Jika anda baru sahaja membasuh tuala anda dan ianya terasa kasar dan menggerutu, lakukan tips ini untuk kembalikan kelembutan tuala anda! Bahan-bahan yang anda akan guna cuma dalam teknik ini, cuma sedikit amonia dan cuka! Cuka sudah semestinya adalah bahan magik : Ia sangat berguna untuk banyak perkara dan yang paling penting, ianya semula jadi. Amonia dan Cuka Jadi, selain menggunakan air bersuhu panas, anda perlu menambah sedikit cuka dengan mengukurnya dahulu dengan mangkuk/cawan kecil, dan juga amonia pada pakaian anda. Anda boleh meletakkan kedua-dua bahan ini ke dalam ruangan pewangi pada mesin basuh dan kemudian barulah anda masukkan cecair/serbuk pencuci mengikut kuantiti yang selalu anda gunakan ketika mencuci pakaian, berdasarkan pada ruangan di dalam mesin basuh anda. Dengan adanya amonia, kami pasti bahawa pencuci tersebut tidak akan melekat pada tuala anda dan cuka juga akan menjalankan peranan yang sama, tetapi juga disertai dengan mineral yang terkandung dalam air. Gabungan amonia dan cuka akan semestinya membuatkan tuala anda kekal lembut dan akan lembut kembali. Tidak perlu berbelanja banyak untuk membeli pelembut pakaian di kedai runcit, kerana dengan membuat pelembut pakaian sendiri, anda sudah pasti dapat menjimatkan wang anda. Peringatan : Anda tidak digalakkan untuk menggunakan pelembut pakaian. Katakanlah sekiranya ia benar-benar berkesan untuk melembutkan pakaian, walaupun ia mempunyai kelebihan tersendiri, tetapi lebih banyak keburukan yang akan muncul jika kita menggunakannya.
|