Originally posted by isyarina at 3-4-2008 06:18 PM
meragut rumput sambil berlari
nafas tercungap baring di papan
kasihkan tuan simpan di sanubari
tidak terucap berselimut harapan.........
di dalam air nampak bayang nampak manis wajah Ayang merajuk hanya pada yg sayang kalau selalu takut kasih melayang
Originally posted by isyarina at 4-4-2008 08:00 AM
air diminum terasa sejuk
sudahlah sejuk kurang gula
kudengar kata bagaikan rajuk
kini mengapa mengintai pula....
hari-hari nak kena kerja bila sampai fail dh tersedia merajuk tu saja-saja jer selalu masuk nak intai dia