CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kimmy

Borak2 ALL IN ~ LEE BYUNG HUN & SONG HAE GYO

[Copy link]
Post time 19-7-2006 07:58 AM | Show all posts
wah.. apa jadik ye smalam..
biasalaaa.. tengok stengah jam yang last je.. :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 07:58 AM | Show all posts
padan muka shang tou kena belasah kaw2 mlm td
tak sempat melawan langsung :lol
tak sabar nak tggu mlm pelancaran gunung berani :clap:
tak sabar nak tgk muka zy nampak kelibat in ha dr jauh :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by blankie at 19-7-2006 07:58 AM
wah.. apa jadik ye smalam..
biasalaaa.. tengok stengah jam yang last je.. :lol

saper bleh bagi sinopsisi citer semalam...aku tak sempat tgkla.................uwaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by btho at 18-7-2006 11:58 PM
aku suka tengok abang inha dok balun ketua gangster yg cemetot tu kat bilik air.
huh, punyerlah dier geram sampai dua kali dok memijak2x org tua tu.
tgk dier geram, aku pun ikut geram samer....he ...


akupun  rasa nak joint dia belasah si ketua samseng kemetot.......
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 10:08 AM | Show all posts
lupa lak.. dah ler dapat tengok stengah jam yang terakhir.. pastu hujan plak.. memang suey laa..
sape tau part smalam kat cd bape ekk?? :lol malas nak korek satu2..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 01:24 PM | Show all posts
belasah belasah belasah....rugi nye tak dapat tengok ren he dan abang dia membelasah orang2 jahat tu smlm...malam ni akan ku tungguuuuuuuuuuuu....oppa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2006 01:36 PM | Show all posts
SPOILER - 19/7

aku tak tahu sampai kat maner episod arini.  so aku taram tulis jer.  kalo terlebey atau terkurang, sori ek?!

bodyguard bapak ZY btau ZY yg shangtou dah kena balun dr abang inha.  so dier assume kalau abang inha ader kat sini, tentu inha juga ada kat sini.
michael zhang kasi warning kat inha yg kerja mesti beres.  kalau asyik gado2x dgn samseng2x, dier takut keje inha terbengkalai.
inha kata, dier tgh tunggu kad terakhir (smthg like dat).  once dier dpt, dier mesti nak menang.  i rasa maksud inha ni mendalam btol.  menang dlm bisnes dan juga menang masaalah peribadinya.
second heroin dpt invitation card dr ZY dan menyaksikan gunung berapi yg zhuyan organize tu.  dier pi pejabat inha, pelawa inha jadi teman dier ke sana.
tapi inha tak mahu.
second heroin tu kata, zhuyan fikir inha dah mati.  skrg ni ZY try to win her heart.  org tgh sepi begitu tentu akhirnya terima juga ZY.
inha dok fikir mcm2x pasal kata2x second heroin tu.
and then dier fikir tentang apa yg dier nampak ZY ngan perempuan lain kat cafe.
so during the event, inha datang secara senyap2.
tgh zhuyan bagi speech, dier nampak kelibat inha.
terkejut..., dier terberhenti skejap.  ZY pandang ke arah zhuyan pandang, tapi tak nampak aper2x.
so after the speech, zhuyan dok tercari2x inha yg tgh sembunyi kat one corner.
rupa2xnyer, zhuyan tak nampak inha.  yg nampak inha si ZY.
terkejut ZY biler nampak inha kat situ.
cinta zhuyan pd inha masih teguh - inha sedih biler tgk zhuyan dok mencari2x inha kat situ.
ZY pun tgk mcmaner zhuyan keriau mencari inha.
DX pulak sibuk suruh konco2x dier cari inha.
almaklumlah, dier skrg jd pemangku ketua biler shangtou kena rehat sbb kena belasah dr abang inha.
tapi sorang pun tak jumpa.
kwn2x inha yg lain dtg office inha.  siap pakai kot skali.
rupanyer inha nak bagi diorg peluang kerja.  tapi masa tu inha takder sbb pergi office org politik (tak ingat yg ini).
yg ader abang inha tu.  so, dier yg uruskan kwn2x inha (klakor memasing maser ni).
ZY dtg jumpa zhuyan sbb nak cakap pasal inha.
ZY tanya zhuyan kalo inha masih hidup, apa yang zhuyan nak buat.
zhuyan ckp mmg btollah inha masih hidup sbb dier pernah nampak inha aritu.
zhuyan tanya ZY maner inha skrg.
ZY mcm muka bengang sket (sbenonyer takmo zhuyan balik pd inha) tanya zhuyan, kalo dier tahu inha kat mana, zhuyan nak pergi jumpa slepas apa yg inha buat pada dier?
Zy kata, all this while dier nampak tiapkali zhuyan ngan inha, mrk ber2 asyik nak berpisah.
zhuyan kata, dier cintakan inha.  takut kalau sesuatu terjadi pada inha.  tapi she made a mistake by telling ZY wpun dier masih cintakan inha, tapi dier takkan teruskan percintaan dier dgn inha.  (stupid!!!!!)
ZY pun apa lagi, trus jumpa mak pak dier btau nak kawen ngan zhuyan.
pak dier tak kasi sbb nak jodohkan ZY ngan anak menteri tu.
yg lain2x tu (in between every scene) criter pasal bisnes...hmmm aku tak braper minat sgt dan tak braper ingat dah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 01:37 PM | Show all posts
Originally posted by nitezen at 19-7-2006 01:24 PM
belasah belasah belasah....rugi nye tak dapat tengok ren he dan abang dia membelasah orang2 jahat tu smlm...malam ni akan ku tungguuuuuuuuuuuu....oppa

belasah btol2x tuh!
dahlah dier tu jenis cemetot.
makin kena belasah, makin cemetot aku tgk.
dah terbantut kot....kahkahkah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 02:01 PM | Show all posts


www.leebyunghun.com

[ Last edited by  katt at 19-7-2006 04:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 02:25 PM | Show all posts
btho...wei mmg betul depa yg pendek (cindek) bila kena belasah bertambah kemetot...hahahahhahhahahahhh.....aku suker la ko kasi spoiler....membuat aku lagi tertarik menarik untuk menonton All in debomb...oppa....rinduuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

msLollie'z This user has been deleted
Post time 19-7-2006 03:41 PM | Show all posts

Reply #1670 nitezen's post

Btl tu... kalau da baca spoiler, cerita akan lebih difahami ;) hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by nitezen at 19-7-2006 02:25 PM
btho...wei mmg betul depa yg pendek (cindek) bila kena belasah bertambah kemetot...hahahahhahhahahahhh.....aku suker la ko kasi spoiler....membuat aku lagi tertarik menarik untuk menonton All in de ...

hehehe..., dahlah kena balun kaw-kaw dari abang inha tu.
hilang pulak kedudukan sbg ketua samseng sbb DX dah khianati dier.
at one time, DX tgh cari shangtou nak bunuh.
last2x, samseng dgn samseng lak saling bertelagah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 03:55 PM | Show all posts

Selasa - 18/7

Originally posted by nitezen at 18-7-2006 10:47 AM
uwaaaaaaaaa...malam ni tak dapat tngok ada game futsal....frust gilerrrrrrrrr.....


Episode malam tadi... sikit2 :ting:


ZhiXi (PSM) dan pengurus Zhang pergi ke pejabat RH sebab proposal Michael Jang sebelum ni. MJ suruh mereka contact wakil dia Jimmy Jin... mula2 memang tak sangka ZhiXi nak jumpa RH=Jimmy Jin. Kata pengurus Zhang... dulu pun masa RH mula2 kerja dengan Oasis, jadi penwal keselamatan... lepas tu jadi Pit Boss, dia dah agak RH ni bukan calang2 orang. So, they all pun ... walaupun was2... nak teruskan dengan partnership dengan MJ.



ZhuYin (SHG) dengan staff dia kerja sungguh2 nak buat presentation gunung berapi tu. Tiba2, datang Zheng Yuan & sorang asst. dia bawak makanan untuk ZY di situ, staff ZY yang makan. Zheng Yuan ajak ZY keluar kejap... dia nak ucapkan terima kasih sebab tolong hantar dia balik malam sebelumnya time dia mabuk tu. Lepas tu Zheng Yuan pun bagi kotak cincin yang dia simpan selama ni pada ZY... katanya terimalah sebagai hadiah. ZY tak mau tapi Zheng Yuan bagi jugak... katanya, suka hati ZY nak buat apa2 pun dengan cincin tu.

Di office, RH dapat phone-call dari Tai Jun... dia dah tau siapa yang tikam dia sebelum ni. Bila RH tahu itu angkara si Dai Xiu... dia susah-hati. Mungkin sebab RH ingat, pasal kesilapan masa dulu2.. si DX tak habis2 nak berdendam dengan dia sampai cuba cederakan kawan2 dia pulak. RH pun pergi ke Seoul lepas tu.




DX dah nak balik rumah... nak masuk lift sorang tapi ada orang lain dalam lift tu.. kekonon tengah ikat tali kasut, tak nampak siapa dia. Bila pintu lift dah tutup baru orang kat belakang DX tu bangun rupanya... RH.



Di basement tempat parking tu, DX pun jalan ke kereta dia... RH ikut dari belakang. Masa DX nak masuk kereta, RH pun panggil... DX terkejut dengan RH, tak sangka RH hidup lagi. RH marah dengan DX sebab asyik nak berdendam dengan dia. RH sebenarnya still rasa bersalah pasal kejadian kebakaran dulu tu tapi nak buat macamana, benda dah jadi... lagipun dia dah pun kena penjara pasal tu. Tu pasal dia tak mau gaduh2 dan seboleh2nya mengelak dari lawan dengan DX tapi DX yang buat dia marah kali ni sebab serang kawan RH.

DX pun kata...ok.. hal mereka takkan selesai selagi salah sorang still hidup, baik selesaikan once & for all. So... they all berdua lawan... DX memang tak boleh lawan RH... teruk dia kena dengan RH. Tiba2 3 orang pengikut DX baru sampai, terus lawan dengan RH... nasib baik asst. RH datang dengan kereta... terus dapat selamatkan RH.



Dalam kereta, sakit dada RH datang balik... asst. dia tengok, tanya ok ke. RH tak kata apa2 tapi dia minta berhentikan kereta. Asst. cakap lagi.. kalau RH selalu gaduh2, nanti dia terpaksa beritahu Michael Jang. RH kata.. dia tak kisah and suruh asst. berhentikan kereta. Kata RH, dia ada hal di Seoul 2 hari, so asst. tu tak payah ikut.

RH pergi jumpa Tai Jun di bar, tapi dia tak beritahu apa yang dia buat pada DX sebab tak mau TJ susah hati. They all pun bersembang pasal hal Shang Tou, DX dan Zheng Yuan. TJ beritahu yang dia pergi Jeju jumpa Zheng Yuan pasal asst bapak dia yang disyaki bunuh Han Ming Zhen. TJ kata.. patutnya dia tak beritahu Zheng Yuan pasal tu sebab itu asst. bapak dia sendiri... for sure Zheng Yuan akan sokong & protect bapak dia. TJ ingatkan dia boleh dapat maklumat dari Zheng Yuan tapi dia silap. Dia pun beritahu pada RH pasal Zheng Yuan. Dulu.. masa kes penjara 7 tahun dulu, bapak Zheng Yuan memang blame RH sorang sebab nak selamatkan anak dia. Lepas tu Zheng Yuan pergi study di US. Bila fikir2 balik pasal kes pembunuhan Han Ming Zhen, Zheng Yuan lah yang sungguh2 tolong seludupkan RH & Zong Qiu ke US.

Tai Jun nak nasihatkan RH pasal Zheng Yuan, agar hati2 sikit ... RH suruh TJ jangan teruskan kata2 dia. Walaupun dia sedar apa yang TJ cakap pasal Zheng Yuan tu ada betulnya tapi kata RH, Zheng Yuan tu pun susah kehidupannya... dengan bapak dia yang begitu. TJ pun tak boleh nak kata apa2 dah.

DX balik ke bilik dia, muka berdarah2... Zhen Ai dah ada di situ. Zhen Ai terkejut dengan DX tapi DX terus peluk ZA kuat2. Katanya kalau apa2 jadi pun, Zhen Ai milik dia sorang. Walaupun hari kiamat, ZA tetap milik dia. Kalau ZA berubah hati, DX kata akan bunuh dia. ZA tak cakap apa2 tapi peluk ZX kuat2 jugak. Time ni, airmata DX pun mengalir. Dia takut ZA berubah hati bila tau RH dah balik.

Esoknya DX jumpa Shangtou, bagitau yang RH hidup lagi dan dah kembali ke Korea. Shang Tou pun telefon & beritahu asst. Zheng Yuan pasal hal tu. They all pun jumpa di satu tempat di Jeju. Masa nilah, kebetulan di tempat yang sama, Zong Qiu pun ada di situ dengan client dia. Tak disangka2 Zong Qiu terjumpa Shang Tou di bilik air. Shang Tou pun seperti biasa nak memperleceh dan pekena Zong Qiu tapi ZQ tak boleh tahan. Dia marah sebab dia & RH hidup susah kena lari ke US semuanya pasal angkara ShangTou dulu... ugut suruh berjudi dengan Han Ming Zhen. ZQ betul2 geram dengan ShangTou... tu pasal dia belasah ST secukup2nya...

But before that in Jeju... masa RH & Zong Qiu pergi minum, RH ternampak Zheng Yuan tengak date dengan anak perempuan businessman Zhao yang bapak dia nak jodohkan dengan dia tu. Masa tu RH nampak Zheng Yuan berbual mesra dengan perempuan tu. Dia teringat pulak kata2 asst. dia sebelum ni yang Zheng Yuan ada gosip dengan Zhu Yin di hotel sampai semua staff di hotel tu tahu. So RH pun rasa something tak kena dan susah hati bila dia fikir2 balik apa yang Zheng Yuan cakap dengan dia sebelum ni... part Zheng Yuan suruh RH lupakan ZY. RH banyak fikir pasal Zheng Yuan, kata2 dia pasal lupakan ZY and maklumat yang TJ bagitau sebelum tu.

Di Jeju, ZY balik ke orphanage tu... bawa sejambak bunga putih (kekwa?). On the way, dia nampak ada orang bekerja kat kawasan depan orphanage tu... dia pun tanya, buat apa... pekerja tu kata mereka nak bina rumah. ZY pun diam je. Sampai kat tepi cerun, ZY pun campak bunga ke dalam laut... katanya nak 'hantar' RH pergi sempena hari ulangtahun kematiannya.

Kawan2 RH bawa pakcik RH pergi satu rumah besar. Masa tu, orang duk memunggah barang2 & perabut baru. Pakcik dia tanya ... nak buat apa... nak suruh dia tolong angkat barang ke? Kawan2 RH kata tak sambil senyum2... nilah rumah pakcik tu.. rumah dia sendiri, rumah baru tapi they all tak cerita lebih2.

Assistant Zheng Yuan yang jahat tu...bila dapat tahu dari Shang Tou yang RH masih hidup & dah ada di Korea, terus beritahu Zheng Yuan tapi mereka tak tau RH sebenarnya kat mana. Zheng Yuan suruh cari sampai dapat. Sementara tu dia pun gelabah dan ajak Zhu Yin pergi lunch. Masa tu dia tanya sama ada ZY masih susah hati pasal RH. ZY ni pun ... betul bendul.. semuanya dia cakap pada Zheng Yuan yang dia dah lupakan RH. Zheng Yuan pun cakap lagi... nanti.. lepas habis persembahan gunung berapi oleh ZY & staff bahagian perancangan, bolehlah ZY ikut dia ke Jepun (dia ada urusan kewangan). Bolehlah ZY berehat sambil pergi kolam air panas, etc. ZY pun kata ok.

[ Last edited by  katt at 19-7-2006 04:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 07:01 PM | Show all posts
masa mula2 tgk kat cd, takut betul every time In-ha sakit dada...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 10:15 PM | Show all posts
aku ingatkn cd aku jer ader adegan yg ter repeat lagi skali.
ghopernyer kat tv pun ader jugak.
iskkkk...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 11:37 PM | Show all posts

Reply #1675 btho's post

ooo...mmg cam tu yea ... memandai je aku salahkan ntv7 tak pandai edit .... aku ingatkan dia nak potong scene gangster gaduh tu then tak jadi, tu yg jadi camtu ..... hehehehe

btho .... time kasih utk spoiler ep ari ni .... siang tadi busy sikit so tak sempat nak bukak ..mlm ni baru aku baca....

so, mmg ren he belum jumpa pakcik dia lagi le yea .... aku tak sabar nak tengok muka gembira pakcik dia ....

senang betul DX take over tempat shangtou ..... kiranye pengikut dia ramai gak le ....
no wonder le shangtou balas balik nanti .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 11:37 PM | Show all posts
tak kuar lagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 11:38 PM | Show all posts
katt, rasa2xnyer esok inha sakit masuk hospital tak???
lambat beno nak tunggu inha ngan zhuyan bersama semula....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by kayla at 19-7-2006 11:37 PM
ooo...mmg cam tu yea ... memandai je aku salahkan ntv7 tak pandai edit .... aku ingatkan dia nak potong scene gangster gaduh tu then tak jadi, tu yg jadi camtu ..... hehehehe

btho .... time kasi ...

u r welkam.
starting esok, criter kembali pick-up.
byk scene yg happening....!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 11:43 PM | Show all posts


Source: mincheol.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.087192 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list