CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: TEAM MAS TO PARIS

 Close [Copy link]
Post time 31-8-2024 03:52 PM | Show all posts


Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India pagi ini. - Foto BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 03:53 PM | Show all posts
huhuhu

family manga mesti kecewa
datang sini untuk bercuti je
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:53 PM | Show all posts
Edited by nona84 at 31-8-2024 03:58 PM

family mangsa boleh saman ke kerajaan ataupun dbkl kkr?
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:54 PM | Show all posts
3 kilang terbakar di Taman Perindustrian Kota Puteri

JOHOR BAHRU: Tiga kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di Taman Perindustrian Kota Puteri di Pasir Gudang terbakar malam tadi.

Selain kilang cat yang musnah 70 peratus, dua lagi membabitkan pejabat pengurusan dan kilang plastik.

Komander Operasi Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata enam jentera termasuk dua EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dibantu BBP Johor Jaya dan BBP Tebrau dengan kekuatan keseluruhan 26 anggota dikejarkan ke lokasi untuk membantu pemadaman.

"Tindakan operasi pemadaman dilakukan menggunakan tiga aliran pancutan sumber air tangki pam jentera dan pili bomba.

"Kebakaran tidak membabitkan mangsa dan punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:55 PM | Show all posts


Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan tiga kilang IKS di Taman Perindustrian Kota Puteri di Pasir Gudang terbakar malam tadi. - Foto ihsan bomba
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 03:57 PM | Show all posts
Penjenayah aktif kes samun di Kedah maut ditembak di Rawang

KUALA LUMPUR: Penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, dekat Rawang malam tadi, disahkan aktif dalam kegiatan jenayah di Kedah sejak lima tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata selain samun termasuk yang membabitkan senjata api, siasatan mendapati suspek aktif dalam kes curi dan juga dadah.

"Kes masih dalam siasatan dan usaha mengesan saki baki rangkaian rakan sejenayah suspek sedang giat dilakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Hussein melalui kenyataan awal pagi tadi berkata kejadian berbalas tembakan berlaku jam 9.33 malam apabila suspek enggan berhenti, selain melepaskan tembakan ke arah sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Katanya, polis kemudian membalas beberapa tembakan sebelum suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Suspek adalah lelaki tempatan berusia 36 tahun dan mempunyai 16 rekod kes jenayah dan dadah," katanya.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Hussein berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2024 03:58 PM | Show all posts


Lelaki dengan 16 rekod jenayah lampau maut selepas berbelas tembakan dnegan polis di Jalan Bandar Bukit Beruntung, Rawang malam tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:01 PM | Show all posts
Polis selamatkan 137 warga asing daripada jadi mangsa pemerdagangan

KUALA LUMPUR: Seramai 137 warga asing termasuk kanak-kanak diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada menjadi mangsa pemerdagangan menerusi Op Pintas Mega sehingga Ogos ini.

Sepanjang tempoh itu menerusi operasi yang dilakukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, seramai 398 individu turut ditahan.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata operasi banteras jenayah pemerdagangan manusia secara holistik itu bagi tahun ini dibuat di seluruh negara menerusi dua fasa.

Katanya, fasa pertama pada Januari membabitkan 42 serbuan dan penahanan 285 individu merangkumi rakyat tempatan dan asing.

"Pada fasa pertama, seramai 64 mangsa diselamatkan terdiri daripada 12 lelaki dan 22 wanita selain 10 kanak-kanak lelaki serta 20 kanak-kanak perempuan.

"Fasa kedua pada Jun lalu pula merekodkan 33 serbuan dengan 113 tangkapan warga tempatan dan asing. Selain itu, kita juga berjaya menyelamatkan 73 individu iaitu 25 lelaki, 26 wanita serta 22 kanak-kanak lelaki," katanya ketika dihubungi
Mengenai status semua mangsa yang berjaya diselamatkan, Soffian berkata warga Myanmar paling ramai iaitu 35 individu, diikuti Thailand (25) dan Indonesia (23).

Katanya, selebihnya membabitkan Bangladesh (17), Filipina (9), Malaysia (8), Kemboja, Vietnam dan China masing-masing lima orang, etnik Rohingya (3) serta dua Nepal.

"Operasi secara bersepadu ini membabitkan Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Alam Sekitar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak berkuasa tempatan. Ia menyasarkan premis kilang, ladang, perikanan, sektor perkhidmatan dan pengemis.

"PDRM tidak berkompromi dengan jenayah pemerdagangan manusia dan akan mengambil tindakan undang-undang termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 04:03 PM | Show all posts
Bomba terbangkan 2 pesakit Orang Asli ke Hospital Gua Musang

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa dua pesakit Orang Asli membabitkan seorang kanak-kanak Kampung Tendrik di Pos Bihai dan warga emas dari dan warga emas dari Pos Gob ke hospital semalam.

Selain pesakit kanak-kanak berusia setahun, Adrian Aisyah yang diiringi ibunya, Pelihide Asud, 41, seorang lagi membabitkan pesakit mental iaitu lelaki warga emas berusia 67 tahun yang bertindak agresif dengan diiringi dua anggota polis.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang di Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rizzan Jefri, berkata semua pesakit dan pengiring dibawa menggunakan pesawat jenis Mi-17-IV.

Katanya, pesakit mental lelaki warga emas terpaksa diberikan ubat penenang dan diperiksa tahap kesihatan sebelum dibawa menaiki pesawat yang berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang pada jam 9.58 pagi.

"Pesawat terlebih dahulu mendarat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang untuk mengambil dua anggota polis dan seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke Pos Gob.

"Taklimat keselamatan diberikan anak kapal kepada anggota polis berkaitan senjata api yang dibawa ke dalam pesawat bagi tujuan pemindahan pesakit.

"Pesakit mental diperiksa terlebih dahulu sebelum dibawa masuk ke dalam pesawat dan diberikan ubat penenang, dengan pintu utama kokpit juruterbang juga ditutup bagi tujuan keselamatan semasa penerbangan," katanya ketika dihubungi.
Bagi penerbangan kedua, pesawat tiba di Kampung Tandrik di Pos Bihai jam 12.35 tengah hari untuk mengambil pesakit kanak-kanak Orang Asli yang demam panas sudah seminggu.

"Kedua-dua pesakit selamat berkenaan tiba dan diserahkan kepada anggota kesihatan untuk dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan susulan.

"Alhamdulillah pesawat dan kru selamat mendarat di Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang jam 5.15 petang.

"Operasi diketuai juruterbang, Mohd Azuna Mohamed Sabri dan dibantu pembantu juruterbang, Ahmad Hafiz Sulaiman dan tujuh lagi kru," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:04 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:12 PM | Show all posts
Sambutan Hari Kebangsaan di seluruh negara meriah

KUALA LUMPUR: Ketika tumpuan diberikan kepada sambutan utama Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pagi tadi, rakyat daripada segenap lapisan masyarakat tidak ketinggalan meraikan hari bersejarah negara, menerusi pelbagai acara di seluruh negara.

Mengangkat tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, acara sambutan di peringkat negeri turut mempamerkan semangat yang sama dalam kalangan masyarakat setempat, dengan menggabungkan penyatuan tradisi, budaya daripada pelbagai kaum dan etnik.

Di PULAU PINANG, lebih 25,000 orang membanjiri Jalan Padang Kota Lama, George Town sejak 7 pagi bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri, yang melibatkan penyertaan 7,190 peserta kawad kaki dan 1,078 peserta kontinjen kenderaan.
Sambutan bermula 8 pagi itu, dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri Toh Puan Khadijah Mohd Nor; Ketua Menteri Chow Kon Yeow, barisan kepimpinan negeri dan ketua jabatan negeri.

Di KEDAH, cuaca mendung tidak menghalang lebih 35,000 pengunjung membanjiri Dataran Medan Bandar, Alor Setar seawal 5 pagi bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan yang diserikan dengan keberangkatan tiba Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha.
Pengunjung jelas teruja menyaksikan acara perbarisan dan perarakan yang disertai 5,000 peserta termasuk pertunjukan udara oleh pesawat F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Butterworth, yang terdahulu selesai melaksanakan pertunjukkan udara di Putrajaya.

Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, anakanda baginda berdua Raja Datuk Seri Azlan Muzaffar Shah dan Raja Datuk Seri Nazira Safya, berkenan berangkat ke majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2024 peringkat negeri di Dewan Bandaran Ipoh, pagi tadi.

Kira-kira 30,000 pengunjung hadir bagi menyaksikan acara perbarisan disertai 108 kontinjen melibatkan lebih 6,000 peserta terdiri daripada 71 kontinjen kawad membabitkan jabatan kerajaan, pasukan beruniform, badan berkanun, pihak swasta, pelajar universiti dan sekolah.

Di NEGERI SEMBILAN, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, turut berangkat mencemar duli pada majlis berkenaan yang turut disertai lebih 20,000 pengunjung pelbagai lapisan masyarakat, di pekarangan dataran Majlis Bandaraya Seremban seawal 6 pagi, dengan ada yang berpakaian bertemakan Jalur Gemilang.

Lebih 80 kontinjen membabitkan 5,000 peserta menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan kali ini, yang turut dimeriahkan dengan perarakan Kelab Kereta Klasik dan Antik Negeri Sembilan serta Kelab Basikal Tuo Soghomban.

Di MELAKA, lebih 50,000 pengunjung teruja menyaksikan Pertunjukan Lintas Udara Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, yang julung kali diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun yang berlangsung di Persiaran Jalan Merdeka Banda Hilir, di sini.
Walaupun hujan lebat sejak awal pagi, namun sambutan yang dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam itu tetap meriah, dengan penyertaan 8,000 peserta daripada 161 kontinjen yang berarak sejauh 4.8 kilometer (km), bermula di Padang Dataran Pahlawan hingga ke Stadium Hang Tuah.

Di JOHOR, sambutan Hari Kebangsaan 2024 peringkat negeri yang diadakan di Dataran Segamat dihadiri kira-kira 8,000 orang, menyaksikan perarakan melibatkan 114 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, pasukan badan beruniform, sekolah dan institusi pendidikan tinggi dan pelbagai kenderaan.

Sementara di PAHANG, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, bersama-sama 65,00 rakyat di negeri itu.

Acara dipenuhi dengan perbarisan pasukan beruniform, nyanyian lagu patriotik, persembahan tarian Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), Demonstrasi Atur Gerak Tim Penggempur 4 Briged (Mekanize), selain turut dimeriahkan dengan kehadiran enam buah jet pejuang pesawat Sukhoi Su-30MKM dari No.12 Skn, Pangkalan Udara Gong Kedak, yang membuat penerbangan lintas hormat di ruang udara bandar Kuantan.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di TERENGGANU berlangsung di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 50,000 pengunjung.

Acara dimulakan pada 7.30 pagi dengan laungan 'Merdeka' dan bacaan doa untuk para pejuang kemerdekaan disusuli perarakan 122 kontinjen sejauh 1.3km dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) ke Dataran Shahbandar.
Di, SABAH, 185 kontinjen menyertai perarakan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 yang berlangsung di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, disaksikan lebih 10,000 pengunjung yang berkumpul seawal pukul 6 pagi.

Acara yang diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlida RM Jasni, dimeriahkan dengan 'tarian perang' oleh Angkatan Tentera Malaysia, konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang, kumpulan bermotor penghantar makanan Grab dan Unduk Ngadau Kaamatan 2024.

Di, SARAWAK, Yang Dipertua Negeri Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyertai lebih 10,000 orang di dalam acara jalan ria, bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 peringkat negeri di Sibu.

Acara jalan ria sejauh 2.4km pada 7.30 pagi yang bermula dari Dataran Tun Tuanku Bujang itu, turut dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik dan cabutan tiket bertuah yang menawarkan 40 hadiah menarik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:13 PM | Show all posts


KOTA KINABALU, 31 Ogos -- Antara kontinjen yang terlibat dalam perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah di Jalan Tun Fuad Stephens Bandaraya Kota Kinabalu hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:14 PM | Show all posts


Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung meriah di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir. Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:15 PM | Show all posts


Walaupun keadaan cuaca mendung, ia tidak menghalang lebih 35,000 pengunjung untuk membanjiri Dataran Medan Bandar seawal 5 pagi bagi menyaksikan perbarisan dan perarakan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 peringkat negeri. Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:16 PM | Show all posts


Antara kontinjen menyertai perarakan pada majlis Perbarisan dan Perarakan sempena Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 di Jalan Padang Kota Lama. NSTP/DANIAL SAAD
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:18 PM | Show all posts


Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) bersama Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kiri) dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah (kanan) pada majlis sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 peringkat negeri di Padang MBK 1, Kuantan, hari ini. - Foto NSTP/Muhammad Delima Atan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2024 04:21 PM | Show all posts


Perarakan kontinjen beruniform mewarnai acara perbarisan dan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:22 PM | Show all posts


Antara momen yang dirakamkan ketika aksi akrobatik bagi acara pertunjukan udara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan "Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka" di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:24 PM | Show all posts


Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyaksikan perarakan kontinjen-kontinjen ketika sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang bertemakan "Malaysia MADANI: Jiwa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2024 04:25 PM | Show all posts


Wira dalam insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.518771 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list