe bernard byk2 kali maka abe bernard dh kuar utk Nona edisi November 2012 ok!

cek sukooo amat!

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2012 04:33 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 5-10-2012 12:53 PM
Salam semua...

Rindu iols takkk?       *tangan ke dada, mata ke atas, lidah terjelir...perasan, ...

cheq nicki nk dpt adik ko?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.275580 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list