|
LIVERPOOL FC : WELCOME MR. HODGSON..!! YWNA..!! :D
[Copy link]
|
|
gelak ape ni noks..??
jAck666 Post at 30-12-2009 17:01 
gelak tengok bung jackie jalan berlenggang  |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang membaca kat kelab liberpul.......... |
|
|
|
|
|
|
|
siyes hebak toreh ni..macam henry kat asnel dulu..
ahmad_fazill Post at 30-12-2009 04:58 PM 
drogba,shrek,toreh memang ikon..asnel takder striker hebak.. |
|
|
|
|
|
|
|
drogba,shrek,toreh memang ikon..asnel takder striker hebak..
atai Post at 30-12-2009 17:13 
tapi toreh tahap menjaringkan gol dia sehebak henry.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Torres terbaik di dunia'

| TORRES meledak gol kemenangan
Liverpool ketika menentang Villa.
|
LONDON - Kapten Liverpool, Steven Gerrard menganggap Fernando Torres sebagai penyerang terbaik di dunia selepas aksi bertemu Aston Villa awal pagi semalam.
Jaringan tunggal Torres pada minit ke-93 bukan sahaja memberikan kemenangan 1-0 buat Liverpool tetapi ia juga merupakan satu rekod dengan Torres meledak 50 gol buat The Reds dalam hanya 72 perlawanan.
"Semua tahu apabila Torres berada pada prestasi terbaik, dia adalah penyerang terbaik di dunia. Dia dapat menjaringkan gol seperti pada perlawanan ini.
"Itu yang menjadikannya cukup istimewa dan kemenangan ini cukup bermakna buat kami. Ia dapat mencetuskan semula kebangkitan untuk kami merebut empat tempat teratas liga," kata Gerrard.
Pada perlawanan tersebut, Torres, 25, berjaya melepasi benteng Villa hanya sekali tetapi dia memanfaatkan peluang itu dengan penyudah tepat untuk gol kemenangan Liverpool pada masa kecederaan.
Torres juga muncul pemain pertama yang meledak 50 gol dalam hanya 72 perlawanan berbanding pemain-pemain kelab lain seperti Andy Cole (65 perlawanan), Alan Shearer (66) dan Ruud van Nistelrooy (68) yang turut berada dalam rekod Liga Perdana England.
"Ini kemenangan yang cukup penting buat kami dan memberi semula keyakinan. Kami bergerak menuju ke kedudukan empat teratas dan perlu kekal menampilkan peningkatan," ujar Torres.
Liverpool hanya kurang empat mata sahaja lagi untuk berada dalam kelompok empat teratas tetapi pengurusnya, Rafael Benitez sekali lagi mengulangi jaminan bahawa mereka mampu berada di kedudukan tersebut.
"Kami tahu kami perlu menang jika mahu terus berpeluang mendapatkan slot ke Liga Juara-Juara musim depan. Saya cukup bangga dengan persembahan Torres dan juga pemain-pemain lain.
"Jika mereka dapat tampilkan kemampuan sebenar dan kekal mengulangi persembahan terbaik ini, kami akan berjaya mencapai sasaran tersebut," jelas Benitez. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool minat pinjam Nistelrooy 6 bulan
LONDON: Liverpool masih cuba mencapai persetujuan dengan kelab Real Madrid bagi mendapatkan penyerang, Ruud van Nistelrooy secara pinjaman bagi tempoh enam bulan.
Pengurus Rafael Benitez mahu mendapatkan seorang penyerang berpengalaman selepas menyaksikan cabaran mereka agak longlai selepas Fernando Torres lebih kerap menghabiskan masa di bilik rawatan.
Van Nistelrooy, 33, juga tidak sabar untuk ke Anfield dalam usaha membuktikan kemampuannya bagi mencari tiket bersama skuad Belanda untuk beraksi di Piala Dunia, Jun nanti.
Namun Benitez masih bimbang dengan rekod kecederaan bintang Belanda itu dan sudah mengetepikan cadangan membayar £3 juta (RM16.5 juta) untuk mendapatkannya secara tetap.
Benitez turut menolak permintaan Real Madrid untuk membayar gaji £100,000 (RM550,000) seminggu kepada pemain itu sehingga ke akhir musim, andainya dia bersetuju menyertai mereka secara pinjaman.
Ini berikutan Benitez mempunyai dana yang terhad selepas gagal mendapatkan kelab yang berminat ke atas Ryan Babel, Andriy Voronin, Philipp Degen dan Andrea Dossena.
Sebaliknya, Benitez meminta kelab Sepanyol itu untuk membayar sebahagian besar daripada gaji van Nistelrooy ketika dia beraksi di Anfield.
Begitupun, Real masih berharap kelab lain di Liga Perdana Inggeris akan menunjukkan minat, sekali gus membolehkan bekas penyerang Manchester United itu dilelong.
Sementara, ejen Babel, berkata Liverpool hanya berminat kepada kelab yang mahu membeli pemain sayap Belanda itu sahaja. Tottenham, Birmingham, Sunderland dan Besiktas sudah menunjukkan minat tapi Benitez tidak mahu melepaskannya secara pinjaman. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
3 mata kira jadi la..pasni kejar mata liga jer la tim neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
3 mata kira jadi la..pasni kejar mata liga jer la tim neh..
atai Post at 31-12-2009 09:52 
tim nih boleh jore punya..  |
|
|
|
|
|
|
| |
|