|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: LAVENDER CASCADE
[Copy link]
|
|
|
6
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah SWT berfirman, "Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilai dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)." (Surah al-Ankabut ayat 64) |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah SWT menjelaskan kepada kita hakikat sebenar kehidupan di dunia. Realitinya, kehidupan di dunia ini diumpamakan sebagai kesenangan yang sedikit atau kesenangan yang menipu jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Manakala kehidupan akhirat kekal abadi namun manusia sering terlupa mengenainya. Nabi SAW menggambarkan nisbah kehidupan manusia satu hari di akhirat bersamaan seribu tahun di dunia. Bayangkan betapa lamanya tempoh bakal kita hadapi bagi kehidupan di akhirat kelak dan ia sepatutnya menginsafkan kita tentang berpada-pada dengan kesenangan dan godaan dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
7
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Secara umumnya, ulama menyatakan tempoh umur bagi umat Nabi SAW antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Justeru, jelas di sini tempoh kehidupan di alam barzakh yang bakal kita lalui lebih lama berbanding tempoh hidup di dunia. Di dalam al-Quran menyatakan tentang umat terdahulu yang banyak dalam kalangan mereka mendustakan rasul lalu di manakah mereka sekarang? Sekarang mereka sedang di alam barzakh dan 'menikmati' apa yang telah mereka lakukan dalam kehidupan dunia yang lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
8
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Al-Quran membawakan dialog Allah SWT dengan orang kafir yang menjadi penghuni tetap di neraka sebagai pengajaran kepada kita. Firman Allah SWT, "Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung. Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)." (Surah al-Mukminun ayat 112-114). Justeru, berbaloikah kederhakaan kita kepada Allah SWT dalam kehidupan dunia yang singkat ini. Mampukah kita menghadapi balasan seksaannya di sana yang kekal selamanya hanya dengan kelalaian pada godaan dunia? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
9
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam menghadapi arus dunia moden mencabar ini, umat Islam perlu ada jati diri dan pegangan agama kuat serta mampu menangkis segala cabaran kesenangan dunia yang sering menghambat kita. Ingatlah ketaatan kepada Allah SWT kejayaan terbesar di dunia dan kita wajib meraihnya. Kejayaan tidak dinilai dengan kebendaan atau materialistik semata, tetapi berpaksi kepada balasan dijanjikan Allah SWT di akhirat. Oleh itu belilah akhirat dengan menjual kesenangan dunia kerana ia perniagaan yang amat menguntungkan di dunia dan akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah SWT berfirman, "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan." (Surah Al-Qasas ayat 77). Pengajaran daripada ayat ini menegaskan Allah SWT memerintahkan kita mengutamakan akhirat berbanding kesenangan dunia. Dunia boleh dicapai oleh tangan sekadar keperluan di dunia namun jangan sampai berbekas di hati kerana kepentingan di akhirat yang perlu bertakhta di hati setiap orang mukmin. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
10
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|