|
Originally posted by holmes at 15-10-2006 09:07 PM

cantiknya..  |
|
|
|
|
|
|
|
SHORT BREAK/Best of Driving in Sabah: The good life in Sabah
SAGER AHMAD

Take a leisurely drive into the cool Crocker Range in Sabah and on the way, visit quaint towns with their rich stories of Japanese Occupation during World War II. Story and pictures by SAGER AHMAD.
IN just one day, we saw the many facets of Sabah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Taman Zoologi, Botani tarikan baru ke Sabah
Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah
Proses akhir membina kemudahan untuk pengunjung, lengkapkan bahan pameran giat dijalankan
KOTA KINABALU: Taman Zoologi dan Botani Sabah di Lok Kawi, kira-kira 25 kilometer dari sini, berpotensi sebagai daya tarikan baru industri pelancongan di Sabah dan destinasi rekreasi serta pembelajaran di kalangan murid dan pelajar, selain peminat hidupan liar.
Ia kini dalam proses akhir membina kemudahan untuk pengunjung dan melengkapkan bahan pameran sebelum dibuka kepada umum seawal-awalnya akhir tahun ini seperti dijadualkan.
Walaupun belum setanding zoo lain di negara ini seperti Zoo Negara, Zoo Melaka atau Zoo Taiping, pembukaannya pasti menggamit kehadiran pengunjung, lebih-lebih lagi kedudukannya sebagai satu-satunya zoo di Sabah dan Borneo.
Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar negeri, Laurentius Ambu, berkata apabila dibuka kelak, pihaknya yang bertanggungjawab mengurus taman berkenaan bukan saja bakal mempamer hidupan liar, malah turut merancang mengadakan pertunjukan haiwan.
Katanya, ia antara rancangan yang akan dilaksanakan mulai tahun depan sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM'07) untuk menarik seramai mungkin pengunjung, terutama di kalangan pelancong asing.
"Kita sudah menyediakan rancangan untuk menambah daya tarikan zoo ini supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada pameran hidupan liar.
"Mengikut perancangan, kami mahu mengadakan dua atau tiga pertunjukan haiwan setahun untuk mempelbagaikan aktiviti di sini, di samping pameran haiwan liar," katanya.
Ambu berkata, tarikh pembukaan rasmi belum ditentukan kerana kerja pembinaan kemudahan masih dijalankan.
Pada masa sama, katanya, bahan pameran yang disediakan untuk tatapan pengunjung juga belum lengkap.
Ketika ini, antara haiwan liar di taman itu ialah orang utan, harimau belang, gajah Pygmy, monyet bangkatan, kancil dan seladang selain pelbagai spesies burung tempatan dan kakak tua serta rusa.
Dalam perancangannya, Jabatan Hidupan Liar turut bercadang menyediakan pameran orkid, pakis, rama-rama, serangga, tumbuhan perubatan, periuk kera dan spesies halia serta menyediakan laluan pejalan kaki dan berbasikal sejauh 1.4 kilometer untuk meninjau flora di sekitar taman.
Walaupun belum dibuka kepada umum, taman yang lebih dikenali sebagai Zoo Lok Kawi mula dibina pada 1998 itu kini menerima kunjungan secara berkumpulan seperti rombongan pelajar.
Kunjungan ke taman itu cara paling mudah dan murah untuk meninjau hidupan liar kerana tidak perlu ke habitat asal melihatnya secara dekat.
Kelebihan itu tentu menarik kedatangan pelancong asing dan pengunjung tempatan yang berminat terhadap hidupan liar tetapi sukar mengunjungi habitat asal kerana faktor jarak dan kewangan.
Contohnya, jika ingin melihat orang utan, tidak perlu lagi ke Sepilok di Sandakan atau ke Sukau, Kinabatangan dan Klias untuk melihat monyet Belanda.
Spesies gajah Borneo atau pygmy di Kinabatangan dan Lahad Datu juga kini boleh dilihat di zoo berkenaan, memudahkan peminat hidupan liar melihat secara dekat haiwan terbabit tanpa perlu bimbang mengenai soal keselamatan.
Selain haiwan liar tempatan, taman itu turut mempamerkan haiwan liar import seperti kakaktua, burung unta, kanggaru, unta, badak, zirafah dan kuda belang.
Sementara itu, Ambu berkata, pihaknya mengehadkan pameran haiwan pemakan daging kerana kos pengurusan haiwan terbabit lebih mahal berikutan harga makanannya yang tinggi.
"Sebagai contoh, setiap harimau yang dipamerkan di taman ini memerlukan 10 kilogram daging sehari dan setiap hari kita menyediakan 60 kilogram daging yang harganya kira-kira RM18 sekilogram," katanya.
Katanya, Jabatan Hidupan Liar membelanjakan kira-kira RM2 juta setahun untuk mengurus dan menyelenggara taman itu, khususnya menyediakan makanan kepada haiwan.
Berikutan faktor kos, pihaknya mengajak agensi swasta untuk menjadikan haiwan liar di situ sebagai haiwan angkat dan menyediakan perbelanjaan pengurusan.
"Kita sudah menemui beberapa syarikat yang menunjukkan minat dan ketika ini, orang utan mendapat tajaan sebanyak RM25,000 setahun daripada Shangri-La Rasa Ria Resort.
"Sumbangan ini amat bermakna bagi meringankan perbelanjaan menyediakan makanan dan penjagaan kesihatan haiwan liar, justeru kita harap lebih banyak syarikat swasta mencontohinya," katanya.
Katanya, walaupun kos penyelenggaraan tinggi, pembukaan taman itu kepada masyarakat umum dan pelancong dapat memberikan pulangan, terutama dalam membantu kerajaan mempelbagaikan produk pelancongan.
FAKTA: Zoo Lok Kawi
BERHAMPIRAN Kampung Potuki, Jalan Lama Penampang-Papar
KIRA-KIRA 25 kilometer dari ibu negeri
BERKELUASAN 112 hektar
MULA dibangunkan pada 1998
DIBINA dengan kos RM23.5 juta
80 peratus haiwan pameran spesies tempatan
DIURUS Jabatan Hidupan Liar Sabah |
|
|
|
|
|
|
|
Kolam air panas tarikan utama pelancong ke Poring
Oleh Suzianah Jiffar
Kawasan bermaksud `bambu gergasi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sabah affected by musim tengkujuh tak? lupa aaahh.. kalau pegi pulau lankayan area sandakan kat laut sulu tu bulan december ni, ok ke tak ok? if the sea is rough & choppy tak nak pegi lah! tak tau nak pegi mana cuti sekolah ni.. langkawi, pangkor ect boring.. east coast, musim tengkujuh pulak.. ingat nak pegi sabah la..
Sabah negeri paling best. Laut cantik, hutan cantik,.. food je yg kurrreng sikit.. but then again, aku travel bukan utk menggemukkan badan. so tak kisah la.. cuma risau husband aku je,.. kalau tak dpt mknnan sedap, boleh bad mood! |
|
|
|
|
|
|
|
holmes! you pegi sipadan ke? |
|
|
|
|
|
|
mamakcute This user has been deleted
|

Location
Sabah Map


3 easy ways to get to Pop's Backpackers and Beachside Holiday studios
We are located within the msbra Complex, 8 Km (Melinsung Summer Bay Resort), Jalan Baru, Papar, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Only 20 minutes from Kota Kinabalu International Airport and 30 minutes from Kota Kinabalu City.
First choice
Taxi fare RM40.00 each way (4 persons in a taxi)
Take taxi from any taxi stand, in K.K city. Tell driver to go to Melingsung summer bay resort apartments (Wong Kwok Group) at 8 km Jalan Baru Papar and proceed to Block L, Lot L 10-0 for check in
Second choice
Mini Bus fare RM3.00 per person each way
Take mini bus (19A) from Papar bus stand, which is situated at the main bus terminal opposite Wisma SAN HIN (Tang Dynasty Hotel) K.K. city.
Just after 8 km Jalan Papar you will see a very big signboard that says "Melingsung Summer Bay Resort Apartments (Wong Kwok Group)" stop the mini bus and walk to the right hand side passing a row of shops to the security guard booth. Now, walk directly to Block L which is on your right hand side, behind block m. Collect your keys to your accommodation from our friendly staff, LISA at Block L, Lot L 10-0.
Third choice
Just call Pop's (Hector) at 0060 019-8431108 or 016-8291267 and he will pick you up anywhere from the city or Kota Kinabalu International Airport, if transport is available
Our Signboard
Our own signboard is beside Block L. It will point you to Pop's Backpackers and Beachside Holiday Studios reception and lounge at Block L, Lot L 10-0.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muslyn at 7-11-2006 10:58 AM
Sabah negeri paling best. Laut cantik, hutan cantik,.. food je yg kurrreng sikit.. but then again, aku travel bukan utk menggemukkan badan. so tak kisah la.. cuma risau husband aku je,.. kalau tak dpt mknnan sedap, boleh bad mood!
setuju sangat2. mmg makanan jek yg kureng. seafood jrk la yg ok pon. masa gi sana seminggu dok makan seafood je. balik kl dah gatal2 satu badan. fuh tingat sotong bakar kat pasar filipin...bestnter.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by muslyn at 7-11-2006 11:00 AM
holmes! you pegi sipadan ke?
sori baru perasan ada org tanya hom ropenya :bgrin:...
tak...tu gambar2 working colleagues hom semasa depa bercuti dan scuba diving kat sipadan tu....
mungkin next month hom nak holiday g karambunai lak ...:pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
dari airport ke pusat bandar ada bas tak macam LCC???
KK kan ada 2 airport, airport yg mana satu. takut konfius plak kat pelancong nanti ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Dunhill. at 10-11-2006 06:27 PM
dari airport ke pusat bandar ada bas tak macam LCC???
KK kan ada 2 airport, airport yg mana satu. takut konfius plak kat pelancong nanti ;)
dr both airport takde bas...ade teksi je...
KKIA ade 2 terminal..terminal 1 & terminal 2..
terminal 1 utk MAS n other international airlines..
terminal 2 utk air asia n other LCCs..
n plz take note...BOTH AIRPORTS ARE STILL UNDER MAJOR RENOVATION...so mmg a bit confusing n crowded bile dh smpi kat ground terminal..
[ Last edited by eskremVanila at 10-11-2006 07:57 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hi semua..
aku nk tya..possible x kalau aku nk pi KK dr KL hr Sabtu pagi....n blk semula hr ahad mlm???
smpat x agaknya aku nk pi Kundasang tu n beli belah kt pasar filipine?...hehe..nie smua terpengaruh ngn korang nye review psl Sabahlaa nie... mcm menarik je..kekeke..
& aku nk bwk baby 6 mths ++..
hubby aku susahlaa nk cuti2 nie...so tpksa laa ambk peluang weekend je...
cmner nk sewa keter ek..tlg ye sesape yg tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1834 Potpouri's post
hai....
kalo u datang kk amik 1st flight....memang boleh nak ke kundasang and shopping di kk and balik kl ari ahad malam....cuma penat la sket....
i suggest...kalo u amik 1st flight ke kk....sampai kk...uu leh sewa kete kat airport untuk ke kundasang terus....kalo nak puas...tido la kundasang malam tu....kesian kat baby penat travel kalo takde rehat...lagipun kalo u nak tgk puncak gunung kinabalu...kene tengok awal2 pagi....kino rasa better u book kinabalu pine resort...esok pagi2 harinya lepas tgk gunung...u balik la kk..then u masih sempat nak shopping di pasar filipin....malam tu u balik la ke kl...
tapi kalo u rasa susah nak shopping bawak beg masa hari ahad tu...maybe u boleh pegi ke kundasang hari sabtu pagi and balik semula ke kk sabtu petang tu jugak...cuma i tak pasti kalo u boleh nampak puncak gunung kinabalu tu atau tidak....then u bermalam di kk....esoknya u masih leh sambung shopping di kk tanpa perlu membawa beg ke sana sini....
ni kino bagi link website utk panduan u nanti
http://www.marimari.com/hotel/malaysia/sabah.html#kinabalu |
|
|
|
|
|
|
|
nenek rasa, baik ikot cadangan kino yang pertama.
bermalam di kundasang rasanya sangat berbaloi.
kol 5 lebeh dah boleh tengok matahari terbit di sebalik gunung kinabalu...
cantik bangat! |
|
|
|
|
|
|
| |
|