CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farhana008

COVID INFO & DATA WAREHOUSE VOLUME 42

  [Copy link]
Post time 12-11-2022 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 12-11-2022 04:20 PM
serba serbi naik.

Hujan je yg turun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 12-11-2022 04:21 PM
happy birthday in advance atau hari ni birthday
semoga dipermudahkan segala urusan dan dib ...

Hari ni...pi Gordon Ramsay

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2022 09:40 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 04:12 PM | Show all posts
[size=0.8em]MENU


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]COMMUNICABLE DISEASEKenyataan Media KPK 14 November 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus (COVID-19) di Malaysia Minggu Epidemiologi 45 (6 – 12 November 2022)[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON NOVEMBER 14, 2022
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
MINGGU EPIDEMIOLOGI 45 TAHUN 2022
(6 NOVEMBER 2022 – 12 NOVEMBER 2022)
STATUS TERKINI PENGGUNAAN FASILITI KESIHATAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengumumkan bahawa secara keseluruhan, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan (hospital dan PKRC awam) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 14.4 peratus pada minggu epidemiologi ke-45 tahun 2022 (ME 45/2022) berbanding ME 44/2022 (Rajah 1);

Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam bagi  setiap 100,000 populasi pada ME 45/2022 berbanding ME 44/2022 adalah seperti berikut (Rajah 2);
  • Pesakit kategori 1 dan 2 menurun sebanyak 15.2 peratus; manakala
  • Pesakit kategori 3, 4, dan 5, meningkat sebanyak 16.2 peratus.

Peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 45/2022 berbanding ME 44/2022 (Rajah 3) adalah seperti berikut:
  • Katil bukan kritikal meningkat sebanyak 9 peratus;
  • Katil Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat sebanyak 5 peratus; dan
  • Katil Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), tiada yang aktif, semua ditutup.

Peratusan pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) meningkat sebanyak 0.4 peratus (Rajah 4) pada ME 45/2022 berbanding ME 44/2022.

PEMANTAUAN COVID-19 DI PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC)
Untuk makluman, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara telah menunjukkan sedikit peningkatan.
Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 44/2022 dan ME 45/2022 (Rajah 5):
  • Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 32.3 peratus;
  • Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 19.6 peratus; dan
  • Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan ke hospital menurun sebanyak 3.0 peratus.

Untuk CAC Maya, jumlah kes yang melengkapkan penilaian kendiri (HAT) menunjukkan peningkatan 2.5 peratus pada akhir ME 45/2022 berbanding ME 44/2022; iaitu dari 27,514 kepada 28,212 kes. Dari jumlah tersebut, peratusan individu dengan Kategori 2b dan ke atas adalah 7.3 peratus (2,192 kes). Rajah 6.

STATUS TERKINI KES COVID-19
Dari 25 Januari 2020 (ME 4/2020) hingga 12 November 2022 (ME 45/2022), situasi terkini COVID-19 adalah seperti berikut:
  • Kumulatif kes baharu: 4,946,583;
  • Kumulatif kes sembuh: 4,879,195 kes;
  • Kumulatif kes kematian: 36,546 kes; dan
  • Kumulatif kluster: 7,134 kluster (kluster aktif: 49 kluster).
Perbandingan antara ME 44/2022 dan ME 45/2022:
  • Bilangan kes sembuh pada ME 45/2022 meningkat sebanyak38.5 peratus (20,718 kes kepada 28,704 kes) (Rajah 7);
  • Bilangan kes baharu pada ME 45/2022 menurun sebanyak 13.4 peratus (26,616 kes kepada 23,045 kes) (Rajah 8);
    • Bilangan kes tempatan menurun sebanyak 13.4 peratus (26,577 kes kepada 23,027 kes); dan
    • Bilangan kes import menurun sebanyak 53.8 peratus (39 kes kepada 18 kes).
  • Bilangan kes kematian pada ME 45/2022 meningkat sebanyak 82.8 peratus (29 kes kepada 53 kes).
  • Purata kes aktif setiap hari bagi ME 45/2022 meningkat sebanyak 1.7 peratus (33,449 kes kepada 34,033 kes) berbanding ME 44/2022 (Rajah 9).




NILAI RT
Nilai RT pada ME 45/2022 adalah 1.05 (Rajah 10).

SURVELAN INFLUENZA-LIKE ILLNESS (ILI) DAN SEVERE ACUTE RESPIRATORY INFECTION (SARI) BAGI COVID-19
KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga ME 45/2022, hasil survelan COVID-19 di lokasi sentinel seluruh negara mendapati:
  • Sebanyak 194 sampel ILI dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 25.5 peratus pada ME 45/2022 (Rajah 11); dan
  • Sebanyak 1.7 peratus sampel SARI dikesan positif COVID-19 pada ME 45/2022 (Rajah 12).



NASIHAT AM KEPADA PENGUNDI KETIKA PILIHANRAYA UMUM (PRU) KE-15
Menjelang 19 November 2022, iaitu tarikh yang ditetapkan bagi Hari Pengundian bagi Pilihanraya Umum ke-15, KKM mengambil inisiatif untuk menasihatkan orang ramai supaya mengikuti beberapa saranan kesihatan. Ini bagi memastikan proses pengundian dapat berjalan dengan selamat terutamanya dari segi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. Antaranya:
  • Semua individu positif COVID-19 wajib memakai pelitup muka, manakala pemakaian pelitup muka bagi pengundi lain adalah amat digalakkan;
  • Pengundi positif COVID-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing, singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi, dan perlu pulang segera selepas selesai mengundi;
  • Menggunakan pensanitasi tangan yang disediakan di tempat mengundi. Membawa pensanitasi tangan sendiri adalah disyorkan;
  • Pengundi positif COVID-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat, manakala penjarakan fizikal bagi pengundi lain amat digalakkan; dan
  • Individu yang belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19 dinasihatkan agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan orang tersayang.
Marilah kita bersama-sama mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada pengundi dan petugas di pusat mengundi sepanjang PRU ke-15.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Sejak 1 April 2022, Malaysia telah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik susulan keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam. Peralihan fasa ini juga disebabkan oleh kejayaan program vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Walaupun demikian, KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S;
  • Amalkan 3W;
  • Amalkan TRIIS;
  • Jalani ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
  • Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
  • Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon; dan
  • Individu yang positif COVID-19 Kategori 2A (yang berisiko tinggi) dan ke atas atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC,
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 November 2022 @ 11.30 pagi




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 04:13 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Fwd-

Noor Hisham Abdullah
about an hour ago
Selamat menyambut Hari Diabetes Sedunia tahun 2022.

Jaga kesihatan diri dgn amalkan pemakanan & gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko DIABETES. Kenali risiko & fahami tanda2 serta gejala penyakit diabetes supaya pencegahan, pengesanan dan rawatan awal dapat dilakukan segera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2022 08:17 PM | Show all posts

rumah kawan kat klang masuk air masa hujan lebat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2022 08:19 PM | Show all posts

tahu takpe. geram dgn kenaikan harga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2022 08:20 PM | Show all posts
seribulan replied at 12-11-2022 05:24 PM
Hari ni...pi Gordon Ramsay

kena buat reservation kan kalau nak makan situ? makanan ok?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2022 08:29 PM | Show all posts

Alhamdulillah gula dalam darah masih terkawal
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:35 PM | Show all posts
farhana008 replied at 14-11-2022 07:17 PM
rumah kawan kat klang masuk air masa hujan lebat

Oloh
.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:38 PM | Show all posts
farhana008 replied at 14-11-2022 07:19 PM
tahu takpe. geram dgn kenaikan harga

Teruk ye ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:39 PM | Show all posts
farhana008 replied at 14-11-2022 07:20 PM
kena buat reservation kan kalau nak makan situ? makanan ok?

Guna emel je...sedap
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:39 PM | Show all posts
farhana008 replied at 14-11-2022 07:29 PM
Alhamdulillah gula dalam darah masih terkawal

good very good...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:09 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 12:10 PM | Show all posts


From the Desk of the Director-General of Health MalaysiaA NATION WORKING TOGETHER FOR BETTER HEALTH

SEARCH FOR...

[size=0.8em]HEALTHY EATINGKenyataan Media KPK 15 November 2022 Sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON NOVEMBER 15, 2022
Diabetes adalah penyakit kronik yang menyebabkan kegagalan tubuh pesakit untuk mengawal peningkatan paras glukosa dalam darah. Sekiranya situasi tersebut dibiarkan berterusan, ianya boleh menjurus kepada kerosakan serius kepada organ seperti jantung, saluran darah, mata, buah pinggang dan saraf. Oleh itu, akses kepada rawatan yang sewajarnya bagi mereka yang menghidap diabetes, adalah penting demi kelangsungan hidup.
Diabetes bukan sahaja menyumbang kepada beban penyakit yang tinggi, malah ia juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk merawatnya. Laporan The Direct Healthcare Cost of Noncommunicable Diseases in Malaysia yang dikeluarkan baru-baru ini menganggarkan sebanyak RM 4.38 bilion (45.38% daripada jumlah kos keseluruhan) telah dibelanjakan bagi tahun 2017 untuk rawatan diabetes. Beban kos ini dijangka akan terus meningkat sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mencegah dan mengawal penyakit tersebut.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan pada 15 November 2022 dengan tema Akses Kepada Penjagaan Diabetes – Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok. Sambutan ini adalah untuk mempertingkatkan kesedaran dalam komuniti tentang kepentingan akses kepada perawatan dan penjagaan diabetes.
KOMPONEN ASAS DALAM PENJAGAAN DIABETES
KKM ingin menekankan lima komponen asas dalam penjagaan dan perawatan penyakit diabetes iaitu:
  • Akses kepada insulin
Walaupun selepas 100 tahun penemuan insulin, masih terdapat berjuta-juta penghidap diabetes di seluruh dunia tidak mendapat bekalan insulin yang diperlukan. Namun begitu, situasi tersebut tidak berlaku di Malaysia dan justeru, KKM ingin menyeru agar semua pesakit diabetes menggunakan insulin yang dibekalkan dengan baik dan patuh kepada arahan doktor serta menyimpan dengan cermat bagi membantu mengawal paras gula yang optimum.

  • Akses kepada rawatan ubat-ubatan
Lazimnya, pesakit diabetes memerlukan ubat-ubatan secara berterusan bagi mengawal paras gula dalam darah. Akses kepada ubat-ubatan ini amat berharga dan KKM sentiasa komited dalam memastikan pesakit diabetes di Malaysia mempunyai akses kepada ubat-ubatan yang terbaik. Oleh itu, semua pesakit diabetes diseru agar patuh menggunakan ubat-ubatan yang dibekalkan dengan baik seperti yang disarankan oleh doktor dan pegawai farmasi untuk mengelakkan pembaziran.

  • Akses kepada pemantauan kendiri
Pemantauan paras gula dalam darah adalah komponen asas dalam penjagaan diabetes. Oleh itu, pemantauan paras gula kendiri perlu diutamakan dan diamalkan oleh pesakit diabetes bagi mengawal penyakit tersebut dengan baik. Kawalan paras gula yang baik boleh mengelakkan komplikasi kepada organ seperti jantung, saluran darah, mata, buah pinggang dan saraf. Namun, masih ramai pesakit diabetes tidak melakukan pemantauan kendiri dan KKM ingin menggalakkan agar semua pesakit diabetes untuk memantau paras gula kendiri demi memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan yang terbaik.

  • Akses kepada pendidikan dan sokongan psikososial
Pesakit diabetes memerlukan pendidikan berterusan dan sokongan psikososial bagi mengawal penyakit diabetes. KKM ingin menyeru agar pesakit-pesakit diabetes mendapatkan khidmat nasihat dan pendidikan diabetes di fasiliti-fasiliti kesihatan dan pengamal perubatan yang diiktiraf bagi menjamin maklumat yang tepat bagi mengawal penyakit diabetes.
Untuk memastikan kesihatan mental yang baik dikalangan pesakit diabetes juga, KKM menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial melalui Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan atau Talian HEAL 15555 yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) KKM dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari termasuk cuti umum.

  • Akses kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal
Pesakit diabetes atau mereka yang berisiko memerlukan akses kepada makanan yang sihat dan seimbang serta tempat untuk melakukan aktiviti fizikal yang sesuai dan selamat. Kedua-duanya adalah asas yang penting bagi pencegahan dan penjagaan diabetes. Melalui inisiatif seperti Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan akses kepada pemakanan yang sihat dan tempat riadah bagi mencapai matlamat tersebut.

TREND PENINGKATAN DIABETES YANG MEMBIMBANGKAN DI MALAYSIA
Terdapat sasaran yang dipersetujui secara global untuk mengawal peningkatan diabetes menjelang 2025. Namun, prevalen diabetes masih menunjukkan trend peningkatan yang membimbangkan saban tahun. Di peringkat global, dianggarkan seramai 537 juta orang dewasa yang berumur 20 hingga 79 tahun menghidap diabetes pada tahun 2021. International Diabetes Federation menjangkakan jumlah ini akan mencecah seramai 643 juta orang menjelang tahun 2030, dan seramai 783 juta orang pesakit menjelang tahun 2045.
Di Malaysia, kira-kira 3.9 juta orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas (18.3%) menghidap diabetes dan lebih membimbangkan lagi adalah hampir separuh daripada pesakit diabetes tidak menyedari status penyakit mereka. Diabetes perlu dipandang serius bukan sahaja dalam kalangan individu tanpa diabetes, atau berisiko tinggi, tetapi juga melibatkan anggota kesihatan dan pembangun polisi. Pengesanan diabetes dan permulaan awal rawatan adalah amat penting dalam pengurusan diabetes dan seterusnya membantu mencegah komplikasi dan kematian pramatang. Ini kerana, semakin lama seseorang menghidap diabetes yang tidak didiagnosis dan dirawat, semakin tinggi risiko untuk mendapat komplikasi dan kematian pramatang.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan masing-masing kerana kesihatan kita adalah milik dan tanggungjawab bersama. Kenali dan fahami faktor risiko, tanda dan gejala penyakit diabetes supaya pencegahan serta pengesanan dan rawatan awal dapat dilakukan.
INISIATIF SARINGAN KESIHATAN KEBANGSAAN (NHSI)
Inisiatif ini telah dilaksanakan oleh KKM bermula dari Julai sehingga Disember 2022 bagi menggalakkan masyarakat menjalani saringan kesihatan. Sehingga 13 November 2022, sejumlah 730,788 orang telah disaring dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 566,301 saringan telah dijalankan di fasiliti KKM. Seramai 145,592 individu juga telah berjaya disaring melalui program PeKaB40, manakala 18,895 pekerja telah menjalani saringan di bawah program Health Screening Program (HSP) PERKESO.

Berdasarkan data dari aplikasi MySejahtera, seramai 355,887 individu yang berumur 40 tahun dan ke atas telah mengambil bahagian dalam NHSI sejak 1 Julai 2022 sehingga 13 November 2022. Daripada jumlah tersebut, didapati:
  • 195,215 (54.85%) individu adalah sememangnya telah disahkan menghidap NCD sebelum saringan;
  • 137,380 (38.6%) individu adalah bebas NCD tetapi dikesan mempunyai faktor risiko NCD (masalah berat badan atau obesiti, merokok, mempunyai bacaan tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol yang melebihi paras normal); manakala
  • 23,293 (6.55%) individu lagi adalah sihat, iaitu tidak dikesan mempunyai faktor risiko NCD.
Melalui aplikasi MySejahtera, data menunjukkan seramai 210,414 individu yang berumur bawah 40 tahun telah disaring pada tempoh yang sama juga. Daripada jumlah tersebut:
  • 84,395 (40.11%) individu telah pun disahkan menghidap NCD sebelum saringan;
  • 97,158 (46.14%) individu mempunyai faktor risiko NCD; manakala
  • 28,931 (13.75%) individu adalah sihat.
Melihat kepada trend yang membimbangkan ini, justeru, KKM ingin menyeru agar rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk tampil memeriksa status BMI, tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol dalam darah di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran. Selain itu, pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan terutamanya apabila umur semakin meningkat dan mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes atau mempunyai faktor-faktor risiko penyakit tidak berjangkit lain.
PENGLIBATAN SEMUA PIHAK PENTING DALAM PENCEGAHAN DAN PERAWATAN DIABETES
Hari Diabetes Sedunia disambut sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam penjagaan diabetes. Sambutan ini juga diharapkan menjadi satu titik tolak perubahan bagi semua pihak untuk memperkasa penjagaan diabetes, terutama di waktu yang sukar dengan beban penyakit yang semakin meningkat dan kos belanjawan yang terhad.
Dengan mengambil prinsip “mencegah lebih baik daripada mengubati”, sistem kesihatan negara sedang menjalani transformasi daripada sick care kepada health care. Transformasi ini penting untuk memperkasakan aktiviti pencegahan penyakit, menggalakkan gaya hidup sihat, menambah baik pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan utama dalam masyarakat.
Justeru, semua pihak termasuk anggota kesihatan, akademik, sektor swasta dan pemimpin masyarakat diseru untuk bersatu dalam berkongsi penyelesaian dan tindakan yang berkesan untuk mengekang peningkatan penyakit tidak berjangkit di negara kita. Kerjasama yang erat daripada semua pihak dapat mengubah persekitaran di negara kita untuk menjadi lebih baik dan memangkin kepada amalan gaya hidup yang lebih sihat tanpa penyakit tidak berjangkit.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN, MALAYSIA
15 November 2022




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2022 01:03 PM | Show all posts

siap ular pun masuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2022 01:04 PM | Show all posts

kuasa beli makin kurang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2022 01:06 PM | Show all posts

dah riki tadi. hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
farhana008 replied at 15-11-2022 12:03 PM
siap ular pun masuk

Jiran kakak pun masuk ular sawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199282 Replies : 4669
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2929 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 10290 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 4.867184 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list