CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 4-4-2013 08:54 AM | Show all posts
attyalong posted on 2-4-2013 11:58 AM
Masa saya berada di mekah cuaca boleh tahan panas , sampai asar pun panas ..
saie tinggal satu ar ...

i rasa klu psl saie tu no prob sb u blh ke sana sini n tak sesak mcm nak tawaf. lorong wheelchair pun asing, unlike masa u tawaf u kena careful dgn wheelchair.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 08:58 AM | Show all posts
MrsKobis posted on 31-3-2013 11:33 PM
minta maaf.. mohon share pengetahuan dan pengalaman pada saya ye.. sy akan ke tanah suci pada bulan  ...

hi...u dah attend kursus? i rasa amat elok jika u dapat attend sekurang2nya satu kursus umrah kerana ianya lebih tewrancang. info di sini di kira additional...jika masa tidak menghalang blh la u attend kursus yg dianjurkan oleh TA yg berlainan jd u akan dapat ilmu yg berlainan...ada pertambahan ilmu gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 09:04 AM | Show all posts
aily posted on 26-3-2013 10:56 AM
Ummi_Ina

Kalau tak silap keliling Masjidil Nabawi mula di pasang dengan payung2 ni sekitar 2008 ...

payung2 ni akan dibuka lbh kurang pukul 6 pagi....slps solat subuh...ramai jemaah yg tunggu nak tgk payung2 di masjid nabawi dibuka . what an experience.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 09:18 AM | Show all posts
mistyQue posted on 4-4-2013 08:54 AM
i rasa klu psl saie tu no prob sb u blh ke sana sini n tak sesak mcm nak tawaf. lorong wheelchair  ...

alhamdulillah masa saie takde masalah..mak saya ..saya upah org tolak wheelchair.
masa tawaf mmg kena hati2 ngn wheelchair takut kena kaki..

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 09:23 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 16-3-2013 11:23 AM
Assalamu'alaikum wbt

Biasanya, mana-mana TA tidak sediakan mutawif wanita. Andalusia pun nasib- ...

sorry nak menyampuk...minta maaf juga jika apa yg akan dikatakan ini akan buat sesiapa terkecil hati...saya sokong kata ustaz untuk jadi independant/berdikari dan berani bila berada di bumi asing tetapi bila kita di sana (di dalam satu kumpulan pula tu), sama2 mahu pergi ke raudah...saya rasa tidak salah jika ada antara jemaah yg sudah biasa ke masjid nabawi dan raudah mengajak ahli kumpulan lain yg tidak tahu utk ke sana utk join mereka (dari pengamatan saya ada sessetengah jemaah yg sudah pun menunaikan umrah 3-4 kali)....lagipun bukan mudah untuk ke sana bukan? lagi satu kpd sesiapa yg tidak tahu nak pergi sendiri apa salahnya kita ringankan mulut utk bertanya jemaah lain dlm kumpulan kita jika blh pergi sama2...itu kan lbh baik...daripada kita tidak pergi dan komplen/membebel....sekurang2nya ada usaha kita di situ...buat je muka tak malu...insyaallah jika niat ikhlas mahu ke sana, Allah akan permudahkan.

saya amat bersuyukur kerana ahli kumpulan kami amat considerate dan mengambil berat antara satu sama lain. walaupun TA/GH bermurah hati menyediakan seorang ustazah utk membawa kami ke raudah pagi itu, tetapi tidak semua yg pergi kerana masalah kesihatan, ...dan utk trip yg kali ke-2 pada mlm hari....ada makcik yg tertinggal /tercicir kerana tersilap faham dan ada satu kakak ni tolong hantarkan dia ke masjid/raudah...walaupun pada waktu itu kakak tersebut baru pulang dari masjid. tercungap2 juga dia. di samping itu kami juga beruntung kerana mendapat TA/mutawif yg sentiasa menggalakkan/mengingatkan kami menolong antara satu sama lain.

wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 09:37 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 2-4-2013 09:54 PM
Dapat cium atau tidak hajar aswad - itu ketentuan Allah SWT. Jika Allah izinkan, maka dapatlah kit ...

betul tu Tn Haji
sy sangat2 bersetuju

meh sy sharekan pengalaman sy pegi umrah Jun 2012
pada awalnya sy mmg xde niat langsung nak cium hajarulaswad
memandangkan banyak cerita2 negatif yang didengari sebelum ke sana
even kakak ipar sy yg pegi pada tahun sebelumnya ada pengalaman
dipijak di bahu dek pak Arab sebab diorang nak ke depan nak cium hajarulaswad

however, kakak ipar (yg lain) yang pegi bersama sy memang bersungguh benor nak cium hajarulaswad
dek kesungguhan dia dan kesiankan dia
sy terima pelawaan dia nak cuba gi cium
(tapi hati sy belum ada kesungguhan, hanya niat sekadar nak tolong temankan dia)
dan memang tak dapatla cium
orang berasak2...bertolak2 macam gelombang
kakak ipar yg kurus tersepit
jadi kami mengalah dan keluar

daripada pengalaman tu tetiba ntah cemana datang pulak semangat dlm diri sy nak lagi cuba cium
keesokkan harinya, lepas solat Isya', sy yang ajak kakak ipar g cium
tapi kami buat solat sunat hajat dan tawaf sunat dulu
sewaktu tawaf sunat tu, sy asyik berdoa
'ya Allah...izinkanlah kami mencium hajarulaswadMu....berikanlah kemudahan untuk kami....ya Allah....Kau permudahkanlah urusan kami untuk mencium hajarulaswadMu'

selesai tawaf sunat,solat sunat,minum air zamzam
kami masuk ke barisan yang nak cium hajarulaswad
kebetulan polis betugas tengah tukar shif
tiba2 polis yang baru duty nih jerit2 something
rupa2nya dia suruh buat 2 barisan
lelaki di seblah kiri dan perempuan di sebelah kanan
dan dia yang gilirkan sape yg cium hajarulaswad
dia akan pegang/tolak kepala untuk cium
kalau ada lelaki yang x sabar nak potong Q, memang kene ketuk kepala dengan polis tu
ya Allah....sesungguhnya Allah sangat2 permudahkan laluan buat kami
tak perlu berasak betolak bagai sebab kami hanya bersama jemaah wanita
tak perlu berhimpit bercampur dengan jemaah lelaki
less than 5 mins tetiba dah sampai giliran sy untuk cium
alhamdulillah...lama jugak sy cium hajarulaswad tu sampai kene tepuk kepala dengan polis tu hihi
sekian pengalaman manis sy yg tak dapat sy lupakan sampai bila2

~~jika Allah berkehendakkan sesuatu terjadi, maka jadilah ia~~

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2013 10:00 AM | Show all posts
ehem_ehem79 posted on 8-3-2013 10:34 AM
Inshaa Allah, tak payah banyak pk mistyQue ..

ehem pun jenis senang sesat pastu cepat gelabah
...

salam....tq pada sesiapa yg memberi semangat di sini dan saya nak tambah, pada pandangan saya la...saya rasa terlalu risau sebelum ke makkah kerana terlalu mendengar cakap2 org psl perkara2 yang dialami oleh jemaah lain semasa di sana membuatkan saya terlalu berhati2 dan timbul rasa stress.....alhmadulillah berkat keikhlasan hati dan doa semuanya superb .... berkenaan hal sesat ni, satu sahaja saya blh conclude...masjidil haram lah satu2nya tempat di dalam dunia ini yg i tak rasa sesat/tercari2 haluan atau pun sesat...not even once....it feels like home...alhamdulillah...tak seperti di sini asyik sesat sahaja walaupun sudah berjuta kali pergi ke tempat yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 10:16 AM | Show all posts
kenesep posted on 2-4-2013 03:49 PM
sapa pernah alami ini di mekah....

1. didatangi seorg lelaki berbangsa arab, dihulur sebuah nota  ...


makcik alami yang no. 2 tu. 3 beranak Pakistan. anak lelaki umur lebih kurang 6-9 tahun agak2. Cakap mat saleh.
minta derma sebab beg duit dicuri orang.
tq


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 12:09 PM | Show all posts
ummi_ina posted on 4-4-2013 09:37 AM
betul tu Tn Haji
sy sangat2 bersetuju

ummi_ina, barisan perempuan ni belah mana ya? dari arah depan multazam ke? sori, sy agak confuse dgn barisan nak ke hajarul aswad ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 12:16 PM | Show all posts
rosaline08 posted on 4-4-2013 10:16 AM
makcik alami yang no. 2 tu. 3 beranak Pakistan. anak lelaki umur lebih kurang 6-9 tahun agak2. C ...

oh. ini pun kami jumpa tahun lepas. pakistani couple, fluent gakla englishnya, ada anak sorang. tak taulah org yg sama ke tak. yang kelakarnya, diorang akan berdiri ditempat yg sama setiap hari, cuma dah x approach kita dah lepas kali pertama tu. takpelah, ikhlaskan jelah apa yg diberi. hanya Allah yang Maha mengetahui
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 03:51 PM | Show all posts
attyalong posted on 4-4-2013 09:18 AM
alhamdulillah masa saie takde masalah..mak saya ..saya upah org tolak wheelchair.
masa tawaf mmg  ...

Sayalah antara penolak2 wheelchair tu...tapi bila saya nak lalu saya akan jerit haji!! haji!!! atau hajah!! hajah!! dan jemaah lain akan beri laluan....pernah sekali terlanggar kaki satu perempuan pakistan/india masa tawaf sunat..langgar sikit je tapi dia punya gaya mcm kena langgar lori heee..tapi masa buat umrah saya upah org indonesia untuk tolak wheelchair kena RM250 dia aka datang hotel ambil mak mertua pastu tolak ke Masjid untuk tawaf dan saie dan hantar balik ke hotel..
Last edited by rainforest on 4-4-2013 03:53 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 09:18 PM | Show all posts
rainforest posted on 4-4-2013 03:51 PM
Sayalah antara penolak2 wheelchair tu...tapi bila saya nak lalu saya akan jerit haji!! haji!!! ata ...

Memang sakit kalau kena langgar wheelchair tu. Saya ada beberapa kali dilanggar oleh BESI wheelchair tst kat tumit. Adoi mak sangat sakit.   Kadang-kadang kita yang terlanggar wheelchair tersebut - bila yang tolak wheelchair di depan kita tetiba saja berhenti. Kadang-kadang kena langgar dari belakang, atau dari sisi - ini kes anaknya tolak simpang siur nak cepat siap tawaf.

Yang paling teruk ialah kena langgar beberapa kali oleh wheelchair yang sama. Ini berlaku di masjid nabawi selepas solat ketika kami hendak menziarahi maqam Rasulullah S.A.W. Bayangkan lorong yang kecil menuju maqam Rasulullah disekat menjadi dua dan jemaah terpaksa bersesak-sesak dan melangkah/bergerak sangat perlahan - tapak demi tapak. Masa tengah bersesak-sesak tersebut ada satu jemaah ni menolak ayahnya untuk menziarahi Rasulullah S.A.W. Wadoi, masa ni la dia nak bawak ayahnya ke situ - tunggu la masa dah reda atau masa lain. Memang parah tumit saya dibuatnya. Sabor jer lah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 09:35 PM | Show all posts
dranne posted on 4-4-2013 12:09 PM
ummi_ina, barisan perempuan ni belah mana ya? dari arah depan multazam ke? sori, sy agak confuse d ...

Biasanya jemaah perempuan beratur dari depan multazam. Tetapi ada jugak seorang jemaah India/Pakistan yang sudah berumur bersemangat cuba nak masuk dari sisi rukun Yamani nak berebut dengan orang lelaki. Jerit-jerit dia minta laluan tapi orang lelaki buat tak tahu saja.

Pada satu hari saya tengah beratur di sisi rukun Yamani, perlahan-lahan kami beransur-ansur dengan tertib bergerak menuju hajar aswad. Kira-kira 3 depa dari hajar aswad, saya alpa sekejap. Tiba-tiba bila saya tersedar, betul-betul di hadapan saya ada seorang jemaah wanita dari Indonesia dalam usia 20an turut beratur. Saya tak tahu bila masa dia masuk mencelah di situ. Hendak tak hendak, saya batalkan niat untuk mengucup hajar aswad walaupun dah dekat nak sampai hajar aswad tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:13 PM | Show all posts
saya pun pernah kena langgar..sampai luka jugak laa tumit belakang. sebab tu bila saya tolak mak , kalau boleh saya elakkan daripada kumpulan jemaah..jauh sikit pun takpa..bukan nak kejar masa pun..

bila time waktu ramai org ..saya sewa wheelchair yang pakai bateri tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:02 AM | Show all posts
sedikit gambaran panorama Masjidill Haram terkini













Last edited by rezeki on 5-4-2013 12:03 AM

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 01:07 AM | Show all posts
terima kasih pada yang menjawab soalan saya sblm ni..

lagi satu saya nak tanya..sllnya bila umrah yg pertama dah selesai, kebayakan org akan keluar ke tanah halal ke nak niat ihram balik....atau cukup sekali je umrah..lps tu hari2 yg lain kat tanah haram cuma pegi solat kat masjid haram..

yang tawaf sunat tu apa pulak maksudnya..

maaf banyak tanya..baru sekarang saya nak belajar pasal umrah..dulu2 masa sekolah dah tak ingat dah belajar apa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2013 03:15 AM | Show all posts
Naa.Yaa posted on 5-4-2013 01:07 AM
terima kasih pada yang menjawab soalan saya sblm ni..

lagi satu saya nak tanya..sllnya bila umrah ...

1. Selalunya selepas selesai umrah pertama balik hotel rehat dulu. Jemaah akan buat umrah kedua dan ketiga bersama travel ketika lawatan luar Mekah. Biasanya pada hari ketiga dan keempat iaitu ke Jakranah dan Hudaibiyah. Dua-dua tanah halal jadi para jemaah boleh ambil peluang buat umrah. Kemudian pada hari lain2 barulah jemaah pergi sendiri (keluar belanja sendiri sewa van) ke tanah halal iaitu ke Tana'im. Ikut atas rajin dan kesihatan, ada buat pagi sekali, petang sekali. Ada yang cukup 3X bersama travel. Ada yang cukup sekali je pada mula2 baru sampai. Ada yang pegang pendapat bid'ah buat banyak kali, jadi mereka buat sekali sahaja. Jadi macam-macam gaya orang Malaysia buat umrah.

2. Tawaf sunat ialah sekadar tawaf 7 pusingan dengan niat tawaf sunat. Seperti kita solat sunat... tapi di Masjidil Haram kita diberi 2 peluang iaitu solat sunat dan tawaf sunat. Jadi jemaah yang tak larat nak buat umrah banyak kali ambillah peluang buat tawaf sunat banyak kali.

Selain tawaf sunat, ada tawaf masjid yang hukumnya sunat juga sebagai ganti solat tahiyat masjid. Hukum berniat tawaf sunat adalah wajib bermakna jikalau dia buat tawaf sunat tanpa memulai dengan niat dalam hatinya (bukan lafaz niat ye) maka tidak sah tawaf sunatnya. Dia berlainan dengan tawaf umrah (jemaah yang sedang buat umrah) hukum niatnya adalah sunat. Kerana bila dia berniat umrah maka sudah masuk sekali tawaf umrah maka dihukumkan sunat berniat tawaf umrah.

Tawaf sunat dilakukan dengan pakaian biasa bukan dengan pakaian ihram. Tiada Saie selepas tawaf sunat.

3. Selain tawaf sunat yang hukumnya sunat ada satu dinamai tawaf wada' hukumnya wajib.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 08:57 AM | Show all posts
dranne posted on 4-4-2013 12:09 PM
ummi_ina, barisan perempuan ni belah mana ya? dari arah depan multazam ke? sori, sy agak confuse d ...

ye dari belah multazam while barisan lelaki dari rukun Yamani
tapi waktu shif polis tu je yang berlaku barisan macam tu
waktu polis lain on duty dia buat dekk je jemaah nak bertolak ke, jemaah nak bercampur lelaki ppuan ke, dia duk rilek je sambil pegang pemegang kat tepi tu
klu tgh hari siap pegang payung sbb panasss

Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 09:04 AM | Show all posts
Naa.Yaa posted on 5-4-2013 01:07 AM
terima kasih pada yang menjawab soalan saya sblm ni..

lagi satu saya nak tanya..sllnya bila umrah ...

umrah wajib hanya sekali
selebihnya klu niatkan nak buat pada ibu bapa, adik beradik,datuk nenek yg telah meninggal dunia adalah baik
menurut penerangan/taklimat umrah di MEkah oleh petugas Andalusia
jangan berlumba nak buat umrah banyak2 kali
sbb ceritanya ada jemaah yang memang dari Malaysia dah berazam nak buat satu umrah setiap hari
baru beberapa hari dia berumrah akhirnya jatuh sakit dek tiada rehat dan terpaksa terlantar di hotel saja

yang afdalnya, bykkan tawaf sunat-->tawaf sunat, solat sunat, minum air zamzam
kerana dengan tawaf sunat sahaja dah dapat 100 rahmat yang Allah limpahkan setiap hari di Masjidilharam

(Tn Haji sekalian tolong betulkan ye klu sy salah)

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2013 10:36 AM | Show all posts
update...

Tak jadi pergi masa cuti sekolah mei ini..InsyaALLAH pergi 18 Jun - 29 jun 13..moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.480663 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list