|
[Tempatan]
Polis masih siasat kehilangan Acap
[Copy link]
|
|
orkedkecik replied at 13-4-2019 06:17 PM
Hmmm mana la acap ada ni
Meols percaya benda mistik ni tapi at the same time meols pun macam ada te ...
Tapi xde langsung bukti dna or fizikal die kalau jatuh ke ap.paling koman pun mesti topi die dijumpai ke tapi ni zero. N ofcoz anjing k9 tu dpt hidu kalau die betul tjatuh.Die bole je jawab mase kawan die call kalau die betul sesat. Sebab jalan yg die lalu last tu adalah kawasan landai bawah terowong n kat situ mmg dah nak smpai checpoint final.die nak shot cut hala mane lagi...pelik kan |
|
|
|
|
|
|
|
22 hari Acap hilang: Polis kaji laluan trek, maklumat lain
13 Apr 2019
MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
GOPENG - Polis Perak akan mengkaji geografi laluan trek perlumbaan dan kawasan sekitarnya dalam usaha mencari dan menyelamat(SAR) peserta Gopeng Ultra Trail 2019, Mohammad Ashraf Hassan, 29, sejak 23 Mac lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, pihaknya juga akan mengkaji maklumat lain berkaitan kes kehilangan Juruteknologi Makmal di Klinik Kesihatan Bandar Maharani, Muar yang memasuki hari ke-22 dia dilaporkan hilang.
"Walaupun Operasi Khas Op Kesan yang kita jalankan hari ini gagal menemui sebarang petunjuk baharu, pencarian tidak akan berakhir di sini kerana kita akan terus menyiasat.
"Pihak polis akan mengkaji faktor-faktor lain seperti geografi kawasan ini serta maklumat lain dan kita tidak teragak-agak untuk mengumpulkan pegawai dan anggota yang lebih ramai sekiranya diperlukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Operasi Khas Op Kesan tamat pada pukul 2 petang di Gua Tempurung di sini hari ini.
Menurut Yahya, pihaknya tidak kecewa walaupun gagal menemui sebarang petunjuk baharu malah ia menunjukkan komitmen Polis Perak terutamanya Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dalam usaha mencari mangsa.
“Pencarian yang dilakukan hari ini melibatkan kawasan penamat perlumbaan sehingga ke titik terakhir signal telefon mangsa dikesan sebelum ini sejauh 2.8 kilometer (km).
"Kita telah melakukan fokus pencarian seluas radius 4.14km persegi terutama di kawasan paya, lombong tinggal dan anak sungai namun masih belum menemui sebarang petunjuk," katanya.
Yahya turut memaklumkan pihak polis sekali lagi menegaskan tiada unsur khianat dalam kejadian tersebut dan menyiasatnya mengikut kes orang hilang.
“Kes ini berlainan dengan kejadian orang hilang yang disiasat polis sebelum ini yang biasanya mempunyai kaitan dengan melarikan diri kerana masalah keluarga.
“Walaupun Ashraf hilang di dalam hutan, kita bagaimanapun percaya dia tidak diserang binatang liar kerana tiada sebarang kesan dan petunjuk ke arah itu setakat ini,” katanya.
Mohd Zahiruddin berkata, ahli keluarganya tetap yakin Ashraf atau Acap masih hidup.
“Kami sekeluarga terutamanya ibu masih yakin adik masih hidup dan oleh sebab itu usaha mencarinya tetap diteruskan setiap hari.
“Jika dia sudah meninggal, anjing pengesan sudah tentu boleh menjejakinya namun sehingga hari ini masih lagi belum dapat menemuinya,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
da abis cari smua tmpt da.. so speku kata kne sorok org kg, binatang buas, jatuh sungei smua kita leh tolak tepi.. mlainkn speku di jemput boni, lari @ dlarikn luar dri kwsn kjadian samada dia bniat @ djenayahkn kat tmpt lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Penganjur tidak lepas tangan misi mencari Acap
Oleh Farah Suhaidah Othman
[email protected]
Share
Share
GOPENG: Dakwaan orang kampung mengatakan penganjur tidak bekerjasama dengan penduduk bagi penganjuran Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19) adalah tidak benar kerana penganjur sudah mengemukakan permohonan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkaitan.
Penganjur GUT19, Muhammad Irwan Yusuf, 39, berkata GUT19 bukan pertama kali diadakan, malah tahun ini ia sudah masuk penganjuran tahun ketiga.
Katanya, sebelum acara itu diadakan pihaknya sudah membuat permohonan kepada MPKK dan tidak ada isu mengatakan pihaknya mengetepikan kerjasama daripada orang kampung.
“Kita sudah maklumkan kepada pihak berkaitan (MPKK). Malah, ketika kehilangan Acap (Mohammad Ashraf Hassan) sejak 23 Mac lalu, penduduk kampung yang mewakili beberapa MPKK turut mencari Acap di lokasi laluan GUT19.
“Mungkin, penduduk kampung secara individu yang tidak dimaklumkan berhubung aktiviti itu menimbulkan isu ini,” katanya ketika ditemui di pusat operasi SAR di Kampung Pintu Padang di sini, hari ini.
Muhammad Irwan berkata, sejak kehilangan seorang daripada peserta GUT19 pada 23 Mac lalu, dia mewakili penganjur tidak berputus asa untuk membantu mencari Acap.
“Kita sebagai penganjur turut bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Persatuan Mencari dan Menyelamat Gunung Malaysia (MOSARS) untuk membantu pasukan penyelamat mencari Acap.
“Memandangkan dia hilang ketika menyertai aktiviti anjuran kami, jadi sebagai penganjur kita turut bertanggungjawab membantu dalam usaha SAR,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Duta lover replied at 13-4-2019 02:40 PM
Hmm. Rembes lak kat denny lang. Mata kuyu gittew.
Acap pun jnis mata kuyu kan.. Hihi.. Tp nmpk la betapa close denny lang dgn acap ni.. Snggup brminggu2 tdo kat sna smata2 nak cari adik dia. Tp ada yg bgthu dia wat bisnes sndri maka xda lah trganggu kerja hakiki..
Klau aku pun sedih.. Sbb hilang tnpa tahu punca.. Tnda smada hidup atau mati pun x jelas.
Mcm kes yg dorg jumpa mayat dlm loji air kat negeri smbilan lah tu.. Msti kluarga dok cari mana pljar tu hilang. Tup2 lpas 8bulan bru jumpa mayat dlm loji air..
Semoga acap dijumpai di alam nyata ni |
|
|
|
|
|
|
|
budakpink replied at 13-4-2019 06:45 PM
Tapi xde langsung bukti dna or fizikal die kalau jatuh ke ap.paling koman pun mesti topi die dijum ...
Hmm memang pelik kalau macam tu,kalau anjing k9 pun tak boleh nak hidu,sesuatu sangat,tapi apa entah sesuatu,boleh jadi pening fikir |
|
|
|
|
|
|
|
Mana lah acap ni sedihnya lah hai ... tak dpt and tinggal jejak langsung... ada 2 kemungkinan ja lah maksudnya.. dia kena culik or lari atau terlibat dgn mistik.. sbb takde trace langsung even anjing pun takleh nak detect...... |
|
|
|
|
|
|
|
masariesya replied at 13-4-2019 06:55 PM
da abis cari smua tmpt da.. so speku kata kne sorok org kg, binatang buas, jatuh sungei smua kita le ...
Atau pun dah tsesat dan bjalan jauh kedalam smpai ke cameron. Ini andaian org asli kat situ la... Harap2 acap surviv la smpai la dijumpai |
|
|
|
|
|
|
|
NURMIMIE replied at 12-4-2019 12:16 PM
itu lah pasalnya.. dah siapa yang tau dah kita tak nampak depa..
yang dorang tuh, dok menebeng ...
ha'ah. Yang khalifah nya kita.. Knpa kita pulak nak takut2 ea dgn diorang. Hormat tu ofkos ada sebab sesama makhluk.. Tp over nau kalau bangsa ni sesikit nak marah sesikit nak sentap.. Dah tak nampak bukan sengaja |
|
|
|
|
|
|
|
Kumpulan arif dunia mistik perlu bergabung cari Acap
Oleh Farah Suhaidah Othman
[email protected]
Share
Tweet
Share
GOPENG: Kumpulan yang arif dengan dunia spiritual diminta bekerjasama bagi mengelakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohammad Ashraf Hassan atau Acap, yang hilang sejak 22 hari lalu, terganggu.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Yunus Abu, berkata pasukan penyelamat mengalu-alukan bantuan orang awam yang mahu menyertai SAR, namun segala aktiviti pencarian perlu dimaklumkan kepada pihaknya.
Katanya, sepanjang 22 hari pihaknya berkampung di pusat operasi Kampung Pintu Padang, pasukan mencari secara individu mahupun kumpulan tidak putus membantu usaha SAR.
“Saya minta mana-mana pihak yang mahu membantu mencari dalam bentuk spiritual, eloklah diadakan secara gabungan supaya operasi SAR dilakukan berdasarkan pegangan agama.
“Mereka dinasihatkan supaya mengadakan perbincangan secara bersama dengan kumpulan terbabit dan maklumkan kepada bomba jika mahu membantu dalam usaha SAR,” katanya ketika ditemui di pusat operasi Kampung Pintu Padang, di sini, hari ini.
Mohd Yunus berkata, pihaknya masih mengambil kira apa juga bentuk maklumat sama ada secara lisan mahupun kenyataan di laman sosial sebagai panduan dalam operasi SAR.
“Kita juga dimaklumkan oleh penduduk kampung supaya pasukan penyelamat menghormati mereka (orang kampung) yang juga dalam pencarian Acap kerana mereka lebih arif dengan kawasan sekitar.
“Malah, mereka maklumkan kawasan ini lebih berisiko dan kita mengambil pandangan mereka dan bersikap terbuka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman, berkata polis akan mengkaji struktur geografi trek perlumbaan dan laluan kehilangan Acap selain menambah keperluan anggota jika perlu.
Katanya, pihaknya juga akan mengkaji maklumat lain berkaitan yang boleh merujuk kepada kehilangan mangsa.
“Pencarian tidak akan berakhir di sini dan polis akan terus menyiasat selain mengkaji faktor lain seperti geografi kawasan ini serta maklumat lain.
“Kita tidak teragak-agak untuk mengumpulkan pegawai dan anggota yang lebih ramai sekiranya diperlukan,” katanya ketika ditemui di kawasan rekreasi Gua Tempurung, di sini, hari ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 13-4-2019 08:00 PM
Kumpulan arif dunia mistik perlu bergabung cari Acap
Oleh Farah Suhaidah Othman
Alhamdulillah pencarian tidak terhenti di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 12-4-2019 12:50 PM
kenapakah dengan belakang akak? buat which part of lumbar? saya ni doc kata in near future akan k ...
L5-S1 total Degenerated & herniated. So buang the herniated sebab the electrical pain sentiasa ada. Fusion tu buat bone grafting ke? Kena la kita gigih buat the exercises yg sesuai tiap hari utk kuatkan balik spine muscles & perut.
Tu yg suka tumpang tengok kawan2 yg selalu pergi run, marathon bagai ni.. Sebab kesihatan x mengizinkan dah berlasak. Setakat naik Gunung Lambak aje in syaa Allah lepas dah kuat muscles tu.
Akak harap Acap ni kalau tersesat somewhere in the deep forest, dia dapat survive to sustain his strength sampai dijumpai @ jumpa jalan keluar.. |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 12-4-2019 12:51 PM
dia ada mention puteri ada dua bodyguard... sorang dia namakan jalal n sorang lagi fahrin... tap ...
Semalam akak baca thread tu.. Tp x sempat habiskan pun sebab hp terhempas kat muka akak sendiri. Terlelap... LOTR is so not me.. Tp sempat la baca tentang puteri2 & abam jalal & fahrin tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acikgomen replied at 12-4-2019 12:55 PM
Weols kat klia2
Acik x nak disclose nak pi cikcur before hiking ehhh.... Enjoy! Moga selamat semuanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
milo_888 replied at 12-4-2019 01:19 PM
Maksud akak kalau bonnies tu tgh sibuk kenduri kendara kosser la theyols nak kidnap si acap tuh... ...
Tu mesti anak raja bonnie punya kenduri kahwin ni! Silap pulak akak speku ingat kenduri doa selamat je.. |
|
|
|
|
|
|
|
chanteksekali replied at 12-4-2019 02:27 PM
Ada kan statement yg masih mencari n takde foul play mahupun khianat, i ingat yg tu?
Laaa.. Yang itu je ke? Akak expected more than that.. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_blingblings replied at 12-4-2019 02:34 PM
Berapa lamalah dia boleh hidup dalam hutan tu?
Akak harap Acap ni ada sikit2 ilmu kenal pokok buah bagai dalam hutan utk survive kat dalam tu. Dia kan memang suka aktiviti2 gini, kata abangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
chanteksekali replied at 12-4-2019 02:39 PM
Famili dia ke mana nak tau? Dendam ke apa
Harap2 tidaklah sampai begitu. Jom le kita benti speku ada permasalahan dlm family dia. Kalau wife @ mak dia terbqca @ diberitahu, mesti bertambah sedih.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tengok denny lang ni...muka penat lelah sedih risau..semoga denny lang baik2 dan diberikan kekuatan mencari acap |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 13-4-2019 08:00 PM
Kumpulan arif dunia mistik perlu bergabung cari Acap
Oleh Farah Suhaidah Othman
Ya bergabung la pakar2 perubatan ustaz2 yg ikhlas semua..tapi x soh la duk buat live...sedih la aku hari ni sobs |
|
|
|
|
|
|
| |
|