|
Di mana mieyoi?
dimanakah dikau mieyoi? meh la masuk kongsi experience..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NagaVillage at 24-7-2007 09:33 PM
nih lagi satu hal........... masa bila lak buat micro teaching nih?? baper lama?? mmg kena related dgn ape kita apply jer?? atau just bagi contoh.. x kisah subjek ape??
aku experiencin ...
saya pun interested nak tau, boleh ke guna mix language? saya Maths, so memang kena fully in english atau kena explain term-term in malay?
kompius betul lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1721 NagaVillage's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1723 simbiosis's post
simbiosis, kalau tak silap awa,bagi calon yang ambik BI, Math & Science micro teaching WAJIB dalam bahasa Inggeris, tak boleh rojak2...simbiosis boleh rujuk thread KPLI intake July 2007, ada boycruz ada maklum masa dia kena interview hari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by awadanish at 24-7-2007 10:04 PM
naga...
boleh rujuk sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6 kat sini...
pas naga baca, buleh ambik subtajuk...then wat le apa2 yg patut...slid prsntation @ yang sesuai...harap dapat membantu
...
err.. kena bawa laptop ker masa buat micro teaching tu???
baper lama awa??
wawasan 2057 tu mender ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada wawasan 2057 ke.....??? mak aii aku ni ketinggalan LRT ke..??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1725 awadanish's post
thanks awa..tak perasan plak diorang ada cakap pasal nih.. nanti saya check balik |
|
|
|
|
|
|
|
Wawasan 2057
-- ini yg saya jumpa.. sila tambah kalau ada info baru
BN tetapkan 2057 sasaran baru pembangunan negara
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR 12 Mac |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1732 simbiosis's post
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah Kurang Murid
NUTP setuju tutup SK kurang murid
KUALA LUMPUR 12 Jun - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran menutup sekolah-sekolah kebangsaan (SK) di kawasan pedalaman yang mengalami kekurangan murid dan berkeadaan daif.
Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng bagaimanapun menegaskan, kerajaan boleh berbuat demikian dengan sedikit perubahan iaitu mengambil kira kawasan yang terdapat sekolah kebangsaan jenis Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT).
Selain itu, tambahnya, kementerian juga mesti mengutamakan keselesaan dan kemudahan pelajar dengan menyediakan infrastruktur secukupnya di sekolah berpusat yang akan didirikan.
``Pada dasarnya kita bersetuju, tetapi cadangan itu mestilah tidak menghapuskan SJKC atau SJKT sedia ada. Kerajaan boleh membina sekolah berpusat yang di kawasan-kawasan yang sebelum itu hanya terdiri daripada sekolah kebangsaan.
``Sementara di kawasan-kawasan yang mempunyai SJKC dan SJKT mestilah didirikan Sekolah Wawasan yang dilihat lebih praktikal,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Terengganu hari ini bahawa penutupan sekolah-sekolah itu merupakan salah satu formula terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Katanya, pendekatan itu mungkin dilihat kurang popular tetapi ia merupakan satu usaha yang boleh dilaksanakan bagi memastikan murid-murid di kawasan pedalaman terus mendapat kemudahan pendidikan terbaik.
Hishammuddin yakin cadangan itu dapat dilaksanakan dengan jaya selain mendapat kerjasama daripada kepimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri mahu pun wakil-wakil rakyat sendiri.
Yim Pheng berkata, infrastruktur utama yang perlu wujud di sekolah berpusat itu ialah kemudahan asrama penuh memandangkan terdapat pelajar yang berasal dari kawasan yang jauh di pedalaman.
Katanya, isu pengangkutan juga perlu diambil kira kerana tidak semua pelajar terbabit memiliki kemudahan kenderaan.
``Pelajar terdiri daripada anak nelayan dan petani dan isu pengangkutan juga perlu diambil kira dengan serius selain kemudahan asrama penuh,'' jelasnya.
Sementara guru pula, tambahnya, tidak mempunyai masalah untuk meneruskan khidmat di sekolah berpusat atau wawasan tersebut kerana ia memudahkan.
``Ia satu kemudahan bagi guru yang mungkin sebelum itu perlu mengajar di kawasan yang lebih jauh di pedalaman,'' ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah wawasan
Perluas Sekolah Wawasan -- Tiga aliran mampu semai semangat perpaduan antara kaum
Oleh: ZURAINI ABIDIN dan HERMAN HAMID
KUALA LUMPUR 12 Mac - Di sebalik desakan supaya ditambah sekolah Cina, beberapa pertubuhan mencadangkan kerajaan menambah peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) untuk memperluaskan pelaksanaan Sekolah Wawasan di seluruh negara.
Mereka berpendapat konsep Sekolah Wawasan yang mengintegrasikan tiga aliran sekolah dalam satu kawasan perlu diperkasa sebagai usaha menyemai semangat perpaduan antara kaum.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, dengan peruntukan itu, ia dapat digunakan bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur di sekolah yang terlibat di dalam projek tersebut.
``Permohonan MCA untuk membina lebih banyak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) hanya menguntungkan satu pihak sahaja.
``Mereka (MCA) seharusnya bergabung dengan parti komponen Barisan Nasional lain untuk memperkasakan Sekolah Wawasan yang lebih menepati kehendak nasional,'' katanya di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, kelmarin yang meminta kerajaan menambah bilangan SJKC di seluruh negara termasuk jumlah guru-guru melalui peruntukan di bawah RMK-9.
Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat bantahan daripada beberapa tokoh akademik dan Pergerakan Pemuda UMNO.
Sementara itu, Presiden Majlis Kelab Belia India Malaysia, A. Rajaratnam menegaskan bahawa semua pihak harus menerima hakikat bahawa Sekolah Wawasan adalah formula bagi meningkatkan perpaduan kaum.
``Pada saya itu langkah yang terbaik dan jika ini dilakukan, maka semua pihak tidak ada alasan lain lagi untuk menolak konsep Sekolah Wawasan,'' katanya.
Pengerusi Alumni Melayu Amerika Utara (Alma), Roslan Mohd. Latif turut bersetuju jika kerajaan menambah Sekolah Wawasan kerana tujuannya ialah untuk kebaikan generasi akan datang.
``Walaupun benar bahawa SJKC pada orang Cina sangat dititikberatkan, namun demi kepentingan bersama mereka harus melihat isu ini dengan lebih luas lagi,'' katanya.
Presiden Graduan Muda Malaysia, sebuah persatuan yang berasaskan kaum Cina, Quek Ngee Meng berkata, pelaksanaan Sekolah Wawasan sangat sesuai untuk tujuan integrasi kaum terutama di kawasan yang mempunyai komposisi masyarakat majmuk pelbagai kaum.
Bagaimanapun, katanya, SJKC masih diperlukan di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.
Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sobri Ahmad berkata: ``Tidak ada mana-mana pihak yang rugi dengan pelaksanaan Sekolah Wawasan, malah ia lebih bersifat terbuka dengan menggalakkan interaksi sesama kaum.''
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Azam Abdul Rahman pula berpendapat, matlamat pelaksanaan Sekolah Wawasan akan gagal sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan MCA.
``Kerajaan perlu menumpukan terhadap usaha penambahbaikan konsep Sekolah Wawasan supaya ia dapat dilaksanakan secara meluas,'' katanya.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Nordin Abdul Hamid berkata, semua pihak tidak perlu takut kehilangan identiti mereka sekiranya Sekolah Wawasan diperkasakan.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Prof. Madya Dr. Rahman Daud berkata, MCA sewajarnya menyokong pelaksanaan Sekolah Wawasan bagi merapatkan jurang perbezaan antara kaum di negara ini.
``Salah satu cara untuk menyatupadukan kaum adalah dengan mengelakkan perasaan iri hati dan hasad dengki di kalangan masyarakat dan ia boleh digerakkan melalui sistem pendidikan,'' katanya.
Presiden Akademi Belia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah pula berkata, melalui Sekolah Wawasan, ia berupaya mengatasi masalah pengasingan kaum di kalangan generasi muda yang semakin serius.
sumber: Utusan Malaysia - 13/3/2005
[ Last edited by NagaVillage at 25-7-2007 01:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Guru Stress
Ramai guru berpenyakit akibat stres
KUALA LUMPUR 28 Mac - Ramai guru di Malaysia kini menghidap penyakit barah payu dara, darah tinggi, sakit jantung malah sedang mendapat rawatan psikiatri kerana semakin stres akibat bebanan tugas yang meningkat.
Guru wanita lebih ramai dihidapi penyakit berbanding dengan guru lelaki malah guru muda juga tidak terkecuali dalam mendapatkan penyakit-penyakit tersebut.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim Pheng berkata, andaian ini adalah berdasarkan tuntutan insurans yang telah dibuat oleh guru-guru sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Katanya, setiap tahun sebanyak RM2 juta tuntutan insurans telah dibuat oleh hampir 50 guru dengan nilai dari RM44,000 hingga RM120,000.
``Punca penyakit yang dihadapi oleh guru-guru ini dipercayai disebabkan oleh bebanan kerja yang membawa kepada stres sehingga menjejaskan kesihatan guru dan ini diakui oleh guru-guru melalui pertemuan dengan kesatuan.
``Sebagai kesatuan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan guru, perkara ini perlu ditangani kerana jika guru tidak sihat dan produktiviti menurun, bagaimana untuk meneruskan tugas mengajar anak bangsa,'' katanya kepada pemberita pada Persidangan Pendidikan Malaysia ke-10 di sini hari ini.
Menurut Loke Pheng, guru-guru yang mengajar di bandar-bandar besar seperti terutama Kuala Lumpur dan di kawasan pedalaman adalah bilangan yang banyak diserang stres sehingga ada yang perlu mendapatkan rawatan psikiatri.
``Sebagai contoh, ada seorang guru akan keluar kelas setiap kali hujan semata-mata untuk melihat hujan sehingga ia berhenti dan satu lagi kes ialah ada guru yang tidak suka pergi ke sekolah,'' jelasnya.
Tambah beliau, bagaimanapun, kedua-dua kes itu telah pun dirujukkan ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan kaunseling.
``Satu kajian telah dibuat oleh NUTP pada tahun lalu mengenai stres di kalangan kakitangan perguruan.
``Sebanyak 9,328 orang telah memberi maklum balas yang terdiri daripada guru kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai Jabatan Pelajaran di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
``Daripada kajian itu, sebanyak 69 peratus responden bersetuju bahawa mereka bekerja dalam keadaan stres,'' katanya.
Menurut beliau lagi, faktor tertinggi yang menyebabkan stres ialah tekanan daripada ibu bapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah.
Tambah beliau, faktor lain ialah bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada 320,000 guru, hanya 40,000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat.
``Oleh kerana peluang kenaikan pangkat terlalu sedikit, maka ramai guru yang kecewa sehingga ada yang menjadi guru kelas biasa sehingga bersara.
``Begitu juga dengan ketidakadilan dalam penilaian kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang.
``Apabila guru stres, maka perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti meluahkan kemarahan kepada pelajar atau mendenda pelajar bagi melepaskan perasaan tertekan tersebut,'' ujarnya.
Yim Pheng berharap kementerian melihat perkara ini secara serius kerana kini guru melakukan pelbagai kerja sehingga membawa kemudaratan kepada kesihatan dan mental.
sumber:UM- 29/03/06
[ Last edited by NagaVillage at 25-7-2007 02:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah Bestari lahir murid kreatif
KUALA LUMPUR 17 Julai |
|
|
|
|
|
|
|
wawasan 2057
Misi 2057 Akan Digubal Sebagai Kesinambungan Wawasan 2020, Kata PM
KUALA LUMPUR, 12 Mac 2007(Bernama) -- Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) bersetuju supaya misi baru dikenali sebagai Misi 2057 digubal bagi meneruskan kesinambungan pembangunan negara daripada pelbagai aspek sejak kemerdekaan dan selepas pencapaian Wawasan 2020.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat hari ini supaya misi yang dikenali sebagai Misi 2057 itu dapat dijadikan panduan pembangunan untuk tempoh 50 tahun akan datang.
"Kita membincangkan apa yang akan kita lakukan seterusnya, kalau kita hendak pandang ke hadapan kita perlu pandang ke 2057, 50 tahun daripada sekarang. Kerana pejuang-pejuang kemerdekaan apabila merdeka pada 1957, dalam fikiran mereka mesti ada banyak perkara yang mahu dilaksanakan untuk masa depan kerana kemerdekaan bukan hanya untuk mereka tetapi untuk generasi akan datang.
"Maka kita juga sebagai kerajaan yang hari ini masih wujud, segar, kuat dan berpengaruh perlu mengambil kesempatan untuk pandang ke hadapan, apa lagi daripada sekarang untuk 50 tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di sini hari ini.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN bagaimanapun menegaskan bahawa dalam menggubal misi 2057, kerajaan tidak sesekali akan mengetepikan Wawasan 2020 yang disifatkan sebagai satu misi yang perlu dicapai matlamatnya.
"Itu (Wawasan 2020) sudah dijelaskan berulang kali termasuk dalam buku Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), itu tidak diketepikan, ia tetap akan dilaksanakan, tetapi selepas itu apa lagi yang patut ditambah harapan kita," katanya.
Abdullah berkata apa yang diharapkan oleh kerajaan sekarang adalah untuk merangka satu misi dengan mengambil kira perubahan-perubahan semasa dan kepentingannya kepada generasi muda agar mereka dapat memainkan peranan yang lebih baik dalam menjana suasana pembangunan negara bagi mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, katanya kerajaan akan sentiasa memastikan bahawa faktor budaya, semangat muhibbah, perpaduan, muafakat serta toleransi dalam agama dititik berat dan diteruskan sebagai nilai tambah kepada kejayaan yang akan diperolehi oleh negara.
"Perhatian bersungguh-sungguh juga perlu diberikan kepada pembangunan modal insan, jiwa bangsa dan pembangunan yang tidak meninggalkan ciri-ciri kebudayaan dan kesenian yang menunjukkan rupa bangsa kita. Ini patut menjadi ingatan kepada generasi akan datang," katanya.
Abdullah berkata dalam merangka misi jangka panjang itu, kerajaan mahu mambawa bersama seluruh rakyat termasuk parti pembangkang, kaum wanita, golongan muda, golongan profesional dan badan-badan bukan kerajaan untuk berbincang dan memberikan pandangan mereka demi masa hadapan negara.
"50 tahun lagi bukan terlalu jauh sampai kita tidak boleh katakan sesuatu yang kita hendak lihat, ini merupakan satu kesinambungan kepada pencapaian matlamat Wawasan 2020, tiap-tiap pencapaian yang kita perolehi tahun ini akan menjadi asas kepada usaha yang lebih hebat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar tahun akan datang.
"Itulah proses pembangunan yang kita wujudkan di Malaysia sejak Parti Perikatan dan kemudian BN memerintah negara ini...kita sentiasa berusaha ke arah menambah nilai dan meningkat kejayaan, itu yang menjadi pegangan kita," katanya.
Sehubungan itu, katanya rakyat termasuk anggota parti dapat bersama-sama membantu dan melahirkan pandangan dan hasrat untuk masa hadapan.
Sumber -- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1738 NagaVillage's post
huhuuu seram sejuk ni dah le dok dalam opis sejuk tapi bila nak dekat tarikh makin menggigil huhuuu |
|
|
|
|
|
|
|
PENGALAMAN KAWAN PI TEMUDUGA..TAHUN LEPAS
dia ni minta pendidikan khas tapi masa belajar dulu ambil sastera..
dia temdugau kat maktab pen khas..mas atu memeng ramai pempuan sampai dia segan nak duduk atas kerusi nak temduga sebab ramai pempuan..so masa dia duduk tu dia sorang je jantan sebab yang lain tak datang lagi..
so kawan saya ni kes yang rayuan..so masuk le individu dulu le..so dia tanya paasal pengalamn kerja, kenapa mta, reelevankan dengan course yang u ajar ni dengan kursus di universiti..lagi satu dia tak tanya pun pasal sek wawasan ke kluster ke , hirarki carta ke apa ke..apa yang pasti dia tanya pasal pen khas je..cam ne nak ajar, cam ne nak handle..apa ciri2 pen khas pelajar dan sealiran dengannya..
so satu lagi dia tanya dalam bi..cuba u terangkan camne nak ajar pen khas dlm bi..so ada le satu soalana yang tu...
so tiba grouping 3 orang je masa tu..so dia bagi topik kalau tak silap pasal camne nak cegah lumba haram @ rempit ni(tengha panas isi masa tu)..
so bincang pasal punca dan cara nak atasi je..alah senang je heheheh
tup2 kawan aku yakin sangat sebab masa tu dia cakap laki senang nak dapat, pastu dia leh jawab semua dengan yakin.. so dia memeng rasa dia dapat le.. tapi keluar keputusan memang tak dapattttttttttttt huhuuhuuuu
so rata2 aku tanya member yang tak dapat tu dia cakap masa temduga memeng dapat jawab dan yakin le dapat tapi last2 tak dapat pun tempat di maktab.kecwa le...
so lagi satu kebanyak aku dpat tau..yang temdugau kali kedua kebanyakannya dapat.sebab masa temduga kedua ni dia tanya pernah dipanggil temduga tak sebelum ini...tapi ikut pengalaman kawan2 aku mmeng yang masuk maktab sah yang kali kedua dan tak de kali ketiga atau ke empat..pendek kata utk kau orang yang akan kali kedua ni so ada peluang le.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|