CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: TEAM MAS TO PARIS

 Close [Copy link]
Post time 31-8-2024 05:21 PM | Show all posts
adalah satu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 05:22 PM | Show all posts
Tanah jerlus Masjid India: Kerajaan pertimbang pampasan kepada keluarga mangsa
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbangkan pampasan kepada keluarga mangsa yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata bagaimanapun perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.

Ditanya berhubung reaksi keluarga mangsa mengenai keputusan menghentikan SAR, beliau memaklumkan mereka menerima sekiranya pihak kerajaan terpaksa membuat keputusan sedemikian.

"Pada hari pertama mereka sangat sedih dan sukar menerima selain memohon untuk kita cepat menemui mangsa.
"Kita memberi jaminan akan lakukan secepat mungkin, namun beberapa hari kemudian kita sentiasa bertemu dan maklumkan perkembangan semasa SAR... mereka mula menerima serta bersetuju kalau kita terpaksa berhentikan pencarian," katanya ketika sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B N Reddy turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan dalam pencarian mangsa dan memahami keputusan memberhentikan operasi.
"Beliau (Reddy) faham dalam kesungguhan dilakukan pasukan SAR dan memahami jika kita perlu ambil keputusan memberhentikannya dan mereka akan turut membantu bersama menyatakan keputusan kita ini kepada keluarga," katanya.

Terdahulu, Dr Zaliha memaklumkan operasi mencari dan menyelamat wanita warga India yang terjatuh di lokasi kejadian dihentikan, hari ini.

Katanya, keputusan itu diambil atas beberapa faktor terutamanya disebabkan keselamatan anggota dan keselamatan lokasi.
Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai G Vijaya Lakshmi, 48, berasal dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India di sini.

Dalam pada itu, Zaliha meminta masyarakat tidak mudah mempercayai berita dan ilustrasi berkaitan kejadian tanah jerlus ini yang disebarkan di media sosial.

"Orang ramai perlulah mendapatkan berita-berita yang sahih daripada sumber pihak berkuasa. Saya tahu di luar sana banyak video dan ilustrasi (berkenaan insiden tanah jerlus) yang pelbagai, namun biarlah ia datang daripada pihak yang berautoriti.

"Ramai juga bertanya tentang keselamatan Kuala Lumpur ini, justeru saya menegaskan bahawa Insya-Allah Kuala Lumpur secara amnya berada dalam keadaan yang selamat," katanya.

Tambah beliau, pihaknya ada membincangkan perkara itu dengan pakar geologi termasuk Jabatan Mineral dan Geologi dan pihaknya mungkin akan mengadakan siri penerangan secara khusus tentang keselamatan struktur di Kuala Lumpur selepas ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:26 PM | Show all posts


Zaliha bertemu pasukan SAR kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:26 PM | Show all posts


Petugas DBKL mula membawa keluar peralatan dari lokasi SAR selepas pengumuman operasi SAR mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India dihentikan hari ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:27 PM | Show all posts


Pasukan SAR kejadian insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini hari ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:28 PM | Show all posts
PM hargai kesanggupan rakyat semarakkan sambutan kemerdekaan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan tertinggi dan syabas kepada ratusan ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum yang sanggup menunggu seawal pagi demi mahu menyemarakkan sambutan kemerdekaan tahun ini.

Perdana Menteri berkata sambutan tahun ini penting dalam mencetus inspirasi untuk bersama memaknai kemerdekaan yang dinikmari sejak 67 tahun lalu.

"Saya dan (Datuk Seri Dr Wan ) Azizah (Wan Ismail) hadir berhimpun di Dataran Putrajaya pagi tadi bersama ratusan ribu rakyat Malaysia dari seluruh negara untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-67.

"Bangga melihat penyertaan penuh bersemangat dan bertenaga daripada pasukan keselamatan, badan penguat kuasa, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta serta anak-anak pelajar dalam perarakan kemerdekaan ini," katanya menerusi perkongsian pada akaun Facebook miliknya sebentar tadi.

Anwar dalam masa sama turut menyatakan rasa kagum melihat pelbagai persembahan yang memukau terutamanya pertunjukan aset udara dan persembahan Malaysia MADANI.

Katanya, Malaysia MADANI Jiwa Merdeka mengangkat tema integriti dengan mengetengahkan perjuangan membersihkan negara daripada rasuah.

"Persembahan dan sorakan menakjubkan daripada sekitar 2,000 anak-anak pelajar yang memenuhi pasukan Teres Grafik Manusia juga mencuri tumpuan sepanjang perarakan ini," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2024 05:29 PM | Show all posts


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bertemu dan bersalaman dengan orang ramai selepas berakhirnya sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Dataran Putrajaya, pagi tadi. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:31 PM | Show all posts
Aksi atlet Paralimpik Malaysia hari ini

PARIS: Berikut jadual aksi atlet Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini:

(Nota: Semua acara dalam waktu Malaysia)

BADMINTON (Porte De La Chapelle Arena)

Peringkat KumpulanBeregu lelaki WH1-2:

Ikhwan Ramli-Noor Azwan Noorlan mln Rick Cornell Hellman-Thomas Wandschneider (GER) - 3.10 petang
Perseorangan lelaki WH1:

Ikhwan Ramli mln Qu Zi Mo (CHN) - 7.10 malam

Perseorangan lelaki WH2:

Noor Azwan Noorlan mln Chan Ho Yuen (HKG) - 10.40 malam

Perseorangan Lelaki SU5:

Fareez Anuar mln Taiyo Imai (JPN) - 10 malam

Cheah Liek Hou mln Suryo Nugroho (INA) - 2.40 pagi (Ahad)

BERBASIKAL TREK (Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines)

Kelayakan

1,000m ujian masa lelaki C1-3:

Yusof Hafizi Shaharuddin, Adi Raimie Amizazahan - 4.19 petang

Final - 8.02 malam

BOCCIA (South Paris Arena 1)

Kumpulan C

Individu lelaki BC4:

Abdul Razzaq Abdul Rahman mln Artem Kolinko (UKR) - 5.40 petang

Individu wanita BC4 - suku akhir:

Noor Askuzaimey Mat Salim mln Chrysi Morfi Metzou (GRE) - 2.45 pagi (Ahad)

– BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 05:32 PM | Show all posts
Tang Jie-Ee Wei ke final Terbuka Korea

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menebus kekecewaan pada Terbuka Jepun minggu lalu apabila melangkah ke final Terbuka Korea di Seoul, hari ini.

Pada aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Mokpo, Tang Jie-Ee Wei mudah menyingkirkan beregu China yang berada di ranking ke-31 dunia, Cheng Xing-Zhang Chi straight set 22-20, 21-19 dalam tempoh 50 minit sekali gus mengubati kekecewaan terkandas pada suku akhir Terbuka Jepun, minggu lalu.

Tang Jie-Ee Wei yang berada di ranking kesembilan dunia akan menentang satu lagi beregu China, Guo Xin Wa-Li Qian yang menewaskan pilihan ketiga tuan rumah, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 14-21, 24-22, 21-10 di separuh akhir.

Perlawanan akhir esok adalah pertemuan sulung buat Tang Jie-Ee Wei berdepan beregu China di ranking ke-241 dunia itu.
Biarpun di atas kertas, Tang Jie-Ee Wei dilihat berpotensi untuk menjuarai kejohanan berstatus Super 500 itu, namun keupayaan beregu China itu tidak seharusnya diperkecilkan apatah lagi selepas 'terpisah' sejak Mac lalu.

Masters China yang berstatus Super 100 adalah gandingan terakhir Xin Wa-Qian sebelum dipisahkan pada Mac lalu dan pada kejohanan berkenaan, mereka berjaya meraih gelaran naib juara.

Selepas itu, Xin Wa digandingkan bersama Chen Fang Hui bermula di Terbuka Thailand yang menyaksikan mereka muncul juara dan naib juara di Terbuka Australia, Jun lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:33 PM | Show all posts


Chen Tang Jie (depan) dan Toh Ee Wei ketika berentap pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 hujung bulan lalu. – Foto fail REUTERS
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:36 PM | Show all posts
10 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 05:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 05:37 PM | Show all posts
5 lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.249282 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list