|
Sinetron ~ Bawang Merah Bawang Putih - Sesi Sembang2
[Copy link]
|
|
Originally posted by mp3 at 26-10-2006 08:12 AM
muke andre tu nerd je
tp aku tgk andre tu cam dah tangkap syok plak dgn alya
kikiki
:ah: memang dia dah tangkap syok sama alya... |
|
|
|
|
|
|
|
ok.. ok..
semalam dengan hari ni aku beraya kat seremban -
pc pulak takde, so aku akan bagi synopsis based on apa aku ingat ajer laa -
mungkin ada cicir cicir sikit here and there -
---------------------------------------------------------------------------------------
synopsis ~ rabu, 25/10/06
seperti yang dijangka, alya bersetuju untuk menerima tentangan dari siksa - padahal siska bukan beriya sangat nak ikut dengan apa yg dia janjikan tu - dia kata dgn rika, kalau pun nanti ferdi masih memihak pada alya, dia akanbuat dunno ajer dengan perjanjian itu - nasib baik puteri terdengar perbualan antara rika & siska - dia bagitau alya dan dia cadangkan alya buat perjanjian hitam putih dan mesti ditanda tangani oleh siska dihadapan orang ramai -
memula tu mmg siska refuse nak sign tapi bila alya pulak betul2 cabar dia, akhirnya perjanjian dimenterai - kalau tak silap aku surat tu siap ada stamping skalik !! dasat !! sang pengacara, si andre tu pulak semakin beriya-iya nak tolong pak indera jalankan ujian dna tu secepat mungkin - masa pak indera dok bercakap dgn andre seperti biasa, kuping si rika tu macam kuali - dia dengar semua plan pasal ujian dna tu - menggelabah punya pasal, rika koling koling si beni - mintak bantuan - beni berjanji nak tolong rika -
esoknya.. nak bagi citer ni lagi sedap, masa rika pulak dok bersembang dalam tepon, giliran olivia pulak mencurik dengar perbualan mereka - beni suruh rika keluar ke pagar depan utk mengambil sesuatu - beni bagi rika racun utk diletakkan dalam makanan atau minuman pak indera & alya - so, kesan nya pada mereka yg mengambil racun itu akan mati secara mendadak - dan ujian doktor akan menunjukkan seperti mati akibat serangan jantung - olivia intip dan dengar semua plan antara beni & rika itu - akibatnya olivia sudah kasi report sama pak indera dan rika dilarang sama sekali (ini termasuk siska & nenek sihir) utk memasuki kawasan dapur - apatah lagi utk mengusik segala makanan atau minuman dalam rumah itu - makin bengang ler si rika bila semua plan dia failed -
scene kat sekolah pulak, siska tak henti2 nak memenangi hati si ferdi - macam2 taktik dia buat - last2 dia plan utk bodek balik tanter mirda, walaupun dia tau tanter mirda tak suka dgn dia - lepas sekolah siska pergi rumah ferdi - bila ditanya apa tujuan dia dtg ke situ oleh tanter mirda, siska cakap dia nak berjumpa dgn ferdi sekejap - memula tu of coz sika kena marah - tapi dia pura2 twist tujuan dia datang - dia kata sebenarnya dia bawak air jampi utk ferdi pasal dia masih ada rasa simpati atas segala kecelakaan yang terjadi pada ferdi - tanter mirda ni pun cepat sangat cair nya :kant: - semua muslihat siska dia percaya bulat2 - finally siska dijemput masuk kedalam rumah utk memberi sendiri air jampi tu - kira dorang berdua in good terms balik ler - nak sedapkan lagi pembohongan dia, siska tokok tambah la yg sebenarnya all this while alya cuma mengover-overkan keburukan rika & siska -
esoknya disekolah, alya beberapa kali cuba utk mengambil perhatian ferdi - malangnya setiap kali dia nak bercakap, siska datang enterprem - memandangkan ferdi masih belum pulih ingatan, siska asik dok saiko dia dgn cerita2 yg tak benar - finally at one moment alya berkesempatan juga utk bercakap dgn ferdi - dia cuba ingatkan ferdi siapa diri dia dan mengimbas sikit masa kemalangan tu terjadi - ferdi dapat bayang2 kan sikit scene scene kemalangan tu tapi not 100% - kejap dia dapat tangkap, tapi kejap memori tu hilang balik - tetiba ferdi jerit stop !! -
siska marahkan alya - dia kata cukup2 ler alya nak tambahkan kesakitan pada ferdi - dia tolak alya dan alya hampir terjatuh - tapi alya jatuh kat pautan andre - :bgrin: kebetulan andre datang utk membawa alya kemahkamah - terus andre peluk bahu alya dan bawak dia pergi - ferdi yang setengah bengong tu tetiba jadi jeles - dia datang kat alya sambil menarik tangan andre dari bahu alya dan ferdi terus peluk alya selepas tu - alya hepi la.. pasal dia ingat ingatan ferdi dah hampir pulih..
ok.. sambungan nya sila baca posting selepas ini !!
enjoy semua.. :love: |
|
|
|
|
|
|
|
synopsis ~ khamis, 26/10/06
sambungan dari episode semalam, alya dipeluk oleh ferdi sambil dilihat oleh siska dengan hati yang geram - lantas andre mengatakan pada alya bahawa tujuan dia dtg ke sekolah itu utk membawa alya ke mahkamah so dorang kena beredar dgn segera - lepas alya pergi siska bertanya pada ferdi kenapa dia pergi terpa kat alya bila dia nampak andre ada kat situ sekali ? - adakah ingatan dia sudah pulih ? - tapi ferdi cakap dia tak berapa ingat, cuma dia berperasaan aneh dan itulah yg menyebabkan dia pi menerpa kat alya - siska masih tak puas hati, dia pura2 nangis depan ferdi dan terus lari dari situ - sebenarnya dia nak tau apa reaction ferdi kalau dia buat camtu -
as what she predict, ferdi akan mengejar dia utk menanyakan sebab kenapa dia nagis - siska nyorok dalam sick bay perempuan dan ferdi nak masuk tapi dihalang oleh dua ekor iblis bodyguard si sika itu - ferdi kata dia sanggup tunggu dan takmo beredar dari situ sampai la dia dapat cakap dgn siska - siska makin suka la makan umpan dia menjadi - bila dah agak lama ferdi masih lagi menunggu, siska pon keluar dari bilik tu - on the spot ler ferdi tanya kenapa siska jadi camtu - last2 bila ferdi desak jugak, siska pun buat ler novel ciptaan dia sendiri dgn mengtwistkan semua jalan cerita -
dia reka citer yang sebenarnya dolu dolu A dan B adalah kapel - tapi sejak dia perkenalkan A pada kawan baik B iaitu C, cinta mereka telah dirampas oleh C - walhal C bukan la seorang cewek yg baik - cerita ABC membuatkan ferdi bertambah bingung :gila: hahahahahahah.. dia tanya la kat siska saper kah A, B dan C tu ??!! - bila siska cakap bahawa A tu adalah ferdi, B adalah dia dan C adalah alya, maka makin bertambah bengang ler si ferdi - siska tambah sikit serbuk perasa yang alya tu hanyalah cewek yang gemar berpoya-poya dengan cowok cowok - menambahkan lagi sedap, siska cakap yg andre tu sebenarnya adalah pacarnya si alya tapi mereka macam ingin main2 kan hati ferdi sahaja - siska puas hati bila ferdi tension dengar semua cerita tu dan itu bermakna ferdi percaya dgn semua citer dongeng dia -
scene kat kereta menunjukkan alya masih ragu2 dengan keselamatan perjalanan mereka utk kemahkamah - lupa pulak aku nak citer dalam episode semalam sebenarnya beni cuba utk melumpuhkan plan pak indera - dia bagi ubat tidor kat pengawal2 pak indera tapi andre dtg tepat pada waktu dan itu membuatkan beni lari - puteri yg folo keter dorang meyakinkan alya bahawa dia akan menjaga keselamatan mereka - baru la alya berani nak pergi - sesampai kat mahkamah, samseng2 beni masih mengekori keter andre - cobaan utk membaling bom kearah pak indera & alya pun gagal sebab puteri baling balik bom tu kearah mereka - bila beni dapat tau samseng upahan dia gagal, dia dtg sendiri utk jalankan misi -
lepas darah pak indera & alya di ambil, petugas yg sepatutnya menjalankan ujian itu didatangi oleh beni (yang menyamar) petugas tu diugut utk menukar sample darah pak indera & alya ditukar dengan sample darah yang lain - kalau petugas tu tak dengar kata, nyawa keluarga dia akan menjadi taruhan - akhirnya petugas tu terpaksa setuju selepas pistol diarahkan kat kepala dia -
bila keputusan ujian diserahkan pada hakim (oleh beni yg menyamar) ternyata negative laa - sepantas kilat hakim memanggil polis utk menahan pak indera atas tuduhan menipu - kebetulan puteri yg berada disitu merasakan ada yg tak kena - bila puteri pegi menyeludup kat bilik petugas tadi, dia dapati petugas tu pengsan sambil tangannya diikat - lepas tu puteri dgn segera bagitau kat alya dan alya sempat menahan beni masa dia nak lari - elok jugak masa tu hakim dan andre pun ada dan petugas yg tadi tu pun datang utk mengukuhkan lagi tuduhan keatas beni - dalam masa kelam kabut tu, beni sempat menarik alya utk dijadikan tebusan tapi kuasa puteri dapat mengalihkan pistol dari tangan beni yg di acukan kat kepala alya ke arah lain - tembakan dari pistol beni terlepas jugak dan mengenai lengan andre - akhirnya beni tumpas ditangan polis dan dia ditahan - kat balai polis, beni bagi keterangan palsu - dia kata dia sebenarnya diupah oleh andre sebab mereka nak bolot harta pak indera -
alya berterima kasih pada andre dan masa alya nak menghantar andre pulang, andre tak dapat menahan perasaan syok dia pada alya - lantas dia cium pipi alya sebagai ucapan selamat tinggal - alya kaget sekejap - rupa2nya, ferdi ada kat luar pagar dok mengintip perlakuan alya - scene kat rumah pulak, rika yg baru nak hepi (pasal sebelum tu dia dah dapat panggilan dari beni menyatakan sample darah sudah berjaya ditukar) jadi terbantut - kepulangan pak indera menakutkan dia - lebih2 lagi bila pak indera keluarkan script seperti dibawah ini :-
"beni lagi sekarang sedang berada di kantor polisi.. iyaa.. kamu tunggu sahaja.. sebaik beni menyanyi, maka akan kamu dengar lah lirik2 lagunya itu yg bakal menyebut nama nama kamu.." :clap: aku suka banget script pak indera ni !!
kat lokap, andre cuba memujuk beni utk mengaku segala tuduhan atas dia - dan andre mintak supaya beni cakap bahawa plan ini semuanya atas arahan rika & siska - so, andre akan tolong beni utk meringankan sedikit hukuman ke atas dia nanti - aku rasa beni bersetuju kot.. pasal scene lepas tu ada tunjuk pak indera di teleponi oleh andre dan pak indera semacam bersetuju apabila andre mencadangkan sesuatu pada dia - rika yg terdengar perbualan tu makin menggelabah -
sesampai ferdi kat rumah, dia terus cakap kat tanter mirda bahawa dia percaya segala apa yg tanter dia cakapkan dulu, iiaitu alya bukan lah perempuan yang baik2 - walaupun tanter mirda agak terkejut dgn kenyataan ferdi tu, tapi dia tetap suka pasal dia mmg tak nak ferdi dok baik2 dgn alya - ditambah pulak ferdi kata kenyataan dia tu bukan atas dasar mendengar cakap org saja tapi diambil atas dasar pengamatan dia sendiri -
:bgrin: kalau tak silap aku episode terakhir minggu ni habis kat sini -
kalau ada apa2 tercicir, maybe ada forumners lain yg boleh top-up !!
enjoy semua !! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HaNa_OliJas at 25-10-2006 10:44 PM
hi people... happy sangat dah balik kl...
thank u raven... u r really my angel... i asyik miss first half of this story aje sbb dah biasa start 2.30 kan...
and maiz... akan ku ttp menunggu ...
hi !! welkam back utk semua pengunjung thread ni :love:
seronok tgk thread ni dah busy balik - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KJK_2006_256 at 26-10-2006 07:43 AM
Assalamualaikum....lama betul tak masuk forum ni start dari sehari sebelum raya tu. Raven, terima kasih kat synopsis yg awak bagi tu. Tak sempat nak tengok...sebab sibuk berjalan raya :. Kampung k ...
wa'alaikumsallam kjk..
enjoy ekau dok berayo kek rombau tu ek -
sokampung la kito nampak gayo eh.. !! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kecubung at 26-10-2006 03:18 PM
dah brapa siri main kat tv3 ? klu tak silap ceta ni 180+ siri la......
rasanya hari ni episode ke 51 -
kalau ikut posting2 spoiler kat belakang, total semua ada 108 - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mp3 at 26-10-2006 08:12 AM
muke andre tu nerd je
tp aku tgk andre tu cam dah tangkap syok plak dgn alya
kikiki
at least si andre tu senonoh sikit muka dia compared to ferdi, kan ??!! - |
|
|
|
|
|
|
|

:love: Alya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by raven at 26-10-2006 09:46 PM
at least si andre tu senonoh sikit muka dia compared to ferdi, kan ??!! -
BETUL SESANGAT!! hensem lagi si andre ni dari si lalang nie..
:clap: akhirnya dapat gak polisi nie tangkap si benny...
thank u raven... sampai bila ek cite ni start pukul 2? or izzit permanent ly... |
|
|
|
|
|
|
em_meel This user has been deleted
|
raven, synopsis tu ade lagi laa... last2 sekali scene beni nak dibawa ke (mahkamah kot??) .. pastu tiba2 ada budak kecik panggil si beni tu AYAH, then muka beni cam terkezut gile.. pastu budak tu tros pelok beni... then bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HaNa_OliJas at 26-10-2006 11:52 PM
BETUL SESANGAT!! hensem lagi si andre ni dari si lalang nie..
:clap: akhirnya dapat gak polisi nie tangkap si benny...
thank u raven... sampai bila ek cite ni start pukul 2? or izzit p ...
minggu raya ni ajer bmbp start pukol 2 ptg -
next week airing time dia bek to normal, 2.30pm - |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by em_meel at 27-10-2006 01:08 AM
raven, synopsis tu ade lagi laa... last2 sekali scene beni nak dibawa ke (mahkamah kot??) .. pastu tiba2 ada budak kecik panggil si beni tu AYAH, then muka beni cam terkezut gile.. pastu budak tu ...
:tq: ya betul !!
aku tertinggal penghujung citer ni semalam -
ada budak lelaki debab dok terpa kat beni sambil memanggil "papa beni.. !!" :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KJK_2006_256 at 27-10-2006 07:51 AM
: Wah...Raven. Kita sekampung ya. Saya rembau dekat Kampung Pilin. Skg dah balik Perak balik. Raven...synopsis tu ada tertinggal. Semalam masa last minute lagi nak habis, tiba-tiba ada seorang bu ...
eden kek podeh - :jeling:
aku target budak debab tu bukan anak beni tapi muslihat rika & siska - |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa tayang kat tipi indon, aku tgk.. tiap hari selasa... aku panggil hari selasa hari naik darah psl lepas BMBP ni cerita dara manisku yg menaikkan darah mcm BMBP (si reva belakon jg).. sampai satu ketika, dah gila bosan tgk BMBP ni, aku stop tgk.... bila tertgk blk, alya dah terpregnant kan anak ferdi, pastu si peguam nak kawen dgn alya... pastu tv indon dh tak leh tgk, arial dh rosak.... abis cerita dia pun tk tau camne jadinya... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by em_meel at 27-10-2006 01:08 AM
raven, synopsis tu ade lagi laa... last2 sekali scene beni nak dibawa ke (mahkamah kot??) .. pastu tiba2 ada budak kecik panggil si beni tu AYAH, then muka beni cam terkezut gile.. pastu budak tu ...
mmg anak benny pon...  |
|
|
|
|
|
|
diana_ralin This user has been deleted
|
thank u raven...:tq:
semalam x dpt tgk sbb blk kmpg..
nasib baik blk satu ari aje..:pmuka: |
|
|
|
|
|
|
diana_ralin This user has been deleted
|
Originally posted by ecomoda012 at 25-10-2006 09:41 PM
sape tengok MHI pagi tadi??? ade live perbualan dgn Rika (Helsi)...best gak dgr dia ckp...bln 11 kot diorg dtg sini
a'ah..
lps tgk rika b'ckp kat MHI tu...baru rasa kemarahan kat rika ni kurang skit...
kalo x ...rasa nak tembak aja muka rika tu...
sopan gila cara si HELSI ni b'ckp...suara dia sama mcm wktu si HELSI b'lakon jd baik dpn pak indera..
sayang HELSI...:love:
[ Last edited by diana_ralin at 27-10-2006 04:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by .N.A. at 27-10-2006 12:50 PM
dulu masa tayang kat tipi indon, aku tgk.. tiap hari selasa... aku panggil hari selasa hari naik darah psl lepas BMBP ni cerita dara manisku yg menaikkan darah mcm BMBP (si reva belakon jg).. sampa ...
N.A...untunglah awak. Boleh tgk TV Indon. Rumah sepupu saya yg kat Gelang Patah JB boleh dapat. Kalau tak silap, semua dapat. TV Singapura pun dpt. Rumah dia mana ada pasang Astro. Guna antenna biasa berlambak-lambak siaran dia dapat. Sekarang ni masa raya dulu pergi rumah dia tengah tayang cerita HIKMAH 3 kat channel Indosiar. Kat Astro RIA baru Hikmah 2. Sempat tgk satu eps je sbb nak balik perak dah. Pemandangan biasa kalau kat area JB atau Johor...antenna tv diaorg tinggi-tinggi lepas tu penuh dgn antenna. Sampai 4-5 antenna satu rumah. Kalau kat Perak,KL,N9...maksimum 2 antenna je. Sebab siaran tak byk dapat. Lepas tu petang-petang ada kartun pulak. Best betul ddk JB. |
|
|
|
|
|
|
| |
|