|
Gunung ini dikaitkan dengan seorang pahlawan tempatan yang kuat dan bijaksana bernama Mat Raya, di mana suatu hari perwira itu bertempur mempertahankan kampungnya dari serangan musuh.
Dalam pertempuran itu Mat Raya cedera parah dan berada dalam keadaan sangat lemah, namun beliau berdoa memohon kekuatan agar dapat melindungi kampungnya dari dikuasai musuh.
Doa Mat Raya diceritakan telah dimakbul tuhan, tetapi dengan mengubahnya menjadi gunung yang kuat, dikenali kini sebagai Gunung Keriang, atau bahasa setempat bererti ‘batu karang yang berapi’.
Namun berdasar kajian pakar geologi, gunung ini terjadi hasil menyusutan air laut antara dua hingga tiga meter suatu ketika dahulu yang melonjakkan Pulau Keriang membentuk gunung.
Kini, Gunung Keriang menjadi sebuah tempat yang dikelilingi kawasan sawah padi dan desa indah serta popular untuk dikunjungi oleh para pengunjung sama ada dalam mahupun luar negeri.
Selain menawarkan pemandangan alam yang menakjubkan, gunung ini juga menjadi tempat untuk kegiatan ‘hiking’, panjat tebing malah pengunjung juga boleh menjelajahi gua-gua yang terdapat di sekitarnya.
Tidak jauh dari Gunung Keriang terdapat banyak lagi tempat menarik untuk dikunjungi seperti Muzium Padi, Pusat Renang Akuatik, Perkampungan Tradisional Masyarakat Petani dan Pusat Sains Negeri Kedah.
Gunung Keriang ketika banjir melanda 30
November 2024
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|