CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 7-4-2013 09:29 AM | Show all posts
rezeki posted on 5-4-2013 12:02 AM
sedikit gambaran panorama Masjidill Haram terkini

terima kasih hj rezeki, share gambar. mungkin ini masa dhuha ya sbb nampak bahagian belakang2 tu tak padat sangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2013 03:44 PM | Show all posts
Akk bru balik...
Jemaah terlalu2 ramai...spt umrah bulan Ramadan....
Cauca pun agk panassss....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:37 AM | Show all posts
dhiyazafira posted on 6-4-2013 10:36 AM
update...

Tak jadi pergi masa cuti sekolah mei ini..InsyaALLAH pergi 18 Jun - 29 jun 13..moga dip ...


sy pegi awal Jun thn lepas
cuaca panas sangat2 menduga
jadi kalao penghujung Jun pasti lebih panas
bersedialah dengan lip balm. losyen dsb nya
minum air zamzam sebanyak mungkin tiap kali pegi masjid
dan x lupa berdoa sentiasa semoga beroleh kesihatan yg baik sepanjang masa beribadah di sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 09:49 AM | Show all posts
ummi_ina posted on 8-4-2013 10:37 AM
sy pegi awal Jun thn lepas
cuaca panas sangat2 menduga
jadi kalao penghujung Jun pasti lebih p ...


aah..sebelum ni ada terbaca kalau nak dekat puasa lagi panas ya...?

Masa saya pergi tahun 2010 bulan julai...madinah wapaon panas tapi nyaman dengan angin...jadi tak terasa panas sangat...mekah pon masih dalam ketagori kepanasan boleh ditahan lagi...

harap tahun ini kami semua dipermudahkan sebab akan pergi dengan suami dan ibu bapa mentua yang kurang sihat...aaminn
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 09:58 AM | Show all posts
InsyaAllah, kalau diizinkan saya dan suami akan pergi menyambut Ramadhan disana.. mintak2 urusan kami dipermudahkan dari segi nak apply cuti keje, nak booking seat( buat masa skrg 1 confirm, 1 waiting list), dan urusan anak..

Sekarang nak ambik masa untuk baca info2/tips dalam thread nie.. Harap ada sudi membantu jika ada persoalan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 02:18 PM | Show all posts
Huge umbrellas for Holy Mosque expansion





Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-4-2013 03:28 PM | Show all posts
aily posted on 9-4-2013 02:18 PM
Huge umbrellas for Holy Mosque expansion

Slm Aily

Ni gambo betul payung dah siap .... ke super-imposed?

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 03:51 PM | Show all posts
transporter posted on 9-4-2013 03:28 PM
Slm Aily

Ni gambo betul payung dah siap .... ke super-imposed?

Haji katanya

Upcoming in Haram ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 04:28 PM | Show all posts
Alhamdulillah saya selamat sampai dari menunaikan umrah pada minggu lepas 4/4/2013. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips/panduan untuk kaum hawa (berdasarkan pengalaman saya lah-mungkin org lain, ada pengalaman dan pendapat masing-masing)
1. Ihram- saya pakai ihram putih - baju, seluar dan mini telekung. Masa nak pergi tu tak pasti sama ada boleh tak pakai jubah hitam...sebenarnya boleh jer. Tapi kebiasaannya dan kebanyakkannya pakai warna putih. Kalau jubah putih tu, kena pilih betul2, sebab takut jarang.
2. Kalau pakai jubah labuh atau jubah seluar- pilih seluar yang ada getah dikaki sebab senang nak angkat ke atas bila di toilet.
3. Saya bawa 2 helai jubah hitam dan itulah yang saya pakai ke masjid tetiap hari. Alhamdulillah senang basuh baju dalam bilik sidai di tingkap. Kalau boleh bawak 3 helai lagi senang nak tukar2.
4. kalau ke masjid senang pakai telekung dari bilik. Pastikan telekung / tudung labuh menutupi tangan bila berjalan. Ini untuk mengelakkan tangan kita tersentuh sape2 masa jalan nak gi masjid.
5. Bawa stocking solat lebih dan warna hitam. Putih senang kotor. Saya bawa 3 helai tak cukup sbb lambat kering bila basuh. Stocking wudhu tu, bagi saya tak membantu sangat. Sbb bila buka dari jari kaki, lepas angkat wudhu susah nak pakai sbb kaki basah. Lagi senang pakai stocking biasa. Buka stocking dan pakai balik. Lagi pun bahagian yang tempat dibuka kat hujung jari tu....bila selalu buka, dia susah nak rapat balik. So ada time tu, masa solat tu kat bahagian tu terangkat dan nampak kaki. So apa yang saya buat, saya pakai stocking pendek apstu sarung stocking wudhu. Bawa stocking ni 5 pasang pun tak per. Saya pernah balik jalan kaki dari masjid ke bilik-sib baik pakai stocking tebal so tak terasa sakit. selipar hilang.
6. Tip macam mana nak elakkan selipar hilang. Tapi kalau Allah dah takdirkan bukan rezki kita, hilang juga. Bila nak masuk ke masjid masukkan selipar dalam pastik atau uncang kasuh. Di mekah, plastik disediakan di pintu masuk. Di madinah tiada. Kalau boleh gunakan apa plastik atau bag yang x see through. So bila kita simpan dalam bag tu org tak tahu tu selipar. Jangan letak di rak kasut di masjid. Saya slll bawak dan letak di kaki masa solat. Selalunya selipar hilang di rak kasut sbb, org yang carik kasut dia tak jumpa, bila dia check beg selipar kita, dia tak letak semula dalam rak betul2. Bila selipar dan bag bersepah kat lantai, pekerja masjid akan ambil ketika membersihkan masjid.
7. Lagi senang pakai innner yang lengan panjang dari pakai sarung lengan. Sbb bila nak angkat wudhu tak perlu tanggalkan sarung lengan, tolak je ke atas. Sbb masa nak angkat wudhu, nak kena pegang telekung, stocking, tudung lagi.....
8. Baju tido saya bawa satu seluar dan 2 t shirt sahaja cukup. Ini kerana waktu tido di sana singkat, sekejap je pakai.
9. Sekiranya nak pergi buat umrah di luar program pakej, ni kes nak pergi sendiri, kalau boleh ajak mutawif atau pergi sekurang-kurangnya berenam. Saya pergi sendiri dengan hubby. Kami berdua. Susah nak berkomunikasi dengan drebar taxi, sbb dia tak tahu cakap melayu dan cakap english sket2 je. Dia minta sampai 80SR pergi balik ke tanaim. Sllnya 10SR seorang. Dan drebar tu tak nak tunggu kami masa di tanaim. Dia suruh bayar tambang dan balik naik taxi lain.
10. Di mekah dan madinah makanan senang nak cari.
11. Money exchange di Madinah lagi murah di mekah. Di Msia RM 87/100 SR , Mekah RM 86/100 SR (orchid hotel), Madinah RM 84/100SR (dekat mubarak silver). Tapi rate ni memang lain-lain depends on money changer kat kawasan tu. Kena rajin tanya.
12. Bawak duffle bag. Boleh sini barang-barang yang kita beli kurma, jubah, etc. So tak nyah beli beg kat sana. tak der pening-pening luggage penuh.

Harap dapat membantu kepada yang nak pergi umrah. Selamat menunaikan ibadah umrah.
p/s : nak pergi lagi sebab banyak perkara yang saya tak sempat nak buat masa berada di sana. Ya Allah jemputlah hamba Mu ini lagi ke sana. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 05:27 PM | Show all posts
strawberry_pink posted on 9-4-2013 04:28 PM
Alhamdulillah saya selamat sampai dari menunaikan umrah pada minggu lepas 4/4/2013. Di sini saya ing ...

terima kasih strawberry _pink atas perkongsian. bila baca rasa makin tak sabar nak ke sana. ...

P/S - Saya tak tahu pula ada stoking wuduk...ada pic nya tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 10:07 PM | Show all posts
strawberry_pink posted on 9-4-2013 04:28 PM
Alhamdulillah saya selamat sampai dari menunaikan umrah pada minggu lepas 4/4/2013. Di sini saya ing ...

Assalamu'alaikum wbt

9. Sekiranya nak pergi buat umrah di luar program pakej, ni kes nak pergi sendiri, kalau boleh ajak mutawif atau pergi sekurang-kurangnya berenam. Saya pergi sendiri dengan hubby. Kami berdua. Susah nak berkomunikasi dengan drebar taxi, sbb dia tak tahu cakap melayu dan cakap english sket2 je. Dia minta sampai 80SR pergi balik ke tanaim. Sllnya 10SR seorang. Dan drebar tu tak nak tunggu kami masa di tanaim. Dia suruh bayar tambang dan balik naik taxi lain.
Saya selalu naik teksi ke Tan'iem berdua dgn isteri. Kami bayar SR40/= pergi balik. Bila sampai Tan'iem suruh texi tunggu. Bayar bila dah sampai Masjid Haram, jangan bayar dulu kat Tan'iem nanti dia tinggalkan kita.


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 11:06 AM | Show all posts
strawberry_pink posted on 9-4-2013 04:28 PM
Alhamdulillah saya selamat sampai dari menunaikan umrah pada minggu lepas 4/4/2013. Di sini saya ing ...

saya pun masa kt sana suka pakai setokin kaler itam tp setokin biasa je..lagi mudah dr setokin wudhu tu..
saya mmg bwk byk gak stok setokin..dlm 7psg
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:33 PM | Show all posts
strawberry_pink posted on 9-4-2013 04:28 PM
Alhamdulillah saya selamat sampai dari menunaikan umrah pada minggu lepas 4/4/2013. Di sini saya ing ...
  1. Pastikan telekung / tudung labuh menutupi tangan bila berjalan. Ini untuk mengelakkan tangan kita tersentuh sape2 masa jalan nak gi masjid.
Copy the Code
Akak lebih suka pakai glove/sarung tangan masa nak pergi masjid (mestilah masa bukan dalam ihram) untuk elakan tersentuh bukan mahram.

Pasal stokin wuduk tu memang tak praktical sbb kerap terbuka dan nampak aurat telapak kaki atau permukaan kaki. Seeloknya pakai je lah stokin biasa, satu lapis yang nipis dan satu lapis lagi yang tebal atau pakai stokin biasa sarungkan pula dgn kasut balet diluar (selamat)

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 01:36 PM | Show all posts
  1. Ihram- saya pakai ihram putih - baju, seluar dan mini telekung. Masa nak pergi tu tak pasti sama ada boleh tak pakai jubah hitam...sebenarnya boleh jer. Tapi kebiasaannya dan kebanyakkannya pakai warna putih. Kalau jubah putih tu, kena pilih betul2, sebab takut jarang.
Copy the Code
Untuk jemaah wanita, tiada khusus pakaian semasa berihram samada dari segi warna atau jenis pakaian yang penting tutup aurat.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 02:08 PM | Show all posts
smlm TA call, surat beranak suami (suami sbg mahram), anak saya umur 15 thn dan adik ipar prmpuan umur 30 kena dptkan pengesahan di jabatan pendaftaran, pastu salinan surat beranak tu kena hantar ke Wisma Putra utk pengesahan lg.  

baru aje hantar ke TA utk TA proceed ke Wisma Putra,  dpt pulak call dr TA yg Wisma Putra suruh hantar surat beranak yg original jugak. trpaksalah suami ke TA sekali lg. masa kt TA suami tanya taknak ke surat beranak asal, TA kata tak payah, suami pun balik keopis.  alih2 TA dpt call dr Wisma Putra nak yg asal.

mungkin ini peraturan baru sbb awal2 dulu TA tak minta pun benda2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 05:30 PM | Show all posts
te_peng posted on 5-4-2013 03:15 AM
1. Selalunya selepas selesai umrah pertama balik hotel rehat dulu. Jemaah akan buat umrah kedua da ...

terima kasih atas pencerahan..mmg menjawab persoalan saya selama ni..sangat2 jelas.

terima kasih juga kpd ummi_ina kerana sudi memberikan jwpan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2013 09:21 AM | Show all posts
wawin posted on 10-4-2013 02:08 PM
smlm TA call, surat beranak suami (suami sbg mahram), anak saya umur 15 thn dan adik ipar prmpuan um ...

wawin...

semalam pun TA ada call mintak surat nikah original dan salinan yang disahkan oleh pejabat agama sebelum depa hantar ke wisma putra juga...nampaknya prosedur makin strict ya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 10:00 AM | Show all posts
dhiyazafira posted on 11-4-2013 09:21 AM
wawin...

semalam pun TA ada call mintak surat nikah original dan salinan yang disahkan oleh pej ...

surat nikah original & disahkan nak jugak ke?  TA tak pulak bgtau.  hari ni baru nak hantar ke TA surat beranak original tu.  kalau nanti dia minta juga surat nikah, kena balik pulak ambil.  huhuhu...nampaknya semua dokumen ori kena letak dlm kereta siap2 bwk gi kerja.

dhiyazafira pergi bila? saya insyaAllah prgi 22/4 ni.

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 10:04 AM | Show all posts
wawin posted on 11-4-2013 10:00 AM
surat nikah original & disahkan nak jugak ke?  TA tak pulak bgtau.  hari ni baru nak hantar ke TA  ...



Wawin, itulah yang diberitahu pada saya semalam. saya pergi dengan suami dan mak n bapa mentua. pergi 18 jun ni...lambat lagi tapi memang rasa tak sabar dah.....
La ni dok siapkan semua dokumen original dulu..senang kalau depa minta dak sedia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 10:27 AM | Show all posts
dhiyazafira posted on 11-4-2013 10:04 AM
Wawin, itulah yang diberitahu pada saya semalam. saya pergi dengan suami dan mak n bapa mentua ...

saya dah lama serahkan salinan dokumen2 tu, tp baru smlm dimaklumkan.  waktu dah dekat. saya di K. trg, semua dokumen TA kena courier pulak ke Wisma Putra.  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.215508 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list