CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 34

 Close [Copy link]
Post time 19-4-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2021 10:34 AM
Haah...ada guna empat2 ni

Terbaik lah kak seri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 01:28 PM | Show all posts

Pe menu hari ni?





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 01:29 PM | Show all posts
hazfy replied at 19-4-2021 12:20 PM
I suka sgt share info2 berguna ni ada kepentingan untuk kita.

Nah info lagi psl tembikai.semu ...

kolig saya antu tembikai ni...good info...

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 19-4-2021 01:20 PM
I suka sgt share info2 berguna ni ada kepentingan untuk kita.

Nah info lagi psl tembikai.semu ...

Wah menarik info ni. Satu family KB suka makan tembikai. Tq @hazfy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 19-4-2021 09:58 AM
Semalam berbuka masak ikan siakap swet and sour nak tepek smlm busy plk.
Nah i tepek i suka tep ...

Wuish sedap tu... smlm manda buka spaghetti bolognese, ayam masak sambal hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 19-4-2021 03:09 PM
Wuish sedap tu... smlm manda buka spaghetti bolognese, ayam masak sambal hahaha

Akhirnya sempat beli ni je...hujan petir lak hohoho...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 19-4-2021 02:38 PM
Wah menarik info ni. Satu family KB suka makan tembikai. Tq @hazfy

Beli doyan ni...ada plak
Ayo Sunquick teh o limo...ayo ape tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
.     .    .    .

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 05:16 PM | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2021 04:35 PM
Akhirnya sempat beli ni je...hujan petir lak  hohoho...

Apa tu? Hahaha durian kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2021 04:36 PM
Beli doyan ni...ada plak
Ayo Sunquick teh o limo...ayo ape tu?

Esok pagi la KB cari doyan. Sabtu baru ni ada dah musang king Thailand 10kg rm150. Esok murah lagi rasanya tu sebab hari bekerja. Ayo cendol kolig bagi tadi. Masak pe tu Sb?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2021 05:16 PM

Mencanak kemain Kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 19-4-2021 04:22 PM
Apa tu? Hahaha durian kah?

Doyan le buat sahur nanti. Doakan esok selamat kena audit...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 19-4-2021 04:42 PM
Esok pagi la KB cari doyan. Sabtu baru ni ada dah musang king Thailand 10kg rm150. Esok murah lagi ...

Good2x  masak mi kari kerang sudahnye
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

19 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 1,402 kes (355,224 kes kumulatif, 94.2%);
Kes baharu : 2,078 kes (377,132 kes kumulatif);
Kes import : 13 kes (3 warganegara, 10 bukan warganegara);
Kes tempatan : 2,065 kes [1,885 warganegara (91.3%); 180 bukan warganegara (8.7%)];
Kes aktif : 20,522 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 228 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 93 kes;dan
Kes kematian : 8 kes (1,386 kes kumulatif, 0.37%; 8 warganegara).
Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 589 kes (28.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 450 kes (76.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 457 kes (22.0 peratus) dan Kelantan sebanyak 290 kes (14.0 peratus).

Sebanyak 13 kes (0.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (12 kes) dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Terdapat lapan (8) kes kematian pada hari ini yang melibatkan tiga (3) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Selangor dan Sabah, serta satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 19 April 2021:

Jumlah kluster : 1,534 kluster;
Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat :1,194 kluster (termasuk12 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Taman Tunku, Kluster Jalan Helang, Kluster Jalan Delima, Kluster Jalan Mega Lima, Kluster Jalan Kunci Air, Kluster Kampung Nyatoh, Kluster Jalan PKNK 1/6, Kluster Jalan Sikamat Lama, Kluster Batu Empat, Kluster Jalan Tun Razak, Kluster DTI Machap Umboo, dan Kluster Lagenda Suria);
Jumlah kluster aktif : 340 kluster;
Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 63 kluster; dan
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Duan (62 kes), Kluster Kampung Domis (55 kes), dan Kluster Jalan Sulah 16 (42 kes).
KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan enam (6) kluster pendidikan termasuk satu (1) kluster sekolah/ institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), empat (4) kluster komuniti, tiga (3) kluster tempat kerja, dan satu (1) kluster keagamaan.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.        Nama Kluster        Negeri        Kategori Kluster
1        Tangok        Kelantan        Pendidikan
2        Pulai Chondong        Kelantan        Pendidikan
3        Jalan Tagasan        Sabah        Pendidikan
4        Jalan Medan Aliff        Johor        Pendidikan
5        Jalan Weng        Kedah        Pendidikan
6        Jalan Hospital        Kelantan        Sekolah / Institusi Pendidikan KPM
7        Sungai Duan        Sarawak        Komuniti
8        Sungai Passin        Sarawak        Komuniti
9        Sungai Selitut        Sarawak        Komuniti
10        Jalan Bandar Universiti        Perak        Komuniti
11        Jalan Cahaya Baru        Johor        Tempat Kerja
12        Cyber Park        Johor        Tempat Kerja
13        Jalan Sulah 16        Selangor        Tempat Kerja
14        Bayan Cenderawasih        Kedah        Keagamaan
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI        BILANGAN KES BAHARU *(    )        BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR        457 (3)        124,046
SABAH        125        56,910
JOHOR        115 (4)        43,431
WP KUALA LUMPUR        153 (6)        40,245
SARAWAK        589        24,529
PULAU PINANG        91        18,375
NEGERI SEMBILAN        91        18,006
PERAK        43        14,104
KEDAH        48        9,129
KELANTAN          290        8,738
MELAKA        27        6,929
PAHANG        32        4,727
TERENGGANU        8        3,903
WP LABUAN        6        2,433
WP PUTRAJAYA        2        1,277
PERLIS        1        350
JUMLAH KESELURUHAN        2,078 (13)        377,132
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,078 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 April 2021 adalah seperti berikut:

Sarawak: 589 kes
152 kes daripada kluster-kluster, termasuk 85 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Sungai Duan, Kluster Sungai Passin, dan Kluster Sungai Selitut;
298 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
139 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Selangor: 457 kes
74 kes daripada kluster-kluster, termasuk 42 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sulah 16;
295 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
85 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kelantan: 290 kes
122 kes daripada kluster-kluster, termasuk 29 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Hospital, Kluster Tangok, dan Kluster Pulai Chondong;
135 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 153 kes  
Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
82 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Enam (6) kes import dari luar negara; dan
61 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Sabah: 125 kes
45 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tagasan;
62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Johor: 115 kes  
41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Medan Aliff, Kluster Cyber Park, dan Kluster Jalan Cahaya Baru;
41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Empat (4) kes import dari luar negara; dan
29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pulau Pinang: 91 kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Negeri Sembilan: 91 kes
32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Kedah: 48  kes
20 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bayan Cenderawasih dan Kluster Jalan Weng;
20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Perak: 43 kes
24 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bandar Universiti;
13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Pahang: 32 kes
23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Melaka: 27 kes
12 kes daripada kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) daripada lain-lain saringan COVID-19.
Terengganu: Lapan (8) kes
Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan lapan (8) kes kematian pada 19 April 2021 adalah seperti berikut:

No.      Kematian           Negeri           Jantina    (warganegara)         Umur (tahun)           Hospital / Tempat Kematian           Latar Belakang   
1379        Sarawak        Lelaki (WN)        78        Hospital Bintulu        Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1380        Sabah        Perempuan (WN)        89        Hospital Tawau        Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan osteoarthritis
1381        Sarawak        Perempuan (WN)        72        Hospital Miri        Penyakit Parkinson
1382        Selangor        Lelaki (WN)        81        Hospital Sungai Buloh        –
1383        Sarawak        Lelaki (WN)        35        Hospital Sibu        Penyakit gout dan obesiti
1384        Sabah        Lelaki (WN)        66        Hospital Tawau        Penyakit darah tinggi
1385        Selangor        Perempuan (WN)        57        Hospital Tuanku Jaafar, Seremban        Obesiti
1386        WP Kuala Lumpur        Perempuan (WN)        55        Hospital Kuala Lumpur        Penyakit kencing manis dan darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 14 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER TANGOK
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Bachok, Kota Bharu, dan Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-367794) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Kampung Tangok, Bachok. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PULAI CHONDONG
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Machang, Bachok, dan Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370409) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Pulai Chondong, Machang. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN TAGASAN
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Semporna di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-356289) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar  sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Tagasan P/S 521, Kampung Tagasan Tani, Semporna. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MEDAN ALIFF
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-366648) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Medan Aliff Harmoni 1/2, Taman Damansara Aliff,  Johor Bahru. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN WENG
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan bersasar pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Weng, Bongor, Baling. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN HOSPITAL
Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363861) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Hospital, Kampung Kubang Terap, Pasir Mas. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 525 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SUNGAI DUAN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Mukah di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang dijalankan di Sungai Duan, Mukah. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 321 individu telah disaring, di mana 84 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Matu dan Sibu di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang dijalankan di  Sungai Passin, Matu. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 441 individu telah disaring, di mana 49 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SUNGAI SELITUT
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu dan Tatau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360130) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Selitut,  Tatau. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BANDAR UNIVERSITI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Perak Tengah dan Manjung di Perak serta daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363728) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah majlis yang berlangsung pada 26 Mac 2021 di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SULAH 16
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lada Sulah 16/11, Shah Alam, Petaling. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 549 individu telah disaring, di mana 46 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN CAHAYA BARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor dan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-364776) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan sebuah restoran yang terletak di Jalan Cahaya Baru, Yong Peng, Batu Pahat. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER CYBER PARK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-375663) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 14, Kawasan Perindustrian Senai 4, Kulai. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di manasembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BAYAN CENDERAWASIH
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370264) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan pra pembedahan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Bayan dan Jalan Cenderawasih, Alor Setar. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 19-4-2021 04:42 PM
Mencanak kemain Kelantan

Sarawak pun sama...huhu...hbs sekolah kena tutup 2 minggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2021 06:42 PM | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2021 06:37 PM
Sarawak pun sama...huhu...hbs sekolah kena tutup 2 minggu...

Kami pun tutup ni sekolah anak dua minggu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 19-4-2021 06:34 PM
Doyan le  buat sahur nanti. Doakan esok selamat kena audit...

Ameen, insha Allah selamat hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 02:07 AM | Show all posts

aishh apo la kelate nih
tok dgr kata langsung
ha kan dah positive ramai tuh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 1.316791 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list