CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: YOU ARE WHAT YOU ARE

 Close [Copy link]
Post time 12-9-2024 01:14 PM | Show all posts
dera anak orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 01:15 PM | Show all posts
kalau baran janganlah pilih kerjaya jaga anak orang
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:16 PM | Show all posts
budak2 ada pelbagai ragam
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:18 PM | Show all posts
'Pengasuh tak dibayar gaji urus 24 kanak-kanak'

KLUANG: "Saya terkejut dan menggigil apabila mengetahui pusat perlindungan kanak-kanak yang selalu saya bantu di Taman Seri Impian di sini, ada kaitan dengan syarikat yang sedang disiasat polis dalam isu pemerdagangan manusia dan jenayah," kata seorang sukarelawan wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Jaliah.

Jaliah berkata, beliau kerap membantu pusat berkenaan dengan memberikan barangan keperluan bagi penghuninya iaitu 13 kanak-kanak lelaki dan 11 kanak-kanak perempuan berusia satu hingga enam tahun.

Katanya, kanak-kanak itu diasingkan dalam dua rumah yang berjiran di taman ini dan dijaga lima pengasuh wanita termasuk ketuanya seorang wanita berusia 60-an.

"Kanak-kanak ditempatkan di rumah ini sehingga mereka berusia enam tahun dan apabila mencapai usia tujuh tahun, mereka dipindahkan ke sekolah tahfiz di merata tempat yang tidak diketahui.

"Seorang pengasuh wanita di rumah perlindungan itu berusia 21 tahun, sebelum itu sarat mengandung anak luar nikah dan ditempatkan di situ hingga bersalin. Dia kemudian bekerja mengasuh kanak-kanak tanpa diberi upah sehingga kini.

"Seorang lagi pengasuh wanita bekerja di situ selama enam bulan tanpa dibayar gaji dan sudah berhenti," katanya.

Jaliah berkata, kos bagi menampung keperluan penghuni di rumah itu 100 peratus digerakkan daripada dana hasil sumbangan masyarakat.

"Setiap hari barangan basah yang diperlukan rumah kanak-kanak itu seperti sayur dan ikan boleh diambil dipasar tanpa perlu dibayar," katanya.

Jaliah berkata, ketua pusat perlindungan kanak-kanak itu mendakwa mereka bernaung di sebuah yayasan perubatan dan penghuninya dikatakan datang daripada keluarga bermasalah.

Katanya, kanak-kanak berkenaan akan tidur di bilik, manakala ruang tamu dijadikan tempat solat berjemaah dan belajar.

"Pusat perlindungan itu wujud selepas COVID-19 dan pernah tular di media sosial kerana isu permohonan dana bagi membaiki rumah itu sebelum ini," katanya.



https://www.bharian.com.my/berit ... urus-24-kanak-kanak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:19 PM | Show all posts
jual agama/ berselindung di sebalik agama
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:19 PM | Show all posts
pakai kopiah pakai djilbab memang senang kaburkan orang Melayu terutamanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2024 01:20 PM | Show all posts
Pencemaran bau: Empat sekolah di Kampung Maju Jaya masih ditutup

JOHOR BAHRU: Empat sekolah di Kampung Maju Jaya termasuk Sekolah Agama Kampung Maju Jaya masih ditutup hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled, berkata Jabatan Agama Islam Negeri Johor menerusi Bahagian Pendidikan Islam memberi kebenaran kepada semua institusi berdaftar yang terkesan akibat pencemaran itu untuk tidak beroperasi buat sementara waktu.

Menurutnya, dua sekolah agama iaitu Sekolah Agama Kampung Melayu Pandan diarahkan tutup sementara selama sehari minggu lalu, manakala Sekolah Agama Kampung Maju Jaya diarahkan tutup sementara bermula kelmarin sehingga keadaan pulih.

"Sekolah Agama Kampung Maju Jaya yang masih ditutup pada hari ini memiliki 630 murid serta 12 guru.
"Arahan penutupan pengoperasian sekolah ini dikeluarkan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada murid, guru dan kakitangan sekolah ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

"Orang ramai ramai khususnya di kawasan tersebut dinasihati untuk sentiasa memakai penutup hidung dan mulut apabila berada di luar rumah bagi mengurangkan kesan bau tersebut," katanya menerusi kenyataan media hari ini

Sementara itu, Ketua Kampung Maju Jaya, Roslan Hassan berkata, sekolah lain yang ditutup termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya membabitkan 974 murid dan 64 guru Sekolah Rendah Islam Hidayah dengan 1,232 murid serta 92 guru, manakala Sekolah Menengah Islam Hidayah mempunyai 807 pelajar dan 75 guru.

Beliau berkata, SK Kampung Maju Jaya beroperasi secara PdPR.

Menurutnya, buat masa ini kualiti udara di kawasan perkampungan berkenaan adalah baik dan tiada lagi pencemaran bau.

Katanya, bagaimanapun pihaknya menasihati semua penduduk dan ibu bapa sentiasa mengambil langkah keselamatan sekiranya keadaan berubah.

"Kami bersyukur kerana usaha pembersihan sungai yang tercemar akan dilakukan dan diharap ia mampu menyelesaikan masalah pencemaran sepenuhnya serta memulihkan keadaan Sungai Tebrau.

"Kami berharap pelaku pencemaran dikenakan tindakan sewajarnya kerana perbuatan mereka menjejaskan rutin harian penduduk dan masalah kesihatan," katanya ketika dihubungi.




https://www.bharian.com.my/berit ... -jaya-masih-ditutup

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:21 PM | Show all posts


SK Maju Jaya masih ditutup susulan pencemaran bau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2024 01:22 PM | Show all posts
Nikmat Allah


Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang.

Lebih besar daripada itu; iman, Islam, taufiq dan hidayah untuk mengamalkan titah perintah ALLAH, kemanisan ibadah, khusyuk dan bahagia dalam jiwa dengan mendekatkan diri kepadaNYA, nikmat bermunajat kepadaNYA, nikmat zikir, doa, tahajud dan amalan solih yang lain.

Semua itu tidak terbanding kelazatannya apabila ia menginap dalam jiwa insan. Hanya yang mengalami akan memahami.
Maka, janganlah insan melihat nikmat ALLAH dengan mata yang sempit, tapi kecapi dan bersyukurlah dengan melihat dari pintu nurani yang dalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:23 PM | Show all posts
Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH

Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya.

Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis menangguhkan hukuman sehingga Kiamat nanti. Maka, tidaklah mustahil DIA menerima aduan hambaNYA yang tidaklah sejahat Iblis. Maka, berdoalah dan jangan putus asa.

ALLAH tidak pernah meletakkan perantara antara diriNYA dengan makhlukNYA. Berbicara kepada ALLAH tidak memerlukan temujanji, atau menunggu giliran, atau tempat yang khusus atau seumpamanya. Seorang hamba memanggil "Ya Rabbi!" suaranya terus sampai ke langit tinggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:24 PM | Show all posts
Hanya Permainan dan Sia-Sia

Peringatan al-Quran bahawa dunia ini hanya "permainan dan sia-sia" (Surah al-An'am ayat 32, Surah Muhammad ayat 36, Surah al-Hadid ayat 20) akan dapat kita lihat apabila kita benar-benar merenung kehidupan ini.

Masa berlari pergi, peristiwa-peristiwa yang terjadi dan baki kenangan yang tertinggal kini, benar-benar menjadi saksi bahawa kehidupan hanya sendiwara yang tidak pernah berhenti. Apa yang kita lihat, tidak seperti yang kita sangka. Apa yang kita sangka, mungkin hakikatnya sangat berbeda.


Semalam tidak lagi sama seperti hari ini. Esok mungkin berubah lagi. Hanya yang dapat kita percayai dan pegang serta simpan dalam diri dan sanubari untuk kita kasihi ialah niat yang ikhlas yang disertai dengan amalan yang soleh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2024 01:24 PM | Show all posts
Doa Sentiasa Diterima..

Doa tidak pernah sia-sia. Apabila seseorang berdoa dengan penuh pasrah dan merendahkan jiwa kepada ALLAH, itu pasti mustajab. Itulah janji ALLAH. Cumanya, bilakah ia dimustajabkan dan dalam rupa atau keadaan yang bagaimana ia dimustajabkan itu merupakan pilihan ALLAH untuk hamba-hambaNYA atas hikmat yang DIA Maha Tahu.

Betapa banyak doa insan yang telah dimustajabkan, namun insan itu terlupa atau tidak menyedarinya. Itu kerana, insan sering terbayang doanya muncul sama seperti dalam khayalannya sahaja. Padahal, maksud doa itu boleh muncul dalam pelbagai rupa dan cara.

Kadang kala insan terlupa, kehidupan yang sedang dia lalui dengan pelbagai nikmat itu, sebahagian besar adalah hasil kemustajaban doanya yang menjelma dalam rupa dan warna yang dia sangka ataupun tidak sangka. Namun insan itu lalai, lalu sering tertanya: "Mengapa ALLAH belum menyahut doa saya".

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 01:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 01:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 01:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 01:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2024 01:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 01:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 01:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2024 01:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.581881 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list