CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 8-1-2010 07:38 PM | Show all posts
1658# jellybee

mahal tue....tapi temakasih bagie harganya...
sofiera Post at 8-1-2010 14:59


ok la tu sbb visa umrah ziarah pun dah rm1000
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 09:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 8-1-2010 21:18

1573# HUSSAINTAHIR

Assalamulaaikum hussain dan semua,

Masih kat Perlis lagi ke Sain?

Tentunya hussain tak  jumpa rina  semasa di Perlis nooo...
sebab baru sebentar tadi ibu dapat sms dari rina, rupanya rina  masih bertugas di Jakarta ..
macam mimpi je bila terima sms dari rina niii..lama betuil dia menghilang diri.... rindu dengan celoteh-celotehnya....
rina rindu dengan rakan-rakan forumer semua
dan mohon ibu sampaikan salamnya  kepada hussain, ustaz, azie, lemon dan rakan-rakan semua...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 09:27 PM | Show all posts
1656# jellybee

Assalamualaikum jellybee,

Tak terlewat rasanya kakak nak ucap selamat kembali ke tanah air.  Semoga memperolehi umrah yang mabrur.
Terima kasih jellybee, cerita dan gambar-gambar yang  dipaparkan menyegarkan jiwa... dan  teringin juga sampai ke situ suatu hqri nanti, InsyaAllah.

Tak sabar menunggu sambungannya.. kemuncak perjalanan ibadah jellybee...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 09:31 PM | Show all posts
1656# jellybee

Pemandangan dari atas castle







Cuaca terang benderang tapi sejuk di tambah dgn tiupan angin memang sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 10:41 PM | Show all posts
1662# Rosputih
rina rindu dengan rakan-rakan forumer semua
dan mohon ibu sampaikan salamnya  kepada hussain, ustaz, azie, lemon dan rakan-rakan semua...
Cinta Sejati


Walaikumsalam....
Kak Ros sampaikan salam saya pada rina ye...
Kat mana Kak Ros ni..KL or Muar ???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 11:25 PM | Show all posts
1665# aziefa
InsyaAllah azie.

Kakak di kl ni..
lama juga kita tak jumpa ye..
Apa kata kita lunch minggu depan kat tempat biasa tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2010 12:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by jellybee at 9-1-2010 06:35

1664# jellybee

Salam kak aziefa dan ibu rosputih. Kita pun teruja jugak nk story kt sini. InsyaAllah saya doakan semua forumer kat porum ni dapat ziarah kesana Amin...........

Sambungan Day 3&4

Selepas ziarah ke perkampungan kota lama bas mula bergerak ke Al Ula mountain. Perjalanan memakan masa lebih kurang 20 minit melalui jalan raya lepas tu masuk ikut jalan pasir dan batu and terus ke padang pasir. Naik bas dah jadi macam naik unta pulak...





Cantik pemandangan kat sini. Cuaca pun sejuk dan berangin walaupun matahari panas terik.
  



Suami dan anak bersama Mohammad Maqboul Ahmad Tour Guide Rakyat Travel Agency



My son siap tulis nama atas batu....



Ukiran di belakang seperti gambar belalai gajah. Bila fikir balik berapa lama agaknya kaum samuth ni buat ukiran sebesar nie ye!!. Ada jemaah buat lawak pulak kata.."Nasib baik di madain salleh ni semuanya orang islam kalau tak dah lama org kafir claim patung2 ukiran tu tuhan mereka"..


Menurut cerita tour guide kami Kaum Samuth ni adalah kaum yang mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam mengukir. Mereka ni tinggal di dalam gua2 batu untuk dijadikan tempat tinggal. Allah telah memerintahkan kaum ini keluar dan bina rumah diluar kawasan gua. Tapi mereka ingkar, kerana menurut mereka tidak ada satu bencana pun akan dapat menembusi atau memusnahkan mereka dan rumah mereka . Sifat anggkuh dan bongkak kaum ini telah memakan diri sendiri apabila Allah S.W.T telah murka dan menurunkan bala dengan hanya memgeluarkan bunyi yang kuat lalu semua kaum samuth yg tinggal di dalam gua pun mati dan tak ada satu pun yang hidup.

Lebih kurang 20 minit kat sini kami berjalan pula ke kediaman dalam gua kaum samuth di Madain Salleh. Tiba2 tour guide kami kena kutung (kena kerumun) dgn group agency lain, ramai pulak tu bayangkan 3 bas. Rasa tak selesa pulak bcoz mereka ada tour guide agency group mereka sendiri tp dah joint kat group kami pulak. Akak pun naik atas bas dan berborak pulak dgn driver bas. Menurut driver bas, tour guide group lain tuh orang muda dan handsome pulak tu... jadi ramai le yang berkenan amek gambar buat kenangan tapi kalau tanya pasal sejarah mereka ni tak tau apa2. Kiranya buta sejarah le nie. Itu pasal tour guide kami di bayar sejam SR100 riyal. Baru den tau.....

Melalut lak... Sambung balik citer..Kaum samuth nie membuat rumah2 didalam gua dengan menggunakan pahat. Sebuah rumah yg berukuran lebih kurang 12X12kaki mengambil masa 8 tahun untuk disiapkan. Macam biasa kalau besar dan ukiran pintu rumah cantik itu menandakan betapa kaya penghuni tersebut. Dan ditingkat atas setiap rumah pula ada rak2 yg di pahat utk menempatkan jenazah kaum keluarga penghuni rumah. Menurut Mohammad Maqboul kaum samuth ini akan menempatkan kesemua jenazah keluarga mereka sehingga yang terakhir meninggal. Apabila semua penghuni rumah dah meninggal para penduduk akan menutup pintu rumah gua tersebut untuk selama-lamanya.



Pemandangan di sepanjang perjalanan perkampungan gua kaum samuth



Pemandangan dari hadapan rumah gua kaum samuth. Rumah gua nie tak ada pintu belakang. Hanya ada satu pintu.





Hadapan rumah berukiran cantik nie menandakan penghuninya org berada.

      

View dalam rumah gua. Kiranya kaum samuth ni tak la tinggi orangnya. Tapi menurut tour guide kami kaum samuth nie umur panjang ada yang sampai 400tahun.




Ini adalah pusat convention kaum samuth. Subhanalllah besar sungguh dan yang paling takjup siling dewan ni siap ada ukiran lagi. Dewan ini di gunakan hanya pada upacara keagamaan dan mesyuarat.




Ada juga pokok tumbuh di kawasan padang pasir nie. Kalau tak salah nama pokok ni pokok ababil. Durinya sikit punya keras dan tajam tuh.. Di katakan bila pokok ni di bakar, ia tidak mengeluarkan asap.



Tempat nie adalah laluan air yg turun dari atas bukit. Kira macam air terjun le. Tapi dah tak ada sekarang nie..



Di kawasan ini dulu juga adalah tempat takungan air (dam) untuk kegunaan kaum samuth.


Lebih kurang setengah jam kami kat sini, bas mula bergerak ke station keretapi lama kalau tak silap zaman Othmaniah. Adaikzarif betul ke?????......



Di Station ni juga ada beberapa buah bangunan penempatan seperti pejabat, hotel, penjara dan tempat hukuman mati bagi pesalah. Kami tak lama kat sini lebih kurang 20 minit je. Bas bergerak kembali ke Arac Al Ula hotel untuk makan tengahari.

Selesai makan dan solat jamak takdim zohor dan asar kami berangkat pulang ke Madina. Yang rasa sedihnya kami tak dapat solat jumaat di Masjid Nabawi. Nak tau kenapa......... sebab nak pergi ziarah mesti mendapat  surat kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi.. Tapi macam biasa la kelewatan mendapatkan kelulusan tu yg membuatkan itenery dah berubah. Itu belum lagi jemaah dlm group buat hal. Suruh berkumpul kat lobby hotel pukul 8pg, 8.20pg masih lagi enak menjamu selera di restoren.  Di beri masa berhenti untuk solat selama 30 minit ada yang ke supermarket membeli belah. Jadi banyak kes menunggu tu yang membuatkan jadual berubah...Itu nasib baik group kami 1 bas je kalau berbas2 tak tau le macamana..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 09:06 AM | Show all posts
1667# jellybee

salam jellybee
penceritaan yang amat bagus. gaya penulisan seperti penulis. silap silap ada yg akan mencilok masuk mana mana majalah nanti. rasa teruja pulak nak pegi tengok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2010 10:09 AM | Show all posts
1667# jellybee
Salam...kak jellybee...selamat kembali...wahhhhh..bestnya tgk gambar2 akak nie.
nie betul2 cam pro nie...ala2 adikzarif gak nie....(tapi tak leh lawan adikzarfi kot..dgn 1000++ gambarnya...heee...heee)

menarik sungguh perjalanan akak nie...
tak sabar nak tunggu next....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 03:50 PM | Show all posts
wahhh best baca posting Jellybee...lama dh tak masuk sini....tadi baca skali imbas je...nnt kena baca betul2 lagii besttt...byk dh tertinggal page nii ....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 05:14 PM | Show all posts
1667# jellybee
Salam...kak jellybee...selamat kembali...wahhhhh..bestnya tgk gambar2 akak nie.
nie betul2 cam pro nie...ala2 adikzarif gak nie....(tapi tak leh lawan adikzarfi kot..dgn 1000++ gamb ...
lemons Post at 9-1-2010 10:09


Akum semua. Ni post saya pertama. Nickname 'transporter' kerana kerja handle transport.
Klau dah baca thread di atas oleh 'jellybee' tu isteri saya. Kita yg ambik gambar dia guna dlm thread dia, org puji dia. Takpe, suami pulak buka thread.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 05:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by transporter at 9-1-2010 17:28

1671# transporter
Saya ni bab cite-cite tak pandai tapi nak share gambar halaman bumbung masjid Nabawi. Dgr cite, bumbung hanya di buka pada musim Haji & Ramadan aje. Since tak pernah naik ke bumbung, kali ni tak nak lepas peluang. Saya, isteri dan anak bujang mengerjakan Umrah/Ziarah pada 23Dec09. Kebetulan Jemaah Haji masih ada yg belum pulang di Medina, sbb tu laluan bumbung masih di buka kut. Sori quality gambar tak memuaskan kerana di ambil pada waktu malam tak leh guna flash.



Nak naik ke bumbung, ikut pintu belakang (men only) yg kiri sekali, belok kiri naik tangga (rasa 3 tingkat) ke bumbung.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 05:18 PM | Show all posts
1672# transporter

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 05:34 PM | Show all posts
1673# transporter

Ni gambar dari atas bumbung tengok ke dalam masjid bila bumbung di buka.
Alahai, gambar blur lak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 05:45 PM | Show all posts
1674# transporter

Time dulu saya berada di Masjid Nabawi, belum ada puyung2 ni.


Ini bukan satelit, ini lah payung yang akan di pasang!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 05:48 PM | Show all posts
1671# transporter
heee...heee...jealous ker En.transporter org asyik dok puji wife u...gambar semua cantik2
tak per arrrr...dua2 dpt pahala tu....
anyway,welcome to our lovely thread.....
sambung la citer g umrah tuh hari...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2010 05:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by transporter at 9-1-2010 17:58

1675# transporter
Saya dapat peluang tengok camne dia orang pasang payung!
Dia orang guna crane lah. Rasanya satu payung mau lebih 3 ton berat.


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 05:56 PM | Show all posts
1671# transporter  
heee...heee...jealous ker En.transporter org asyik dok puji wife u...gambar semua cantik2
tak per arrrr...dua2 dpt pahala tu....
anyway,welcome to our lovely thread.....
sambu ...
lemons Post at 9-1-2010 17:48

Terima kasih. Yang gambar ada cite biar wife handle.
Gambar yang lain saya postkan. Macam yang bawah ni.


Saya rasa van ni kan, dia cari isteri kita yang
sesat tak tau balik lepas shopping lah !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 06:01 PM | Show all posts
1678# transporter
Dan yang ni lak, pick-up di Makkah.
Bawa blok air batu tak tutup.
Sampai destination jadi ice-cube je kut?

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 06:06 PM | Show all posts
1679# transporter
And this one pulak.
Jalan jam nak gi Masjid Kubah,
kereta ni dari atas side-walk potong Q
bas kita orang. Tengok gambar betul2.
Driver KL kalaaah......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.067258 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list