CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 23-3-2014 05:00 PM | Show all posts


Tajuk : COOPER-K
Penulis : RodieR
Terbitan : Jemari Seni
Harga : SM 23.00 / SS RM26.00

Sinopsis :

Nama:
Amilia Aisya Abdul Aziz

No Kad Pengenalan/RN:
2007345678

Tarikh:
Suatu waktu dulu... kini... mungkin selamanya....

Diagnosis:
Penyakit Rindu

**
Rx 00000

Nama saya Khairul Fairuz Muhammad. Panggil Cooper. Nak panggil awak apa? Takkan hari-hari saya nak kena panggil Cik Amilia Aisya kut?
Khair
Pegawai Perubatan Wad 7

**

Kisah mereka tak sehebat kisah cinta Somebody K-Somebody Famous. Sebab Cooper K-Amilia Aisya tak pernah pun bercinta. Hubungan mereka bermula atas dasar persahabatan. Namun, apa yang jadi jika salah seorang tidak terdaya lagi menahan perasaannya sendiri?

Dalam tenang yang lama dicari olehnya, Khair datang mengharu-birukan hidup Amilia. Bolehkah Amilia mengembalikan kenangan lama? Menghidupkan semula memorinya ketika bersama Cooper dulu, dengan Khair?

***

RodieR kembali lagi dengan santai bercerita tentang Amilia atau Mia dalam Cooper-K. Mari kita ikuti kisah menarik Mia yang ceria dan sentiasa gembira dalam Nyanyian Hati itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2014 04:01 PM | Show all posts
rukiaichigo posted on 26-12-2013 02:44 PM
Nak rekemen novel Aduhai Redza karya Qaisy....

ni daripada website Jemari Seni;

ako tgh baca buku ni...
love it.. masih lagi part diaorg kt sekolah...
hahaha...
sgt2 happy kot...
n i love watk sam...
buat masa ni la... suke sgt nk nyibuk kan??
hahahaa.... penyeri ok...
review pasal buku ni.. tunggu habis baca... insyaAllah by this week..
ako bgi review
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 06:59 PM | Show all posts
chit_ana posted on 23-3-2014 05:00 PM
Tajuk : COOPER-K
Penulis : RodieR
Terbitan : Jemari Seni

sukaaaaaaaaaaaaaa citer ni.... hehehehe





nota kaki:
tgh dok mencarik Vise Versa tp tak jumpa lg. esok akan mulakan misi mencarik lagi... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2014 03:42 AM | Show all posts


Rindu kerana kamu tiada di sisi

Semusim di Divonne. Itu janji Mira untuk menemani kakaknya yang sedang sarat menunggu hari melahirkan. Musim luruh di Divonne sangat mengujakan Mira yang tak pernah mengalaminya. Namun Mira rasa terganggu dengan kelibat jiran kakaknya yang kerap kali muncul secara tiba-tiba seperti hantu.
“Nama saya Marc Francois!”
Sepanjang berada di sana, Hantu Mi Suah itu benar-benar menghantui Mira. Tapi ‘hantu’ itu jugalah yang mewarnai hari-harinya. Musim luruh di Divonne telah mencuit hati Mira dengan rasa cinta. Namun, biar hati perempuannya mudah diusik, dia cuba menafikan rasa itu. Dia tidak mahu jadi seperti kakaknya.
Kerana tidak mahu keseorangan, Mira memberikan hatinya pada Isam, kawan lama yang setia menunggunya, yang disandarkan harapan agar menjadi pelindungnya.
Adakah kisah Mira dengan Marc Francois berakhir begitu sahaja? Tu me manques. Adakah kata-kata Marc lewat kiriman poskad kepada Mira ini punya maksud tersirat?
Dan dapatkah Isam membahagiakan Mira seperti yang diharapkan?
* * *
Kali ini IKA MADERA membawa kita bercuti di Divonne. Ayuh, nikmati ‘gaya santai’ musim luruh yang mempesonakan bersama Mira dalam Semusim di Divonne.



Harga: RM22.00 (Sem. Malaysia) / RM25.00 (Sabah/Sarawak)

cinta itu bukan melemahkan tapi menguatkan
cinta itu bukan menyedihkan tapi menggembirakan
dan cinta itu bukan memiliki tapi membebaskan

Gara-gara takut keseorangan, Eshan telah menyahut cabaran abangnya, Ben yang mempermainkan dirinya. Dia dengan beraninya pergi meminta anak dara orang walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun! Dan disebabkan itu juga, dia segan untuk pulang ke kampung kerana takut terserempak dengan ‘tunangnya’.
Zaara pula punya cita-cita tinggi melangit. Hasrat di hati ingin jadi jutawan. Tapi SPM tak pernah lulus! Sudahlah begitu, disuruh pula berkahwin dengan orang yang ‘meminang’ dia dulu.
Sudah namanya jodoh, akhirnya Eshan dan Zaara berkahwin juga. Yang satu malu nak menyatakan sayang, yang satu pula konon tahu semua perkara. Apabila timbul salah sangka, mulalah yang seorang begitu dan seorang begini.
kerana cinta itu datang bersama tanggungjawab
* * *
NAURAH IMAN kembali lagi dengan kisah yang lebih santai dan dekat dengan pembaca. Kisah Zaara, si tauke laksa dan Eshan, si akauntan berjaya yang belajar untuk saling mengenali diri masing-masing.


Promosi novel adik-beradik serumah penerbitan .

Novel-novel ni terbitan Mei 2014.

Kalau nak cepat dan murah, boleh pesan melalui laman web Jemari Seni. Pos percuma untuk 2 buah novel & ke atas.


p/s: Nampak perkataan Divonne, automatik terus tanya pakcik google kat mana Divonne ni.

Last edited by aylanins on 15-8-2014 04:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 03:00 PM | Show all posts
xde komen pasal novel terbaru JS ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 11:13 AM | Show all posts
i am newbie in this thread... satu je soalan, website jemari seni sudah tukar ke? kalau nak order online cenggana ek... help
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2015 01:21 PM | Show all posts
anisania replied at 22-4-2015 11:13 AM
i am newbie in this thread... satu je soalan, website jemari seni sudah tukar ke? kalau nak order on ...

dari pesbuk js

Jemari Seni
2 hrs ·

Salam semua. Laman web Jemari Seni mengalami sedikit masalah teknikal. Pesanan online boleh dibuat melalui WhatsApp ke 011-12210865 atau pm di FB Jemari Seni. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami. Harap maklum.

https://www.facebook.com/Jemariseni?fref=ts




Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:25 PM | Show all posts
Edited by BungaSaffron at 22-4-2015 01:26 PM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2015 01:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2015 01:28 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 12:19 PM | Show all posts
peluang utk dapatkan novel-novel lama dengan harga murah.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 12:21 PM | Show all posts
Senarai novel terbitan Jemari Seni sebagai panduan untuk 16.11.16 nanti.

Semua ini 50% diskaun kecuali untuk novel tertentu.

.............................










Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 12:23 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2018 07:19 PM | Show all posts
pengumuman yang agak mengejutkan.

FACEBOOK - NOOR SURAYA ADNAN SALLEHUDIN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Pertama sekali kaksu dan Kak Yah ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada penulis, pembaca dan siapa sahaja yang mengenali Jemari Seni dan Adiwarna untuk 12 tahun yang manis (2007-2018) ini.

Kaksu dan Kak Yah ada ‘Senarai Hasrat Hati’ (‘wishlist’) yang panjang yang belum tertunai... dengan itu, inilah tahun terakhir JS akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa (untuk kali ke-12). Jadi kaksu dan Kak Yah serta warga JS sangat berharap dapat berjumpa Saudara/i di Pesta Buku nanti. Datanglah sembang-sembang, beli buku untuk stok, dan bergambar kenang-kenangan.

... Dan kaksu janji akan pakai baju kurung yang cantik-cantik – konon ada baju cantik banyak – agar nanti gambar kita secantik kenangan terakhir kita. TAPI... jangan paksa kaksu pakai lipstik atau ‘eyeshadow’ atau maskara – kaksu tak reti dan tak ada, tau!

Saudara/i yang disayangi,
Jadi di Pesta Buku Antarabangsa KL 2018 di PWTC (28 April – 6 Mei) nanti, JS menawarkan diskaun yang menarik. Tapi, tidak termasuk buku-buku baharu dan buku yang sudah dalam stok terhad, tentunya. Jadi ‘shop till you drop’ ya!

Selepas ini, JS tidak akan menerbitkan buku lagi di bawah logo Jemari Seni Sdn Bhd mahupun JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. Jadi belilah buku JS sehingga stok habis ya.

Kaksu dan Kak Yah, Kak Nawwir dan Abang Rosdi, minta maaf atas salah dan silap, sepanjang ‘kita’ berurusan dalam dunia buku dengan Saudara/i. Halalkan dunia akhirat apa-apa yang terlebih dan terkurang ya. Sekiranya ada apa-apa yang belum selesai, boleh PM kami bila-bila masa sahaja.

Kaksu sayang Saudara/i.

Sekian,
-kaksu –

Bagi pihak:
Kak Yah, Kak Nawwir dan Pak Dee
Jemari Seni & Adiwarna

#jumpaJSdiPBAKL18
#jangantanyakenapa
#JSsayangkamu
#umurkami50+


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 07:10 AM | Show all posts
kenapa ni? dia org tutup ke apa...  
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 08:14 AM | Show all posts
bianglala replied at 19-4-2018 07:19 PM
pengumuman yang agak mengejutkan.

baca jugak kat fb kak su. JS nak tutup kedai ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2018 06:26 PM | Show all posts
zehra2 replied at 20-4-2018 07:10 AM
kenapa ni? dia org tutup ke apa...

pasni takdo dah JS dan JS ADIWARNA terbitkan buku, tarikh official tutup tatau bila.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 06:27 PM | Show all posts
zennaya replied at 20-4-2018 08:14 AM
baca jugak kat fb kak su. JS nak tutup kedai ke?

begitulah nampaknya.... pergi book fair? boleh lawat booth diorang for the last time.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt jugak jumpa sis noor suraya kat pesta buku td.. sign ler buku dia yg latest..
mmg tkde lg jemari seni. Dia kata nk balik kampung.. saya ckp tulis la cerita pasal kampung pulak
Dia dah biasa menulis.. tentu dia akan menulis lg..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2018 09:28 PM | Show all posts
Sedih kan...

Takde penerbit setertib JS, daripada komunikasi menghantar manuskrip, pemberitahuan manuskrip lulus untuk penerbitan, agreement antara penulis dan penerbit, editing sampailah ke penyata jualan semuanya dilakukan dengan totokeromo.

Harap JS akan bangkit semula, ambillah cuti sabatikal selama mana dan kembalilah menerbitkan buku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.069817 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list