|
TITLE: The Science of Sleep [2]
TEMPAT: Unknown
LAIN2: Conts The Science of Sleep
[Say SomeThing]
CERRRLEPAAAAAPPPPPP!! (sfx: bunyik dahi kene kompang)
Terlentang balik Leenaz atas sofa akibat momentum dahinya yg berjaya menyambut tapak tangan Roy.. Leenaz cuba nak bangun secara cepat dari atas sofa tapi akibat faktor graviti dan keseimbangan badan yg agak teruk, beliau berjaya meletakan dahi beliau ke arah lantai (read: faceplant)..
Roy: Leenaz huii? Mimpi buang air kecik lagi ke? Ko ingat ko terkencing tilam ke?
Leenaz yg berpeluh-peluh menunjukkan die masih lagi dalam keadaan berdengung akibat pertembungan dahi dan lantai.. Roy dan Nazi pun rapat kearah Leenaz dgn concernnya bertanya "Apa dah jadik Leenaz?".. Leenaz terus peluk Nazi sambil menangis-nangis..
Sebelum cerita kisah mimpi Leenaz, aku (read: JC) kene ceritakan dulu pasal jam dinding rumah derang.. Dalam rumah bujang derang nie ada satu jam dinding yg berbunyik mcm jam lama, walaupun jam dinding tue abis modern dengan nombor yg mengikut Roy die pakai huruf je kalau 5 die pakai V, kalau 6 die pakai VI, kalau lapan die panjang sikit huruf I die, VIII.. Then, maybe disebabkan nombor-nombor yg agak confuse, pihak pengilang pun memasukkan bunyik supaya orang x confuse.. So kalau pukul satu, die bunyik:
GUUNGGGGG !!!!
Kalau Pukul 2:
PUN GUUNGGGGG !!!!
Kalau pukul 3:
PUN PUN GUUNGGG !!!!
Kalau pukul 12 plak:
PUN PUN PUN PUN PUN PUN PUN PUN PUN PUN PUN GUUNGGG !!!!
So sambung ke cerita Leenaz..
/* Mimpi Leenaz */
(note: Err.. Silalah skip mimpi bawah nie if it too visual or tengah makan..)
Dalam mimpi tue, Leenaz tengah baring atas katil dalam bilik die.. Then, die pun perasan yg tiba-tiba seluruh badan die melekit-lekit.. Leenaz pun curiouslah and tengok kenape.. Terperanjatlah lelaki ini apabila seluruh badan beliau luka dan darah mengalir-galir keluar dari luka-luka yg panjang mcm dicalar-calar dengan pisau..
Then, Leenaz pun tengok tapak tangan beliau, dari dalam luka terkeluar mcm urat dari lengan, die pun menarik-narik urat tersebut tapi x habis-habis keluar, makin ditariknya, makin panjang keluar.. mcm x berhenti-henti bende tue keluar dari dalam tapak tangan beliau.. Sampailah di satu tahap, yg Leenaz dapat rase urat tue mcm dah nak sampai ke penghujung.. Direntapnye urat tue sekuat hati.. Then..
PUN PUN GUUNGGG !!!! (sfx: Jam dinding berbunyik 3 kali)
Leenaz pun tersentak dari tidur beliau, tapi kali nie die berada di dapur rumah pulak, perkara sama berulang lagi, seluruh badan Leenaz berdarah lagi.. Urat terkeluar dari tapak tangan dan Leenaz pun tarik lagi urat-urat tersebut.. Sampai ke penghabisan..
PUN PUN GUUNGGG !!!! (sfx: Jam dinding berbunyik 3 kali)
Leenaz tersentak lagi tapi disetiap lokasi dirumah derang (read: dapur, bilik mandi, toilet, loteng, atas bumbung, garage kereta, hall kecik nak pegi ke tempat basuh baju, bawah katil dan lain-lain), pendek kate, mimpi yg same berulang-ulang kali dgn banyak dan situasi yg sama urat keluar, Jam bunyik 3 kali..
PUN PUN GUUNGGG !!!! (sfx: Jam dinding berbunyik 3 kali)
/* End of Mimpi Leenaz */
And last sekali Leenaz terjage atas sofa sambil menjerit-jerit sepenuh hati dan penampar Roy berjaya menyedarkan Leenaz yg beliau dah berada di alam nyata.. Then, tanpa di-setup, jam dinding berbunyik 3 kali lepas Leenaz abis ceritakan mimpi derang..
PUN PUN GUUNGGG !!!! (sfx: Jam dinding berbunyik 3 kali)
KEDEGANGGGGG!!! (sfx: bunyik yg kuat mcm bende jatuh dari arah bilik Leenaz)
BAMMMMMMMMM!!! (sfx: bunyik pintu bilik Leenaz dihemtam tutup)
Dengan kepantasan yg melebihi had dibenarkan oleh jabatan pengangkutan jalanraya, Roy, Nazi dan Leenaz memecut ke luar pagar rumah bujang mereka..
[TranScendence OrchestrAl]
Lepas keadaan reda sikit dan mereka dah dapat balik semangat untuk masuk ke rumah.. Nazi orang pertama bukak mulut
Nazi: Roy, ko rase-rase, bunyik dalam bilik Leenaz tue bunyik ape?
Roy: Mane aku tau, almari baju ko jatuh ke Leenaz?
Occay, sekali lagi, aku (read: JC) terpaksa menceritakan pulak perihal bilik Leenaz supaya para pembaca paham kenape semasa perbualan antara Nazi dan Roy, Leenaz mencangkung di tepi parit sambil mengalami kancing gigi yg kronik akibat ketakutan.. Disebabkan rumah mereka nie rumah bujang, dan seperti bujang-bujang (read: lelaki je kut pikir mcm nie, pompuan mcm x je) yg lain yg ada cita-cita untuk menambah tangga di rumah yg akan datang (read: rumah tangga).. So, barang-barang yg diperlukan semasa hayat bujang adalah barang-barang basic.. Contohnya, mcm aku ketika di rumah bujang, barang basic aku adalah PC, almari kain RM 50 hinggit, sekeping tilam, 1 bantal kepala, satu bantal peluk dan sebijik tong cat kosong untuk aku letak pinggan semasa makan sambil menonton mubie di PC aku (read: aku x tau mane datang tong cat nie, tuan rumah tertinggal mase die cat bilik aku agaknye).. Berbalik pada Leenaz, di dalam bilik rumah bujang beliau, selain tilam dan perkakas tidur yg lembut seperti bantal dan selimut, die juga mempunyai kerusi kecik yg berbentuk bulat yg sesuai digunakan untuk letak polisterin makanan atau gayung yg diisi dengan mee hailam selepas menyedari rumah takde mangkuk tapi ter-tapau (read: bungkus) mee hailam akibat nafsu semasa dikedai makan..
Kesimpulan dari perenggan yg sia-sia di atas, selain barang-barang yg boleh mengeluarkan bunyik yg kuat ketika jatuh, bilik Leenaz takde capability mengeluarkan bunyik seperti itu melainkan kipas syiling beliau jatuh.. Setelah hampir 10 minit kerasukan angin malam diluar rumah (read: sejuk), derang pun mengambil keputusan untuk masuk ke rumah balik.. Antara berani dan takut, derang gagahkan nak tengok ape bende yg berdentum dalam bilik Leenaz.. Tapi, Mula-mula, derang kene bukak pintu dulu.. So, setelah puas latalilatlailitamplung untuk decide sape yg kene bukak pintu merangkap orang paling hadapan sekali kalau terjadik ape-ape kejadian penampakan, juara pertandingan jatuh kepada Nazi..
Nazi pun bukaklah pintu sambil Roy dan Leenaz rapat mengiringi dari belakang..
BEDEBAMMMMMMMM!!!!!!!! (sfx: jantung ketiga-tiga mereka gugur)
Tiada apa2 pun dalam bilik Leenaz selain tilam dan bantal dan sekeping kerusi bulat.. Jantung mereka gugur tanpa sebab yg munasabah.. Bilik Leenaz macam tak terusik malah xde ape yg perlu ditakutkan pun dlm bilik tue.. Jadik diorang pun pelik sebab bunyik hentaman tue memang kuat dan datang dari bilik Leenaz, tapi dalam bilik tue mcm takde ape yg terusik.. Tapi, derang menarik nafas lega jugak sebab bukan kipas syiling yg jatuh, leceh jugak kalau bende alah tue yg jatuh.. Nasib baik esok masing-masing dah ambik cuti sebab malam tadi nak pegi tarik duit, so, xperla kalau tidur lambat sikit.. Derang pun pegilah balik ke ruang tamu sebab nak sambung baring2 dgn hajat nak tido..
[Your Perfect ImpeRfection]
Pada masa nie, dalam hati Roy dah terpikir.. Maybe, bende dalam beg yg derang bawak balik dari aktiviti tarik duit tue yg jadik penyebab kenape malam tue mereka bertiga mimpi pelik.. Tapi, malam tue, suara Roy x dapat mengeluarkan pendapat beliau.. Derang pun berbaliklah ke ruang tamu dan sambung balik baring..
10 minit berlalu..
30 minit berlalu..
PUN PUN PUN GUUNGGG !!!! (sfx: Jam dinding berbunyik 4 kali)
Dah pukul 4 pagi, tapi masing-masing xdapat melelapkan mata, maybe risau ade bende jatuh lagi.. Then, terdengar bunyik hujan membantai-bantai bumbung rumah derang.. Dan mengikut bunyik gedangan atap dari air hujan, Roy menyimpulkan bahawa hujan turun agak lebat malam tue.. Sekali-sekali, bunyik angin berlaga dari sliding door mcm bunyik orang menjerit-jerit.. Dan automatically, Roy terasa sakit perut dan berhajatlah beliau untuk ke toilet utk mengubat kesakitan perut beliau (read: ngangkung)..
Dalam bilik air, Roy pun duduklah sambil menyalakan sebatang rokok..
Occay, semetara Roy sedang mengambil feel, biarlah aku (read: JC) menceritakan keadaan rumah derang supaya korang lebih paham tentang kedudukan bilik dan situasi rumah derang, derang punye rumah nie, rumah tanah 3 bilik tidur, 1 bilik air, 1 ruang tamu dan 1 dapur, keluasan die xdelah besar sangat, standard rumah setingkat je, muatlah kalau nak letak 2 bijik kete kalau gate x ditutup.. Masuk pintu jumpe dapur dulu then straight ke ruang tamu.. Sebelah toilet ade master room (read: bilik Roy) and 2 lagi bilik sama saiz tapi lagi kecik dari master.. Aku x tau mcm mane korang bayangkan, tapi, key point die, sebelah toilet bilik Roy..
Sambung balik keadaan Roy yg tengah mengelamun sambil merokok dalam toilet.. Tiba-tiba die dengar mcm bunyik angin lalu dari celah-celah tingkap toilet (read: tingkap kecik yg mcm biasa kat dalam toilet), sekali-sekali bunyik tue mcm suara orang membuatkan Roy tertunduk ke lantai dan menghisap putung rokoknya sedikit kuat, 1/4 habis rokok beliau disedutnya.. Kemudian, lalu lagi angin, suara geseran makin kuat, kali nie mcm suara perempuan pulak.. Roy menarik (read: hisap) lagi rokoknya kuat, lagi 1/4 habis rokok beliau.. Kali ketiga, geseran angin semakin menderu, Roy pun memandang ke arah tingkap bilik air maybe nak bagi renungan tajam kat tingkap supaya janganlah menderu-deru mase die berak, seram nih.. Tapi, dalam perjalanan mata Roy dari lantai ke tingkap yg diatas kepalanya, nun diatas bilik air beliau, terjengul keluar kepala perempuan dari balik asbestos merenung Roy.. Muka pucat mayat dan rambut sedikit berserabut berjaya membuat Roy menghirup kesemua baki rokok beliau sehingga terbakar kapas putung dan sedikit bibir beliau.. Dan yg lebih menyakitkan jiwa dan raga Roy adalah, selama nie, bunyik yg Roy budget angin menderu tingkap tue adalah rintihan kepala pervert keluar dinding..
Macam cite SMTBL yg lain yg suka memecahkan pintu, pintu bilik air Roy pun bersepai dilanggar untuk membolehkan beliau keluar dgn sepantas kilat.. Tanpa seluar ataupun tuala, Roy keluar dari bilik air berlari sambil mula nak menjerit memanggil kawan-kawan rumah beliau.. Tapi, belum pun sempat pitching Roy dilontarkan ke petala langit pertama, dia ditarik ke dalam biliknya sendiri oleh tangan secara ganas..
TU BI KON TI NUW~~
[AFTERMATH]
No Aftermath, aku overrun lagi cite pendek sendiri lagi... Pesanan khidmat masyarakat kali nie, jangan isap rokok semasa penampakan didalam toilet, amatlah membahayakan kesihatan..
P/S: @leenaz Aariz cakap, kalau ko ade visa kerja baru boleh duduk sebaris dengan die.. Nanti Jejaidi marah...
|
|