|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
auntieagony posted on 26-9-2012 10:26 AM
Oh tidaaakkkkk.... Dramatik lagi ker? Tak sudah2, auntie buat perangai kan!
Jedi yg dulu ke ala ...
Kita tunggu hingga ke akhir siaran....
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 26-9-2012 10:28 AM
yeah...nicki..go..go..go..
tapi kesian si bella....
Thanks Usu....
Wahhh.. hindustan sangat imaginasi Usu..
Terbayang citer The Matrix - bila peluru di tembak dan bergerak secara slow motion lalu Neo mengelak peluru juga secara slow motion... Hahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
genchi posted on 26-9-2012 10:34 AM
o mai gad.. bella tak smpt nak meluahkan rasa cintan pd jedi la plak...
tp zidan tu cedera je kan? ...
Jeng Jeng Jeng...
|
|
|
|
|
|
|
|
Shark tidak tahu arah tujuannya. Dia terus melarikan diri melalui denai hutan kecil ini. Pada mulanya, dapat dia mendengar beberapa suara di belakang tapi semakin lama semakin hilang. Dia terus berlari pantas hingga akhirnya berjumpa jalanraya. Setelah memastikan dirinya tidak lagi di ekori, Shark melepaskan lelah seketika di bahu jalan.
Apa yang jadi pada Sony dan Fred? Kena tangkapkah?
Zidan… Shark mengeluh. Zidan mati juga akhirnya.
Dia tidak boleh berlama-lama di sini. Dia pasti, jejaknya pasti sudah dapat di hidu oleh polis. Dia perlu pergi dengan cepat. Tapi bagaimana? Menggunakan kaki? Shark merengus lagi. Dia sudah tak berdaya hendak berlari.
Shark mengecilkan mata. Dari kejauhan, dia dapat melihat sebuah kereta di pandu agak perlahan menuju ke arah bandaraya. Shark tersenyum sinis. Dia nekad. Pistol di genggam kemas dan dia menapak perlahan-lahan ke tengah jalanraya. Pistol di acukan tepat kepada kereta yang bergerak.
************************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
jeng jeng jeng.. nape skit sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Tokong Bao Gong
Keadaan mula terkawal. Hampir keseluruhan ahli sindiket kumpulan Jedi dapat di tahan. Ada yang mati namun ada juga yang dapat melepaskan diri. Mereka yang di tahan akan di bawa ke balai polis untuk di soal siasat manakala yang cedera akan di rawat di hospital untuk sementara waktu.
Inspektor Sabri memerhatikan keadaan di dalam tokong ini. Orang-orang yang telah mati bergelimpangan kaku di lantai, tidak bergerak lagi. Dia menggelengkan kepala lalu segera mendapatkan seseorang.
“Zam” Inspektor Sabri memanggil rakan sejawatannya. Inspektor Zamani tersenyum sedikit. Ketika ini, dia sedang mencangkung di sisi mayat Jedi. Cermin mata dan topi yang di pakai oleh lelaki itu di tanggalkan, menampakkan wajahnya yang sebenar. Kesan tembakan jelas kelihatan di dahi sebelah kiri.
“Shark dah bunuh dia” Inspektor Zamani berkata. Ada keluhan keluar bersama kata-katanya. Inspektor Sabri menepuk bahu rakannya beberapa kali.
“Jangan di fikirkan sangat pasal ni. Yang penting, Geng Jedi dapat di lumpuhkan” Inspektor Sabri membalas.
“Aku betul-betul harap kita dapat tangkap dia hidup-hidup” Inspektor Zamani berkata lagi lalu bangun. Dia mengangkat muka memandang Inspektor Sabri. Sekali lagi bahunya di tepuk.
“Yang kau muram ni, kenapa?” Inspektor Zamani hanya menggelengkan kepala.
“Zam, kau okay?” Inspektor Marina yang baru saja melangkah masuk menegur. Inspektor Zamani tersenyum memandangnya.
“Ada orang-orang Jedi yang dapat melarikan diri” Inspektor Marina memberikan laporan. Inspektor Sabri mengangguk.
“Shark?” Inspektor Zamani pula bertanya.
“Terlepas juga” Inspektor Marina mengeluh setelah memberikan jawapan.
“Tugas kita belum tamat lagi. Shark perlu di buru. Kita tak boleh lepaskan dia” Inspektor Sabri berkata. Dua orang rakan sejawatannya mengangguk.
“Long night huh?” Inspektor Sabri berkata sambil melihat jam. Hampir empat pagi.
“Teh tarik?” Inspektor Sabri berkata, separuh bergurau. Inspektor Zamani ketawa. Dia masih ingat janji rakannya untuk belanja minum teh tarik sekiranya Jedi dapat di tangkap.
Mereka kemudian berjalan keluar dari Tokong untuk memantau keadaan di luar. Namun, seperti yang di katakan oleh Inspektor Sabri, tugas mereka belum selesai. Walaupun Jedi telah mati, Shark masih bebas dan dia perlu di buru.
“Inspektor” Inspektor Sabri di sapa oleh seorang anggota polis.
“Ya?”
“Kami dapat laporan, ada kemalangan berlaku di jalan besar. Menurut laporan, pemandunya terlihat seorang lelaki berdiri di tengah jalan sambil mengacukan pistol. Dia cuba mengelak dan keretanya terbabas. Pemandu cedera ringan tetapi keretanya di rampas” Anggota polis itu memberikan laporan ringkas.
“Shark?” Inspektor Sabri bertanya perlahan. Inspektor Zamani mengangkat bahu.
“Mungkin Shark. Atau Sony dan Fred, susah nak agak” Inspektor Zamani menjawab.Inspektor Sabri mengeluh namun dia belum berputus asa. Saki-baki orang-orang Jedi perlu di tangkap.
Shark perlu di tangkap!
Sekali lagi tekadnya di bulatkan.
******************************************
Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 01:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Adakah itu kereta yang dipandu Fandi..?? fifi ada skali...??
esh..esh...kemana plak diaorg memalam gitu yerk...no..no..no..
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo...okay...
imajinasiku ke laut lepas....
|
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 26-9-2012 10:54 AM
Adakah itu kereta yang dipandu Fandi..?? fifi ada skali...??
esh..esh...kemana plak diaorg m ...
hehe... lady pun mulanya terimejin mcm tu. Tp dah dinihari kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian BELLA... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi nicki |
|
|
|
|
|
|
|
Shark memandu kereta Waja yang di rampas hingga ke Kuala Lumpur. Dia tiada arah tujuan. Dia mahu terus ke penthouse sewaanya di Sri Hartamas tetapi hatinya mengatakan ada bahaya menanti di situ.Dia juga tidak boleh menggunakan kereta ini terlalu lama, bimbang akan polis akan dapat menjejakinya. Apa terjadi pada pemandu itu pun dia tidak peduli. Pemandu itu di biarkan saja di jalanraya. Cederakah? Matikah? Dia punya pasal!
Sial! Shark memaki-hamun sendirian.
Dia bersendirian kini. Zidan telah mati, orang-orangnya juga telah di tangkap. Dia sudah menjadi orang buruan sekarang. Sekiranya Sony belum di tangkap, Sony pasti tak akan melepaskannya. Begitu juga dengan polis. Nasibnya bertambah malang.
Shark merengus. Dia perlu mencari jalan untuk meninggalkan Kuala Lumpur, atau meninggalkan saja negara ini. Tapi, dia perlukan wang! Wang yang banyak.
Dia memang ada menyimpan wang di rumahnya tetapi dia tidak boleh ke sana sekarang. Tidak selagi dia belum dapat memastikan keselamatannya terjamin. Jadi bagaimana?
Shark merengus sambil menyumpah lagi.
Tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Ya, hanya seorang saja yang dapat membantunya melarikan diri sekarang. Dia menghalakan kereta ke Jalan Ampang.
Kereta yang di pandu di parkirkan saja di celah-celah rumah kedai di Jalan Ampang. Shark mengambil keputusan untuk berjalan kaki saja ke destinasinya. Langkah di arahkan menuju ke KLCC… |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dia cari BELLA kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
fazss posted on 26-9-2012 12:15 PM
alamak..betoi.... ditembak Jedi... sian bella....
satukan cinta bella n jed ...
cemana nak satukan bella sb dah matipun sijedi tu..
melainkan..penulis buat satu lagi watak sikembar jedi...
versi baik..
|
|
|
|
|
|
|
|
go nicki go |
|
|
|
|
|
|
|
fazss posted on 26-9-2012 02:47 PM
sejukkan hati bella jer... ermmmm
satu kat syurga.. heheheh
......
amboi...kalo camtu mau sampai kerumah 16....
yelahkan..bak kata david arumugam...
....kunantimu di pintu syurga....
|
|
|
|
|
|
|
|
nickii cheq mati ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Best sangat cite nih... Hari2 buka thread nih nak tengok update ke tak... Cepat2 lah update... Nak tahu apa jadi dengan shark |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|